Mei 2019
Matrikulasi buktikan ekuiti dalam pendidikan
Kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini mengenai kuota pelajar Matrikulasi mengundang pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Sebelum sebarang pandangan atau kenyataan dibuat, sewajarnya kita melihat terlebih dahulu sejarah dan rasional penubuhan program itu sendiri sebagai satu program persediaan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM sebelum melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti. Sebelum ini, program pra-universiti dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun lalu dengan cara pelaksanaan mengikut keperluan IPTA masing-masing. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 telah mengambil keputusan untuk menyatukan program Matrikulasi yang ditawarkan di IPTA sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan SPM bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Usaha ini penting bagi memastikan pertambahan graduan aliran Sains dalam kalangan pelajar IPTA, terutamanya pelajar bumiputera. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu mengambil inisiatif untuk menyelaraskan program tersebut secara berperingkat, dengan ambilan pertama program Matrikulasi KPM daripada murid lepasan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM. Selaras dengan hasrat mewujudkan persaingan sihat dan memantapkan integrasi nasional serta perpaduan kaum, mulai 2003, 10% peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera, dan inilah dasar yang diamalkan sehingga ke hari ini. Apakah keistimewaan Program Matrikulasi ini sehingga menjadi ‘rebutan’ pelbagai pihak? Pertama, program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh beberapa universiti terkemuka luar [...]
Usah sia-siakan nikmat di bumi Allah
Apabila diimbas kenangan ketika berada di Hebron Palestin beberapa tahun yang lalu, dalam keadaan serba daif dan miskinnya, anak-anak kecil berebut-rebut makanan yang dibawa oleh rombongan penulis, sekadar gula-gula dan manisan, sangat menginsafkan kita yang tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kita bukan sekadar dapat menikmati keamanan dan kebebasan yang berpanjangan, malahan dapat menjalani ibadah puasa dengan selesa dan selamat. Walaupun berpuasa sepanjang siang hari, tetapi masih menikmati kelazatan makanan pada waktu berbuka puasa atau dalam bahasa Arabnya dipanggil iftar. Umat Islam di Malaysia sangat beruntung kerana masih diizinkan menikmati kehidupan aman dan selesa, dilimpahi pelbagai rezeki dan dapat bersama keluarga tercinta dan sahabat handai serta jiran tertangga. Kita masih dapat menunaikan kewajipan kita sebagai Muslim dengan sempurna terutama ibadah puasa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Suasana ini perlu disyukuri sepanjang masa. Akan tetapi salah satu perkara yang sering dikaitkan dengan amalan berpuasa di tempat kita ini ialah limpahan makanan yang banyak sehingga berlakunya pembaziran yang saban hari berlaku, terutamanya apabila kita membeli juadah berbuka puasa secara berlebih-lebihan di bazar-bazar Ramadan berhampiran kediaman kita, dek kerana tidak sempat menyediakannya sendiri. Membeli juadah berbuka puasa itu tidak salah. Di samping untuk keperluan sendiri, kita juga membantu ekonomi sesama Muslim. Mereka yang berniaga mencari rezeki dan sesuap nasi. Kita memang digalakkan untuk menyokong perniagaan mereka. Yang menjadi masalah segelintir kita adalah membeli juadah mengikut hawa nafsu dan selera kelaparan kita. Ibnu Mas'ud menjelaskan bahawa pembaziran ialah perbuatan mengeluarkan atau menggunakan harta pada jalan yang tidak [...]
Hijrah nafas baharu sempena Ramadan
Diam tak diam, telah melangkaui seminggu umat Islam menunaikan ibadah berpuasa dan menginjak ke pertengahan Ramadan tidak lama lagi. Sebagaimana sedia maklum, semasa berpuasa, merokok termasuk perkara yang dilarang seperti makan dan minum dan kerana ia akan membatalkan puasa. Justeru dapat dilihat semasa tempoh berpuasa, rokok dan perokok berpisah ‘sementara’ sehingga waktu berbuka puasa tiba. Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 telah memutuskan bahawasanya merokok adalah haram disisi agama Islam kerana padanya terdapat kemudaratan. Pastilah sesuatu yang janggal apabila sudah seharian berpuasa kemudian ‘berbuka’ dengan merokok. Apabila Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad tegas dalam melaksanakan peraturan larangan merokok di premis makanan mulai awal tahun ini, ia menimbul rasa kurang senang buat perokok walaupun disambut baik oleh masyarakat. Ada persepsi ditimbulkan kerajaan mendiskriminasi golongan perokok, dianggap sebagai musuh kesihatan, malah dikaitkan juga dengan pencabulan hak asasi manusia. Tetapi sangkaan itu tidak benar sama sekali, Dr. Zulkefly semasa Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Nafas Baharu Bermula Ramada Peringkat Kebangsaan 2019 di Bagan Lalang, Sepang baru-baru ini menyatakan kementeriannya bukanlah tidak sayang kepada golongan perokok dan tidak pernah menganggap mereka sebagai musuh. Tetapi tegasnya, langkah Kementerian Kesihatan ini adalah untuk melindungi keselamatan rakyat yang terancam kepada asap rokok. Penguatkuasaan ini juga dimulakan dengan bentuk notis amaran sebagai bentuk didikan bukannya dihukum terus dengan denda yang berat. Melalui pengamatan penulis, notis amaran ini bukanlah satu-satunya didikan cara halus untuk memujuk golongan perokok ini meninggalkan tabiat yang tidak baik kepada kesihatan mereka dan [...]
