Julai 2019
Bawa agenda negara-Institut Sains Islam terajui STREAM
Institut Sains Islam (ISI) merupakan Inkubator Penyelidikan yang bersifat unik kerana ia bukan sahaja memfokuskan bidang penyelidikan dan inovasi, malah merupakan antara tulang belakang penganjuran pertandingan rekacipta yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Jika diamati, ISI turut memainkan peranan dalam membawa agenda USIM bagi menintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli secara menyeluruh merangkumi aspek akademik, perkhidmatan dan pentadbiran. “Penubuhan ISI merupakan satu langkah terbaik USIM bagi menjalankan agenda memfokuskan kepada integrasi Naqli dan Aqli. Tambahan, kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh pasukan USIM antaranya di British Invention Show (BIS) di London, NRIC, i-INOVA dan PECIPTA saban tahun menunjukkan bahawa budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar telah mula subur dan mekar di USIM,” ujar Dr. Farhana Sabri, Timbalan Pengarah ISI juga Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Ikuti bual bicara yang disediakan untuk butiran lanjut. S1 Latar belakang dan pengenalan ISI ISI merupakan pusat rujukan yang berteraskan Sains Islam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan bakat dan kepakaran yang mampu mentransformasikan manusia sejagat dan negara. Empat (4) unit utama di bawah ISI merangkumi penyelidikan, akademik, perkhidmatan, dan pentadbiran. ISI turut menawarkan dua program akademik iaitu Doktor Falsafah Sains Islam dan Sarjana Sains Islam. Program akademik ini ditawarkan dalam mode penyelidikan. Matlamat penawaran program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli secara profesional dan seimbang dari segi intelektual, spiritual, emosi, fizikal, dan emosi. Di antara keunikan ISI adalah dengan penubuhan Kluster, Unit, dan Pusat (KUP) Penyelidikan yang bermula pada 1 September 2017. Sehingga Julai 2019, [...]
SALAM USIM – PROGRAM AWAMIRUS SOBAH ”PERKONGSIAN PAGI”
Dua Siswi USIM Gerakkan Misi Kemanusiaan bersama Islamic Relief di Bosnia
NILAI, 25 Julai 2019 – Selepas berjaya melaksanakan dua program kemasyarakatan berimpak kepada komuniti sasaran dalam negara, dua orang siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut cabaran yang lebih besar untuk membantu komuniti wanita di Bosnia. Maryam Nur Imran dan Rabaatul Adawiyah Junus yang kedua-duanya merupakan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM akan berada di Bosnia mulai 17 hingga 24 Ogos hadapan untuk menyempurnakan projek Mission to Bosnia : Empowering Women and Children. Selepas konflik peperangan tahun 1992 yang menyebabkan kerosakan infrastruktur besar, ratusan ribu nyawa terkorban dan penduduk pula kehilangan punca pekerjaan, Bosnia belum mampu bangkit sepenuhnya hingga kini dan memerlukan keprihatinan dari pihak luar untuk membantu rakyat mereka yang miskin. Atas realiti tersebut, mereka yang merupakan pelajar Gap Year USIM bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) mengambil inisiatif menerajui misi kemanusiaan yang memfokuskan kepada golongan ibu tunggal di Bosnia. Tujuan misi ini adalah membantu menggerakkan sumber ekonomi dan menjana pendapatan kepada mereka melalui projek peti pengiring makanan (food dryer). Sepanjang berada di sana, siswa USIM bersama IRM akan mengajar kumpulan ibu tunggal ini secara keseluruhan proses bagaimana projek pengering makanan ini mampu menjana pendapatan mereka. Beberapa unit peti pengiring makanan yang disumbangkan kelak kepada mereka adalah hasil sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak di Malaysia. Menurut IRM, selain memantau pelaksanaan projek pengering makanan untuk ibu tunggal, siswi USIM juga akan bersama-sama terlibat dengan beberapa program lain antaranya mengunjungi pejabat Islamic Relief Bosnia; aktiviti terapi untuk kanak-kanak; pengedaran pek makanan; [...]
