Julai 2015
WARGA USIM MERIAHKAN SAMBUTAN NUZUL QURAN 1436H DENGAN MAJLIS KHATAM PERDANA
NILAI, 4 JUL 2015 – Bergema alunan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran memenuhi ruang Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila 1500 peserta menyertai Majlis Khatam Perdana anjuran Pusat Islam USIM di sini. Julung kali diadakan tahun ini sempena meraikan keberkatan bulan Ramadhan dan Nuzul Al-Quran, para peserta yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan USIM bermula kira-kira jam 6.00 petang. Memimpin majlis khatam perdana ini adalah pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah iaitu Ustaz Anuar Hasin yang merupakan Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2013 dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, finalis rancangan Akademi Al-Quran terbitan TV9 sebelum ini. "Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) dan Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (PEKERTI). Yang Dipertuanya, YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang juga isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini menyumbangkan 500 buah naskah Al-Quran untuk digunakan oleh para peserta dalam majlis ini. Kita secara langsung juga menjadi sebahagian peserta untuk Majlis Khatam Perdana Negeri Sembilan yang diadakan serentak diseluruh daerah pada hari ini". "Penyertaan dan komitmen peserta amat baik untuk majlis khatam yang dianjurkan ini. Melalui program pengisian Ramadan seperti ini, ia bukan sahaja mendekatkan umat Islam dengan kitab suci Al-Quran, malah sebagai pendekatan baik untuk mendidik jiwa menyintai dan menghayati kalam-kalam Allah SWT yang penuh hikmah ini sebagai pedoman hidup". "Selain itu, apabila siapnya kompleks dua tingkat Pusat Islam USIM pada tahun hadapan yang dibina dengan kos RM 20 juta, saya merasakan pengisian aktiviti sepanjang Ramadan di dalam kampus selepas [...]
KOMPLEKS PUSAT ISLAM USIM BAKAL RANCAKKAN AGENDA ISLAM SETEMPAT
NILAI, 30 JUN 2015 – Projek pembangunan Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kos RM 20 juta berhampiran Bangunan Canselori Universiti ini berjalan mengikut jadual oleh kontraktor yang dilantik. Kompleks Pusat Islam merupakan salah-satu binaan yang menjadi mercu tanda utama dalam pelan pembangunan Kampus Tetap USIM di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Atas faktor kekangan kewangan Kerajaan, projeknya pembinaannya terhenti pada tahun 2002. Pembinaannya yang strategik iaitu di antara Canselori dan Perpustakaan merupakan perlambangan kepada USIM sebagai sebuah Universiti Islam yang sentiasa memastikan elemen tadbir urus dan dasarnya (Canselori) dilaksanakan berdasarkan pertimbangan nilai keilmuan (Perpustakaan) dan bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah (Pusat Islam). “Melalui peruntukan baharu yang disalurkan oleh Kerajaan pada tahun lalu, kerja-kerja tanah dimulakan semula pada Jun 2014. Kompleks Pusat Islam yang dibina di atas tanah seluas 6500 meter persegi ini dibina setinggi dua tingkat meliputi ruang solat lelaki dan wanita berkapasiti 4000 jemaah serta pejabat pentadbiran, bilik imam, bilik VIP, bilik pengurusan jenazah, kaunter zakat dan beberapa kemudahan lain.” “Pada pertengahan Mac lalu, kerja substructure telah selesai disiapkan dan kini penumpuan kerja adalah untuk menyiapkan tiang (column) dan lantai (slab) aras satu iaitu zon solat dan halaman (courtyard) masjid. Masjid ini juga mempunyai sebuah menara dengan struktur aras satu menara masjid ini juga telah disiapkan.” ujar Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Selain mempunyai menara, masjid ini akan mempunyai struktur binaan kubah utama yang bewarna biru sebagai kesinambungan struktur kubah di bangunan Canselori. Tempoh pembinaan yang memakan masa selama 22 bulan dengan jangkaan siap [...]
Jun 2015
SKIL USIM JALIN MESRA ANJUR PROGRAM BERSAMA ORANG ASLI
REMBAU, 7 JUN 2015 - Seramai 43 mahasiswa Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (skil) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai program Jalinan Mesra bersama penduduk Kampung Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan yang diadakan selama dua hari pada 6 hingga 7 Jun 2015. Menurut Pengarah Program Muhammad Azim Md Fazli Nor, program yang menggambarkan kebersamaan warga USIM ini merupakan penganjuran bersama dengan entiti kerajaan dan NGO seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan, IM4U dan Karangkraf. USIM yang diterajui oleh Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu turut dibantu Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm) USIM dan secara komited merancang kelancaran perjalanan program agar berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. ”Objektif program antaranya adalah untuk menanam rasa tanggungjawab dan sifat kesukarelawan untuk memberikan khidmat sosial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa”. ”Selain itu program ini juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan mengaplikasikan kemahiran berkomuniti dalam komuniti yang sebenar disamping dapat membina profil penduduk serta mengadakan kelas-kelas tambahan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi penduduk”, tambah Azim. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana antaranya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pelajar Fakulti Sains dan Kesihatan USIM, pembahagian keluarga angkat, sukan rakyat, malam pengucapan awam dimana para peserta dan anak-anak orang asli diajar untuk bersajak dan berlakon, Latihan dalam Kumpulan (LDK) bertajuk ' Learning is Fun' dan sesi bual bicara tentang pentingnya pelajaran dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan, [...]
