Oktober 2016
TIGA KUMPULAN NASYID USIM BERSAING DALAM FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
Nilai, 18 OKT 2016 – Majlis pratonton dan pelepasan Kumpulan Nasyid USIM ke Festival Nasyid Kebangsaan telah diadakan di Studio Latihan, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam. Majlis tersebut dihadiri Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil. Tiga kumpulan yang akan bertanding ke Festival Nasyid Kebangsaan pada 20 hingga 23 Oktober 2016 yang dianggotai pelajar dan alumni USIM yang mengelarkan mereka sebagai kumpulan Bachelor mewakili Negeri (Perak), Inspirasi (Selangor) dan Q-Vou (Negeri Sembilan). Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed dalam ucapannya memberi komentar bahawa keseluruhan persembahan terdapat beberapa aspek yang perlu dimantapkan lagi dalam persembahan setiap kumpulan. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati rekaan kostum yang dipakai oleh peserta yang disifatkannya sebagai menawan dan sesuai ke pertandingan tersebut. Dalam pada itu juga Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil dalam ucapan aluannya berkata, beliau mengharapkan yang terbaik daripada semua kumpulan, lebih-lebih lagi Kumpulan Q-Vou yang mewakili Negeri Sembilan. Beliau turut menekankan tiga konsep utama yang patut dipegang oleh setiap kumpulan, iaitu fokus, berani dan pimpin diri dalam mencipta kejayaan. “Saya berharap agar semua peserta supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat persembahan dan kalah atau menang merupakan adat pertandingan dan kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan,” katanya. Kumpulan Bachelor bertanding dalam kategori nasyid moden membawakan lagu bertajuk Naskhah Cinta yang mebawa tema kekeluargaan. Ahlinya, Muhammad Hisham Haris berkata, kumpulannya menekankan tema kekeluargaan kerana keluarga merupakan institusi penting untuk kehidupan [...]
KONVENSYEN ZAKAT KEBANGSAAN 2016 BINCANG KONSEP HAD KIFAYAH ZAKAT
NILAI, 11 OKT 2016 – Seramai 250 peserta yang terdiri dari pengamal zakat, ahli akademik, institusi zakat dan majlis agama islam seluruh negeri, jabatan mufti, serta pelajar Universiti Awam (UA) dan IPTS menghadiri Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016 yang bertempat di Dewan Kolej Permata Insan USIM. Konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober 2016 ini akan membincangkan isu-isu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat berkaitan item penolakan dan kadar zakat serta cukai pendapatan yang ditentukan oleh agensi berwajib di Malasia. Selain itu, bagi menerangkan konsep had kifayah zakat menurut Islam dan mengupas item dan kadar zakat had kifayah pendapatan menurut Islam dan pelaksanaannya di Malaysia serta memperkasakan dan menyelaraskan item dan kadar zakat had kifayah zakat pendapatan di Malaysia berdasarkan syarak dan pendekatan wasatiyyah. Ia juga dapat membantu mencadangkan model had zakat kifayah pendapatan. Menurut Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Haji Che Mat Che Ali dalam ucapan perasmiannya, isu-isu berkaitan zakat sring kali diperkatakan terutamanya apabila menjelang ramadhan seolah-olah tiada kesudahan. Dengan adanya perjumpaan dikalangan mereka yangterlibat secara langsung dan tidak langsung dengan urusan zakat di konvensyen ini akan dapat melahirkan keputusan dan tindakan yang perlu dilakukan bersama bagi menjawab segala persoalan yang dihadapi. ”Selain itu, jika dilihat realitinya di Malaysia, taksiran had kifayah zakat pendapatan adalah berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan-perbezaan tersebut melibatkan item-item penolakan dan kadarnya. Justeru satu usaha perlu dibuat bagi mewujudkan keselarasan had kifayah zakat pendapatan antara negeri di Malaysia”, jelas Datuk Haji Che Mat. ”Zakat juga [...]