Syarahan Perdana Profesor oleh Dato Naib Canselor bertajuk Sensor Kimia Optik
NILAI, 17 Julai 2019- Kira-kira seramai 300 tetamu yang hadir ke Majlis Syarahan Perdana Profesor yang disampaikan oleh Profesor Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM di Dewan Senat Canselori bertajuk ” Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal Dalam Analisis Kimia”. Profesor Dato Dr Musa Ahmad merupakan Presiden Pengasas untuk Persatuan Pembangunan Teknologi Sensor Malaysia (SENSOR), dan kini beliau adalah Penasihat untuk persatuan yang sama. Beliau juga merupakan Felo Akademik Sains Malaysia (FASc) dan Felo Institut Kimia Malaysia (IKM). Selain itu, beliau juga turut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Dalam syarahan tersebut, sensor kimia merupakan peranti kecil yang mampu menukarkan informasi kimia dalam analit kepada isyarat elektronik yang boleh diukur. Pada awal penerokaan penyelidikan sensor kimia, kaedah yang digunakan untuk menganalisis spesies kimia ialah dengan mencerap tindak balas yang berlaku dalam larutan. Pemabikan atau pembaikan? kepada sensor kimia dilakukan dengan memegunkan reagen kimia pada transduser dan tindak balas pada permukaan elektrod boleh dicerap. Sensor kimia optik adalah berdasarkan kepada pengukuran cahaya yang diserap atau dipancarkan sebagai hasil tindak balas antara reagen terpegun dengan analit. Dalam sensor optik, cahaya akan dipandu menggunakan gantian optik kepada alat pengesan foto yang akan mengesan perubahan keamatan serapan atau pantulan pada panjang gelombang tertentu. Kaedah optik telah memberikan kesan yang sangat besar kepada teknologi sensor kimia pada masa kini dan mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah lain kerana ia melibatkan penggunaan sumber cahaya yang murah dan mudah diperoleh. Sehingga kini penyelidikan sensor kimia masih aktif dijalankan dan turut melibatkan [...]
USIM ketengah Produk Inovasi di HMA 2019
NILAI, 21 Julai 2019– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara yang menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan yang diadakan di Perkarangan Muzium Sabah pada 14 hingga 21 Julai 2019, menerima kira-kira 75,265 pengunjung. HMA yang membawa tema Muzium Sebagai Hab Kebudayaan: Kelangsungan Tradisi membuka peluang kepada 27 agensi kerajaan yang mengambil bahagian terdiri dari pelbagai Institusi Pendidikan, Jabatan Muzium setiap negeri, dan Bank Negara Malaysia dan lain-lain. Selain dari mengadakan pameran, HMA juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kelas tarian kebudayaan, bicara santai, Muziumthon, Heritage Treasure Hunt, pelbagai demonstrasi, persembahan artis jemputan dan sebagainya. Menurut Puan Nor Azzah Momin, Pengerusi Jawatankuasa Muzium dan Galeri USIM berkata, penglibatan USIM kali ini adalah untuk menonjolkan budaya ilmu, menyelidik dan mempromosi USIM melalui bidang penyelidikan, seni Melayu, penerbitan buku, produk inovasi dan sebagainya. Selain itu, pengalaman menyertai HMA ini juga adalah sebagai langkah awal kepada USIM bagi mendapatkan pengalaman dan input menarik untuk menubuhkan galeri dan muzium USIM yang tersendiri dalam masa terdekat. “Selain itu, dengan penyertaan ke HMA ini dapat meningkatkan keternampakan (visibility) USIM di peringkat antarabangsa dengan bersama-sama Jabatan Muzium yang lain yang turut mengadakan pameran kebudayaan dan kesenian tersendiri,” katanya lagi. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar iaitu YB Tuan Assafal @Samsul Kamal P. Alian dalam kunjungannya ke reruai USIM semasa Majlis Perasmian Pembukaan HMA mengharapkan agar USIM dapat membantu masyarakat menerusi pemerkasaan Bahasa Arab untuk tujuan memahami kandungan Al-Quran , dan ia menjadi satu cabaran kepada USIM untuk membantu mendidik masyarakat untuk [...]