I-GSN JAMBOREE USIM JALIN UKHWAH BERSAMA PELAJAR INDONESIA, THAILAND
NILAI, 7 MEI 2015 – USIM ‘Alamiyyah iaitu pusat rujukan setempat perhubungan antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Program i-GSN Jamboree (Islamic Global School Network Jamboree) yang disertai seramai 98 orang pelajar daripada Indonesia dan Thailand yang berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2015. Menurut pengarah USIM Alamiyyah Prof. Dr. Roshada Hashim, i-GSN adalah merupakan suatu rangkaian yang terdiri daripada sekolah-sekolah dan kolej di luar negara yang pernah dilawati oleh pasukan promosi USIM atau yang pernah mengadakan lawatan ke USIM. Konsep i-GSN Jamboree ini adalah untuk memberi pendedahan secara holistik mencangkupi pelbagai aspek iaitu akademik, kepimpinan, sahsiah dan rohani, sukan serta budaya. “Selain itu, matlamat program USIM Internationalization at Home (I@H) yang diadakan juga boleh dicapai melalui keterlibatan pelajar USIM dalam menyertai program pengantarabangsaan yang diadakan di dalam kampus. Malah ini membuka pelbagai peluang interaksi budaya, kepelbagaian bahasa, persefahaman latar belakang yang berbeza dan semangat ukhuwah di kalangan pelajar tempatan, pelajar antarabangsa serta pelajar USIM”. “Selain memfokuskan kepada aspek integrasi budaya, meraikan kepelbagaian budaya serta adat dan bahasa, i-GSN Jamboree juga memberi peluang dengan menjemput universiti tempatan untuk berkongsi bidang bitara masing – masing antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)”, jelas Prof. Roshada. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 4 hari program ini berlangsung adalah Taklimat Preparatory Programme for International Students, Taklimat Program Sarjana Muda USIM, sesi Tazkirah oleh International Student Society (ISS) USIM dan sesi Tazkirah oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM. Para peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada [...]
KELAB ENACTUS USIM TERIMA DANA DARI IM4U
NILAI, 1 APRIL 2015 – Kelab Enactus terus bergiat aktif dalam menjayakan program kesukarelawan dan bersama komuniti setempat bagi membantu masyarakat disamping mendidik ahli kelab memupuk semangat kesekawanan dan saling kerjasama. Kelab Enactus USIM telah menjalankan empat projek utama iaitu, Projek Golden Oil, Projek Musaceae , Projek Financial Literacy dan Projek Claridae. Setiap projek diperkenalkan dan diurus secara bersama antara Kelab Enactus, Universiti Sains Islam Malaysia dan penduduk setempat dengan tujuan utamanya adalah untuk membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Bagi membantu Kelab Enactus USIM meneruskan usaha murni untuk menyumbang bakti kepada masyarakat Negeri Sembilan, 1M4U telah menyumbangkan dana sebanyak 17 ribu melalui satu majlis penyerahan cek oleh Encik Muhammad Khairul Amir bin Fadzilah kepada Prof. Dato’ Asin bin Dollah, TImbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewakili Kelab Enactus. Dana daripada 1M4U diperoleh hasil daripada pertandingan pembentangan idea ketika EVE Summit 2014 di Putrajaya dengan kerjasama 1M4U yang melibatkan usahawan-usahawan wanita muda yang berminat untuk meluaskan perniagaan mereka. Daripada Sembilan orang pembentang yang telah disenarai pendek, empat darinya adalah wakil Kelab Enactus USIM yang terdiri daripada Nur Atiqah Ismail, Fatin Nur Amalina bt Mansor, Nabila Huda binti Sa’ari dan Nur Hafiza bt Abu Kassim. Mereka membentangkan setiap satu projek Enactus dalam pencarian dana tambahan. Setiap satu projek mendapat dana tambahan berjumlah RM5,000 untuk setiap projek dan RM2,000 untuk projek Financial Literacy. Puan Siti Nurulhuda Nordin, Penasihat Kelab Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata penglibatan pelajar dalam membuat pembentangan [...]
