Februari 2019
Tudung dan Telekung menjadi Tumpuan, GISO Kunming China
KUNMING, CHINA 27 Januari 2019 – 12 orang mahasiswa dan mahasiswi Sekretariat Rakan Muda USIM dan diiringi oleh seorang pengawai pengiring telah menjalankan program GISO di Kunming, China selama 9 hari bermula 19 Januari dan berakhir pada 27 Januari 2019. Pada GISO kali ini, para peserta telah menjalankan aktiviti iaitu misi ’Jelajah Masjid’ yang mana misi ini telah membawa satu matlamat untuk memberi sumbangan telekung solat, sejadah, makanan tradisi ’Dodol’ serta makanan sunnah ’kismis dan kurma. Barang yang kami bawa untuk disumbangkan telah menjadi perhatian lebih-lebih lagi telekung. Ini kerana, setiap masjid yang kami jelajah telekung solat dan sejadah adalah barang wajib kami sumbang di setiap masjid. Antara lain aktiviti yang dijalankan disana adalah mengajarkan Bahasa Melayu Kepada Komuniti China Di Sekitar Shuncheng, mempelajari bahasa mandarin yang diajar oleh pengetua Kunming College of Eastern Language dan diterjemahkan oleh Ustaz Azhar, Perkongsian ilmu bersama imam masjid Nancheng. Tudung dan telekung menjadi tumpuan seluruh masyarakat cina islam mahupun bukan islam, para peserta tersentuh hati kerana ketika perjalanan menuju ke tempat masyarakat islam kami telah disapa oleh seorang masyarakat bukan islam dengan persoalan ’Apakah yang kamu pakai’ ujarnya. Soalan itu telah membuka mata kami untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang cara pemakaian wanita islam di Malaysia. Perkara itu telah diterima positif oleh masyarakat bukan muslim disana telah memberikan kesan yang sangat bermakna kepada seluruh peserta GISO kali ini. ”Apa yang menjadi perhatian kami adalah di Masjid Shun Cheng yang mana telekung yang disumbangkan adalah satu penerimaan yang baru oleh mereka kerana mereka tidak [...]
Bengkel Onboarding USIM pacu Pelan Strategik 2019
USIM, 29 Januari 2019 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Onboarding Pelan Strategik USIM bagi tahun 2019 bertempat di Galeri Canselori USIM. Menurut Pengarah StraComm, Dr Hayati Ismail, usaha untuk menyatukan semua pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan adalah mekanisme untuk mendapatkan idea, input dan sumbang saran yang selari untuk bersama-sama menetapkan halatuju USIM pada 2019. “Saya yakin dengan komunikasi yang jelas dan penglibatan kesemua pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan akan membantu USIM memenuhi segala sasaran yang ditetapkan untuk Pelan Strategik 2019,” katanya lagi. Selain itu, Naib Canselor USIM, Y.Bhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad menambah bahawa langkah penetapan pelan strategik ini adalah penting kerana ini lah yang akan menjadi hala tuju USIM pada masa hadapan. Bengkel yang dianjurkan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua ahli pengurusan tertinggi universiti untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan membuat penambahbaikan dalam menetapkan sasaran dan halatuju untuk tahun 2019. “Pelan Strategik inilah yang akan diikut sebagai panduan dan rujukan yang telah disusun kemas dan teratur mengikut aspirasi atau niche universiti kepada semua warga USIM. Penetapan dalam Pelan Strategik ini juga sebenarnya menjadi platform yang mencabar kewibawaan semua ketua PTj untuk membuat tindakan yang proaktif, membuat ramalan di masa hadapan, menetukan keputusan yang dibuat adalah betul, yang akan menjamin kejayaan dan memberi impak kepada USIM,” katanya lagi. Beliau juga berpendapat bahawa apa yang dibincangkan dan dimetraikan dalam Pelan Strategik ini perlu dikomunikasikan dengan jelas kepada semua warga USIM sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat kumpulan sokongan. Ini kerana, [...]
