Disember 2015
KLIP MOBILE BERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN
NILAI, 18 NOV 2015 – Usaha dan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam menyediakan perkhidmatan klinik pakar bergerak bagi rawatan mata atau dikenali sebagai Klip Mobile kepada masyarakat Negeri Sembilan wajar di hargai. Di majlis pelancaran klinik pakar bergerak mata bertempat di Batu 13 Labu Hilir, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang merasmikan ketika ditemui menyatakan rasa berbesar hati melancarkan kemudahan baharu ini yang amat berguna untuk membantu rakyat luar bandar mendapatkan rawatan mata dengan kos yang mampu dibayar. Menerusi kemudahan ini masyarakat luar bandar khususnya berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata oleh doktor pakar yang turut sama bertugas melawat kawasan-kawasan luar bandar ke seluruh daerah di Negeri Sembilan untuk memberikan rawatan. Dengan bayaran hanya RM 5, pesakit akan menerima rawatan dan khidmat nasihat termasuklah rawatan susulan ke hospital sekiranya diperlukan. “Perkhidmatan ini merupakan satu usaha murni bagi merakyatkan perkhidmatan kesihatan yang mana turut meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Antara penyakit yang kebiasaannya dihidapi seperti katarak, glaucoma, penyakit degnerasi macula, diabetic retinopati dan selaput di hadapan mata oleh warga emas mudah dirujuk dengan doktor pakar di sini. Diharapkan supaya masyarakat dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan,” ulas Dato’ Mohamad Hasan. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Abdul Rahim Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi dan Timbalan Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Mohd Hanefah dan Prof. Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pusat Pakar Kesihatan USIM. Disediakan oleh: Syazlyna [...]
SMED 2015 BINCANG CABARAN DAN ISU SEMASA MEDIA
NILAI, 24 NOV 2015 –Seramai 55 peserta dan sebanyak 57 kertas kerja yang dibentangkan dari pelbagai Universiti Awam antaranya dari UKM, UPM,UIAM, UPSI, MAHSA University dan UNISEL sempena pengajuranSeminar Kebangsaan Media dan Dakwah 2015 yang berlangsung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Ia merupakan kesinambungan daripada dasar akademik Program Komunikasi di dalam subjek Seminar Penyiaran dan Seminar Kewartawanan yang memberi pendedahaan kepada pelajar Komunikasi Tahun 4 dalam urusan pengurusan dan penyertaan seminar. Program tahunan pada kali ini adalah bertemakan ‘Credibility, Trust & Reputation: Media In The Digital Age”untuk membincangkan pelbagai isu semasa mengenai media dan dakwah mengikut empat skop iaitu Comm & Society, Social Media & Society, Media & ICT, Llanguage and Communicatio, Youth & Media. Menurut Prof.Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) kewujudan media baru yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini juga bersifat mesra pengguna dan lebih mudah didekati dan digunapakai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Disebabkan itu juga ia dilihat sebagai satu medium komunikasi yang mampu menjadikan medan dakwah menjadi lebih efektif dan ringkas. ”Namun begitu adalah diingatkan yang kita perlu berhati-hati dengan penggunaan media baru ini yang berkaitan dengan kesahihan sesuatu informasi atau mesej yang diperolehi. Ini kerana sebagai contoh, apabila dikaitkan dengan dakwah, sesiapa sahaja boleh menjadi ’guru’ atau ’ulama segera’ dengan post dan komen sesuka hati dalam menyuarakan pendapat mereka”. ”Kita sebagai universiti berteraskan Pengajian Islam di Malaysia seharusnya menjadi peneraju dalam komunikasi Islam, menjadi harapan saya agar seminar ini dapat membantu meluaskan kefahaman secara komprehensif tentang komunikasi dari aspek Islam [...]
