Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2017

Salam USIM – Lawatan Kerja DYMM Tuanku Canselor Dan Tunku Pro Canselor ke Kampus USIM, Pandan Indah

.

Agenda LGBT meresapi pelbagai media

Baru-baru ini, akhbar The Huffington Post melaporkan, saluran kartun The Disney Channel menyiarkan aksi bercium sesama jantina dalam rancangan Star vs The Forces of Evil. Gergasi filem Walt Disney pula menerbitkan filem Beauty and The Beast yang memasukkan unsur homoseksualiti. Ini disahkan pengarahnya, Bill Condon, yang memberitahu majalah homoseksual Britain, Attitude bahawa filem itu yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak, akan buat kali pertama memaparkan watak lelaki homoseksual. Ini nyata usaha besar-besaran pendokong LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) memaksa agenda biasa gaya hidup ini kepada anak muda dan mentah dengan gaya hidup yang jauh daripada nilai agama Islam. Agenda membawa gaya hidup LGBT ini mula dibawa ke arus perdana apabila majalah National Geographic edisi 2017 mempromosinya sebagai trend terkini dan menyatakan lebih 70 pilihan gender boleh 'dipilih' masyarakat global. Pengguna Facebook mempunyai 58 pilihan 'gender' sejak 2014. Kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus memastikan pengharaman sebarang paparan gaya hidup homoseksual dari kaca TV, media elektronik dan di layar perak. Bahkan, pemantauan harus dilakukan ke atas media berbahasa Inggeris, yang terang-terang mempromosinya meskipun jelas bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan, dan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Pantau buku Sebagai contoh, Yasmin Disney dalam ruangan pendapat di Malay Mail Online pada 17 Julai 2014, mengatakan: Yes, I do have a homosexual agenda. Begitu juga Kementerian Dalam Negeri harus memantau buku berunsur gaya hidup terlarang yang dikesan memasuki pasaran. Kerajaan juga perlu bertindak tegas kepada badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan homoseksualiti dan berobjektif mempromosi gaya hidup LGBT. [...]

Salam USIM – Siswa Bomba Bantuan (SBB) USIM

.

38 pelajar graduasi program Pensijilan USIM-BIMB

NILAI, 8 Mac 2017 – 38 pelajar terdiri dari kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) seluruh Malaysia telah berjaya menamatkan program Pensijilan USIM- BIMB bagi kohort 3&4 dalam satu sesi Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM. Sijil Peningkatan Kemahiran Profesional USIM-BIMB telah dijalankan sejak Jun 2015 bagi kohort pertama dan kedua iaitu seramai 40 pelajar yang telah bergraduasi. Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannnya melahirkan rasa bangga dan berbesar hati dalam pelaksanaan program ini apabila USIM terpilih sebagai rakan kerjasama BIMB. Program ini merupakan satu inisiatif yang bagus untuk membuka peluang kepada para kakitangan bagi mempertingkatkan mutu serta kualiti kerja harian khususnya dalam bidang pentadbiran. “Kerjasama ini merupakan satu platform yang baik kepada peserta untuk menimba pengalaman berkaitan dunia kewangan dan perbankan secara komprehensif di samping menjadi sebuah medium merealisasikan konsep ruang pembelajaran atau ‘learning curve’ yang efisien dan berkesan. USIM juga amat mengalukan penganjuran program-program kerjasama dalam bidang-bidang berbeza di masa akan datang”. Manakala, Prof. Madya Dr Noor Azizi Ismail berkata, program Pensijilan USIM-BIMB ini merupakan platform terbaik untuk memaksimakan kesejajaran hala tuju USIM dan BIMB selaku institusi pendidikan dan kewangan yang berteraskan Islam di negara ini. Di peringkat USIM, program ini telah melibatkan gabungan tenga pengajar bertauliah di USIM, yang terdiri daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta Pusat Teknologi Maklumat. Kerjasama ini dilihat sejajar dengan salah satu agenda penting BIMB iaitu membina Kumpulan Bakat Dalaman untuk memupuk budaya prestasi tinggi dan produktiviti yang cemerlang. “Modul-modul yang dirangka [...]