Januari 2019
UNISBA jalin kerjasama dengan USIM
BANDUNG RAYA, 25 Jan 2019 - FAKULTAS Ilmu Komunikasi (Fikom) Unisba tengah menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kegiatan yang dilakukan adalah teleconference, riset kolaboratif, dan seminar internasional. Pekan lalu, Jumat (25/1/2019) mereka telah melaksanakan teleconference. Menurut Dekan Fikom Unisba, Septiawan K. Santana, tema yang diusung dalam kerjasama ini adalah tentang komunikasi dan lebih spesifik tentang keberadaan media di Indonesia dan Malaysia. "Kegiatan ini baru pertama kali dilakukan. Kita sangat antusias dengan kerjasama ini. Urgensi dari kegiatan ini adalah melakukan pemetaan tentang media di Indonesia dan Malaysia, dalam kaitan kelokalan atau ke-Asia-an, bukan atas perspektif barat," kata Septiawan kepada galamedianews.com, Rabu (30/1/2018). Dikatakan, teleconference tersebut merupakan langkah pertama untuk mendasari bagaimana membuat riset kolaboratif tentang komunikasi dan media di Indonesia dan Malaysia berdasarkan perspektif lokal atau Asia. "Artinya kita mencoba memberi alternatif terhadap pemetaan awal, bagaimana persoalan komunikasi atau media di Malaysia dan Indonesia berdasarkan perspektif lokal," jelasnya. Ia mencontohkan, riset yang akan dilakukan adalah membedah tentang pengajaran agama Islam dengan studi kasus bagaimana cara guru ngaji mengajar di pelosok, seperti di Tasik, Garut, dll. Hal ini dibandingkan dengan cara guru ngaji mengajar di daerah atau pelosok Malaysia dalam menghadapi era disrupsi ini. Menurutnya, hasil dari riset nanti tidak perlu ada penyamaan persepsi, tapi kedua belah pihak ingin memetakan dan mengetahui cara komunikasi di antara dua negara. "Kita justru ingin mengetahui warna-warninya. Ada persamaan atau perbedaan enggak di antara kedua negara ini," kata Septiawan. Dengan kerjasama ini, katanya, pihaknya ingin mencoba menerobos sekat-sekat pemikiran yang telah dikotak-kotakan selama [...]
Pentingnya wali dalam kehidupan seorang muslimah
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang gadis dari negara Arab Saudi yang melarikan diri dari keluarganya dan meminta suaka politik dari negara lain kerana mendakwa nyawanya berada dalam bahaya jika di hantar pulang. Peristiwa ini menjadi viral dan mencetuskan bantahan terhadap sistem lelaki sebagai penjaga atau wali kepada perempuan. “Hapus sistem pewalian dan kami semua tidak akan berhijrah” menjadi mesej aliran utama dalam twitter di Arab Saudi (BH Online: 11 Januari 2019). Adakah pewalian benar-benar merupakan suatu yang “retro” dan tidak diperlukan dalam masyarakat moden pada hari ini? Dalam negara kita sendiri, sering kedengaran berita anak gadis yang melarikan diri kerana telah mempunyai pilihan sendiri dan tidak bersetuju dengan pilihan orang tuanya. Hal-hal seumpama ini memerlukan kita melihat sejenak apakah yang dimaksudkan sebagai wali dan kepentingannya dalam kehidupan seorang muslimah. Wali dari segi bahasa merujuk kepada perkataan bahasa Arab yang bermaksud penguasa atau pemimpin. Sementara dari segi istilahnya pula, Kamus Dewan (2005) mendefinisikan sebagai orang yang boleh menikahkan pengantin perempuan. Ia selalunya dikaitkan dengan kuasa bapa atau datuk untuk menikahkan anak atau cucu mereka. Hal ini bertepatan dengan definisi yang dikemukakan Al-Jaziri (2004) yang wali sebagai seseorang yang menentukan sahnya akad, dan akad nikah tidak sah dengan ketiadaannya. Mereka ialah ayah, wakil yang diwasiatkan, kaum kerabat yang dekat, penguasa dan raja. Jelasnya di sini, wali adalah suatu amanah yang dipertangungjawabkan kepada golongan lelaki secara umumnya untuk menjaga dan memastikan urusan orang yang berada di bawah tanggungannya sentiasa mendapat kebaikan dan terhindar dari sebarang keburukan, [...]