FPSK USIM KONGI KEPAKARAN MELALUI PROGRAM SUNATHON
SEREMBAN, 21 NOV 2015 - Dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Pertubuhan Kebajikan Islam dan Khairat Kematian (PKIKK) Taman Bukti, Seremban bekerjasama dalam menganjurkan Program Khatan Perdana dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan di Surau Taman Bukti, Ampangan Seremban. Menurut Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ) program ini bertujuan membantu anak-anak penduduk yang kurang berkemampuan selain meningkatkan kesedaran penduduk tempatan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. “Seramai 39 kanak-kanak berumur antara lima hingga sebelas tahun mengambil peluang untuk bersunat secara beramai-ramai dengan kepakaran dari enam pakar bedah yang disediakan dengan hanya bayaran sebanyak RM70 seorang berbanding RM180 kos sebenar di klinik swasta”. “Doktor pakar dari FPSK USIM bertekad memberikan komitmen tinggi dalam aktiviti kemasyarakatan selari dengan objektif program iaitu penglibatan masyarakat atau community engagement”, tambah Prof. Zulkiple. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan gigi, pameran kesihatan, pameran kerjaya, ceramah motivasi dan ceramah Rukhsah Ibadah bagi melengkapkan pengetahuan masyarakat agar cakna tentang tahap kesihatan pendudukan sekitar. Program dirasmikan oleh Adun Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza. Turut hadir sama Prof. Dr. Mohd Taufik Md Nor dan Dr. Mohd Dzulkhairi Mohd Rani Timbalan Dekan FPSK. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
November 2015
SYIAR ISLAM TERUS SEMARAK DALAM KOMUNITI ISLAM DI KRABI
KRABI, 14 NOV 2015 – Sekumpulan ahli Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Global Islamic Student Outreach (GISO) : Travelog Menyelusuri Bumi Krabi bermula 9 hingga 14 November 2015 baru-baru ini. Program ini memberi pengalaman kepada pelajar untuk melaksanakan khidmat komuniti berbentuk fizikal, kerohanian dan intelektual bersama-sama masyarakat Islam di sana. Terdiri daripada 10 peserta bersama seorang pegawai pengiring, mereka menempuh perjalanan darat sejauh 1010 km selama 14 jam bermula dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai melalui pintu sempadan kedua-dua negara iaitu Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam (Malaysia) dan Kompleks Imigresen Sadao (Thailand) sebelum melintasi beberapa daerah utama seperti Hat Yai, Phattalung, Songkhla dan Trang sebelum tiba di sana. Tiba ketika hari sudah melewati senja, keletihan menempuh perjalanan yang jauh bukan alasan menghilangkan keterujaan rombongan GISO untuk membuat persiapan sumbangan keperluan harian sebagai buah tangan ketika menyantuni dan meramahi saudara Muslim Krabi nanti. “Menjadi salah satu destinasi pelancongan dan percutian yang mula mendapat perhatian para pelancong antarabangsa kerana keindahan pantai dan pulau-pulau sekitarnya, wilayah Krabi, Thailand juga menjadi ‘bumi berteduh dan rezeki’ hampir 500,000 masyarakat Islam Thailand di sana”. “Pengisian utama yang kami laksanakan di Krabi ialah menziarahi penduduk fakir dan miskin untuk menyampaikan sumbangan makanan harian. Perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda kerana kemudahan jalan raya yang kurang baik dan terletak di pedalaman. Dua kampung menjadi destinasi yang dituju iaitu Kampung Klong Khamao dan Kampung Koh Khlang”. “Rasa sebak dan menitis air mata peserta GISO tidak dapat dibendung apabila mengunjungi beberapa rumah penduduk kampung [...]
USIM AKAN KELUARKAN GARIS PANDUAN LARANGAN PENGGUNAAN VAPE DI DALAM KAMPUS
NILAI, 27 NOV 2015 – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapan pada pagi tadi sempena Majlis Perhimpunan Kakitangan bersama Naib Canselor di Dataran Canselori memaklumkan Universiti memandang serius isu penggunaan vape kini dan tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil. ”Suka untuk saya ingatkan bahawa kampus merupakan kawasan larangan bagi merokok dan vape. Kita mengambil pendekatan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu Hukum Merokok Dari Pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan bahawa ’Merokok adalah Haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan’.” ”Di peringkat USIM, Pejabat Undang-undang dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diminta untuk menyediakan garis panduan berhubung larangan vape serta penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Keselamatan untuk memastikan Kampus USIM bebas rokok dan vape”. ”Ini adalah kerana rokok elektronik (vapor) qiyas kepada rokok sebenar dan kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat. Selain itu ia dianggap sebagai pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah”. ”Sebagai institusi yang memartabatkan Islam, maka kitalah yang sewajarnya perlu ke hadapan dalam menonjolkan akhlak Islam”. Ujarnya. Trend masa kini memperlihatkan bahawa rokok elektronik atau vape menjadi pilihan ramai dan mula menular di kalangan remaja khusunya pelajar sekolah. Penguatkuasaan larangan ini adalah selari dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini yang mewartakan Universiti Awam sebagai kawasan larangan penggunaan vape. Disediakan oleh: Zaini Othman PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : [...]
