Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2016

GABEM SYOR PELAJAR IPT CEBURI BIDANG PERNIAGAAN DEMI MANTAPKAN EKONOMI BUMIPUTERA

NILAI, 7 SEPT 2016 – Seramai lebih 300 peserta yang hadir ke Program  Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) USIM bersama Majlis Kepimpinan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM) dan Majlis Keusahawanan Universiti Malaysia (MAKMUM) bertempat di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran Sunnah.Sebanyak 8 kertas kerja yang dibentangkan  dari pelbagai agensi antaranya dari Jabatan Pelaburan Ekuiti, Persatuan Usahawan Internet Malaysia, SME Corp Malaysia, wakil GABEM dan wakil USIM. Prof Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor USIM berkata, program ini merupakan platform serta medium bagi memberi kefahaman dan kesedaran serta menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar IPT. Menerusi program ini juga adalah diharapkan agar penjelasan perjuangan ekonomi Bumiputera dapat disampaikan kepada para pelajar USIM dan seterusnya meningkatkan penyertaan para pelajar dalam sektor perniagaan. “Agenda keusahawan merupakan antara agenda besar yang diberikan perhatian pada tahun ini berdasarkan pencapaian pelajar yang membanggakan. Justeru, pihak universiti menyokong penuh serta akan turut membantu usaha para pelajar menggilap potensi diri mereka untuk masa hadapan yang lebih cerah. Job creator dewasa ini menjadi elemen penting ke arah mencapai negara maju. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara dan ekonomi dunia yang agak mendebarkan dari hari ke hari”. “Justeru, universiti perlu memainkan peranan di mana USIM perlu bersedia membantu graduan untuk lebih berdaya saing dengan menjadi job creator dan bukannya job seeker lagi. Inisiatif seperti pelaksanaan program Hands On Programme of Entrepreneurship (HOPE) dan Youthpreneur USIM dijalankan secara kolaborasi penuh dengan industri sebagai pemangkin semangat pelajar untuk terus berkecimpung [...]

CEO@FACULTY BINCANG ISU KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH NARKOTIK

NILAI, 7 SEPT 2016 –  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kecemerlangan USIM iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) telah menganjurkan Syarahan Umum sempena CEO Faculty Programme (CFP) yang bertajuk ‘Menerajui Advokasi Ke Arah Keselamatan Negara Yang Lestari Dalam Era Teknologi Dunia Tanpa Sempadan’. Syarahan ini disampaikan oleh YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang telah dilantik sebagai Profesor Adjung Kebangsaan CEO Faculty Programme di USIM berkuatkuasa 7 September 2016 selama setahun. Sebagaimana yang kita sering dengar di media arus perdana, ancaman utama seperti keganasan dan penyalahgunaan dadah merupakan antara perkara yang sering dibincangkan. Isu-isu keganasan seperti kemunculan kumpulan-kumpulan radikal yang berasaskan agama dan bangsa seperti Islamic State (IS), Jemaah Islamiah (JI) dan Al-Maunah telah memberi kesan yang mendalam kepada keselamatan dalam Negara kita. Naib Canselor Prof Dato Dr Musa Ahmad berkata universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang muda remaja serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Namun, golongan mahasiswa perlu berhati-hati kerana mereka mudah terpedaya dengan ajaran dan ideologi yang sesat yang boleh membawa kepada kerosakan diri. Oleh itu, universiti memainkan peranan yang besar dalam membentuk minda, emosi dan tingkahlaku mahasiswa/i supaya tidak terjebak dalam keganasan dan jenayah. Diharapkan melalui jalinan hubungan antara pihak universiti dan PDRM, hal ini dapat menguatkan lagi usaha murni dalam membanteras penularan ancaman-ancaman ini kepada mahasiswa/i di universiti. “Kerjasama PDRM dan USIM akan menjadi satu mercu tanda dan rujukan universiti yang lain dalam bidang penguatkuasaan undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan ancaman [...]

AMANAT YAB MB DIHAYATI OLEH PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2016/2017

