Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2016

USIM JALIN KERJASAMA MOU BERSAMA UNIVERSITI REITAKU JEPUN

NILAI, 7 DIS 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) dan Universiti Reitaku, Jepun buat julung kalinya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan hubungan antarabangsa jangka panjang di dalam bidang penyelidikan perniagaan dan jaringan akademik. MoU di antara kedua-kedua negara telah ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato Musa Ahmad, manakala Universiti Reitaku diwakili oleh Profesor Osamu Nakayama. Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam meningkatkan hubungan dua hala diantara kedua-dua universiti. Antara kerjasama yang bakal di jalankan bersama adalah penganjuran konferen antarabangsa yang akan berfokuskan kepada bidang perniagaan negara-negara Asian terutamanya di antara Malaysia dan Jepun. “Di dalam menjadikan USIM dan IFWMI sebagai institut rujukan global di dalam bidang pengurusan harta dan kewangan Islam, IFWMI terbuka dalam menjalankan hubungan kerjasama dengan rakan strategik dari luar negara terutamanya dari kalangan negara serantau.  Kami juga sedang mengadakan kerjasama dengan Universiti Chiang Mai, Thailand dan juga dalam proses mengorak langkah ke Filipina untuk mengembangluaskan bidang kewangan Islam dan pengurusan harta Islam disana,” ujar Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Pengarah IFWMI yang menerajui program kerjasama tersebut. Profesor Dr. Osamu Nakayama melahirkan rasa gembira kerana dapat menjalinkan hubungan dengan USIM yang merupakan universiti awam ketiga di Malaysia yang menjalinkan kerjasama yang seumpamanya dengan Universiti Reitaku. Beliau juga turut berbangga dengan usaha USIM dalam mengetengahkan ilmu integrasi Aqli dan Naqli yang berasaskan acuan tersendiri yang dilihat begitu mirip dengan misi dan visi Universiti Reitaku yang memfokuskan kepada kajian berkenaan moralogi yang mengintegrasikan pengetahuan dan [...]

AKSIS’15 IKTIRAF SECARA RASMI SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN MAHASISWA

NILAI, 6 DIS 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya meganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan  Siswa USIM 2015 (AKSIS’15) buat kali kelapan bertempat di Dewan Tuanku Canselor baru baru ini. Bertepatan dengan hasrat USIM yang  bertekad  melahirkan graduan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM menjadikan majlis ini sebagai simbolik penghargaan kepada pelajar yang berupaya memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi cabaran alam kerjaya. AKSIS’15 ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf secara rasmi sumbangan dan pencapaian mahasiswa dan mahasiswi USIM yang terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum berkaitan dengan program pembangunan sahsiah pelajar selain untuk meningkatkan semangat berpersatuan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM serta menjadikan platform khas untuk menghargai bakat-bakat dan sumbangan mahasiswa dalam pembangunan aktiviti pelajar. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan mewakili 27 anugerah iaitu kepemimpinan, kesukarelawan dan pencapaian dengan penerimaan sebanyak 90 pencalonan dan sebanyak 56  calon telah disenarai pendek mengikut markah dan kriteria yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Universiti. Ahmad Mahdiyuddin Abdul Manan, ketua projek Golden Oil mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, pemenang bagi empat anugerah iaitu Anugerah Tokoh AKSIS’15, Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa, Anugerah Pemimpin Program Inovasi Terbaik dan Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan Terbaik berkata beliau aktif dalam berorganisasi sejak dari tahun satu pengajiannya di USIM lagi. “Semenjak dari tahun satu pengajian lagi saya terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti,” katanya. “Sebagai mahasiswa kita perlu menggunakan platform yang disediakan oleh pihak Universiti dengan sebaik-baiknya untuk mencari ilmu dengan menyertai persatuan dan memberi sepenuhnya komitmen untuk mendapatkan [...]