USIM BERSAMA PERFECT TRIANGLE JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN
NILAI, 20 NOV 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menjalin kerjasama bersama pihak industri dalam satu majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perfect Triangle Sdn Bhd di Galeri Canselori. Hasrat untuk mengadakan kerjasama ini merupakan hasil daripada perbincangan awal di antara Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) selaku peneraju di USIM dan pihak Perfect Triangle pada awal tahun ini dan beberapa mesyuarat dan aktiviti susulan telah dijalankan mulai awal September yang lalu. “Penawaran untuk melaksanakan Hands On Programme for Entrepreneurship (HOPE) di USIM merupakan satu peluang dan ruang untuk USIM meluaskan jaringan kerjasama bersama pihak industri dalam membangunkan dan memperkasakan bidang keusahawanan. Program HOPE yang dirangka, dibangunkan dan dilaksanakan sendiri oleh usahawan-usahawan yang memiliki pengalaman industri melebihi 10 tahun di mana sesi pengisian teori dan praktikal disampaikan secara bersama oleh para usahawan, pemimpin-pemimpin industri, pakar-pakar akademik dan pakar latihan sumber manusia”, ujar Dato’ Musa. “Selain itu, USIM merasakan pelaksanaan HOPE adalah sangat relevan dalam usaha USIM untuk melahirkan lebih ramai graduan usahawan kerana HOPE menekankan komponen praktikal sebanyak 80% dan komponen teori sebanyak 20% dalam sistem penilaiannya. Manakala pencapaian dan prestasi setiap pelajar HOPE diukur menggunakan Sistem Penilaian Prestasi berasaskan industri, menerusi 12 kriteria di dalam Key Result Area (KRA) dan 8 kriteria di dalam Behaviourial Competencies (BC)”. “Oleh yang demikian, besarlah harapan saya sekiranya pelaksanaan program HOPE bersama Perfect Triangle ini dapat membantu USIM meningkatkan bilangan usahawan dikalangan graduan yang merupakan salah satu daripada perkara atau isu yang dinyatakan di dalam Program Agenda Kritikal yang telah ditetapkan oleh [...]
PREVENT 2015: PERKASAKAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN RAWATAN PEMULIHANNYA
LANGKAWI, 23 NOV 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memainkan peranan penting sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat berkenaan pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah dengan penganjuran menganjurkan Seminar Antarabangsa Pencegahan Dan Rawatan Pemulihan Dadah 2015 (PREVENT 2015) selama dua hari bermula 23 hingga 24 November 2015 bertempat di Akademi Koreksional Langkawi. Dianjurkan oleh pusat kecemerlangannya iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) telah dirasmikan sebentar tadi YB Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Menurut ACREDA dalam satu kenyataan, pihaknya mengambil inisiatif untuk menganjurkan PREVENT pada tahun ini sebagai usaha pencegahan yang berstrategik dan pemulihan yang holistik. “Seminar ini melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pusat-pusat pemulihan dadah di seluruh Malaysia, agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Polis, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Agama, Jabatan Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi yang berkaitan. Melalui seminar ini, ia menyediakan ruang dan peluang kepada tenaga pakar dan profesional dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea dan maklumat mengenai isu-isu berkaitan pencegahan dan perkhidmatan pemulihan dadah”. “Di samping itu, seminar ini menyediakan peluang kepada ahli akademik dan penyelidik dari pelbagai latar belakang dalam meneroka paradigma baru bagi meningkatkan modul pencegahan dan rawatan pemulihan dadah. Bertemakan "Kesedaran dan Tanggungjawab Terhadap Keberkesanan Pencegahan dan Pengurusan Jagaan Lanjutan”, seminar antarabangsa ini dianjurkan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP)”. “Seminar ini juga menerangkan tentang pendekatan pencegahan berkesan yang boleh diguna pakai oleh [...]