Rebut peluang ganjaran pahala di bulan Ramadan
Seluruh umat Islam kini sedang berjihad menahan lapar dan dahaga serta berlumba-lumba menjalankan amal ibadah untuk merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Diharapkan sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Persediaan rohani dan fizikal perlu mantap dalam menjalani bulan yang amat disukai oleh Baginda saw. Nabi Muhammad saw berkhutbah pada akhir Sya’aban dengan bersabda “Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan. Allah swt mewajibkan puasa, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Padanya satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang diharamkan kebaikanya sesungguhnya ia telah diharamkan.” (Riwayat Nasaie) Golongan terdahulu amat gembira dengan kedatangan Ramadan sehingga mereka memberi ucapan marhaban ya Ramadan atau selamat datang ya Ramadan. Ucapan yang diucap kepada tetamu yang terhormat. Ucapan ini amat sesuai kerana kewajipan puasa dalam bulan Ramadan adalah satu rukun dari rukun Islam yang kelima. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bagaimana seorang mukmin tidak gembira dengan terbukanya pintu syurga dan tidak gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Dan bagaimana orang berakal tidak gembira dengan terbelenggunya syaitan? Dalam memahami maksud terbuka pintu syurga dan tertutup pintu neraka dalam bulan Ramadan perlu kepada tafsiran ulamak. Imam Sya’rawi menyatakan ia bukan seperti kamu membuka pintu rumah dan menutupnya. Maksudnya ialah banyak amalan ketaatan pada bulan Ramadan yang terbuka kepada pelakunya pintu syurga. Ibadat puasa bulan Ramadan mendekatkan hamba untuk melakukan kebaikan, membaca al-Quran, bersedekah, menjauhkan perkara maksiat dan dosa. Ketaatan inilah yang membuka pintu syurga. Maksud tertutup pintu neraka ialah orang [...]
Manfaat Masa, Cari Pengalaman – Syafiq Suhaimi (Alumni Penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang
‘Kesungguhan’ Muhammad Syafiq menjadi titik tanda mendapat pekerjaan sebelum bergraduasi Penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018, Muhammad Syafiq Suhaimi merupakan seorang yang amat gemarkan cabaran. Semasa pengajian, beliau tidak melepaskan peluang menimba pengalaman menjalankan pelbagai aktiviti luar kuliah serta bergiat aktif dengan menyertai pertandingan dan aktiviti sukarelawan. Berasal dari Rawang, Selangor, Muhammad Syafiq berkongsi pengalamannya mengutip pelbagai pengalaman bekerja dalam tempoh menjelangnya hari bersejarah yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Konvokesyen. Baginya, waktu terluang itu seharusnya digunakan sebaiknya supaya dapat merasai pengalaman berbeza sebelum menempuh dunia pekerjaan yang sebenar. ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Berkat kesungguhan, beliau telah mendapat pekerjaannya kini sebagai Eksekutif Undang-Undang di MISC Maritime Services Sdn Bhd yang bertapak di Kuala Lumpur sebulan sebelum tibanya Majlis Konvokesyen. Beliau merupakan antara Alumni USIM yang wajar dijadikan contoh. Justeru, mari ikuti temu bual yang disediakan. Menamatkan pengajian dengan memegang segulung Ijazah adalah tiket untuk graduan itu membuat pilihan samada untuk meyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau menimba pengalaman kerja untuk ke peringkat seterusnya. Begitulah bagi alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Syafiq Suhaimi, yang berasal dari Rawang, Selangor ini. Dalam tempoh sementara menunggu hari diraikan pada Majlis Konvokesyen, beliau telah mencari peluang kerja untuk menimba pengalaman dan mengisi masa terluangnya. Beliau merupakan seorang yang suka mencabar diri dan mengambil peluang untuk menimba pengalaman dengan bergiat aktif dengan menyertai pertandingan dan aktiviti sukarelawan sejak zaman universiti lagi. Tidak hairanlah beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran [...]