PESERTA BRITISH INVENTION SHOW 2016 KEKALKAN PRESTASI CEMERLANG
LONDON, 26 OKT 2016 – Penyertaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pertandingan inovasi antarabangsa iaitu British Invention Show (BIS) pada 19 hingga 22 Oktober lalu membuah hasil apabila mendapat 2 emas dan 2 perak serta Anugerah Khas Platinum. Penyertaan kali ini juga turut membanggakan apabila produk Mobile Intravenous Drip (MIV) dianugerahkan Special Award : Platinum Award of Consumer Category selain mendapat emas (Innovation Category) dan perak (Design Category). “Anugerah Khas Platinum yang diterima ini merupakan satu permulaan baik untuk kumpulan inovasi lain bagi mendapatkan anugerah tertinggi pada masa akan datang,” ujar YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. “Alhamdulilah, kejayaan MIV ni tidak dapat dikecapi tanpa usaha dari rakan kumpulan serta pensyarah penyelia, Prof Madya Ahmad Najib Azmi yang bersama-sama menjayakan projek ini. Selain itu, terima kasih juga kepada USIM kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami mewakili universiti untuk bertanding di BIS tahun ini,” ujar Muhammad Akmal Sallahuddin, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. “Secara umumnya, rawatan Intravenous adalah rawatan biasa di hospital untuk memberi ubat dan menstabilkan cecair dalam badan pesakit. Selalunya pesakit akan ada masalah untuk bergerak dengan set IV seperti untuk ke tandas secara tidak langsung ia boleh tercemar jika diletakkan di tempat yang tidak bersih. Botol IV juga kadang kala diletakkan diparas rendah daripada tangan pesakit boleh mengakibatkan keluarnya darah ke dalam tiub IV. Justeru, kami reka produk MIV ini bagi membantu pesakit bergerak dengan lebih mudah semasa menjalani rawatan di hospital selain dapat menjamin kebersihan set IV malah dapat mengatasi [...]
SEMINAR FIQH PERGIGIAN NUSANTARA 2016 HIMPUN ILMUAN EMPAT BUAH NEGARA SERANTAU
NILAI, 22 OKT 2016 – Seminar Fiqh Pergigian Nusantara 2016 anjuran Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu-isu dan hukum fiqh dalam bidang pergigian dengan memulakan langkah dalam mencuba untuk membolehkan ilmuan-ilmuan agama dan pakar-pakar pergigian membentangkan kertas kerja dan berkongsi ilmu kepada pengamal-pengamal pergigian seluruh negara dan negara serantau yang melibatkan 4 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei ini diadakan pada 22 & 23 Oktober 2016 bertempat di Wisma Perwira, Angkatan tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan kesinambungan daripada rentetan kejayaan penganjuran Seminar Fiqh Pergigian Peringkat Kebangsaan pada Mei tahun lalu. Selaras dengan visi dan misi Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengimbangkan ilmu naqli dan aqli, pihak fakulti pergigian mengambil peluang untuk meneruskan penganjuran seminar ini tetapi dengan skala yang lebih besar, melibatkan negara-negara serantau seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Hasil gabungan ilmu dari pakar-pakar fiqh dan pergigian dalam seminar diharap dapat merungkai pelbagai isu dan masalah pergigian yang berkaitan dengan hukum fiqh. Seramai lebih kurang 230 peserta terdiri dari pengamal pergigian dan pelajar dari negara serantau dan sebanyak 10 kertas kerja yang dibentangkan dengan menampilkan penceramah-penceramah yang dijemput khas daripada 4 buah negara tersebut yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang fiqh pergigian. Antara objektif seminar ialah untuk memberi kefahaman dan menghubungkaitkan fiqh dengan isu-isu dalam bidang pergigian kepada pengamal pergigian. Selain itu, seminar ini juga menyediakan platform kepada pengamal dan penyelidik pergigian untuk berkongsi kajian dan idea mereka dalam bidang berkaitan serta berkongsi ilmu dan pengalaman di [...]
ICEPS 12 LAKSANA KONSEP KEUSAHAWANAN AL FALAH
NILAI, 2 OKT 2016 - Konvensyen Keusahawan Islam (iCEPS) kali ke 12 anjuran pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapatkan sambutan ramai kira-kira 8000 pengunjung yang hadir program berlangsung selama empat hari bermula 29 September hingga 2 Oktober 2016 di perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Seramai 353 orang pelajar dan jawatankuasa yang terlibat di mana masing-masing mempunyai peranan tersendiri bagi menjayakan setiap aktiviti yang berlangsung. Antara aktivitinya adalah Bicara Siswi, Dikir Zikir, Forum Maal Hijrah, Halaqah Akustika, Pertandingan Bayi Comel, Jobhouse, Seminar Kerjaya dan Konsert Simfoni yang menampilkan artis Faizal Tahir, Ramli Sarip, Wani dan Hyper Act. Turut diadakan juga aktiviti outdoor seperti Flying Fox, Roller Blade, Amazing Race dan Rainbow Shoot Run. Antara objektif penganjurannya adalah bagi memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang semakin ditinggalkan oleh generasi masa kini, meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar seperti kemahiran berfikir, pengurusan organisasi, kemahiran berkomunikasi serta membina keyakinan diri melalui pelbagai usaha dan aktiviti berbentuk penyuntikan ilmu pengetahuan, perencanaan, pengalaman berurusan, dan lain-lain berdasarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Universiti Awam (UA) yang menekankan aspek penjenamaan Islam dalam pelbagai industri seterusnya membawa nama USIM keserata negara serta menggalakkan peserta khususnya mahasiswa/i melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan dan seterusnya membina jaringan perniagaan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dimana iCEPS12 menerapkan konsep perniagaan adalah Sunnah dan menekankan sumbangan semula kepada masyarkat berlandaskan konsep [...]
