Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2019

“Food For Mahasiswa” Bantu Mahasiswa Kurang Mampu

NILAI, 13 September 2019 - Seramai kira-kira 100 pelajar telah menerima makanan percuma bersempena pelancaran program “Food for Mahasiswa” bagi sesi 2019/2020 oleh Sekretariat Fiqh dan Fatwa (SEKREFIFA) Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis perasmian yang berlangsung di perkarangan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-Undang dihadiri oleh para pelajar khususnya pelajar fakulti itu sendiri. Program ini bertujuan bagi menjaga kebajikan para pelajar khususnya di Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Alternatif menyediakan sarapan percuma setiap dua kali sebulan dan dibuat pada hari Jumaat ini diusahakan oleh Sekretariat Fiqh dan Fatwa bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan sara hidup mahasiswa/wi serta menjadi satu usaha tentang pentingnya sarapan. Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Arif Fahmi Bin Md Yusof mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Fiqh dan Fatwa kerana bertungkus lumus bagi menjayakan program “Food for Mahasiswa”. “Program sebegini amat bermanfaat pada mahasiswa kerana dapat mengurangkan beban pelajar terhadap kos sara diri. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan oleh legasi kepimpinan Sekretariat Fiqh dan Fatwa seterusnya", ujar beliau lagi. Selain itu, program agihan makanan percuma ini turut menerima sumbangan berbentuk kewangan dan makanan daripada beberapa individu yang berbesar hati untuk membantu merealisasikan program ini. “Kami bertungkus lumus untuk menjayakan program ini kerana ianya merupakan salah satu alternatif solusi bagi kemaslahatan yang timbul disamping melihat keperluan mengambil sarapan pagi amat penting bagi mahasiswa untuk menjalani aktiviti pembelajaran yang amat padat”. Kata Saudara Nuaim bin Md Idris, Presiden Sekretariat Fiqh dan Fatwa 2018/2019. Turut hadir di program Food for Mahasiswa ini ialah Dekan Fakulti Syariah [...]

USIM mengalukan pelantikan Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin sebagai Naib Canselor Baharu

NILAI, 12 September 2019 – Lantikan Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Pakar Keselamatan Siber dan Fizik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bakal memberi suntikan bertenaga dalam memastikan visi USIM untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi Islam terkehadapan untuk kesejahteraan sejagat dapat dicapai . Ia lanjutan pengumuman pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek secara rasmi telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan  semalam. Pelantikan Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin untuk tempoh tiga tahun yang akan berkuat kuasa mulai 23 September 2019 hingga 22 September 2022 menjadikan beliau merupakan Naib Canselor kelima USIM sejak universiti ini ditubuhkan pada tahun 2000. Warga kampus yang terdiri daripada pensyarah, pentadbir, persatuan kakitangan dan badan pelajar amat mengalu-alukan pelantikan beliau ke jawatan ini untuk terus memacu kecemerlangan universiti kehadapan. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, 57, berasal dari Selangor merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik (tahun 1984), Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Theoritical Physics) dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom. Beliau juga merupakan lulusan Diploma in Islamic Studies di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Higher Doctoral Degree (DSc), UMIST, UK pada tahun 2004. Pelantikan beliau juga berdasarkan pengalaman dan pencapaian beliau semasa memegang jawatan pentadbiran utama iaitu sebagai Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) di UIAM. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Dekan, Research Management Centre, UIAM dan Dekan, Office of Corporate Strategy dan Quality Assurance di UIAM sebelum itu merupakan pensyarah di Jabatan Matematik dan Institute of Mathematical [...]

Aplikasi I-Sign Ibadah, Memenuhi Kelompangan Istilah Isyarat Ibadah

NILAI- Kekurangan isyarat bagi istilah-istilah berkaitan Ibadah dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) antara faktor yang mengekang golongan berkeperluan khas pendengaran atau juga dikenali sebagai OKU Pekak untuk memahami dan mempraktikkan konsep indahnya hidup beragama. Bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah ini, kumpulan penyelidik dari Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad mengambil tanggungjawab untuk membangunkan satu perisian mesra OKU Pekak iaitu I-Sign (Ibadah). Usaha ini dibiayai geran kerjasama (Matching Grant) USIM bersama Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA). Gabungan pembangunan perisian ini terdiri daripada penyelidik berlatarbelakangkan Pengajian Islam, Jurubahasa Isyarat (JBI) dan wakil NGO OKU yang terdiri daripada NESDA, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) dan wakil penyelidik Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut Puan Sariah Ibrahim, Presiden NESDA  "Sekalung penghargaan terima kasih atas usaha murni ini dan  mengharapkan usaha ini terus berkembang dalam cabang-cabang agama Islam yang lain seperti Feqah, Muamalalat dan sebagainya", berkata Puan Sariah Ibrahim, Presiden NESDA . Menurut Dr Nurul Asiah Fasehah Muhamad, ketua penyelidik dan merangkap Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah berkata, usaha ini dijalankan sejak tahun 2017 dan sepanjang tahun tersebut telah berjaya mengumpulkan 274 istilah baharu yang dibangunkan dan dikemaskini meliputi tujuh bab iaitu hukum syarak, syahadah, taharah, solat, puasa, zakat dan haji. "Proses pemurnian dilakukan bagi setiap isyarat yang dibangunkan supaya tidak lari dengan definisi sebenar dalam agama Islam dan [...]