“PROJEK GOLDEN OIL” PUPUK SEMANGAT MENJAGA ALAM SEKITAR
BANGI, 18 MAC 2015 - Kelab Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Projek Golden Oil telah mengadakan lawatan ke Uni10 Energy Sdn.Bhd yang terletak di Bandar Baru Bangi untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara dua pihak di samping untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai operasi pemprosesan minyak masak terpakai dan menambah pengetahuan tentang biodiesel. Projek Golden Oil adalah salah satu projek yang dijalankan di bawah Kelab Enactus Usim.Projek Golden secara umumnya adalah projek yang menumpukan kepada penjanaan pendapatan disamping memelihara alam sekitar melalui mengumpul minyak masak terpakai dan memproses minyak terpakai kepada biodiesel. Selain dapat menjaga kebersihan alam sekitar daripada tercemar, projek ini juga dapat menjana ekonomi masyarakat setempat kerana setiap seliter minyak yang dikutip akan dibayar. Menurut pengarah projek lawatan ke Uni10 Energy Sdn.Bhd ,Ahmad Mahdiyuddin bin Abdul Manan, projek sedemikian amatlah penting dalam menjaga alam sekitar di samping menjana ekonomi dikalangan msyarakat setempat khusunya yang berpendapatan rendah . Tambahnya, program lawatan kerjasama berkenaan amatlah penting untuk membantu para pelajar khususnya ahli kelab Enactus USIM untuk mengetahui cara minyak terpakai diproses menjadi biodiesel justeru itu dapat memelihara alam sekitar dari pelbagai pencemaran akibat pembuangan terus minyak masak terpakai ke dalam longkang. “Perkara ini amatlah penting supaya projek ini dapat diteruskan secara berpanjangan dan dapat dibesarkan skalanya. Setakat ini, Kelab Enactus USIM telah menjalankan empat projek utama iaitu, Projek Golden Oil, Projek Musaceae, Projek Financial Literacy dan Projek Claridae. Setiap projek diperkenalkan dan diurus secara bersama antara Kelab Enactus, Universiti Sains Islam Malaysia dan penduduk setempat dengan tujuan utamanya adalah [...]
CLARIDAE PROJECT USIM BANTU GOLONGAN KELAINAN UPAYA MENINGKATKAN TARAF HIDUP
NILAI, 22 MAC 2015 - Seramai 70 orang ahli Kelab Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terlibat dalam satu projek keusahawanan sosial bagi membantu golongan kelainan upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Labu, Nilai. Projek ini diberi nama Claridae Project atau lebih dikenali sebagai Projek Penternakan Ikan Keli. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan OKU menjana pendapatan tambahan seterusnya terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan. Projek ini merupakan satu hasil kerjasama dengan Jabatan Perikanan Daerah Seremban. Secara umumnya, projek ini bermula dengan pencarian golongan OKU oleh Kelab ENACTUS di Kampung Kondok, Nilai yang mampu memberi kerjasama dan komitmen dalam projek ini. Sebanyak 10 nama telah disenarai pendek dan akan dibantu secara berkala. Seterusnya, 15 orang ahli Sekretariat bersama-sama dengan penyelaras program, Puan Siti Nurulhuda Nordin telah dihantar untuk menyertai Bengkel Penternakan Keli di Institut Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Jelebu, Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah institut tersebut iaitu Tn. Haji Suhairi. Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan tentang kaedah pengurusan ikan keli yang berkesan kepada semua ahli. Sebelum itu, seramai 10 orang ahli Claridae Project telah ke Kampung Kondok, Nilai untuk membersihkan tapak penternakan ikan keli serta menyediakan peralatan yang diperlukan di rumah OKU tersebut. Dua orang OKU pertama dilipih untuk terlibat ialah En. Ngadiman Suradi dan Puan Noor Munirah Mahmod. Peralatan penternakan seperti dua buah tangki, 500 ekor anak ikan keli untuk setiap tangki, paip PVC, pam air, pasir sungai, baja kompos dan pokok kiambang turut dibekalkan [...]
PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) USIM
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) baharu apabila YAB Menteri Pendidikan telah bersetuju untuk melantik Pengarah Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan ke jawatan itu. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri yang melaporkan diri bertugas di USIM pada hari ini dilantik ke jawatan ini berkuatkuasa 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2018 (tiga tahun). Perlantikan beliau menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah yang menamatkan perkhidmatan dan bersara pada 15 April lalu. Berlatar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992) dan mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000). Antara kerjaya awal beliau ialah bertugas sebagai penterjemah Kedutaan Malaysia di Kuwait dan pembantu penyelidik Kuwait Zakat House. Sebagai ahli akademik, beliau memulakan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2007) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Malaysia, University Cairo Mesir (2007-2011). Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Sebagai seorang ahli akademik, beliau amat aktif dalam penulisan ilmiah dengan lebih 30 buah buku/bab buku dan 20 jurnal akademik dan prosiding yang ditulis oleh beliau diterbitkan di Malaysia dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut aktif memberi konsultansi sebagai pensyarah pelawat, penilai luar dan ahli lembaga penasihat akademik kepada beberapa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Dalam aspek kepimpinan dan pengiktirafan, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri telah dilantik [...]