Azam dan muhasabah diri
Alhamdulillah, tahun 2018 telah melabuhkan tirai dan pastinya kita semua telah melayarinya dengan penuh cemerlang dan jayanya. Kini kita berada di awal tahun 2019 dengan meninggalkan pelbagai kisah suka duka, pahit manis dalam diari kehidupan kita pada tahun 2018. Ada yang mengganggap peralihan tahun ini merupakan satu peristiwa yang penting dan bermakna dalam sejarah hidup mereka dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri setiap manusia. Kesan tersebut ialah sama ada yang mengenai aspek pembangunan nilai positif atau aspek pembersihan unsur negatif dalam diri seseorang. Dalam konteks pembangunan nilai positif, ia akan membawa individu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti bekalan akhirat, manakala pembersihan unsur negatif pula membawa kepada perasaan insaf dan membersihkan diri daripada dosa dan maksiat sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” Berdasarkan ayat ini, Islam amat menggalakkan agar umatnya melakukan muhasabah diri mengenai perbekalan menuju akhirat nanti dan berusaha untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan amalan selagi mana di beri kesempatan oleh Allah SWT. Ini merupakan langkah ke arah meningkatkan kualiti diri menjadi umat yang terbaik. Apabila datangnya tahun baharu, maka kita sering dikaitkan dengan azam dan cita-cita tahun baru. Tidak salah untuk menanam azam, tetapi haruslah seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. [...]
Mengekonomikan zakat dan zefinisi baharu Ekonomi Islam
Apabila membicarakan soal zakat, pasti yang terbayang di minda adalah asnaf fakir miskin. Kekurangan mereka menyedihkan pemberi zakat, dan mereka pula mensyukuri pemberian zakat. Ketika musim perayaan sepeti Aidilfitri, zakat fitrah pula bermain di bibir setiap muslim. Itulah yang seringkali terbayang di fikiran apabila perkataan zakat disebut. Namun, zakat perlu dipersembahkan dan difahami dengan konteks yang lebih luas. Ia perlu dibincangkan dengan lebih mendalam dalam buku-buku ekonomi, dan hakikat ia sebagai salah satu penyumbang kepada GDP negara perlu diketengahkan. Persoalannya, di manakah ruang sebenar konsep zakat dalam definisi ekonomi? Bolehkah kita mengekonomikan zakat? Atau perlukan kita mendefinisikan semula maksud ekonomi yang lebih segar dengan semangat kefarduan zakat yang diwahyukan Allah dalam surah al-Taubat ayat 60. Bapa Ekonomi Lionel Robbins pada 1932 mendefinisikan ekonomi sebagai sains kekurangan dan pilihan. Enonomi yang berasal daripada Bahasa Greek Oikos ‘rumah’ dan nemo ‘peraturan’ secara literalnya disifatkan sebagai pengurusan rumah tangga merupakan satu cabang Sains Sosial yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam mengurus sumber-sumber yang terhad dalam memenuhi kehendak manusia dan alternatif penggunaannya. Jadi di mana letaknya zakat dalam definisi ekonomi ini? Zakat pula, adalah kewajipan individu Muslim terhadap sebahagian hartanya yang perlu diberikan kepada para asnaf setelah memenuhi sesuatu tempoh (hawl) dan kadar nisab yang telah ditetapkan mengikut sesuatu tempat. Oleh itu dalam mengekonomikan zakat, definisi ekonomi perlu didefinisikan semula dalam bentuk kewajipan sebahagian hartanya sebagaimana yang difardukan Allah kepada setiap manusia. Oleh itu, dalam mengekonomikan zakat, suatu definisi ekonomi baharu harus diperkenalkan dan dihayati untuk memenuhi maksud [...]