PENERBIT USIM MENGUNGGULI HADIAH ANUGERAH BUKU KAUNSELING TERBAIK

NILAI, 16 DIS 2016 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli anugerah Kategori Buku Kaunseling Terbaik pada Majlis Anugerah Buku Negara 2016 yang diadakan pada 14 Disember bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Buku berjudul Nurturing a Balanced Person: The Leadership Challenge tersebut melalui penulisan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, YBhg Tan Sri Prof Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mengupas persoalan menarik mengenai cabaran kepemimpinan dalam melahirkan insan seimbang. “Kejayaan dalam anugerah ini membuktikan bahawa hasil-hasil penerbit USIM mempunyai kualiti dan menjadi rujukan kepada masyarakat umum dan mendapat nilai tambah sebagai hasil terbaik dalam kategori tersebut.” ujar Pn Hariza Mohd Yusof selaku Ketua Penerbit USIM. “Buku yang diterbitkan hasil kerjasama Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) ini sangat menarik untuk dibaca bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep insan seimbang dan cabaran kepemimpinan,” tambahnya lagi. Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman. Majlis Anugerah Buku Negara 2016 merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersempena Ekspo Buku Negara yang berlangsung pada 14 hingga 18 Disember 2016. Disediakan oleh : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

DUTA JAUHAR 3.0 ANJUR KARNIVAL DAN PERKENAL PROJEK TANAM CENDAWAN KEPADA OKU

NILAI, 2 DIS 2016 – Karnival Vaganza Mukim 18 Sri Medan dan Parit Sulong (K-GANZ) di Daerah Batu Pahat merupakan satu karnival yang dianjurkan oleh Duta Jauhar 3.0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertemakan ‘Enhancing Potential of People with Disabilities”, penganjurannya yang melibatkan seramai 70 orang sukarelawan dari kalangan pelajar USIM adalah usahasama pihak Yayasan Pelajaran Johor, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sri Medan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sri Medan dan JPMM Sri Medan. Karnival selama 3 hari yang bermula pada 24 November lalu menyediakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah pun mendapat sambutan memberangsangkan dan disertai hampir 200 orang penduduk setempat sekitar daerah. Antara aktivitinya adalah slot ceramah agama Malam Cinta Islam, forum bertajuk "Talk future of Disabilities", Jauhar Charity Fun J-Robik, aktiviti sukan rakyat serta aktiviti riadah yang lain. Majlis perasmian karnival dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Zulkurnain Bin Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Sri Medan pada masa yang sama menyokong usaha yang dipamerkan oleh mahasiswa USIM. “Duta Jauhar 3.0 hanya mendapat peruntukan yang kecil bagi menjayakan program ini kerana saya ingin melihat usaha mereka mencari dana sendiri pada masa yang sama boleh membina sifat kepimpinan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi sejajar dengan keperluan masa kini,” ucap YB Dato’ Hj Zulkurnain. Turut hadir di majlis perasmian adalah Tn Hj Abd Wahab Ridwan, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Negeri Johor, Tn Hj Ismail Roslan, ADUN Kawasan Samerah, Tn Hj Mohd Yasin, Wakil Pegawai Pejabat Daerah [...]

KONTINGEN SUKSIS USIM CEMERLANG DALAM EDISI SUKAT 2016

NILAI, 4 DIS 2016 – Kontingen Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama Suksis USIM apabila menguasai empat (4) acara sukan dalam Karnival Sukan Suksis Universiti Awam Zon Tengah (SUKAT) 2016 yang berlangsung baru-baru ini. Memikul dua tanggungjawab besar iaitu sebagai atlet yang membawa nama Universiti dan pada masa yang sama menjadi tuan rumah kepada penganjuran SUKAT kali ini, ternyata ia menjadi pembakar semangat kepada 122 atlet Kor Suksis USIM untuk memberi saingan hebat. Suksis USIM menunjukkan penguasaan cemerlang dengan merangkul pingat emas dalam acara ping-pong, tarik tali, futsal (perempuan) dan merentas desa (perempuan). Selain itu, peningkatan membanggakan turut diperlihatkan kontingen Suksis USIM dalam beberapa acara lain apabila menuai pingat perak melalui acara bola tampar (lelaki), takraw (lelaki), futsal (lelaki) dan bola sepak. Pingat gangsa pula diraih melalui bola baling (perempuan), bola tampar (perempuan), bola jaring dan merentas desa (lelaki). Berlangsung selama dua hari (3 dan 4 Disember 2016), sebanyak 12 acara sukan dipertandingkan secara keseluruhannya pada SUKAT kali ini dengan ke semuanya berlangsung dengan menggunakan kemudahan sukan di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Ia menghimpunkan hampir 700 atlet dan pegawai dari empat buah Universiti Awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan USIM. “SUKAT merupakan platform untuk kami selaku pelatih Kor Suksis USIM bertemu untuk membina jalinan dan hubungan erat dengan rakan-rakan pelatih dari universiti lain dan sebaliknya. Sukan ini berjaya membina daya saing dan semangat berpasukan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi yang menyertainya disamping memupuk budaya hidup sihat melalui bersukan”. [...]

