Disember 2017
USIM sentiasa cakna dan santuni keperluan OKU
NILAI, 29 Disember 2017 - Selari dengan penerapan kepada warganya mengenai konsep untuk menjadi sebuah kampus yang barakah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut melihat kepentingannya sebagai sebuah institusi yang cakna, prihatin dan menyantuni insan istimewa iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang mengangkat integrasi ilmu naqli dan aqli untuk di bawa kepada masyarakat, kepakaran dan kemampuan yang dimiliki dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk membantu OKU. Peneraju diperingkat USIM dalam menggerakkan pelbagai program berkaitan OKU ini digalas oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Bermula pada tahun 2006, sekumpulan pensyarahnya mula menerokai pengajian Quran Braille dalam kalangan komuniti bekeperluan khas masalah penglihatan. Hasilnya, Kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah sebagai kursus Wajib Fakulti mula ditawarkan untuk para pelajar FPQS pada 2008. Ia merupakan kursus pertama seumpamanya ditawarkan oleh Universiti Awam. Dari kursus inilah ia membawa USIM mula mengorak langkah lebih jauh berkaitan OKU melalui penyelidikan dan inovasi; penerbitan; pengajaran dan pembelajaran; khidmat latihan; konsultasi; kesukarelawanan mahasiswa dan khidmat ummah. Pada 2012, FPQS menubuhkan Institut Quran Braille yang menjadi platform untuk menyatukan ahli akademik dari pelbagai bidang bagi mendepani isu OKU dan cabaran semasa. Melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) pada 2015, inovasi Smart Iqra’ Braille berjaya dihasilkan sebagai kesinambungan kejayaan penerbitan Buku Iqra versi Braille. Beberapa inovasi untuk manfaat OKU dihasilkan oleh penyelidik USIM selepas itu antaranya i-TALK PISKEB dan i-Sign QurANIS yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kehadiran [...]
Has Islamic finance learned something from the financial crisis?
The collapse of long established industry players that assume to be immune or “too big to fail” such as Bear Stearns, Lehman Brothers and others is a clear indication of a systemic economic failure. This tension leads to numerous debates on the cause of the meltdown and the primary cause of the crisis. While Michael Spence claims that securities and derivatives like collateralized debt obligations (CDOs) and Credit Default Swaps (CDS) are the main factors, Sachs and Stiglitz blame the credit markets deregulation as the root cause of the crisis. A renowned Islamic economist, Chapra views that the most important cause of current financial crisis was due to excessive and imprudent lending by banks and a so called founding father of modern Islamic economic, Siddiqi affirms that the crisis is rooted in a moral failure that leads to exploitation and corruption. In short, high level of debt, excessive speculation, return of capital is higher than the rate of economic growth, lack of risk sharing, excessive financialisation of the economy and over concentration on production of goods rather than production of knowledge are the root causes of the crisis. Global financial crisis has witnessed the failure of conventional finance markets to prevent the economic instability and inefficiency. In this regard, Islamic finance tends to offer very promising solution as IFIs has showed very strong resilience to the current financial turmoil. Despite considerable growth and relatively stable, the IFSB reported that the size of global Islamic finance [...]
Semoga dunia kekal aman sepanjang tahun 2018
Tahun 2017 sudah sampai ke penghujungnya manakala tahun baru 2018 bakal bermula. Seiring dengan kemunculan tahun baru 2018 ini sudah pasti ramai yang mula melahirkan pelbagai jenis harapan mereka terhadap tahun baru ini sama ada harapan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat, harapan untuk meningkatkan taraf hidup, harapan untuk memperolehi tahap kesihatan yang baik dan lain-lain lagi. Namun jika dilihat secara umumnya, kesemua harapan yang ingin diperolehi ini bertitik tolak daripada proses keamanan. Tanpa adanya keamanan, tidak mungkin sebarang harapan seperti yang dinyatakan diatas dapat diperolehi. Keamanan adalah faktor terpenting dalam menjayakan segala jenis sasaran atau matlamat yang ingin diperolehi bukan sahaja pada tahun yang akan datang malah pada tahun-tahun berikutnya. Tanpa adanya keamanan, tidak mungkin kita dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, tanpa keamanan, tidak mungkin kita dapat meningkatkan taraf kehidupan kita serta tanpa keamanan, agak sukar untuk menjaga tahap kesihatan dan lain-lain lagi. Segalanya ini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya keamanan untuk dikekalkan. Sepanjang tahun 2016 yang lalu, dunia telah dikejutkan dengan pelbagai berita serangan pengganas serta ancaman keganasan yang kebanyakannya datang dari kumpulan DAISH atau al-Dawla al-Islamiya Fi Iraq Wa al-Sham (DAISH), atau lebih dikenali juga sebagai kumpulan Militan Islamic State in Iraq and Syams (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Islamic State (IS). Kumpulan pengganas berkenaan telah menyalahgunakan kesucian dan keamanan yang dibawa oleh agama Islam dengan melakukan banyak aktiviti keganasan terhadap penduduk awam yang tidak bersalah sehingga mengorbankan banyak nyawa serta membawa kecederaan terhadap ramai mangsa [...]
