Februari 2016
Amanat Tahun Baharu 2016 Naib Canselor USIM
URUS SETIA KESENIAN PELAJAR TINGKATKAN IMEJ MELALUI PENJENAMAAN PROGRAM
NILAI, 15 JANUARI – Organisasi Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) sesi 2015/2016 kini dibarisi wajah baharu dengan pelantikan dan penyerahan tugas yang berlangsung baru-baru ini. Bertempat di Dewan Senat, Canselori, USIM, majlis perlantikan ini bertujuan mengangkat imej dan peranan Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) dalam penglibatan program di universiti disamping penjenamaan Urus Setia Kesenian Pelajar itu sendiri. Encik Ismail Ahmed, selaku pengarah Pusat Kebudayaan USIM berkata, peranan Urus Setia Kesenian Pelajar tidak hanya terhad dalam lingkungan pelajar malah banyak menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi, contohnya dengan program USIM Street Dakwah yang telah berjaya menembusi media. Tambahnya lagi, Pusat Kebudayaan tidak pernah lekang dalam memperkasakan aktiviti dan program yang bakal dianjurkan kelak selaras dengan matlamat Mengangkasa Seni Berbudaya. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam ucapan perasmiannya mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan wajah baharu yang dilantik. Beliau turut memuji gerak kerja Pusat Kebudayaan selain menyifatkan penglibatan sebagai UKP ini merupakan sebuah medium yang berkesan dalam proses pembelajaran kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Pusat Kebudayaan, katanya mampu merealisasikan matlamat universiti tahun 2016 untuk meneroka dan menguasai serantau bukan hanya terhad di USIM sahaja. Beliau berharap agar tampuk pimpinan baharu dengan dibimbing pimpinan lama dapat menjalankan tanggungjawab dengan telus seperti yang digagaskan. Sementara itu, Hafi Huzaifah Hussin, Pengerusi Urus Setia Kesenian Pelajar 2015/2016 turut menyuarakan harapannya agar semua kumpulan dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program anjuran universiti. “Semoga Urus Setia [...]
Video Khas Naib Canselor Tahun 2016
D’SARA CATERING LANCAR MENU IHTIMAM
NILAI, 15 FEBRUARI 2016 – Lebih dari lima menu berbeza bakal dinikmati setiap hari oleh warga USIM selepas Pelancaran Menu Ihtimam oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad bertempat di Kafeteria Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis pelancaran dihadiri lebih dari 50 orang dari kalangan pelajar dan kakitangan memperlihatkan satu usaha wajar oleh Pengurusan Universiti menangani isu hangat di laman sosial dan akhbar mengenai aduan segelintir pelajar yang terpaksa berlapar akibat masalah kewangan. Pemilik D’Sara Katering (Kafe Canselori USIM), Pn. Anisah Ibrahim menyatakan harga yang ditetapkan adalah RM 1.50 bagi menu sarapan pagi manakala hanya RM 3 bagi menu makan tengahari tidak dapat di mana-mana kini. Menu ihtimam ini boleh dinikmati warga USIM di Kafeteria Bangunan Canselori, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan juga Perpustakaan USIM. “Kami tekankan prinsip berniaga sambil beramal. Melalui menu ihtimam atau menu bajet ini kami menawarkan harga paling murah dan berpatutan kepada pelanggan. Apa yang lebih penting adalah kualiti rasa memenuhi citarasa pelanggan,” ujar Pn Anisah. Sementara itu, Dato’ Musa berkata menu ihtimam sebagai satu inisiatif Pengurusan Universiti untuk menjaga kebajikan pelajar USIM setelah kata putus dicapai bahawa perlunya ada tindakan yang praktikal dan lestari dan cara ini antara yang wajar dilaksanakan. “Adalah diharapkan dengan adanya pelan tindakan seperti ini tiada lagi kedengaran isu pelajar lapar atau tiada wang kerana inisiatif ini menunjukkan keprihatinan universiti tanpa membezakan pelajar berkemampuan atau tidak malahan kemudahan ini terbuka juga kepada kakitangan USIM untuk menikmati kemudahan yang disediakan,” ujar Naib Canselor. Di dalam [...]