USIM teroka peluang industri dan libatsama dakwah masyarakat lebih luas di Jepun

OSAKA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui pusat tanggungjawab, Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) meneroka peluang jaringan industri yang lebih besar melalui lawatan seramai tujuh orang delegasi USIM ke Osaka pada 23 Ogos lalu. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pengarah PLiMJI mengetuai mesyuarat delegasi bersama ahli akademia dari Universiti Doshisha bagi membincangkan bidang kolaborasi termasuk dalam latihan industri, pertukaran pelajar, kursus jangka pendek, pensyarah pelawat dan program pertukaran budaya. Universiti Doshisha baru-baru ini telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang serta dedikasi kepada pendidikan. Selain daripada itu, terdapat permintaan dari masyarakat Muslim Jepun untuk mendapatkan pendidikan Islam dengan lebih mendalam. “Lawatan ini meneliti dengan lebih mendalam, peluang kepada PliMJI untuk menerokai aspek-aspek libatsama masyarakat dan jaringan industri yang boleh dilakukan bersama-sama rangkaian universiti dan badan bukan kerajaan di Osaka, Kyoto dan Tokyo Jepun dan menjadi PTJ yang pertama di Malaysia yang mengadakan kerjasama seumpama itu,” ujar Prof Madya Rafidah Hanim. Tambahnya, program ini juga akan melihat prosedur dan amalan terbaik NGO Islam di Jepun khususnya YDKMM dalam menguruskan agenda dakwah mereka dengan masyarakat Jepun yang terkenal dengan disiplin diri yang sangat tinggi. Inisiatif untuk menyantuni muallaf masyarakat Jepun mendorong PLiMJI mengorak langkah memulakan perancangan bersama Encik Zulkarnain Hasan Basri selaku Pengerusi YDKMM Jepun merangkap Pengarah Urusan Nippon Muslim Corporation dan presiden Japan Muslim Foundation. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti membantu masyarat Jepun mendalami agama Islam dan membantu mereka menjadi Muslim [...]

SALAM USIM – Program Ibadah Korban dan Aqiqah USIM 2019

20 Pelajar Salur Bakti dan Berdakwah Kepada Masyarakat di Karimun, Indonesia

INDONESIA, 30 Ogos 2019 - Sekumpulan 20 pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) berbangga dapat berdakwah sambil menjalankan aktiviti khidmat komuniti bagi menyantuni masyarakat di Karimun, Indonesia dalam program pengantarabangsaan iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO). Menurut Pengarah Program, Hadi Helmi, Kumpulan GISO diberi nama The Pathfinder, menjalankan GISO selama enam hari bermula 24 hingga 29 Ogos. Beliau berkata, program ini bukan sahaja telah memberi pengalaman baharu kepada delegasi siswa dan siswi, malahan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk melatih kemahiran insaniah mereka dalam berinteraksi bersama masyarakat di luar negara. “Pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan termasuk Bengkel Pemantapan Fardu Ain dan Sumbangan kepada Panti Asuhan Darul Taufiq, perkongsian ilmu teknologi masa hadapan di SMP Swasta Vidya Sasana serta program penjagaan gigi kepada anak-anak TK IT Muhammadiyah,” ujar Hadi. “Kehadiran kami disambut mesra oleh masyarakat di sana, malahan mereka mengalu-alukan kedatangan kumpulan GISO yang lain untuk mengadakan program sebegini ke tempat mereka”, tambahnya. Antara pengalaman berharga peserta adalah apabila mereka berkunjung ke Panti Asuhan Darul Taufiq yang ditubuhkan oleh pengetua, En Haji Affendi Muhammad Ibrahim juga merupakan antara mangsa yang terselamat daripada nahas kapal terbang. Hj Affendi merupakan seorang askar pada waktu itu telah mengalami kecederaan yg serius di lututnya. Beliau yang menyifatkan umpama diberi peluang untuk hidup kali kedua lalu membuat keputusan menggunakan wang pampasan bagi menubuhkan Darul Taufiq. “Perkongsian hidup beliau memberi iktibar buat kami bahawa hidup ini pasti ada ujian dan dugaan yang bakal dihadapi, namun Tuhan tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang dia sendiri [...]