Crushy energy bar inovasi snek berkhasiat

Bar tenaga Crushy (Crushy Energy Bar) ialah satu inovasi makanan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi dari sumber tenaga yang tinggi seperti kurma, kismis, dan buah tin serta mengandungi bahan tenusu dan kekacang. Produk ini tidak mengandungi bahan pengawet atau penambah makanan tiruan dicampur dalam satu bar dengan menggabungkan kesemua bahan-bahan yang terbukti mengandungi khasiat yang tersendiri . Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak, mereka yang sibuk dengan rutin harian seperti pelajar, pekerja yang kesuntukan masa dan juga mereka yang sedang diet kerana ia dapat memberikan tenaga dan khasiat kepada pengguna dalam bentuk yang lebih mudah dan senang disimpan. Penghasilan produk ini mengambil masa selama hampir 4 bulan bermula dari perbincangan awal produk sehingga analisa sensori dan analisis penerimaan pengguna terhadap produk kami. Produk Crushy Energy Bar ini telah memenangi tempat pertama semasa pertandingan Inovasi pelajar (i-Reka) 2014 di Universiti Sains Islam Malaysia di dalam kategori Food & Halal Compliance. Selain itu, Crushy Energy Bar juga telah memperoleh pingat emas semasa di Novel Research Innovation Competition (NRIC) 2014 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang di mana ia juga telah memperoleh anugerah khas iaitu Anugerah Social Impact Policy. Matlamat penghasilan produk ini adalah untuk memberikan pilihan kepada pembeli untuk menikmati bar tenaga yang tidak mempunyai kandungan gula tambahan atau bahan pengawet serta perasa. Kandungan tenaga dan rasa manis adalah berdasarkan kandungan produk ini semata-mata berbanding snack bar yg berada di pasaran yg mengandungi banyak gula tambahan. Hasil inovasi dari kumpulan Authen6 bermatlamat mengetengahkan inovasi makanan berkhasiat bertemakan makanan sunnah serta menggalakkan masyarakat untuk [...]

PRODUK PERMAINAN BERBENTUK ILMIAH DAN PATUH SYARIAH DAPAT PENGIKTIRAFAN

NILAI, 28 NOV 2016 – Dua produk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu produk Global Zakat Game : Bijak Zakat (GzakatG V1.0) dan produk Model Penganjuran Sukan dan Peraduan Patuh Syariah yang dipertandingkan di International Exposition on Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation and Design (ISCIIID) 2016 pada 21 dan 22 November lalu di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam telah mendapat pingat emas dan Anugerah Umar Al-Khattab (Produk Terbaik Profesional/Akademik) serta Anugerah Abu Bakar As-Siddiq (Produk Terbaik Keseluruhan). GzakatG V1.0 adalah sebuah inovasi baru yang berbentuk permainan ilmiah berkaitan fiqh zakat. Ia direka bagi mengukuhkan kemahiran pengiraan zakat harta dalam kalangan amil dan muzakki meliputi pelbagai jenis zakat seperti zakat pendapatan, pertanian, penternakan serta emas dan perak pada masa yang sama melahirkan amil yang profesional dan cekap dalam aspek pengurusan zakat. “Kami percaya produk ini mampu menarik perhatian masyarakat kerana ciri-ciri istimewa dan kelainan yang dibawa berbanding dengan produk lain. Produk ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar interaktif di sekolah, universiti dan kursus pemerkasaan amil zakat,” ujar Prof Madya Dr Azman Ab Rahman yang merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Selain itu, kumpulan yang turut diketuai Prof Madya Dr Azman Ab Rahman juga mendapat emas bagi Produk Model Penganjuran Pertandingan Sukan dan Peraduan Patuh Syariah. Ia diperkenalkan bagi memastikan setiap pertandingan yang dianjurkan mematuhi prinsip syariah dan memberi pendedahan kepada atlet, jurulatih serta masyarakat tentang konsep bersukan patuh syariah. “Melalui model ini ia menyediakan cadangan garis panduan kepada pihak penganjur untuk mengadakan pertandingan yang patuh syariah dan [...]

Adakah bauksit dikenakan zakat?