KOMPLEKS KOLEJ PERMATA INSAN USIM SIAP SEPENUHNYA PADA JANUARI 2016
NILAI, 19 JUN 2015 – Pembinaan kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjalan lancar dengan jangkaan siap sepenuhnya kompleks ini pada Januari tahun hadapan. Projek pembangunan dengan kos sebanyak RM 68 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini siap 73 peratus dan menepati jadual pembinaannya. Dibahagikan kepada dua fasa, pembangunan projek Fasa 1 yang meliputi asrama lelaki, blok informasi digital dan kemudahan pelajar telah selesai pada 12 Januari 2015 lalu dengan kos RM21 juta. Ia telah mula digunakan oleh kumpulan pertama pelajar Kolej PERMATA Insan seramai 50 orang. Manakala, pembangunan Fasa 2 yang sedang berjalan kini pula merangkumi blok pentadbiran, asrama perempuan, blok pembelajaran dan pengajaran (P&P), dewan serbaguna, Pusat Al-Abrar dan Dewan Makan. Kolej PERMATA Insan yang merupakan ‘Sekolah dalam Kampus’ mempunyai keunikan tersendiri iaitu kurikulumnya berkonsepkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Dibina di atas tanah seluas 12 ekar berdekatan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan bersebelahan tasik utama USIM, ia mewujudkan suasana pemandangan landskap semulajadi yang cantik. Menurut Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pengarah Kolej PERMATA Insan, proses permohonan Kolej PERMATA Insan untuk menjadi Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK) sekarang diperingkat akhir kelulusan Kementerian Pendidikan. “Ini merupakan prosedur yang perlu kita patuhi dan apabila permohonan ini lulus kelak, Kolej ini akan memohon status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti mana Sekolah PERMATA Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Silibus akademik dan kokurikulum kita yang sedia ada menepati ciri-ciri SBP dengan tenaga pengajar seramai 13 orang pensyarah, tujuh orang guru tasmi’ Al-Quran dan [...]
SEMARAK BUDAYA MEMBACA MELALUI SAMBUTAN BUKU SEDUNIA 2015
NILAI, 29 MEI 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut sambutan Hari Buku Sedunia 2015 Peringkat USIM bermula 26 hingga 29 Mei 2015 yang diurusetiakan oleh Jabatan Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Penerbitan. Menurut Pengarah Program Muhammad Hafizi Ahmad, penganjuran Sambutan Hari Buku Sedunia 2015 ini adalah sebagai mekanisme untuk menyemarakkan budaya membaca dan aplikasinya dalam kehidupan serta memberi kesedaran kewujudan sambutan Hari Buku sedunia bagi memupuk minat membaca kalangan pelajar, selain memberi peluang kepada warga USIM dan pelajar sekolah untuk menyertai aktiviti-aktiviti pembudayaan ilmu yang dijalankan bagi meningkatkan nilai keintelektualan dikalangan mereka. “Bersempena dengan 15 tahun penubuhan USIM pada tahun ini, penganjuran Hari Buku Sedunia 2015 dirasakan sangat signifikan dan besar nilainya kepada warga Universiti khususnya dengan menganjurkan program-program yang membudayakan ilmu yang berteraskan dan bermatlamat mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli”, jelas Hafizi. “Hari Buku Sedunia yang disambut setiap 23 April adalah bersempena mengingati dua orang penulis tersohor di dunia iaitu William Shakespeare dan Miguel deCervantes. Tercetusnya tarikh 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dan juga Hari Hak Cipta Sedunia merupakan rentetan daripada resolusi dalam persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada 15 November 1995”, tambah beliau lagi. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan disepanjang empat (4) hari berlangsung antaranya adalah ceramah, aktiviti jualan buku, pameran & kuiz, tayangan perdana dan pelbagai jenis pertandingan seperti Pertandingan ‘Challenge Yourself – Let’s Shelving!’ (Pelajar Pra Siswazah); Pertandingan ‘Test Your IQ and Text Twist’ (Pelajar Pra Siswazah USIM antara Fakulti) dan Pertandingan Kalam Jama’i antara Fakulti USIM (Pelajar [...]