April 2020
“Terima Kasih Ezad Lazim Hantarkan Sampai Ke Gua Musang” – FastLab
NILAI, 21 April 2020 – Pelbagai pihak terus tampil menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada inisiatif yang digerakkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membantu memenuhi keperluan barisan hadapan. Terkini penyanyi terkenal tanah air, Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 41 menghulurkan tangan untuk menghantar cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) USIM ke Gua Musang, Kelantan pada hari ini. Pertolongan secara sukarela bekas vokalis kumpulan Exists ini ditawarkan oleh beliau selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama pasukan FaST LaB USIM pada Isnin menyediakan cecair pembasmi kuman di makmal mereka. Cecair pembasmi kuman yang dihasilkan USIM ini disumbangkan secara percuma kepada barisan hadapan khususnya di hospital, klinik kesihatan, pusat kuarantin dan pasukan beruniform sebagai usaha bersama memerangi COVID-19. Malah Ezad Lazim turut melahirkan rasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada sukarelawan kepada usaha murni yang USIM. “Berpeluang menjadi sukarelawan bersama sama dengan USIM untuk menyumbang sanitizer dan face shield untuk barisan hadapan kita. Terbaik buat Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM” tulis penyanyi yang popular dengan lagu solo Demi Cinta, Kuasa Cinta dan Kesetiaan Cinta di akaun Instagram beliau. Menurut Dr. Syaza Azhari yang merupakan ahli FaST LaB, mereka terharu dan memuji kesungguhan Ezad Lazim untuk membantu menghantar bekalan cecair pembasmi kuman ini. “Sejak berita USIM hasilkan hand sanitizer untuk disumbangkan kepada frontliners disiarkan di media, kita terima banyak permintaan saban hari dari seluruh negara” “Kita cuba penuhi permintaan ini tetapi bagi lokasi yang agak jauh, memang kita hadapi kekangan untuk menghantar contohnya permintaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang. Alhamdulillah, [...]
“Terima Kasih Ibu Ajar Kak Ngah Menjahit”
NILAI, 15 April 2020– Kemahiran menjahit yang diajar oleh ibunya semasa beliau kecil ternyata tidak sia-sia bagi Siti Munirah Nasaruddin, 21, apabila dapat memanfaatkan kemahiran yang dimilikinya untuk menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk barisan hadapan. Penuntut program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah sebahagian daripada 30 sukarelawan USIM yang berada di kampus USIM untuk menjahit PPE bagi disumbangkan ke hospital yang memerlukan. “Saya terbaca iklan Pusat Keusahawanan Universiti sedang mencari sukarelawan untuk menjahit PPE bagi disumbangkan kepada frontliners dan di sosial media pula dikongsikan kisah barisan hadapan kita menghadapi kekurangan PPE. Kebetulan saya tinggal di Pajam yang tidak berapa jauh dari Nilai, jadi saya tidak teragak-agak untuk bersama-sama menjayakan usaha murni universiti ini, ditambah pula keluarga juga menyokong niat saya”. “Sebelum terlibat dengan projek PPE, agak banyak masa terluang semasa berada di rumah yang kadang-kala diisi dengan pengkuliahan secara atas talian (online), menyiapkan assignment, menyelesaikan soalan kuiz daripada pensyarah dan membantu mengemas rumah. Kini saya mempunyai rutin yang baru sejak minggu lalu iaitu akan berada di Pusat Inkubator Jahitan di bawah Pusat Keusahawanan Universiti dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk menjahit PPE”. “Ibu saya, Fatimah Mohamed seorang suri rumah dan beliau secara sambilan memang mengambil tempahan menjahit pakaian. Saya boleh menjahit sejak Darjah Enam lagi kerana selalu melihat dan membantu ibu menjahit semasa di rumah”. “Diperingkat awal menjahit PPE saya mengadu kepada ibu agak pening (susah) untuk menjahit PPE, sebab ibu biasa menjahit jadi dia boleh faham punca kepada masalah [...]