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, bauksit bermaksud bahan bak tanah liat yang menjadi sumber utama aluminium (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bauksit+). Dalam laman web rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula mengatakan, bauksit merupakan batuan yang mengandungi campuran hablur/amorfus alumina oksida dan alumina hidroksida terutamanya gibbsit dengan sedikit boehmit. Ia merupakan longgokan bijih yang terbentuk di kawasan separa tropika dan tropika dan dilombong sebagai sumber aluminium (http://smanre.mygeoportal.gov.my/smanre/mineral/bauksit.php). Bauksit merupakan bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Berdasarkan laman web Geoscience News and Information (Geologi.com), bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini tetapi ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil. Menurut Majalah Sains, bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama, berkemungkinan mencecah berjuta tahun. Ia dicampur dengan elemen dehidrasi atau pengeringan oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam (http://www.majalahsains.com/bauksit-itu-apa-sebenarnya/). Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur. Menurut laman web Geoscience Australia (Australian Government), lebih daripada 85% daripada bauksit dilombong di seluruh dunia ditukar kepada alumina untuk pengeluaran logam aluminium termasuklah pelbagai peralatan yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan seharian seperti bahan utama pembuatan kuali, pembuatan lapisan luar periuk [...]

SISWA USIM SELAMI KEHIDUPAN WARGA EMAS DI RED SPOT HOME CARE

SEREMBAN, 28 November – Atas keinginan ingin mendekati dan menyelami kisah warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan orang tua, seramai 25 orang siswa-siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil kesempatan mengunjungi Rumah Orang Tua Red Spot Home Care Centre pada hujung minggu lalu. Terdiri daripada para pelajar yang mengambil kursus Debat Bahasa Melayu di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM, mereka mengunjungi pusat jagaan ini yang terletak di Bukit Rasah, Seremban. Pada masa kini, terdapat kira-kira 13 orang warga emas pelbagai latar belakang yang ditempatkan di sana secara sepenuh dan separuh masa di sana. Menurut pengarah program kunjungan ni, Asyraaf Abu Bakar Hamzah, 19, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM, mereka memilih untuk mengunjungi rumah orang tua kerana ingin menunjukkan bahawa mahasiswa universiti juga prihatin dengan warga emas dan sentiasa ingin bersama mereka. “Kami para peserta ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan Red Spot Home Centre kerana memberi peluang untuk saya dan rakan-rakan mempelajari sesuatu yang baharu pada hari ini. Walaupun ini kali pertama kami bersua dan meramahi warga emas di sini, tetapi rasa kemesraan dan perasaan kasih-sayang itu begitu cepat dirasai” “Sepanjang program ini, kami mengambil pengalaman membantu kakitangan pusat jagaan menjalankan aktiviti rutin untuk para penghuni seperti senaman ringan, kebersihan dan perapian diri, membantu mereka untuk makan dan berbual-bual bersama warga emas ini”. “Satu slot yang kami namakan ‘Sesi Tautan Kasih’ amat memberi kesan kepada saya dan rakan-rakan lain kerana kita berpeluang mendengar sendiri kisah para penghuni dan ini memberi banyak pengajaran kepada kami sebagai mahasiswa dan [...]

November 2016

Anugerah Pelajaran DiRaja

Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) dianugerahkan kepada Hanisah Binti Hassan  dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Muhammad Syah Fahmi Bin Zainal dari Fakulti Sains dan Teknologi. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Hanisah anak kepada pasangan Hassan Bin Basri dan Mutmainnah Binti Ahmad Mardzuki merupakan anak ketiga dari enam adik beradik. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kemudian beliau menyambung persekolahan di peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Islam ABIM Sungai Ramal Dalam dan berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR 2006 , Kajang, seterusnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga Bandar Baru Bangi pada tahun 2007-2008 dengan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2008 dengan keputusan 12A1, dan Anugerah Tunas Pemimpin di SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Perjalanan kecemerlangannya tidak terhenti disitu, pada tahun 2009, Hanisah melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat Tamhidi Perubatan seterusnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS) di Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM. Sepanjang tempoh pengajian di USIM, Hanisah telah terlibat dalam pelbagai aktiviti akademik mahupun kokurikulum dan berpersatuan, bukan sahaja di peringkat fakulti dan universiti, bahkan kebangsaan serta antarabangsa. Beliau amat yakin kepada Allah Ta’ala dalam menetapkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Atas keyakinan tersebut, beliau telah mencabar diri sendiri untuk menerokai bidang perubatan dengan sebaiknya. Justeru, nama beliau tersenarai dalam Anugerah Dekan Semasa semester pertama peringkat Tamhidi dan Tahun 3 di Fakulti Perubatan [...]

Go to Top