SENI BUDAYA ISLAM USIM DIPERSEMBAHKAN MELALUI KONSERT ALHAN RABBANIYAH
NILAI, 21 NOV 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia melakar 15 tahun kecemerlangan pada tahun 2015 sebagai sebuah universiti awam yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli. Bersempena sambutan tersebut, beberapa program yang menggambarkan citra kecemerlangan USIM disusun dan dilaksanakan pada tahun 2015. Pusat Kebudayaan mengambilkira saranan dan pandangan universiti khususnya YBhg. Dato’ Naib Canselor USIM yang mengaspirasikan sebuah penganjuran seni budaya Islam yang boleh dihayati dan dipersembahkan kepada Tuanku Canselor bersempena dengan Sambutan 15 Tahun penubuhan USIM. Konsert Alhan Rabbaniyah yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor dibanjiri oleh 2000 penonton ini merupakan program anjuran bersama USIM dan Istana Budaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Radio Televisyen Malaysia serta Utusan Malaysia sebagai media rasmi pada konsert ini. Sebahagian daripada hasil dari kutipan tiket pada malam ini akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia yang merupakan bada kebajikan berdaftar dibawah JKM yang menempatkan penghuni lelaki dan wanita dikalangan pesakit kronik, warga emas serta terdampar tanpa pewaris. Alhan Rabbaniyah adalah satu persembahan pentas yang berkonsepkan Muzikal Theatrical yang menggambarkan penceritaan mengenai proses kehidupan dan kematian seorang manusia bermula dengan kelahiran seterusnya menjalani kehidupan dan berakhir dengan kepulangannya kepada Penciptanya. Penceritaan Alhan Rabbaniyah akan dipersembahkan dalam bentuk bacaan syair, gurindam, gerak kreatif, lagu, puisi, dan nazam. Setiap segmen mempunyai jalan cerita tersendiri dan saling berhubung kait diantara segmen dengan segmen yang lain. Pengisiannya mengangkat empat tema utama dan setiap tema merangkumi 4 segmen persembahan iaitu Ibu Bapa, Ilmu, Rasulullah dan Ketuhanan. Konsert [...]
BENGKEL SENI BINA ASAH KEMAHIRAN KREATIF
CYBERJAYA, 25 OKT 2015 – Seramai 27 orang pelajar Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi USIM menyertai PAM Annual Architecture Student Workshop 2015 yang berlangsung di Limkokwing Creative University pada 22 hingga 25 Oktober 2015. Bengkel ini merupakan tahun ke 27 dianjurkan dan tema pada kali ini adalah “Future is Now”. Ia merupakan satu platform bagi pelajar-pelajar Seni Bina mengenali antara satu sama lain disamping bertukar-tukar pandangan terutama dalam program-program kerja berkumpulan yang telah ditetapkan. Disamping itu, beberapa siri syarahan oleh Arkitek Profesional terkenal turut membantu dengan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana dan cabaran profesion arkitek masa kini dan akan datang. Selain itu, turut diadakan pertandingan cabaran kreatif dimana peserta Seni Bina USIM meraih tempat ketiga dalam pertandingan Persembahan Kreatif yang disertai oleh 18 penyertaan dari IPTA dan IPTS di Malaysia. Disediakan oleh: Pelajar Seni Bina USIM Dikemaskini oleh: PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
MAHASISWA USIM SERTAI MISI BANTUAN MUSIM SEJUK DI SYRIA
SYRIA, 10 NOV 2015 – Misi Kemanusiaan: Jelajah Mahasiswa Di Bumi Jordan di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM turut bekerjasama dengan Badan NGO Muslim Care Malaysia yang menjalankan Misi Bantuan Musim Sejuk. Seramai 8 orang mahasiswa USIM telah sertai misi bantuan pelarian Syria di Jordan pada 7 hingga 10 November 2015. Jordan merupakan negara ketiga terbesar kemasukan pelarian Syria demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa perang yang masih tidak berkesudahan. Musim sejuk hampir bermula dengan suhu kini mencecah 10 darjah Celcius pada waktu malam. Masih ada lagi saudara seagama kita yang masih terbiar di luar sana tanpa perlindungan. Dengan izin Allah SWT, sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Program Misi Kemanusiaan pelarian Syria ini merupakan program julung kali dianjurkan oleh mahasiswa USIM dengan membawa hasrat bahawa keberadaan mahasiswa itu juga mampu membantu dan mengangkat martabat mereka yang teraniaya dan dalam kesusahan. Menurut pengarah program, Muhammad Miqdam bin Mohd Rashid 22, program ini bermatlamat ingin memanifestasikan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan yang mampu bersuara dan berperanan mengangkat nilai kemanusiaan dan memartabatkan maruah agama dan ummah di peringkat antarabangsa. Misi ini turut disertai oleh pengarah dan penerbit terkenal Afdlin Shauki, Aziz M Osman, pendakwah bebas Syed Abdul Kadir Aljoofre dan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Ahmad Fadzli Abd Aziz. Misi kemanusiaan penuh bermakna ini disertai dengan aktiviti pengagihan sumbangan musim sejuk dan keperluan harian kepada keluarga angkat pelarian Syria, sesi beli belah baju sejuk bersama kanak-kanak Syria, lawatan dan pengagihan di Kem Pelarian Dafina, Mafraq dan sesi pembelajaran santai [...]