Covid-19 dan kelangsungan hidup (survival) perniagaan
Keperluan kelangsungan hidup melalui aliran tunai tidak boleh di nafikan terutama semasa krisis ekonomi atau ekonomi tak menentu. Semasa ekonomi stabil peluang untuk mendapatkan tunai berlebihan mungkin senang dicapai. Tetapi apabila terjadinya krisis seperti keadaan sekarang ini, kelangsungan hidup perniagaan tertentu ibarat di telan mati emak, diluah mati bapak ia itu tidak ketentuan dan memerlukan bantuan. Kelangsungan hidup untuk perniagaan atau firma baik perniagaan besar, sederhana dan kecil ternyata terkesan terutama pada sektor yang kurang permintaan semasa krisis ekonomi. Justeru model perniagaan perlu difikirkan semula. Penstrukturan dan pencatuman perniagaan perlu juga di laksanakan. Dalam keadaan yang tidak menentu bagi yang ada asset pun belum tentu boleh dicairkan samada jangka panjang baik jangka pendek kecuali asset cair yang diletakkan atau didepositkan di bank. Maksudnya tiada yang mampu untuk melunaskan atau membelinya nya. Pengorbanan untuk kelangsungan hidup perlu mengatasi ego dalam kawalan korporat dalam menstrukturkan perrniagaan. Dalam situasi ini, kesan covid 19 yang melanda jika tidak dibendung akan memberi kesan yang tidak menyenangkan. Bukan hanya kepada ekonomi tetapi kepada masaalah sosial yang dikatakan lebih burok dari krisis kewangan tahun 1998 dan 2008. Memang kita mengharapkan dan berdoa pandemik ini tidak lama dan perintah kawalan pergerakan ditarik balik supaya ekonomi boleh dipulihkan secepat mungkin. Munkin secara berperingkat mengikut keseriusan wabak dikawasan tertentu. Penstrukturan perniagaan kali ini bukan nya mudah kerana ia melibatkan manusia sejagat. Penstrukturan perniagaan melibatkan masalah dalaman dan operasi yang bergantung pada permintaan. Permintaan banyak berlandaskan kepada berapa banyak kuasa pembelian melalui tunai yang ada. Barang [...]
Jangan Biarkan Mereka Berjuang Berseorangan!
Perkembangan semasa menyaksikan penularan wabak Covid-19 yang menjangkiti manusia di seluruh dunia belum menampakkan penurunan dan ia semakin membimbangkan. Beberapa negara yang terjejas dengan pandemik ini terus mengambil tindakan drastik seperti melaksanakan kawalan pergerakan, lockdown, perintah darurat atau seumpamanya untuk membataskan pergerakan rakyat masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak ini secepat mungkin. Malaysia juga kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula18 Mac lalu yang sepatutnya beakhir pada 31 Mac ini tetapi dilanjutkan sehingga 14 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes jangkitan pertama mula dilaporkan berlaku di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya dan jumlah jangkitan semasa lebih 500,000 orang diseluruh dunia dengan lebih 23,000 nyawa telah terkorban angkara Covid-19. Malaysia sehingga Khamis sudah mencatat 23 kematian, 235 kes baharu dengan bilangan kes positif kini melebihi angka 2,000 orang dan ia akan dijangka terus meningkat dan ini memberi indikasi tugas barisan hadapan makin bertambah berat. Pada masa kini, 34% daripada 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 sudah digunakan. Dengan berbaki 66% katil yang masih kosong, adakah kita mahu semua ini diisi?. Di masa kita gelisah dan mati kutu di rumah melalui tempoh PKP ini, anggota kesihatan kita yang bertindak sebagai frontliners tidak pernah dapat merasa duduk diam, goyang kaki, berehat ataupun bersantai seperti kita. Kecewa penulis melihat kedegilan segelintir rakyat yang masih ingin berjalan-jalan, bersiar-siar dan bersesak-sesak di tempat awam sehingga menguji kesabaran [...]
USIM sasar sumbang 4500 pakaian PPE untuk Barisan Hadapan
NILAI, 10 April 2020 – Setelah menghasilkan produk cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan pelindung muka (face shiled) untuk barisan hadapan khususnya petugas kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menghasilkan pula pakaian perlindungan diri (PPE). Usaha murni ini diterajui dan digerakkan oleh pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM dan kakitangan Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) dengan sasaran sebanyak 4500 unit PPE dapat disiapkan menjelang akhir April ini. Projek penghasilan PPE oleh USIM yang terdiri daripada gaun, head cover dan boot cover telah bermula pada 2 April lalu secara berperingkat. Menurut Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar Pakar Oftalmologi selaku Ketua Projek ini, beliau terpanggil untuk menggerakkan usaha ini atas rasa prihatin dan ingin membantu rakan-rakannya yang bertugas di barisan hadapan menghadapi kekurangan bekalan PPE di hospital. Justeru, usaha awal dimulakan dengan mengumpul sumbangan kewangan dan membentuk pasukan sukarelawan terdiri daripada pensyarah perubatan FPSK USIM dan staf KPKU untuk menjahit PPE ini. Hasil daripada usaha awal ini, sebanyak 470 unit PPE berjaya dihasilkan dan telah disumbangkan ke Hospital Ampang. Tidak terhenti di situ, melalui sokongan yang diterima daripada Pengurusan Universiti, pasukan Projek PPE USIM ingin menghasilkan lebih banyak PPE untuk disumbangkan kepada frontliners. “Ketika ini USIM dalam penghasilan PPE untuk Kumpulan Kedua sebanyak 1000 unit dan kita bekerjasama dengan syarikat jahitan tempatan iaitu Kamoora Butik Entreprise dan Pookal Industry Sdn Bhd. Ia berjalan lancar mengikut jadual dan akan disumbangkan ke Hospital Ampang; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh; dan Hospital Port Dickson. Ketiga-tiga hospital ini merupakan Hospital Pengajar kepada [...]
