About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2476 blog entries.

Pusat Kebudayaan USIM lancar Produk dan Inovasi Seni Berbudaya

NILAI, 3 Mei 2018 - Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti bagi memperkasakan keusahawanan pelajar dan staf melalui penghasilan produk seni. Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif lebih proaktif dengan melancarkan Produk dan Inovasi Seni Berbudaya USIM yang berlangsung di Galeri USIM baru-baru ini. Pelancaran produk seni yang terdiri daripada [...]

Suami isteri dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati di Anugerah Sukan USIM 2017

NILAI, 2 Mei 2018 – Pasangan suami isteri mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati kategori pelajar dalam satu Majlis Anugerah Sukan USIM 2017 yang berlangsung di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM. Mohamad Ali Imran Che Yashin, 27 menyumbang pingat Emas dalam Kejohanan Pencak Silat Piala TPM peringkat  Kebangsaan 2017 [...]

Siswa USIM manfaat minyak masak terpakai jana pendapatan sampingan

NILAI, 26 April 2018 – Menyedari bahawa kesedaran masyarakat terhadap pengurusan pembuangan minyak masak terpakai dan penggunaanya yang kerap untuk tempoh lama mendatangkan mudarat, ia menjadi idea keusahawanan kepada sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terdiri daripada lapan orang ahli, mereka menggerakkan kumpulan mereka yang dinamakan Allinol Oil di bawah aktiviti keusahawanan sosial yang [...]

Duta Jauhar 5.0 santuni Ibu tunggal untuk projek banana frozen

MUAR, JOHOR, 21 April 2018 –Seramai 15 orang mahasiswa Johor dari Universiti Sains Islam Malaysia telah menyertai Program Duta Jauhar di bawah kelolaan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Seiring dengan pembangunan Negeri Johor, Mahasiwa USIM atau digelar sebagai Duta Jauhar USIM telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan satu program Part Of Me (POM): ”Sanjungan Kasih” di [...]

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani berangkat ke Majlis Santapan Diraja USIM bersama Industri 2018

NILAI, 22 April 2018 – Mendekatkan lagi hubungan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pihak industri yang sentiasa bersama-sama universiti dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang, satu majlis khas iaitu Majlis Santapan Diraja USIM bersama Industri 2018 telah dianjurkan pada Sabtu malam tadi. Bertempat di Hotel Le Meridien,Putrajaya majlis ini diserikan dengan keberangkatan tetamu Diraja [...]

Mahasiswa FPQS USIM santuni pelajar OKU sempena Hari Kejohanan Sukan

NILAI, 15 MAC 2018 - Seramai 32 Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 3 menjalankan program Khidmat Ummah  dan  Kesukarelawanan Sempena Hari Kejohanan  Sukan Sekolah kali ke-60 di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth,Johor Bahru (SKPK Princess Elizabeth)  pada hari Khamis, 15 Mac 2018 yang lalu. Bertemakan [...]

CSR Pemeriksaan Gigi, raikan anak-anak Istimewa Yayasan Faqeh

KUALA LUMPUR, 12 April 2018 - Seramai 16 orang anak-anak istimewa berumur 7 hingga 24 tahun dari Yayasan Faqeh diraikan dalam program Tanggungjawab Sosial (CSR) menjalani pemeriksaan gigi di Fakulti Pergigian USIM Pandan Indah Kuala Lumpur. Program anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dengan kerjasama Yayasan Faqeh, Kesatuan Kakitangan Pelaksana (KUSIMA) dan juga Fakulti Pergigian (FPg), [...]

Siswa USIM berlari sekitar kampus USIM bersama OKU

NILAI, 14 April 2018 – Kali pertama dianjurkan, program Larian Amal ‘Light Up OKU’ yang dicetuskan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat sambutan menggalakkan. Diadakan pada Sabtu baru-baru ini, 14 April, seramai 300 peserta larian terdiri daripada siswa-siswi USIM dan orang awam berlari sejauh 5 kilometer disekitar laluan [...]

5000 Penghuni Kolej Kediaman USIM bergabung jayakan Himpunan Mega Inter-Kolej 2018

NILAI, 25 Mac 2018 – Mencipta kelainan dan sejarah baharu, satu majlis makan malam khas menghimpunkan penghuni kolej kediaman di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah satu bumbung telah diadakan baru-baru ini. Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, sekitar 6000 siswa-siswi penghuni kolej kediaman hadir memeriahkan Himpunan Mega Inter Kolej (HMI) USIM 2018. Penganjuran HMI [...]

Pelancaran Tabung Dana Ihya’ Ramadhan USIM 1439H / 2018M oleh Pusat Islam

NILAI, 30 Mac 2018 – Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Dana Ihya’ Ramadhan 1439H / 2018M pada jumaat lalu di Kompleks Islam Tunku Mukhriz. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Dr. Khairul Anuar Mohamad, Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau menyampaikan hasrat beliau agar semua pihak [...]

Go to Top