Muhammad Hadi buktikan mampu berjaya
Pemilik nama Muhammad Hadi, 21 tahun merupakan anak kepada pasangan Encik Darus Dariman dan Puan Halimah Che Pa. Dilahirkan di Hospital Gua Musang, Kelantan pada 22 Julai 1996 merupakan antara pelajar cemerlang dalam akademik yang wajar dijadikan contoh dan aspirasi buat rakan seangkatannya. Anak kedua daripada lima adik-beradik yang kini menetap di Pendang, Kedah adalah pelajar tahun 3 daripada jurusan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). S1 Apakah rahsia kejayaan saudara Hadi sehingga berjaya ke tahap ini? Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, saya sentiasa memotivasikan diri bahawa diri ini sama seperti orang lain. Apa orang lain boleh buat, saya juga boleh buat. Saya sejak kecil hidup dalam zon selesa bersama keluarga, saya pernah memohon untuk menyertai program perkhemahan semata-mata untuk mengetahui sama ada boleh hidup sendirian tanpa bantuan keluarga. Ketika perkhemahan tersebut, segala-galanya saya lakukan sendiri dengan bantuan kawan. Pada permulaannya perkara yang kecil dan mudah bagi orang lain seperti memakai baju adalah amat sukar bagi saya namun lama-lama perkara itu mudah dilakukan. Alhamdulillah, saya berjaya melalui perkhemahan itu dengan baik. Ini menguatkan keyakinan diri saya bahawa sudah sampai masa untuknya hidup berdikari dan selepas mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), menjadi titik tolak untuk saya tinggal di asrama apabila memasuki Tingkatan Empat di SMKA Kedah di Alor Setar. Mula-mula memang susah, akuinya tetapi selepas berulang-ulang dilakukan dia mampu menyesuaikan diri di asrama dan sekolah, sehingga berjaya mendapat keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kemudian memasuki program Tamhidi [...]
OIC perlu diperkasakan lindungi hak umat Islam
Sudah sampai masanya 57 buah negara yang menjadi negara anggota Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) mengambil langkah bagi mengukuhkan dan memperkasakan OIC yang mewakili kepentingan lebih 1.6 orang Islam seluruh dunia. Dengan pelbagai masalah yang menimpa umat Islam maka kini seperti konflik berpanjangan antara masyarakat Palestin dan Israel, penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, ancaman peperangan dan masalah pelarian di Timur Tengah dan lain lain lagi menunjukkan kepada ramai pihak khususnya kepada umat Islam sendiri, OIC tidak berupaya dan kuat untuk menyelesaikan isu yang melibatkan kepentingan umat Islam. Apa yang lebih menyedihkan lagi, pertubuhan OIC itu sendiri sering menjadi bahan gurauan sesetengah pihak sebagai “Oh I See” (Oh Saya Lihat) kerana hanya mampu mengadakan persidangan, duduk berbincang serta mengeluarkan kenyataan atau deklarasi. Secara realitinya, umat Islam dilihat masih tertindas oleh kuasa-kuasa barat serta pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan mereka sendiri. Oleh yang demikian, adalah penting supaya pertubuhan OIC memperkuatkan dan memperkasakan diri mereka supaya dapat menjadi sebuah pertubuhan yang betul-betul digeruni oleh semua pihak serta yang paling penting dapat melindungi hak, kepentingan dan keselamatan umat Islam diseluruh dunia. Semua ini boleh dilakukan dengan mudah sekiranya pertubuhan OIC yang dianggotai oleh negara–negara Islam seluruh dunia bersatu serta berkerjasama untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan. Bagi menjayakan segala usaha murni ini, pertubuhan OIC yang telah ditubuhkan pada tahun 1969 yang lalu perlu aktif memainkan peranan mereka. Pertubuhan OIC tidak boleh lagi dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang hanya suka duduk berbincang serta mengeluarkan kenyataan atau deklarasi terhadap sesuatu [...]