NILAI, 1 SEPT 2016 -  Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda sesi akademik 2016/2017 Universiti Sains Islam (USIM) berjalan lancar dengan kehadiran seramai 2067 pelajar membanjiri Dewan Tuanku Canselor dengan disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan merangkap Menteri Mentor USIM bersama Pengurusan Universiti. Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad mengucapkan tahniah kepada pelajar dan mengalu-alukan kedatangan pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian ke USIM. Beliau berkata lagi, sebagai Universiti Awam yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, USIM bukan sahaja berupaya melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran bahkan satu usaha untuk mentransformasikan generasi yang berkualiti serta mempunyai jati diri dan kekuatan kerohanian yang kukuh. Tambahan pula, ilmu yang digali daripada Al Quran dan Sunnah apabila digabung dengan ilmu dan teknologi terkini akan membuahkan penemuan baru dan inovasi yang relevan kepada masyarakat, negara dan ummah. YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dalam amanatnya berkata apa jua keadaan kita pada hari ini hendaklah sematkan rasa bersyukur dengan apa anugerah yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Nikmat Allah S.W.T berikan kepada kita seperti kemudahan untuk menuntut ilmu, persekitaran kondusif dalam pembelajaran dan keamanan dalam kehidupan haruslah dimanfaat sebaik yang mungkin. Menurut beliau lagi, kerajaan merancang untuk menghantar pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ke USIM memandangkan kursus Sarjana Muda Qiraat akan ditawarkan tahun depan. Ini kerana kerajaan mengambil kira faktor keselamatan dan kos hidup yang tinggi di Mesir. “Negara memerlukan lebih ramai kepakaran dalam bidang ilmuan dan agama, [...]

PERKONGSIAN PROF DR. ZULKIPLE : KECANGGIHAN SISTEM PENGANGKUTAN PENGARUHI PSIKOLOGI, SOSIOLOGI KEHIDUPAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka." Ayat ini menjawab sebahagian besar persoalan tentang hubungan perhubungan berkat dengan kesejahteraan ummah. Peranan wanita, seperti diungkapkan oleh Sayyid Qutub dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, disebut sebagai ketaatan asas kesolehan wanita yang membawa maksud hubungan yang paling asas berlaku dalam pembentukan keluarga dan wanitalah tonggak dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Menegaskan mengenai perkara tersebut pada Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2016 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas ialah Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani selaku penceramah undangan. Menerusi Ceramah Perdana yang bertajuk 'Hubungan Perhubungan Berkat Dengan Kesejahteraan Ummah', beliau menjelaskan bahawa hari ini kita sedar, kita tidak pernah berhenti berhubung, sebagai seorang Islam kita berhubung dengan Allah Subhanahu Wata'ala setiap hari, dan kita berhubung dengan ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita sepanjang masa. Malahan, dengan adanya teknologi komunikasi terkini jelas beliau, kita dapat berhubung dengan pelbagai orang di seluruh dunia yang sebahagian besarnya tidak kita kenali. Hari ini dunia sudah jauh berubah, jika dilihat kepada perhubungan dalam media sosial sahaja, sehingga April 2016, dianggarkan 1.59 bilion pengguna aktif berhubung melalui aplikasi Facebook setiap bulan. Pengguna aplikasi WhatsApp pula sudah mencecah 1 bilion pengguna aktif, pengguna YouTube juga mencecah 1.3 bilion, manakala pengguna aplikasi Instagram yang berkongsi foto-foto sudah mencecah 400 juta orang. "Begitu juga dengan komunikasi perhubungan melalui blog-blog yang [...]

USIM STREET DAKWAH JELAJAH KEDAH SEMAI SEMANGAT PATRIOTIK

ALOR SETAR, 31 OGOS 2016 – Bersempena sambutan Hari Kebangsaanke 59, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan program USIM Street Dakwah @Kembara Patriotik ETS 2016 bersama pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari stesen Kuala Lumpur hingga ke stesen Alor Setar Kedah. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM Encik Ismail Ahmed berkata, program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat melalui medium muzik secara santai dengan bertemakan lagu patriotik dan deklamasi puisi dari penyanyi Dato Nash dan Siso Kopratasa serta persembahan dari USIM Buskers dan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS). “Program ini turut mendapat kerjasama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah”. “Sumbangan yang dihulurkan ini juga bagi membantu persatuan (HKL Kids) di mana kanak-kanak ini amat memerlukan sumbangan daripada masyarakat. Pengguna boleh berhubung terus denga pihak  persatuan terbabit menerusi risalah yang diedarkan untuk memudahkan sumbangan dilakukan”, tambah Encik Ismail. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Ogos 2016