Enactus USIM kongsi ilmu melalui ’Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda’
LABU, 4 Mei 2019 - Kumpulan Enactus USIM berjaya laksanakan satu program beramah mesra bersama penduduk Kampung Labur Hilir, Labu, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program “Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda”. Program ini diadakan di Balai Raya Kampung Bandar Hilir dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku ADUN kawasan Labu dan Exco Negeri Sembilan. Kempen anjuran Enactus USIM 2018/2019 dibawah Projek Blackgold ini turut dibantu oleh penasihat program iaitu Fakulti Ekonomi dan Mualamat Dr. Nur Shuhada Kamarudin dan Dr. Nur Adilah Abdul Hadi. Antara objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sisa makanan juga boleh dimanfaatkan untuk tumbuh-tumbuhan serta untuk memberi pendedahan kepada masyarakat cara-cara untuk menghasilkan baja organik menggunakan sisa makanan tersebut. Malah tujuan kempen ini diadakan adalah untuk beramah mesra bersama penduduk kampung tersebut sekaligus untuk mencari golongan sasaran dalam kalangan penduduk kampung bagi membantu Projek Blackgold untuk meneruskan usaha mereka dalam menghasilkan baja organik dari tumbuh-tumbuhan. Menurut Hjh Aini Suzana bt Abd. Halim merupakan seorang pengusaha cendawan, beliau berasa seronok sertai program ini kerana kos selenggara sisa cendawan yang agak mahal, tetapi dengan bantuan pelajar USIM dari Projek Blackgold ini telah mengajar ilmu pembuatan baja kompos organik daripada sisa buangan cendawan ini. ”Sangat bagus projek ini kerana bahan buangan boleh digunapakai semula sebagai contoh sisa habuk kayu yang dibakar, kita boleh mengubah menjadi sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan persekitaran”. Projek Blackgold di bawah Enactus USIM telah berjaya memasuki pertandingan Social Enterprise Literacy for Youth (Selfy) anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit [...]
Sukarelawan USIM manfaat Ramadan dengan “Street Dakwah”
NILAI, 10 Mei 2019 – Seramai 60 sukarelawan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membantu untuk mengedarkan bubur lambuk dan kurma sebagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung di sekitar Masjid Klana Petra Nilai melalui program Xpresi Dakwah 3.0. Sukarelawan yang terdiri daripada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), USIM itu bekerjasama dengan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang mana ini kali pertama dianjurkan di Nilai. Selain edaran iftar, sukarelawan USIM juga membuat “Street Dakwah” di sekitar bazar dengan menyampaikan tazkirah santai mengenai isu keharmonian dan perpaduan kaum yang disampaikan oleh 4 orang panel daripada wakil persatuan USIM iaitu saudara Muhammad Fiqran bin Hussin mewakili Sinergi Mahasiswa Islam (SMI), saudara Dzafir Firdaus bin Zubairy mewakili Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPP USIM), Abdul Muiz Luqman Bin Abd Latiff, PMIUPM 18/19 dan saudara Abraham selaku Pengerusi Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Bahagian Titiwangsa. Menurut Fiqran, program sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang dengan mengharapkan agar ada perancangan yang lebih strategik dan mendapatkan penaja yang lebih ramai. Kami sebagai sukarelawan sangat bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana badan persatuan organisasi sosial untuk menganjurkan kerja-kerja kesukarelawanan. “Program ini juga sebenarnya mengikis sifat malu pelajar untuk berinteraksi dengan masyarakat sekitar di samping dapat memperkasa Persatuan Pelajar di USIM dalam menjayakan program berbentuk kebajikan dan kesukarelawanan,” katanya lagi. Xpresi Dakwah 3.0 ini merupakan kali ketiga dianjurkan dan menjadi rutin kepada GAMIS pada setiap kali Ramadan dengan menjemput penyertaan dari mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi. Program ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi USIM membentuk kemahiran insaniah pada [...]
