Graduan Autisme USIM, ingin jadi pakar teknologi kepada Golongan Berkeperluan Khas
NILAI, 26 November 2021 - Ahmad Zahiruddin Zailani, 25, meskipun dilahirkan sebagai anak istimewa yang mengalami masalah autisme, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian, yang merupakan bidang pengajian yang diminatinya. Anak sulung dari lima beradik merupakan anak kepada pasangan Zailani Ahmad dan Hanes Mohd Nasir, bercita-cita menjadi pakar teknologi [...]