ViTAB Bantu OKU Penglihatan Belajar Solat
NILAI, 18 Julai 2019- Bagi individu yang tidak mampu melihat, pastinya terdapat kekangan untuk mempelajari solat. Oleh itu satu kajian telah dibuat bagi membangunkan bahan bantu mengajar yang direka khas untuk mengatasi masalah pembelajaran solat bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Encik Mohd Nur Adzam Rasdi bersama ahli kumpulan penyelidiknya telah menghasilkan Visual Impairment Tactile Audio Book (ViTAB) Solat. Encik Adzam berkata, untuk mendapatkan hasil yang maksima bahan bantu mengajar ini perlu merangkumi beberapa elemen khas yang sesuai dengan penggunaan deria OKU penglihatan seperti gambar pergerakan rukun solat yang ditimbulkan, teks keterangan di dalam tulisan Braille dan audio bacaan bagi setiap rukun solat. ”Dengan penggabungan kesemua elemen ini, proses pembelajaran ibadah solat bagi individu yang bermasalah penglihatan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, di samping dapat meminimumkan kebergantungan mereka terhadap tenaga pengajar. ”Penghasilan bahan ini adalah sejajar dengan teras strategik 3 di dalam pelan tindakan OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat iaitu meningkatkan akses OKU kepada pendidikan untuk mendapatkan akses yang lebih baik tentang ibadah solat dan menyumbang kepada perkembangan teknologi dalam pendidikan Islam khususnya dalam skop pendidikan khas”, jelas Adzam. Bagi menghasilkan buku ini turut mendapat kolaborasi bersama KL Resources, Persatuan Cacat Penglhatan Islam Malaysia dan Malaysia Association for the Blind. Buku ini pernah meraih pingat peral dalam kategori pendidikan di International Invention Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur pada Mei lepas.
Kepakaran Prof. Rozhan mendapat Pengiktirafan Antarabangsa
NILAI, 10 JULAI 2019 - Prof Dr Rozhan Mohammed Idrus, Felow Penyelidik di Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merupakan Profesor Pendidikan Jarak Jauh yang pertama di Malaysia yang menerima penganugerahan Award For Excellence in e-learning dan juga 50 Fabulous Edutech Leaders Award yang berlangsung pada 4 Julai 2019 di Taj Lands End, Mumbai, India. Terlebih dahulu, beliau telah menerima Award for Best Professor in Immersive Technology Studies pada 24 April 2019 di Kuala Lumpur di dalam The 6th Golden Globe Tiger Awards – Education Leadership. Prof. Dr Rozhan, 60, menerima anugerah tersebut atas pencapaiannya yang menyerlah di bidang Pendidikan Jarak Jauh dan Pembelajaran Terbuka (Open & Distance Learning) sebagai seorang pakar rujuk serta penyelidikan dan penghasilan karya penerbitan di peringkat antarabangsa. Antara agensi antarabangsa yang pernah menerima khidmat pakar beliau termasuk Commonwealth of Learning (COL), Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), SEAMEO-RECSAM serta UNESCO. Anak kelahiran Pulau Pinang ini memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Ilmu Sains Fizik dari University of Salford, United Kingdom mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun sebagai seorang pakar teknoologi e-pembelajaran, penganalisis, perunding, pengendali dan pemudahcara bengkel dan telah membentangkan 52 ucaptama di 18 buah negara serta menerbitkan 192 penerbitan dalam jurnal antarabagsa yang berindeks, buku dan bab di dalam buku panduan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengarang Penerbitan Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia (2001-2016). Antara pencapaian beliau adalah menerajui portal elektronik yang dibina sendiri oleh institusi (2003) dan mempelopori penggunaan sms dalam pengajaran ilmu sains fizik (2008), meraih anugerah [...]
Does the Malaysian Government ready to treat drug addicts as patient?
The Ministry of Health Malaysia has recently announced about a gamechanger policy that it will embark – the decriminalization of drug addicts and addiction. The concept and the rationalization of this policy is clear. The MOH states that decriminalization means the removal of criminal penalties for individuals who possess and use a small quantity of drugs for personal use. This clearly does not include drug traffickers, of which remain a crime. For very long time, Malaysia has been treating drug addicts as criminal by putting them in prison, where there is limited intervention and treatment appropriate for drug addiction, let alone evidence-based treatment. This gamechanger policy indicates that the government seriously acknowledges that drug addiction is a complex disease and it has to be treated as one. The complexity of this disease is attributes to many factors that could result someone in drug addiction, may it be biologically, physiologically, psychologically, socio economic status, and demographic differences etcetera. These factors demand a critical look from each factor in order to treat drug addiction holistically. One of many ways of tackling this is by looking drug addiction from biology perspective, of when someone consumes drug, it changes the biological function of the brain and it is difficult to reverse that biological change. This explain why drug addiction is a relapsing disease and it takes a life-long recovery journey. For the government to embark on this policy, medical treatment for drug addicts must be complemented with psychosocial treatment, [...]