USIM TAWAR PROGRAM DWI IJAZAH BERMULAI SESI 2016/2017

NILAI, 29 OGOS 2016 –     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut seruan Menteri Pengajian Tinggi dalam menyediakan keperluan flexible education dengan menawarkan Program Dwi-Ijazah (Double Degree) bermula sesi  akademik 2016/2017 yang berlangsung sejak semalam 28 Ogos 2016 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM Prof Dr Zulkiple Abd Ghani berkata, tahun ini USIM menawarkan tiga program bagi dwi-Ijazah iaitu bagi program Sarjana Muda Kaunseling dengan Sarjana Muda Quran dan Sunnah, Sarjana Muda Sains (Bioteknologi Makanan) dengan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, serta Sarjana Muda Sains Komputer ( Keselamatan dan Jaminan Maklumat) dengan Sarjana Muda Quran dan Sunnah. “Mereka akan diberi tawaran ketika di semester lima untuk sambung pengajian ke Program Ijazah kedua berdasarkan pencapaian dan kelayakan akademik. Double degree ini akan mengambil masa 5 tahun pengajian iaitu 2 tahun pengajian untuk Ijazah Pertama manakala 3 tahun berikutnya untuk mendapatkan Ijazah Kedua”. “Apa yang menariknya tentang dwi Ijazah di USIM ini, selain untuk memenuhi keperluan pasaran dalam bidang Profesional, USIM berhasrat untuk menyediakan pelajar multidisciplinary dengan memantapkan  ilmu agama serta fokus kepada menghafaz 30 juzuk Al- Quran  untuk menjadikan mereka sebagai seorang ‘Future Muslim Nobel Laurete’ satu hari nanti”, tambah Prof. Zulkiple. Manakala menurut Ketua Bahagian Pengajian Akademik Encik Hammad Farhi Mohd Saudi, seramai 2067 pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Baharu USIM sesi akademik 2016/2017 iaitu seramai 577 Lelaki dan 1490 perempuan. “Setakat ini seramai 15 orang pelajar Antarabangsa yang turut mendaftar di USIM antaranya dari Singapore, Brunei, Thailand, Indonesia dan Nigeria”, tambah Encik [...]

IBU PEMBAKAR SEMANGAT LEFTENAN MUDA MUHAMMAD AJWAD

NILAI, 25 OGOS 2016 -  Seramai  64 anggota Pegawai Kadet Palapes  USIM telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Kali ke-35. Majlis disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertempat di Universiti Malaya 20 Ogos 2016 baru-baru ini. Melakar pengalaman terindah buat Leftenan Muda Muhammad Ajwad Bin Alias, 25 tahun, apabila beliau dianugerahkan pedang kehormat setelah dipilih sebagai Kadet Terbaik USIM. Ajwad yang merupakan pelajar  jurusan  Fiqh dan Fatwa Kepujian Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan rasa gembira dan sebak kerana tidak menyangka beliau terpilih untuk terima anugerah tersebut. “Ini merupakan hadiah istimewa dan sungguh bermakna buat ibunda tercinta Mes Selamah Binti Zainal yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam kehidupan saya”. “Walaupun belajar dalam jurusan agama tidak membataskan saya untuk meminati bidang ketenteraan dan aktiviti lasak kerana penglibatan dalam pasukan unit beruniform sangat bermanfaat dan banyak mendidik pelatih seperti saya dalam aspek kepimpinan, semangat juang tinggi dan memupuk sikap bekerjasama dan berfikiran krisis serta bijak menyelesaikan masalah selain memberi ketahanan fizikal dan mental serta memupuk disiplin yang tinggi dalam diri”, tambah Ajwad. Ajwad yang berasal dari Kemaman Terengganu merupakan anak ketujuh dari sepuluh adik beradik ini turut berharap supaya lebih ramai lagi anak muda dapat menyertai pasukan beruniform ini kerana ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, malah dapat mengenal dunia ketenteraan malah dapat menyemai sifat patriotik sayangkan negara seta bersedia berkorban untuk negara dalam kesiapsiagaan menghadapi musuh negara. [...]

IRFAN FARUQI : PEMIDATO MUDA HUJAHNYA BERNAS

Irfan Faruqi Mohd Fairus, 21 tahun yang membawa nama Malaysia di Pentas Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri pada 19 Mac 2016 merupakan antara pelajar yang mempamerkan prestasi cemerlang ko-kurikulum lantas wajar menjadi contoh dan aspirasi kepada rakan-rakan seangkatannya. Anak sulung daripada tiga adik beradik ini berasal dari Kajang, Selangor adalah pelajar tahun 2 dari jurusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Editor Risalah USIM kali ini sempat menemubual beliau sebagai suntingan penghargaan kerana tampil cemerlang di awal tahun 2016.   Perkembangan terkini   Saya terlibat aktif dalam kegiatan luar kampus dalam bidang wacana intelektual, advokasi pendidikan dan kesukarelawanan. Terkini, saya berkesempatan bersua muka dengan putera kesembilan Buya HAMKA; Buya Afif HAMKA dan mantan setiausaha kepada mantan Perdana Menteri Indonesia; Bapak Mohd Natsir. Beliau ialah Bapak H. Misbach Malim El Yunusi. Saya juga akan berkhidmat di Sg. Merab, Bandar Baru Bangi sebagai tutor dalam masa terdekat ini.   Mula Sertai Kelab Debat   Bagi saya, terma ‘menyertai’ itu tidak tepat kerana saya bukan seorang pendebat. Saya hanya mewakili USIM dalam pertandingan pidato sahaja. Justeru, istilah yang lebih tepat ialah ‘Kelab Debat’ menaungi aktiviti berpidato saya selama ini. Saya berpegang kepada prinsip ini kerana mesti di ingatkan dengan usaha dan sumbangan jurulatih dan ahli kelab debatlah saya mara ke tahap ini. Saya hanya seorang pemidato muda, apakah layak untuk bersama dengan pendebat yang jauh lebih hebat, berpengalaman dan petah dalam kata-kata?   Matlamat dan Pendorong Kejayaan   Kebiasaannya, peserta akan [...]