Duta Jepun kagum penganjuran Pusat Kebudayaan dan Bahasa Jepun

NILAI, 2 Mac – Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) melancarkan Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun yang dirasmikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa. Pusat Bahasa dan Kebudayaan Jepun ditubuhkan sejak tahun 2016 dengan penawaran kursus bahasa Jepun Tahap 1 dan Tahap 2. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang budaya antarabangsa, khususnya Budaya Jepun dalam membentuk menjadi graduan yang boleh menguasai pelbagai bahasa, kemahiran dan ilmu pengetahuan. ”USIM sangat menitikberatkan siswazahnya mempunyai elemen Naqli dan Aqli yang diterapkan dalam pembelajaran di USIM. Antaranya, dengan mempelajari pelbagai bahasa pelajar akan mampu membina kerjaya lebih cemerlang dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa,” ujar Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. ”Saya amat kagum dan berbangga melihat karnival seperti ini dijalankan di universiti di mana ia menggalakkan penglibatan pelajar untuk mempelajari budaya dan keunikan yang ada di Jepun. Malah ia memberi peluang cerah kepada pelajar apabila tamat pengajian nanti,” ucap Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa. Antara pelajar yang ditemui berkongsi pandangannya bahawa karnival ini boleh meningkatkan minat pelajar untuk mengenali budaya dan keunikan Jepun melalui aktiviti yang dijalankan. ”Pada saya, apabila belajar bahasa selain bahasa ibunda, kita akan lebih kenal budaya dan apabila kita boleh berbahasa Jepun secara tidak langsung komunikasi akan menjadi lebih berkesan malah hubungan akan lebih mesra terjalin. Selain mudah untuk mendekati bangsa lain, kami mampu untuk berfikir di luar kotak dalam perbincangan di dalam kelas,” ujar Afeqah Ahmad, pelajar tahun 2 yang merupakan bekas ahli pusat bahasa tersebut. Turut diadakan adalah [...]

Kelab K-REAL USIM sahut cabaran tawan G7

KELANTAN, 25 Feb 2017 - Berbekalkan semangat yang tinggi untuk menakluk kesemua puncak gunung G7, seramai 25 ahli Kelab Rekreasi dan Aktiviti Lasak Universiti Sains Islam Malaysia (K-REAL USIM) telah memulakan langkah pertama dengan menganjurkan Ekspedisi Pendakian Gunung Yong Belar yang diketuai  oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad. Yong Belar merupakan gunung yang ketiga tertinggi diantara gunung-gunung G7 dengan ketinggian 7156 kaki dari paras laut, dan ia cukup terkenal dikalangan pendaki-pendaki gunung di dalam dan luar negara. Gunung yang terletak di sempadan Kelantan, Pahang dan Perak ini menyediakan pelbagai laluan yang sukar dan tentunya memberi cabaran fizikal dan mental kepada peserta ekspedisi. Menurut Naib Canselor USIM, aktiviti pendakian ini adalah antara aktiviti riadah Naqli & Aqli yg sangat dititikberatkan di kalangan warga kampus untuk melahirkan warga yang sihat dan menjadikan aktiviti pendakian sebagai aktiviti 'mentadabbur alam' iaitu untuk menghayati alam dan  mengagungkan Allah melalui alam ciptaanNya. Naib Canselor USIM sebelum ini telah mengetuai beberapa pendakian yang melibatkan kumpulan yang berbeza dikalangan warga USIM ke Gunung Stong, Gunung CBL (Cemberung-Berembun-Langsir), Gunung Kinabalu dan pada akhir tahun lepas ke Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia. “Selain mengagungkan Allah melalui ciptaanNya, aktiviti pendakian boleh membentuk diri untuk lebih mensyukuri dengan apa yang kita ada”, sambung beliau lagi. Pengarah Program Ekspedisi Pendakian gunung Yong Belar, Muhamad bin Sidek, 36, turut menyatakan bahawa ekspedisi kali ini sebahagian daripada usaha untuk membudayakan aktiviti lasak sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat dikalangan para peserta terutamanya ahli Kelab K-REAL USIM itu [...]

Salam USIM – Officiating Ceremony of The Japan Language & Cultural Centre

.

Dari bisnes online, kini mempunyai kedai sendiri – Hidayatul Izni

Minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan meminati seni kreatif mendorong Hidayatul Izni Hayudin, 28, bergiat aktif dalam dunia perniagaan kek dan bakeri.  Hanya bermula berniaga dari rumah dan secara online, kini beliau memiliki kedai yang lengkap beserta 7 orang pekerja termasuk pelajar praktikal. “Walaupun sebelum ini saya pernah bekerja sebagai pegawai bank, dan guru ganti di SMK Jengka 10 dan 12 Pahang, namun, merasakan pekerjaan tersebut tiada cabaran dan membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia mengajar saya menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan bijak menyelesaikan masalah”. “Semasa di universiti, saya terkenal dgn seorang yang aktif berpersatuan dan dilantik menjadi Exco Kerja Luar dan Pengantarabangsaan Sekretariat Fakulti Sains & Teknologi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di peringkat fakulti yang telah kami uruskan. Saya telah mempelajari banyak soft skill dan leadership semasa di universiti dan ianya sangat membantu saya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan syarikat yang mempunyai ramai pekerja dan produksi yang semakin bertambah”, tambah Izni. Izni dengan nama panggilan mesra, merupakan anak sulung dari lima beradik, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik Kewangan memberi pandangan bahawa sebagai graduan di era yang penuh mencabar ini, seharusnya graduan di Universiti menanamkan minat untuk menjadi ahli perniagaan selain kerjaya profesional. Kerjaya usahawan menjadikan seseorang itu berfkiran kreatif dan pandai menyelesaikan masalah. Tambahan pula di universiti kini menjadikan subjek Keusahawanan sebagai subjek wajib, dan pelajar harus memanfaatkan dan mempraktikkannya. Kejayaan terbesar Berjaya mengendalikan sebuah program FIMACS II bertemakan "The gist of risk and derivatives, lessons learned and future implications". [...]