Pusat Perumahan Pelajar USIM edar bubur lambuk percuma
NILAI, 10 Mei 2019 - Kira-kira 2500 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) yang diadakan pada setiap kali bulan Ramadan, dan ini merupakan tahun ketiga penganjurannya. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Ahmad Kamal Mustafa berkata, sudah menjadi rutin kami untuk membuat edaran bubur lambuk di awal Ramadhan dan ini boleh dikatakan menjadi acara wajib setiap kali Ramadhan sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi rezeki kepada semua pelajar USIM terutamanya. “Apa yang lebih menarik lagi ialah setiap tahun bubur lambuk dimasak sendiri oleh staf di PPP, pengurusan kolej kediaman dan Felo Penghuni dengan menggunakan enam periuk yang dimasak di perkarangan Kolej Kediaman 1,” katanya lagi. “Edaran bubur lambuk bermula seawal jam 2 petang dan ianya habis diagihkan kepada semua pelajar kolej kediaman dan juga pelajar luar kampus USIM. Kami juga turut mengedarkan kepada staf dari beberapa Jabatan yang turut hadir ke Program Kacau-Kacau Bubur Lambuk PPP,” katanya lagi. Menurut Puan Tengku Azwani Tengku Azmi, Penolong Pengurus Asrama Kanan juga selaku Pengarah Program berkata, seperti tahun-tahun lepas, kami masih menggunakan bahan masakan yang sememangnya menjadi “signature” kepada Pusat Perumahan tanpa menghilangkan rasa tradisional bubur lambuk. Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, YBhg Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani selaku perasmi berkata program sebegini dapat memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan staf, Pengetua, Felo Penghuni dan JAKSA di setiap Kolej Kediaman. “Saya melihat bahawa semangat gotong royong [...]
Pelajar Undang-Undang USIM selami dunia Forensik di HTCM
NILAI, 8 Mei 2019 - Seramai 74 orang mahasiswa Tahun 4, Program Ijazah Sarjana Muda Undang–Undang dan Syariah (SMUS), Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan utama lawatan sambil belajar berkenaan dilakukan adalah bagi mendedahkan mahasiswa yang mengambil bidang perundangan terbabit mengenai aspek Sains Forensik yang merupakan salah satu aspek penting dalam dunia perundangan moden masa kini. Munurut Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU) USIM, Dr Muzaffar Syah Mallow, lawatan sambil belajar terbabit dilakukan bagi memenuhi sebahagian daripada proses pembelajaran subjek Undang–Undang Keterangan (Law of Evidence) yang sedang diikuti oleh para pelajar perundangan berkenaan di USIM. "Seperti yang diketahui umum, proses pembuktian adalah salah satu proses yang penting bagi merungkai serta menyelesaikan sesebuah kes yang berada di dalam mahkamah terutamanya kes–kes jenayah seperti jenayah pembunuhan, jenayah serangan berbentuk seksual, jenayah keganasan rumah tangga, jenayah keganasan terhadap golongan kanak–kanak, kemalangan jalan raya, dan lain–lain. "Jadi adalah penting supaya mahasiswa yang mengambil jurusan Undang–Undang memahami isu yang berkaitan dengan Sains Forensik sebelum mereka mula melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang perundangan kelak," katanya. Aspek Forensik Sains sudah menjadi aspek penting yang perlu didedahkan dan dipelajari oleh setiap mahasiswa perundangan dalam negara kita selaras dengan perkembangan semasa pada masa kini terutamanya perkembangan teknologi moden berkaitan dengan proses siasatan jenayah. Kemudian pada pelajara berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM bagi mendengar taklimat pengurusan bahan bukti [...]
Enam penyertaan USIM di ITEX 2019 raih 3 emas dan 3 perak
Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei. Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang, Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman, Elev8thor- Modular Lower Limb Elevation System diketuai oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Asha'ari Bain dan Produk Fast Lab: Science Educational Kit diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Dr. Muhammad Zamir Othman. Global Halal Game (GHG) merupakan produk inovasi baharu yg berkonsepkan gamifikasi islamik papan permainan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan halal dari seawal usia kanak-kanak. “Ia adalah permainan papan ilmiah yang dibangunkan secara khusus berasaskan sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah dan 'Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia' bagi menerapkan konsep didik hibur dan interaktif dalam pendidikan halal,” ujar Prof. Madya Dr Azman. Bagi produk Elev8thor ia bukan sahaja berfungsi sebagai alat sokongan yang memudahkan kerja-kerja rawatan dilakukan, tetapi boleh meringankan bebanan tugas jururawat ketika memberikan rawatan kepada pesakit. “Ia terhasil melalui pengamatan semasa merawat pesakit yang mengalami masalah patah tulang kaki, ada ketika melihat jururawat dan pembantu pegawai perubatan berhadapan dengan kesukaran semasa mengendalikan pesakit mereka,” kata Dr Asha’ari yang juga merupakan Pakar Bedah Ortopedik Hospital Ampang. Manakala produk inovasi Fast Lab: Science Educational Kit [...]