COVID-19 pemangkin perubahan dalam pendidikan
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan penyakit akibat sejenis virus. Bahaya COVID-19 ini memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan jangkitan. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan adalah mesej yang sentiasa diulang sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020. Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjarakan fizikal dan sosial untuk mengekang penyebaran virus ini tidak akan berakhir dalam masa satu dua bulan, tetapi menjangkau beberapa bulan, malah mungkin berlanjutan hingga ke setahun. Mesej yang mudah – duduk di rumah – tetapi mempunyai impak yang sangat besar dalam setiap aspek kehidupan dan amalan seharian setiap individu. Hari ini wira negara di medan perang dengan musuh halimunan ini adalah mereka yang bertugas di barisan hadapan seperti bidang kesihatan, keselamatan, pertahanan dan pembersihan. Suasana luar biasa yang berlaku kini memerlukan tindakan yang luar daripada kebiasaan – tidak ada pil, tidak ada vaksin yang akan dapat menyembuhkan penyakit ini kecuali perubahan dalam tingkah laku dan amalan seharian. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini. Kalau kebiasaannya anak-anak pergi ke sekolah dan institusi pendidikan yang lebih tinggi untuk menuntut ilmu, hari ini mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah demi memastikan nyawa mereka dan keluarga mereka tidak terancam. Sekiranya penjarakan sosial seperti yang dikatakan oleh WHO perlu berlaku dalam jangka masa lebih panjang, adakah ini bermakna sesi pembelajaran formal tidak boleh berlaku? Secara teorinya tentulah [...]
Is the number of Covid-19 related deaths in Malaysia growing exponentially?
With the total number of deaths due to the Covid-19 pandemic alarmingly approaching 100,000 people the world over, one cannot help but to ask the question ‘Is the number of such deaths in Malaysia growing exponentially?’. To put it simply exponential growth may see daily death rate double in say 24 hours. Very recently, it was reported by Anna Ziff and Robert Ziff two researchers in USA (https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2020.02.16.20023820v2) that Covid-19 related deaths in China initially grew exponentially but eventually followed by what’s called a ‘power law’ growth. This is welcoming news because without a vaccine the current Covid-19 pandemic may eventually be contained by Movement Control Order and Lockdowns together with other preventive measures. In order to understand the power law behaviour we may imagine the many domestic and international airlines routes flying in or out of airports over the map of Malaysia. Major airports like KLIA and KLIA2 have more routes than the others. In network or graph theory these major airports are hubs and the other smaller airports are called nodes. The airline routes joining the different nodes are called links. It is typical of power law networks to have a few hubs and many nodes. Network analysis and visualisation are very useful for contact tracing to alleviate a disease outbreak. In the present context each node represents a person who may either (i) be infectious (ii) have been tested and infected, (iii) tested but not infected or (iv) not tested yet. [...]