Penubuhan King Salman Centre For International Peace : USIM sedia galas amanah

NILAI, 2 Mac 2017 - Penubuhan Pusat Keamanan Global yang dinamakan King Salman Centre for International Peace telah dipersetujui untuk melibatkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Arab Saudi dan Malaysia bersama Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islami). Menurut Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ia merupakan penghargaan besar buat USIM pada masa yang sama bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas amanah menubuhkan Pusat Keamanan Global itu. “Seluruh warga USIM merakamkan setinggi terima kasih dan terharu kepada kepimpinan tertinggi Malaysia dan Arab Saudi kerana memberi kepercayaan kepada USIM untuk bersama-sama merealisasikan penubuhan King Salman Centre for International Peace yang merupakan satu agenda besar kepada negara dan komuniti antarabangsa,” ulasnya. “Kalau kita lihat kini berlaku banyak peperangan, ketidaktentuan dan suasana yang tidak aman berlaku di negara Islam. USIM merasakan adalah tanggungjawab kita untuk sama-sama membantu mengembalikan dan mengekalkan keamanan di bumi Allah dan mengangkat darjat negara dan umat Islam itu sendiri. Apabila nama USIM diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan, rasa syukur dan bangga kerana ia memperlihatkan pengiktirafan kepada keupayaan USIM yang mempunyai pelbagai kepakaran bagi menyokong aspirasi kerajaan dan memainkan peranan yang signifikan diperingkat global,” ucapnya lagi. “InshaAllah, USIM bersedia mengambil peranan yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pusat berkenaan sebaik mungkin bersama-sama pimpinan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga Muslim World League,” tambahnya lagi. Pada perkembangan yang sama, Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata USIM mempunyai kepakaran [...]

Februari 2017

Transformasi Insani Satu Langkah Ke Arah Perubahan Tamadun

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib telah mengisytiharkan satu perangkaan jangka panjang iaitu Transformasi Nasional 20150 (TN50) untuk membentuk Malaysia menjadi satu negara bangsa yang lebih cemerlang dan berwibawa. Hal ini dapat dilihat bahawa hasrat bersama membentuk masa depan yang lebih terjamin dengan adanya beberapa inisiatif yang telah diaturkan dan dijalankan untuk mengumpul idea-idea dan aspirasi-aspirasi belia dan anak muda. Semestinya, menerusi salah satu inisiatif, Dialog Perdana TN50, banyak kutipan idea daripada belia dari segi pembangunan di sektor pendidikan, ekonomi, alam sekitar dan lain-lain. Satu persoalan yang sama-sama boleh difikirkan bahawa bagaimana tamadun atau negara bangsa yang berjaya itu tercapai sekiranya sikap dan cara pemikiran diri sendiri yang masih lagi berada di tahap yang rendah dan membimbangkan? Penulis memetik salah satu ucapan yang diucap oleh YB Khairy Jamaluddin di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Nasional (NALS) 2017 pada awal Februari lalu, “Kebimbangan terbesar saya menjelang tahun 2050 nanti bukan membabitkan halangan kuantitatif seperti bidang pendidikan atau melahirkan pemenang Anugerah Nobel pertama kerana kita boleh melabur dalam perkara ini. Sebaliknya, kebimbangan dan halangan terbesar kita adalah sama ada rakyat Malaysia boleh mengubah sikap dan mentaliti. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengajar rakyat untuk mengubah perkara ini, sedangkan sikap dan mentaliti adalah penanda aras ketamadunan” Dari sudut mentaliti atau cara pemikiran sebahagian besar masyarakat masih lagi berada di takuk yang lama. Yang mana masing-masing mengamalkan pemikiran bersifat individualistik “aku-kau” dan bukannya fikiran yang bersifat ummatik dan kekitaan. Pemikiran dengan cara sebegini mampu membentuk masyarakat yang [...]

Go to Top