Mengekonomikan zakat dan zefinisi baharu Ekonomi Islam
Apabila membicarakan soal zakat, pasti yang terbayang di minda adalah asnaf fakir miskin. Kekurangan mereka menyedihkan pemberi zakat, dan mereka pula mensyukuri pemberian zakat. Ketika musim perayaan sepeti Aidilfitri, zakat fitrah pula bermain di bibir setiap muslim. Itulah yang seringkali terbayang di fikiran apabila perkataan zakat disebut. Namun, zakat perlu dipersembahkan dan difahami dengan konteks yang lebih luas. Ia perlu dibincangkan dengan lebih mendalam dalam buku-buku ekonomi, dan hakikat ia sebagai salah satu penyumbang kepada GDP negara perlu diketengahkan. Persoalannya, di manakah ruang sebenar konsep zakat dalam definisi ekonomi? Bolehkah kita mengekonomikan zakat? Atau perlukan kita mendefinisikan semula maksud ekonomi yang lebih segar dengan semangat kefarduan zakat yang diwahyukan Allah dalam surah al-Taubat ayat 60. Bapa Ekonomi Lionel Robbins pada 1932 mendefinisikan ekonomi sebagai sains kekurangan dan pilihan. Enonomi yang berasal daripada Bahasa Greek Oikos ‘rumah’ dan nemo ‘peraturan’ secara literalnya disifatkan sebagai pengurusan rumah tangga merupakan satu cabang Sains Sosial yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam mengurus sumber-sumber yang terhad dalam memenuhi kehendak manusia dan alternatif penggunaannya. Jadi di mana letaknya zakat dalam definisi ekonomi ini? Zakat pula, adalah kewajipan individu Muslim terhadap sebahagian hartanya yang perlu diberikan kepada para asnaf setelah memenuhi sesuatu tempoh (hawl) dan kadar nisab yang telah ditetapkan mengikut sesuatu tempat. Oleh itu dalam mengekonomikan zakat, definisi ekonomi perlu didefinisikan semula dalam bentuk kewajipan sebahagian hartanya sebagaimana yang difardukan Allah kepada setiap manusia. Oleh itu, dalam mengekonomikan zakat, suatu definisi ekonomi baharu harus diperkenalkan dan dihayati untuk memenuhi maksud [...]
Laksana gotong royong langkah proaktif cegah wabak denggi
NILAI, 22 Januari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk mencegah denggi yang kini menjadi wabak di kawasan Nilai. Ini berikutan kenaikan kes demam denggi yang meningkat di kawasan Putra Point Nilai, Taman Bukit Sendayan, Taman Sendayan Indah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Impiana Residencee Nilai dan Bandar Seremban Selatan Fasa 3B. Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr Nik Mohd Shafikudin bin Md Taujuddin berkata, PKU mengambil langkah drastik dengan membuka bilik gerakan denggi yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Ini kerana kami ingin sentiasa memantau pelajar terutamanya apabila mereka mendapati ada simptom seperti demam, muntah-muntah, sakit perut dan sebagainya. “Bagi menangani insiden penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes, PKU, USIM mengambil inisiatif termasuk dengan melaksanakan pelbagai langkah pencegahan seperti mengadakan program Gotong-royong Perdana iaitu My Beautiful USIM di Kolej-kolej Kediaman USIM. Selain itu, PKU juga membuat pemeriksaan berkala di kawasan pembiakan denggi sekitar USIM termasuk di kampus dan kolej kediaman USIM,” katanya lagi. Menariknya, program gotong-royong yang dianjurkan oleh USIM ini juga mendapat sambutan dari penduduk sekitar seperti Taman Desa Anggerik, Taman Semarak, Desa Kasia, Desa Jati dan Nilai Impian. Ini kerana, kebersihan di kawasan sekitar juga memainkan peranan dan perlu mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat setempat bagi mengurangkan risiko kepada jangkitan wabak denggi. Bagi di Kolej Kediaman, pembersihan dan gotong-royong yang dilakukan di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) adalah seperti pencucian tangki air utama di semua blok, pembersihan longkang yang tersumbat [...]