AKU platform memperkasa usahawan Siswa USIM
BANGI, 20 Disember 2017 – Bertemakan “Memperkasa Usahawan Siswa”, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) USIM dengan jayanya menganjurkan Anugerah Keusahawanan USIM (AKU) 2017 yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya malam tadi. Ia sebagai pengiktirafan kepada pelajar, dan mentor keusahawanan yang telah banyak membantu PPKS khususnya dalam membangunkan keusahawanan di USIM. Majlis yang kali kedua dianjurkan ini selepas kali pertama diadakan pada tahun 2015, juga bertujuan sebagai pemangkin kepada pelajar USIM untuk terlibat secara aktif dengan program keusahawanan semasa dalam pengajian lagi. Sebanyak 5 kategori yang dipertaruhkan iaitu Usahawan Siswa Terbaik, Usahawan Siswi Terbaik, Pemimpin Projek/Program Keusahawanan Terbaik, Mentor Keushawanan Terbaik dan Usahawan Harapan. "USIM melalui PPKS amat berusaha keras untuk mengatur program-program yang terancang bagi memantapkan pembudayaan keusahawanan serta pengukuhan keusahawanan di kalangan para pelajar. Namun apa yang lebih penting adalah pelajar dapat menyelami ciri-ciri seorang usahawan itu sendiri yang antara lain mempunyai elemen kreatif dan inovatif, mampu mengambil risiko yang tinggi, berkeyakinan, survival, independent dan ciri-ciri lain yang sangat penting dalam arus pembangunan ekonomi masa kini”. “USIM kini sedang berusaha untuk mengaktifkan dan meluaskan jalinan kerjasama bersama pihak industri dalam usaha untuk melahirkan graduan yang memiliki sifat holistik, seimbang dan berkeusahawanan. Antaranya Program HOPE Bersama Perfect Triangle Sdn. Bhd. Kita juga sedang dalam permohonan program agropreneur belia dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani”. "Adalah diharapkan agar USIM dapat terus mengekalkan prestasi yang cemerlang bukan sahaja untuk program-program keusahawanan pelajar, tetapi juga penglibatan dengan industri dan komuniti”, tambah Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapan perasmiannya. Bidang keusahawanan merupakan antara [...]
USIM, WORAL anjur Hari Bahasa Arab Sedunia 2017
NILAI, 18 Disember 2017 - Bertemakan Teaching Arabic: Fascinating & Creative, USIM bersama World Organization for Renaissance of Arabic Language (WORAL), sebuah badan yang dinaungi oleh Qatar Foundation menganjurkan Program Hari Bahasa Arab Sedunia 2017 diadakan bermula 14 hingga 19 Disember 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nilai Springs Hotel. Program ini turut disenergikan bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) sebagai rakan strategik. Antara objektif program ialah untuk memperkasa penggunaan Bahasa Arab melalui program-program yang dirancang dan menyediakan wadah bagi perkongsian berkenaan penggunaan dan pengembangan Bahasa Arab di Malaysia khususnya. Selain itu program ini juga memberikan pengiktirafan kepada individu-individu yang terlibat dalam pengembangan Bahasa Arab di Malaysia secara khusus. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sempena sambutan Bahasa Arab Sedunia 2017 ini antaranya pelaksanaan Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Debat Inter-Varsiti, Forum, Bengkel, Persembahan Kalam Jamaie dan Deklamasi Syair. ”Bagi memelihara ketinggian dan keistimewaan Bahasa Arab, diharap penganjuran Hari Bahasa Arab Sedunia 2017 ini dapat memartabatkan Bahasa Arab melalui aktiviti-aktiviti Bahasa Arab yang berterusan ke arah mempertingkatkan penggunaannya dan mengembangkannya di kalangan bukan penutur jati melalui penghayatan ibadah harian, tadabbur bacaan Al-Quran dan memelihara seni warisan khat Bahasa Arab yang perlu dijaga agar ianya tidak lupus ditelan arus teknologi moden pada hari ini”. ”Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2017 ini merupakan sambutan kali pertama yang diadakan di USIM, dengan demikian, saya ingin menyarankan agar ianya disambut setiap tahun secara rasmi agar martabat dan kesucian bahasa ini [...]