Duduk Rumah, Belanja Berhemah
Perintah Pegerakan Kawalan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, pada mulanya berkuatkuasa pada 18 Mac-31 Mac dan kemudiannya dilanjutkan tempoh selama 2 minggu lagi sehingga 14 April akibat wabak pendamik, COVID-19 di Malaysia. Malah turut juga dirasai oleh negara-negara lain di seluruh dunia. Rentetan dari itu, semua diarah bekerja di rumah dan kebanyakan sektor seperti pendidikan, pembinaan dan perlancongan yang bukan kritikan turut ditangguhkan. Namun begitu, PKP dikecualikan bagi 25 sektor kritikal yang diiktiraf oleh Kemeterian Kesihatan seperti kesihatan, farmasi, bekalan makanan, dan pertanian bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus, di samping sektor kesihatan yang berperanan untuk memastikan wabak ini dapat dikawal serta perkhidmatan rawatan kesihatan dapat diberikan dengan baik. Dalam kontek sosial, PKP dilihat sebagai halangan untuk menyekat pergerakan umum untuk bercuti, pulang ke kampung dan membeli-belah. Namun begitu, jika dilihat dari sudut kewangan peribadi, ia dapat terkesan secara positif. Tiada lagi perbelanjaan untuk bercuti bermalam di hotel, makan di luar, minyak dan tol untuk ulang alik ke tempat kerja dan untuk pulang ke kampung dan seumpamanya. Kos perbelanjaan seumpama ini dapat dikurangkan apabila kita tidak keluar rumah. Di sini lah sebenarnya dilihat sebagai peluang untuk menambah tabungan keluarga dan dana kecemasan serta kos luar jangka seperti penyelenggaraan rumah dan kereta. Namun begitu, kesan yang paling dirisaukan adalah bagi pekerja bergaji harian dan peniaga kecil-kecilan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Peniaga nasi lemak, pemandu teksi, peniaga-peniaga di pasar malam, pasar tani, flea market, car-boot dan up town dan seumpamanya hilang punca pendapatan. Mereka [...]
USIM supplies media practitioners with hand sanitizers
NILAI, April 8, 2020 – Media practitioners play a key role throughout the implementation of the Movement Control Order (MCO) as a front-line force to report to the public on the MCO and COVID-19. With the task of covering news at various locations, media practitioners are no exception to being exposed to the Covid-19 infection. As an initiative to provide additional hygiene to media personnel, the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) donated 60 bottles of hand sanitizer to media personnel in Negeri Sembilan. The hand sanitizer is produced by the Faculty Science and Technology Laboratory in a Box (FaST LaB) was presented by the Dean of the Faculty of Science and Technology Professor Dr. Rosalina Abdul Salam, of the Negeri Sembilan Media Club (MANIS) represented by Chairman Arfi Ahmad at USIM today. “This contribution is a tribute to our media staff, who also dedicate their time, energy and risk their own personal safety in carrying out the task of delivering the latest and accurate news to us all the time. They are also the frontliners to us and to Malaysia ” "We supply hand sanitizer in a 60ml mini size bottle to make it easy to keep in a bag or pocket and can easily be carried by media personnel at all times when they are doing outdoor news coverage in particular." says Professor Dr. Rosalina. Hand sanitizer produced by FaST LaB USIM is in accordance with World Health Organization (WHO) standards and is undergoing tests in USIM's research lab [...]
Doktor Pakar USIM berganding bahu siapkan PPE untuk Barisan Hadapan
NILAI, 8 April 2020 - Semangat berpasukan dan sifat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Doktor Pakar Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) wajar dijadikan contoh dan teladan. Berbekalkan dana yang dikumpul oleh pasukan projek yang terlibat, mereka telah menggerakkan operasi menjahit PPE untuk dibekalkan di hospital-hospital dan klinik yang memerlukan. Idea ini tercetuskan pada 1 April lalu, dan gerak kerja telah dimulakan pada esoknya 2 April 2020. Sehingga kini, pasukan ini telah berjaya menghasilkan 299 set PPE bagi fasa pertama dan telah diserahkan kepada hospital Ampang semalam. Menurut Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar Pakar Oftalmologi selaku Ketua Projek, beliau mendengar keluhan rakan-rakan setugas yang tidak mempunyai bekalan PPE yang mencukupi di Hospital Ampang, serta mempunyai bahan kain non-woven tetapi tidak mempunyai tenaga pekerja mencukupi untuk menjahit peralatan PPE, ini terus membakar semangat kami untuk terus menggerakkan projek bantuan ini dalam masa 24 jam idea tercetus dengan berbekalkan bahan kain yang diterima dari Hospital Ampang untuk fasa ini. “Kutipan dana dilancarkan oleh Profesor Madya Dr Maizatul Azma Masri dan Dr Nor Eyzawiah Hassan dikalangan sahabat-sahabat dan saudara mara terdekat bagi membeli bahan-bahan jahitan lain.” “Kami bersyukur ketua jahitan adalah dari pakar forensik USIM yang memang berbakat dalam cara-cara membuat pola dan jahitan, yang menariknya, dengan tutorial yang dijalankan secara online kami memulakan jahitan dengan dibantu oleh ahli keluarga masing-masing sehingga hujung minggu untuk siapkan jahitan pada fasa pertama ini”, jelas DR Azlina lagi. “Fasa kedua projek mensasarkan sebanyak 1000 unit dengan kerjasama [...]