KPI terima 75 pelajar baharu sesi akademik 2019
NILAI, 6 Jan 2019 - Kolej PERMATA Insan (KPI) terima seramai 75 pelajar baharu berusia 12 dan 13 tahun untuk Asas 1 dan 16 Tahun untuk Tahap 1. Mereka terdiri dari 30 pelajar lelaki dan 45 pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini dipilih setelah melalui ujian penilaian dan kelayakan UKM-1 dan UKM-2 seterusnya menduduki ujian USIM-1 dan STEM Muhayyam Al-Abrar. Pada tahun ini, Kolej PERMATA Insan telah menambah polisi pengambilan pelajar dengan menambah pengambilan daripada pelajar Tahap 1 yang berumur 16 tahun. Keputusan ini dibuat berdasarkan perbincangan dengan pihak pengurusan USIM bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) turut sama memohon untuk kemasukan ke KPI. Pendaftaran yang bermula jam 8.30 pagi itu disusuli dengan majlis taklimat pelajar baharu. Pada sesi taklimat ini ibu bapa dan pelajar baharu diberi penerangan berkaitan laluan akademik di KPI, oleh Dr. Rahayu Ahmad (Penyelaras Hal Ehwal Akademik), Program Hafazan dan Al-Quran oleh Ustaz Ahmad Bazli Ahmad Hilmi (Penyelaras Program Hafazan) dan Taklimat berkaitan hal ehwal pelajar dan asrama oleh Dr Rozita Zainal (Penyelaras Hal Ehwal Pelajar). Taklimat ini adalah penting kerana silibus pelajaran di KPI adalah berlainan dengan silibus sekolah biasa dan diwujudkan juga beberapa laluan akademik bagi memudahkan pelajar pintar dan berbakat ini menyambung pengajian di universiti-universiti terpilih setelah mereka tamat belajar nanti. Menurut Adik Idriz Hafiz Muhamad Sazali, Pelajar Baharu Tahap 1, beliau memilih KPI sebagai tempat untuk menyambung pengajian kerana beliau berpendapat KPI sebuah institusi yang unik yang menggabungkan ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau yang juga merupakan [...]
Pusat Kebudayaan USIM jalin kerjasama dengan PERKAMUS
NILAI, 18 Jan 2019 – Dalam usaha meningkatkan skil kakitangan khususnya menerusi bidang pengurusan seni budaya, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memilih Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) untuk jalinan kerjasama menerusi program Organization Enhancement Programme (O-Pro): Kembara Ilmu Pusat Kebudayaan USIM (Johor–Singapura) 2019. Program O-Pro dirancang setelah mengambil saranan Pengurusan Universiti yang mahukan organisasi dan warga Universiti didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kerjasama di peringkat yang lebih luas di peringkat antarabangsa bagi membentuk pengurusan kerja berorganisasi yang lebih cekap dan cemerlang khususnya berkaitan pengurusan organisasi seni budaya serantau. Bagi mencapai hasrat ini, Pusat Kebudayaan telah menjemput Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) hadir mengadakan perbincangan rasmi. Organization Enhancement Programme (O-Pro): Kembara Ilmu Pusat Kebudayaan USIM (Johor–Singapura) 2019 merupakan sebuah program yang dirancang khusus bagi membolehkan staf Pusat Kebudayaan menimba ilmu seni budaya dan ke arah pemikiran global seiring dengan visi Pusat Kebudayaan menjadi Peneraju Seni Berbudaya selain akan menjadi medan pakar rujuk di dalam program seni budaya yang patuh syariah sama ada di peringkat universiti, kebangsaan termasuklah di peringkat antarabangsa selain membentuk kerjasama strategik antara organisasi pengajian tinggi serantau. Terdapat beberapa pengisian yang terkandung dalam O-Pro, antaranya dialog budaya iaitu sebuah segmen berbentuk diskusi ilmiah, pembentangan kertas kerja dan pertemuan serta perkongsian ilmu bersama tokoh. Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed semasa mempengerusikan perbincangan berkata USIM amat berbesar hati apabila PERKAMUS menerima pelawaan untuk menjalinkan hubungan strategik khususnya menerusi program berbentuk wacana ilmu dan menerusi program O-Pro ini kita akan cuba meneroka kerjasama lain [...]