LT M. MUHAMMAD AJWAD BIN ALIAS

Boleh saudara perkenalkan diri dan latarbelakang sebelum melanjutkan pelajaran di USIM? Nama penuh saya Lt M. Muhammad Ajwad Bin Alias. Saya dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menetap di Kemaman, Terengganu. Saya merupakan anak ketujuh daripada 10 orang adik beradik. Saya memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah Seri Geliga, Kemaman kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMA Al-Falah, Kemaman. Setelah menamatkan pelajaran di peringkat menengah, saya menyambung pelajaran peringkat diploma selama tiga tahun di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi dalam jurusan Diploma Syariah Perundangan Islam. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di USIM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh Fatwa. Apa perkembangan terkini saudara? Selepas pentauliahan, saya kembali fokus kepada sesi baru pengajian di semester tujuh dan inshaAllah bergiat aktif sebagai Pegawai Muda di PALAPES USIM untuk membantu pasukan dalam memimpin pegawai kadet peringkat senior, intermediate dan junior yang belum ditauliahkan lagi. Kongsikan pengalaman semasa menyertai PALAPES Saya mula bergiat aktif dalam dunia ketenteraan secara separuh masa sejak memasuki rekrut Rejimen Askar Wataniah 502 Batalion 2 Kem Shah Alam.Di USIM, saya telah memilih dan menyertai pasukan unit beruniform PALAPES kerana pasukan ini memiliki keunikan tersendiri. Setiap semester di ajar perkara berbeza. Pada peringkat junior, saya dan rakan sepasukan diberi pendedahan pelajaran lebih tertumpu kepada perkara-perkara asas ketenteraan seperti Conventional Intergenty War (CIW), Ilmu Medan Perang (IMP), asas kawad dan senjata M-16 serta etika social dan pengetahuan am ketenteraan selama 2 semester. Kemudian di peringkat intermediate, saya dan rakan diajar dengan lebih mendalam tentang asas [...]

TINGKATKAN PATRIOTISME SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN

NILAI, 26 OGOS 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini meriahkan Bulan Kebangsaan 2016 di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 Peringkat Universiti bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 USIM. Majlis pelancaran ini sebagai pembuka tirai bagi acara-acara lain yang telah di atur bermula 26 Ogos hingga 23 September nanti. Bertepatan dengan tema #sehatisejiwa kali ini, semua warga USIM berpeluang menyertai acara yang diatur. Kempen Bulan Kebangsaan juga merupakan salah satu usaha Universiti untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan serta menaikkan semangat patriotik di kalangan warga USIM berikutan ia merupakan suatu peristiwa penting yang perlu diingati sebagai rakyat Malaysia. “Kita sewajarnya perlu menzahirkan kesyukuran di atas nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi dan warisi ini. Janganlah sesekali kita lupa akan pengorbanan dan penderitaan serta keperitan generasi terdahulu yang telah berjuang bermati-matian sehingga kita mampu menikmati kemanisan kemerdekaan hingga ke saat ini ini,” ucap Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Di majlis pelancaran turut diadakan satu slot perkongsian pengalaman oleh Siti Hanisah Sharudin, 26, pendaki wanita Islam termuda negara yang pernah sampai di Puncak Gunung Everest 2013. Antara acara lain yang telah diatur sepanjang kempen meraikan Bulan Kebangsaan 2016 adalah aktiviti Kibaran Jalur Gemilang, Wefie Bulan Kebangsaan dengan hashtag, #ekspresimerdekaUSIM yang boleh disertai oleh pelajar dan staf USIM, Slot Bicara Bulan Kebangsaan, Perarakan Ambang Hari Kebangsaan, Pameran Arca Sambutan Bulan Kebangsaan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Ekspresi Bulan Kebangsaan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Kembara Patriotik Merdeka serta Perarakan Khas. [...]

Go to Top