Kesukarelawanan, Jarum Halus Didik Anak Muda
Baru-baru ini penulis dihantar oleh universiti ke Krabi, Thailand untuk membuat liputan program penyerahan dua buah projek infrastruktur kekal yang disumbang oleh mahasiswa USIM kepada komuniti Islam di sana. Projeknya bukan berskala besar seperti mendirikan sebuah bangunan lengkap atau menyiapkan sebatang jalan berturap, tetapi projek tandas tiga pintu lengkap kemudahan wuduk untuk sebuah masjid dan sebuah kolah wuduk bagi kegunaan sebuah madrasah. “Terima kasih sangat-sangat atas sumbangan ini, inilah sumbangan pertama dari siswa universiti Malaysia diterima penduduk kampung. Walaupun dilihat seperti kecil, tetapi bagi kami amat besar. Usah dinilai pada saiz dan kos membinanya, lihatlah pada silaturrahim dan kasih-sayang siswa ini pada kami” ujar salah seorang penduduk kampung pada penulis. Bila diselidiki lebih lanjut, terbit rasa kagum dan terharu mengapa penduduk kampung amat menyayangi kumpulan siswa ini. Projek ini menelan belanja hampir RM50,000 dan dananya diusahakan sendiri siswa ini dengan pelbagai cara walaupun berperang dengan kalut kuliah dan bebanan tugasan akademik. Sudah punya belanja mencukupi, mereka sedikit demi sedikit dengan kudrat sendiri membina dan menyiapkan projek ini dalam tempoh dua tahun. Bagi penulis, inilah salah satu contoh elemen ‘Universiti untuk masyarakat’ yang dihasratkan oleh YB Dr Maszlee Malek, Menteri Pendidikan untuk universiti tekuni dan seterusnya ditiupkan dalam setiap jiwa warga kampus. Kesukarelawan merupakan jarum halus untuk mendidik golongan muda iaitu siswa pada rasa belas kasihan, prihatin, peduli dan ringan tulang membantu. Sebagaimana kita sedia maklum, keberadaan siswa di universiti bukan atas tujuan menuntut ilmu semata-mata. Melalui aktiviti bersifat sukarelawan, mahasiswa yang selama ini hanya mengetahui [...]
Acreda USIM main peranan sebagai National Drug Information Centre (N-DICE)
NILAI, 1 Julai 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui kumpulan penyelidikannya iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) di bawah Institut Sains Islam (ISI) USIM dalam bidang pencegahan penyalahgunaan dadah. Dengan pra pelancaran ACREDA-Nexus 2019 dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman yang diberi nafas baharu sebagai National Drug Information Centre (N-DICE) sebagai platform maklumat berkaitan pencegahan, rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah, majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pemegang-pemegang taruh serta membuat penjenamaan semula ACREDA kepada komuniti dan masyarakat setempat. ACREDA memainkan peranan sebagai pusat rujukan dan pusat penyelidikan berkaitan penyalahgunaan dadah yang lengkap, sistematik terkini dan boleh diperoleh dengan mudah dan cepat melalui aplikasi sistem teknologi maklumat terkini dan moden. Ditubuhkan pada 1 Januari 2010 atas kesedaran untuk membantu negara dalam berhadapan dengan musuh nombor satu iaitu masalah penyalahgunaan dadah. Penubuhannya berasaskan kepada landasan penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi. Dalam mencapai maksud yang mulia ini. Melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti SIG (Special Interest Group) dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah (Speciality Program for Alcohol and Drug Abuse-SPADA) yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005, sekarang, program ini dikenali dengan nama Sarjana Kaunseling dalam Penyalahgunaan Dadah. Turut diadakan pra pelancaran buku Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berasaskan pembuktian yang akan diedarkan kepada guru-guru PPDa, kaunselor sekolah, ketua jabatan dan pemimpin masyarakat dan dijangka akan dilancarkan [...]