USIM, Yayasan FAQEH anjur OKU Berdoa 3.0 sempena sambutan Hari OKU Sedunia
NILAI, 16 Disember 2017- Berlangsung meriah dengan kehadiran 3,000 ribu tetamu sempena Majlis OKU Berdoa 3.0 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM dengan mengekalkan tema“ Bicara Tanpa Hijab”. Penganjuran yang masuk kali ketiga ini diadakan selaras dengan Sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember saban tahun. Merupakan anjuran USIM dengan kerjasama Yayasan FAQEH, Sahabat FAQEH USIM dan FAQEH Training and Consultancy. Sebanyak 22 persembahan yang dipertonton antaranya perkongsian oleh Encik Zailani dan pasangan dalam mendidik anaknya Ahmad Zahirudin yang merupakan anak autisme sehingga menjadi seorang huffaz pertama autisme yang di lahirkan dari Darul Quran. Mengambil masa 2 setengah tahun bagi bergelar hafiz al-quran, kini beliau menuntut di USIM dalam program Quran Multimedia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Selain itu, persembahan sajak dalam lagu turut didendangkan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad bersama saudara Muhammad Hadi Darus pelajar tahun tiga Fakulti Syariah dan Undang-undang. Menurut Tuan Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus, Pensyarah USIM merangkap Ketua kluster penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) berkata, penganjuran OKU Berdoa 3.0 yang mengekalkan tema Bicara Tanpa Hijab merupakan alternatif sambutan Islami Hari OKU Sedunia selepas lakaran sejarah melalui penganjurannya kali pertama pada tahun 2015 di Masjid Negara yang turut meraikan jubli emasnya yang ke-50. Masjid Negara dipilih menjadi lokasi sambutan bagi mengambil inspirasi pengembangan dakwah Islamiyyah bermula di Masjid Nabawi. Tahun 2016, membuka tirai penganjuran OKU berdoa 2.0 bertapak di menara gading sebagai simbolik keilmuan. USIM tampil sebagai universiti pertama meraikan OKU berkonsepkan sambutan Islami selaras dengan pendekatannya integrasi ilmu [...]
Farah Alwani Azaman dinobat sebagai Ikon GIINA sempena AKSIS 16/17
NILAI, 13 November 2017 – USIM sekali lagi berjaya menganjurkan majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2016/2017 kali ke-9 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Bertepatan dengan hasrat USIM yang bertekad untuk melahirkan graduan berteraskan ilmu Naqli & Aqli, ia merupakan kemuncak pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian pelajar dalam pelbagai aktiviti yang telah melonjakkan nama USIM sepanjang sesi Akademik 2016/2017. Ia juga simbolik penghargaan USIM kepada pelajar yang telah berupaya memperkasakan diri mereka menghadapi cabaran alam kerjaya. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi dan semangat berorganisasi pelajar, menanda aras kepada penambah baikkan berterusan program kemahasiswaan pada tahun mendatang, selain memupuk minat lebih ramai pelajar untuk terlibat secara aktif dalam program kemahasiswaan. Pelbagai kategori yang dicalonkan antara Anugerah utama adalah Tokoh Pemimpin Siswa yang dimenangi oleh saudari Nor Azimah Junus dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa pula dimenangi oleh saudara Ikhwan Firdaus Roslan juga dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM500. Manakala Anugerah Tokoh AKSIS 2017 dinobatkan kepada saudara Muhammad Nuur Hidayat Muhammad Fisal dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Beliau membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000. Bagi Kategori Khas (Ikon GIINA) telah dinobatkan kepada saudari Farah Alwani Azaman, graduan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi. Beliau terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum seperti lawatan Antarabangsa ke Seoul, Kembara GISO ke Australia, dan mewakili delegasi USIM ke Parlimen Mahasiswa 2016, selain memenangi beberapa anugerah dan pencapaian seperti Anugerah Kecemerlangan Siswa (Kategori Kepimpinan) 2015 dan Anugerah Emas i-REKA’15 dan [...]
iECONS2017 wadah pertukaran ilmu industri ekonomi Islam secara menyeluruh
OMAN, 14 Disember 2017 - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama College of Banking and Financial Studies (CBFS), Muscat, Oman telah menganjurkan The 7th Islamic Economic System Conference 2017 (iECONS2017) pada 12 dan 13 Disember 2017 dengan tema “Extending the Frontier of Islamic Economics: Cultivating a Dynamic Social Finance Culture fo Global Economic Sustainability” bagi memenuhi keperluan mengenalpasti dengan lebih mendalam dan terperinci hubungan antara kewangan sosial dan kelestarian sistem ekonomi Islam seantero dunia. Antara pengucaptama yang hadir membentangkan kertas kerja ialah YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia dan Shaikh Dr. Kahlan Nabhan Al Kharousi, Pengerusi Penyeliaan Tertinggi Shariah Bank Pusat Oman. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata ia menjadi suatu penghormatan kepada USIM kerana terlibat dengan gagasan penganjuran yang hebat ini. "Kami berharap pengetahuan dan idea yang dikongsi akan meningkatkan wacana keintelektualan dalam bidang yang dibahaskan melalui persidangan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada College of Banking and Financial Studies (CBFS), Muscat, Oman dan juga pihak Bank Pusat Kesultanan Oman, pembiaya dan semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini.” Tidak dilupakan, ucapan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa program di bawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) atas komitmen dan usaha gigih berterusan mereka untuk memastikan kejayaan sebagai fakulti pertama di USIM yang menganjurkan seminar di Timur Tengah dan Asia Barat ini. Semoga iECONS2017 menjadi batu loncatan dan projek rintis yang membuka lebih banyak peluang dan kerjasama [...]