“Saya mula bergiat aktif dalam dunia ketenteraan secara separuh masa sejak memasuki rekrut Rejimen Askar Wataniah 502 Batalion 2 Kem Shah Alam.Di USIM, saya telah memilih dan menyertai pasukan unit beruniform PALAPES kerana pasukan ini memiliki keunikan tersendiri.Setiap semester di ajar perkara berbeza.Pada peringkat junior, saya dan rakan sepasukan diberi pendedahan pelajaran lebih tertumpu kepada perkara-perkara asas ketenteraan seperti Conventional Intergenty War (CIW), Ilmu Medan Perang (IMP), asas kawad dan senjata M-16 serta etika sosial dan pengetahuan am ketenteraan selama 2 semester.
Kemudian di peringkat intermediate, saya dan rakan diajar dengan lebih mendalam tentang asas peperangan iaitu Conventional War (CW). Pegawai kadet juga diajar mengenai pengendalian senjata yang lain seperti Light Machine Gun (LMG), M2O3 Grenade Launcher, membaca peta, semboyan, ilmu kepimpinan dan undang-undang tentera. Pada peringkat ini,saya diberi kepercayaan oleh pegawai untuk dilantik sebagai pemegang pangkat Pegawai Kadet Sarjan dalam peringkat Intermediate.
Pada tahun ketiga pengajian, saya berada di peringkat senior iaitu tahun akhir dimana latihan tertumpu kepada kemahiran seorang pegawai muda yang mampu memimpin platun.Pegawai kadet senior diajar mengenai Conventional War (CW), tetapi ianya berbeza dari pada peringkat kedua.Ini adalah kerana, pada peringkat ini pegawai kadet diajar tentang membuat pangkalan, kubu pertahanan, dan cara-cara pengunduran. Manakala bagi senjata pula, pegawai kadet diajar tentang senjata General Purpose Machine Gun (GPMG), dan mortar.Pada peringkat senior ini saya diberi kepercayaan untuk memegang pangkat sebagai Pegawai Rendah Muda dalam pasukan.”