Program menarik semarakkan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM

NILAI, 6 September 2019 - Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2019 telah dihadiri lebih 2400 pelajar yang bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Bertemakan "Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih" majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani. “Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) selaku urus setia Sambutan Bulan Kebangsaan USIM 2019. Diharapkan agar semua pihak terutamanya pelajar USIM merenung kembali dan menghargai nikmat kemerdekaan dan menyeru semua agar mempraktikan amalan baik untuk menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman,” Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani. Dalam majlis yang sama, turut diadkan perkongsian pengalaman tokoh pejuang tanah air iaitu YBhg. Brig. Jen. Datuk Abdul Latif Ahmad (Bersara), Komandan Malaysian Batalion ketika misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia pada 1993 dan Konfrontasi Indonesia 1963, Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 dan Darurat Kedua 1974 - 1989. “Menjaga dan mengawal keamanan negara bukan sahaja tugas tentera tetapi ia merupakan tugas semua rakyat Malaysia”, ucap YBhg. Brig. Jen. Datuk Abdul Latif Ahmad (Bersara). Pelbagai acara telah dirancang sepanjang tempoh sambutan ini. Di antaranya ialah Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, Bicara Bulan Kebangsaan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Puisi Merdeka Pena, Kata Dalam Irama (KADI) dan Perarakan Khas Sambutan Bulan Kebangsaan. Majlis pada malam itu turut dihadiri oleh beberapa wakil Pengurusan USIM iaitu Dr. Hayati Ismail, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik [...]

SALAM USIM – Majlis Serahan Pelantikan Profesor Adjung

Menteri Besar Negeri Sembilan seru pelajar tingkat softskill untuk berdaya saing

NILAI, 6 September 2019 – Bertepatan dengan konsep pendidikan iaitu gabungan elemen Sains dan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun berharap agar pelajar baharu bersedia meningkatkan softskill meliputi aspek mental dan fizikal untuk menjadi pelajar yang proaktif dan inovatif serta memanfaatkan ilmu dari tenaga pengajar serta kemudahan yang tersedia. Beliau menyampaikan amanat tersebut dihadapan seramai 2471 pelajar baharu di Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar yang berlangsung bertempat di Dewan Tuanku Canselor bersempena Minggu Taaruf Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020 pada 5 September. Beliau berkata, Malaysia yang kini telah bergerak ke hadapan seiring dengan revolusi industri (IR 4.0) akan memberi kesan berlakunya kekurangan penggunaan tenaga manusia dalam satu-satu bidang pekerjaan. “Saya menyeru agar para pelajar membuka minda dengan mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan mengasah bakat sepaya mempunyai nilai tambah dan kepakaran tersendiri supaya mampu bersaing dalam era IR4.0 untuk tidak ketinggalan dalam arus pemodenan kini,” ucapnya. Tambahnya, selain menyediakan akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti, Universiti Awam perlu kekal sebagai hab inovasi yang berupaya menyumbang kepada penjanaan kemewahan negara dan kesejahteraan masyarakat. “Oleh itu, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Sembilan agar pelajar semua dapat mendalami ilmu yang di pelajari dengan sebaiknya untuk membawa nama Malaysia dan Islam ke peringkat yang lebih tinggi agar lebih dikenali. Saranan saya agar pelajar sentiasa mempersiapkan diri menerima tugas dan amanah bagi memelihara dan membangunkan negara yang merupakan hadiah Allah yang terbaik untuk kita semua”. Beliau turut berucap, dalam melahirkan graduan yang berkualiti [...]

Pelajar baharu USIM simpan hasrat tabur bakti untuk masyarakat

NILAI, 5 September 2019 - Rata-rata pelajar baharu USIM berhasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat selepas habis pengajian nanti. Semangat dan cita-cita yang tinggi jelas di wajah mereka yang tidak sabar untuk memulakan sesi perkuliahan pada minggu hadapan. Sesi orientasi mereka akan berakhir pada Ahad ini. Antara pelajar yang ditemui berkongsi perasaan gembira dan syukur kerana mendapat peluang sambung pengajian di USIM. Bagi Muhamad Faris Mohd Norizan yang mengikuti program Sarjana Muda Syariah Industri Halal dan Mohamad Nabil Firdaus Abdul Taib pula mengikuti program Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang. Masing-masing dari Sekolah Izzuddin Shah Perak berhasrat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang demi membalas jasa baik ibu ayah dan keluarga. Bagi Muhamad Badrul Amin Bin Mohd Tarmizi mengambil jurusan Komputer Sains, Muhammad Ilyas Ariffin Bin Abu Bakar jurusan Perakaunan, Muhammad Hafiy Bin Zolfattah jurusan Perbankan Dan Kewangan Islam dan Muhammad Al Hakim Bin Mohd Zulkifli jurusan Perbankan Dan Kewangan Islam akan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita dan dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat kelak. "Saya berharap saya dapat lulus dengan cemerlang dalam bidang yang saya ceburi, dapat berkhidmat kepada ummah dan menjadi seorang doktor yang berdisplin dan berintegriti. Dorongan dari ibubapa untuk saya meneruskan pengajian di USIM tidak akan di sia-siakan, saya akan berusaha sungguh-sungguh demi menggembirakan ibu dan ayah“, Siti Farah Amirah binti Roslan dari Rembau menyambung pengajian dalam jurusan Perubatan dan Sains Kesihatan. "Saya pilih USIM kerana USIM adalah antara universiti yang terbaik di Malaysia dan saya berharap agar dapat memanfaatkan 100% peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan dan [...]

Go to Top