SEMINAR PERPUSTAKAAN ISLAM SERANTAU 2016 (RELieS 2016)
NILAI, 25 OKT - Bertemakan Perekayasaan Perkongsian Pintar Ke Arah Kecemerlangan Perpustakaan Islam, satu Seminar Perpustakaan Islam Serantau atau dikenali sebagai Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS 2016) telah dianjurkan oleh Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 dan 29 September 2016 lalu. Penganjuran ini dilihat sebagai landasan terbaik bagi para peserta yang terdiri daripada pustakawan, ahli akademik, pakar agama dari beberapa negara antaranya Indonesia, Brunei dan Libya membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi Perpustakaan Islam serantau masa kini. Sebanyak sepuluh kertas kerja telah dibentangkan dan dua ucap tama telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, YBhg. Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang merupakan Pengarah di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. “Seminar ini memberikan ruang bagi para pengamal bidang kepustakawanan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan mewujudkan rangkaian dalam bidang sumber dan perkhidmatan maklumat di perpustakaan-perpustakaan Islam serantau. Kita mengambil inisiatif akan bekerjasama mewujudkan perpustakaan digital bagi koleksi Islam seperti al-Quran, ilmu Hadis, sejarah dan lain-lain hasil daripada waqaf masyarakat.,” ujar Timbalan Ketua Pustakawan Kanan USIM, Pn Nor Azzah Momin. “Disamping itu, ia diharapkan dapat memperkasa sumber manusia dalam mengendalikan operasi Perpustakaan Islam dengan adanya pustakawan yang berperanan sebagai ‘Knowledge Interlocutor’ dan konsep menyelidik (‘research-based librarian’) dalam membantu penyelidik menjalankan penyelidikan di universiti,” ucap Ketua Pustakawan USIM, En Jasmin Jaimon. Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Bendahari USIM, mewakili Dato' Musa Ahmad, Naib [...]
SPP FPQS LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT DI MALDIVES
NILAI, 29 SEPT 2016 – Seramai 23 orang mahasiswa dan seorang pegawai pengiring dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Global Islamic Students Outreach (GISO) di Kepulauan Maldives iaitu di tiga buah pulau di Maldives iaitu Pulau Hulhumale, Pulau Males dan Pulau Villing hili bermula pada 1 September hingga 8 September 2016. Bertemakan Kembara “ The Adventure that Open the Minds” ini di anjurkan oleh Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) yang merupakan Perwakilan Mahasiswa dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Kembara ini di iring oleh Dr. Kauthar binti Abdul Kadir yang juga merupakan pensyarah di fakulti tersebut. Ia merupakan kesinambungan dari program pengantarabangsaan SPP sebelum ini iaitu Rehlah Ilmiah SPP, FPQS di bumi Sydney, Australia pada 20 hingga 27 Ogos dan Ekspedisi Kepimpinan Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ke Batam Indonesia pada 29 November hingga 2 Oktober 2012. Program GISO ini di adakan untuk memfokuskan elemen khidmat masyarakat sebagai pengisian utama, GISO memberi peluang mahasiswa melaksanakan tugas sebagai pendakwah kepada masyarakat Islam seluruh dunia dan pemilihan Negara Maldives adalah sejajar dengan element yang di fokuskan .Antara objektif utama di Maldives adalah menjalinkan hubungan kerjasama mahasiswa dengan masyarakat dan mahasiswa di Maldives di samping memberi pendedahan yang meluas kepada pelajar berkaitan kebudayaan masyarakatan di negara Maldives dan memperkenalkan serta mempromosikan USIM di peringkat antarabangsa. Menurut Pengerusi SPP Anas bin Azami , bersesuaian dengan moto SPP itu sendiri “Bina Sahsiah, Solusi Ummah ”, program seumpama ini adalah satu langkah proaktif dan kreatif SPP,FPQS bagi melatih mahasiswa mengendalikan [...]
KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM TAWAR PELBAGAI RAWATAN PAKAR
NILAI, 21 OKT 2016 – Majlis Perasmian Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan meriah dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Haji Hasan. Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato Haji Mat Ali Hassan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr. Abdul Rahim Abdullah. Melalui perkhidmatan yang ditawarkan, Klinik Pakar Kesihatan USIM turut melibatkan doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Disamping dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini, USIM turut mengetengahkan seramai lebih 40 orang tenaga pakar dari pelbagai bidang serta perkhidmatan yang ditawarkan seperti Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Mata (Oftamologi), Pakar Telinga, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pakar Ortopedik, Pakar Psikiatri, Pakar Pembedahan Am serta Pakar Pergigian. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Nilai, ia merupakan satu khidmat sosial USIM kepada komuniti dan masyarakat taraf hidup rendah seperti golongan asnaf bagi meringankan beban mereka pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti. Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, pelaksanaan klinik pakar ini merupakan ‘showcase’ projek wakaf yang telah dilaksanakan hasil perkongsian pintar USIM dan Kerajaan Negeri Sembilan melalui MAINS, dan kini ia dikendalikan oleh anak syarikat USIM iaitu USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd. “Mengimbau kembali tanggal Julai 2013 menyaksikan pelantikan USIM sebagai satu-satunya universiti awam yang menjadi mutawalli bagi menguruskan dan membangunkan dana wakaf dan mengagihkan manfaat wakaf kepada [...]
WACANA DEWAN KOSMIK: POKEMON GO DAPAT SAMBUTAN RAMAI
NILAI, 23 SEPT 2016 – Program Wacana Dewan Kosmik yang bertajuk Pokemon GO: Keselamatan Terancam: Dari Perspektif Islam dan Keselamatan Maklumat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar USIM tanpa mengira tahun dan bidang pengajian yang diadakan pada 23 September 2016. Program wacana ini dimulakan dengan majlis perasmian Seminar Kebangsaan Sains Islam Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis perasmian ini diadakan sempena pembukaan 6 seminar yang bakal berlangsung bermula dari 24 Sept – 8 Okt 2016. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah dengan gimik memotong kek dan video berdurasi pendek yang memaparkan maklumat penting bagi keenam seminar anjuran FST. Pengarah program, Muhammad Harith Bin Noor Azam memberitahu, tujuan wacana ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar universiti berkenaan bahayanya aplikasi atas talian khususnya Pokemon GO sekiranya digunakan tanpa langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Wacana ini juga diadakan sebagai acara pembukaan bagi Seminar Jaminan dan Keselamatan Maklumat (IS@S’16) yang dikendalikan oleh saudara moderator, Muhammad Rushaidi Hafidzi bin Rahimi bersama 2 orang panel yang hebat iaitu En. K. Juslly, Ketua Jabatan di Jabatan Pelaksanaan Jangkauan, Suruhanjaya Komisyen Komunikasi Malaysia (SKMM) dan En. Khairul Azhar, Imam Muda Astro Oasis musim pertama. Para panel berjaya mengupas isu berkenaan aplikasi Pokemon Go dengan bernas dan tuntas. Antara soalan dan isu yang sempat dibincangkan adalah mengenai garis panduan penggunaan aplikasi atas talian dari sudut keselamatan maklumat dan Islam di samping piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjaga keselamatan pengguna aplikasi ini. Penasihat [...]
DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DILANTIK SEBAGAI CANSELOR USIM
SEREMBAN, 24 OKT 2016 - Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh tujuh tahun berkuat kuasa 1 Dis ini sehingga 30 November 2023. Ini merupakan pelantikan kali kedua baginda selaku Canselor USIM dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Baginda dilantik kali pertama sebagai Canselor pada 2011 dengan istiadat pemasyhuran Tuanku Canselor secara rasmi dibuat semasa Majlis Konvokesyen USIM kali ke-9 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad mengetuai Pengurusan Universiti mempersembahkan watikah itu kepada DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap, Seremban pada pagi tadi. Majlis Sembah Mengadap ini turut disertai oleh Profesor Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM; Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM; dan Dr. Faizal Kasmani, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM. "Warga USIM menyembah tahniah dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku atas pelantikan semula (kali kedua) ini untuk terus memayungi USIM sebagai Tuanku Canselor. Sesungguhnya, kepimpinan dan keprihatinan DYMM Tuanku pada perkembangan Universiti sejak dilantik sebagai Canselor amat dihargai dan seterusnya melonjakkan lagi nama Universiti di persada pendidikan tinggi negara". "DYMM Tuanku sentiasa memberi buah fikiran untuk kecemerlangan universiti yang mendukung integrasi ilmu Naqli dan Aqli ini. Malah Tuanku sentiasa menyokong dan melibatkan diri dengan aktif dalam program-program utama Universiti seperti Majlis Konvokesyen, Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor, Ekspo Inovasi Islam, Lawatan Kerja dan [...]