SISWA USIM SEMPURNAKAN MISI HULUR BANTUAN KEMANUSIAN PELARIAN SYRIA DI LUBNAN
NILAI, 5 FEBRUARI 2016 – Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada Fakulti Sains dan Teknologi selamat kembali ke tanah air pada petang semalam selepas menjayakan misi kemanusian untuk pelarian Syria yang mendapat perlindungan di Lubnan. Seramai 11 orang mahasiswa tahun akhir ini terlibat dalam program Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM bermula 29 Januari lalu sehingga 4 Februari 2016. Selama lima hari di sana, kumpulan pelajar GISO USIM ke Lubnan ini telah menyampaikan sumbangan kemanusiaan kepada pelarian Syria di sana hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin berjumlah hampir RM 100,000. Sebanyak empat lokasi kem pelarian diziarahi kumpulan pelajar ini untuk agihan sumbangan kemanusiaan iaitu yang terletak di Ketermaya (satu kem) dan Biqaa (tiga kem) selain turut tertumpu kepada kawasan penempatan pelarian Syria yang miskin seperti di kawasan Alitahfich dan pusat jagaan anak yatim dan miskin. Misi kemanusian GISO USIM di Lubnan ini turut memberi perhatian kepada aspek bantuan pendidikan kepada kanan-kanak pelarian di sana antaranya mengunjungi sebuah sekolah yang menempatkan kira-kira 300 pelajar dengan 50 peratus daripadanya adalah pelarian Syria. Kumpulan ini turut mengambil peluang melawat dua buah universiti iaitu Aljinan University dan Arts, Science and Technology University. Sumbangan yang diberikan kepada pelarian Syria ini berbetuk keperluan harian antaranya selimut, barang makanan asas, pakaian tidur tebal, baju musim sejuk, mesin basuh, alat tulis dan permainan untuk kanan-kanak dan kerosin untuk kegunaan alat pemanas. Turut diberikan adalah sumbangan kewangan kepada perpustakaan sekolah (USD 1000) dan keperluan perubatan (USD 5000). Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Profesor Dr. Norita Md Norwawi [...]
Mustafe Ali@Idris
Tahniah Mustafe Ali@Idris diatas kejayaan pingat gangsa dalam acara akhir 5000m di SUKIPT malam tadi.
Januari 2016
RESPON USIM SUSULAN PENYERTAAN MALAYSIA DALAM TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)
PENGENALAN Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan bebas multilateral yang sedang dibincangkan oleh dua belas (12) buah negara termasuk Malaysia. TPPA berbeza dengan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) biasa kerana ia lebih menyeluruh dengan tambahan skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar, syarikat-syarikat milik kerajaan dan hak harta intelek. PENDIRIAN USIM MENGENAI ISU TPPA Hasil daripada perbincangan meja bulat anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM yang melibatkan ahli akademik USIM (profesor dan pensyarah kanan) yang arif dalam bidang ekonomi yang dijemput khas bagi sesi ini, beberapa pendirian dan cadangan telah diputuskan seperti berikut: TPPA akan memberi kesan yang positif kepada perdagangan di mana ianya akan menyumbang peningkatan pertumbuhan ekonomi mampan. TPPA juga akan menyumbang ke arah peningkatan rakan-dagang baharu dan membuka pasaran baharu kepada pengilang dan pengeksport Negara termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). TPPA juga dijangka akan memberi kesan positif kepada mobiliti modal dan sumber manusia. Walau bagaimanapun, TPPA boleh memberi kesan jangka panjang yang memerlukan kajian menyeluruh dalam Faedah Berbanding (Comparative Advantage) dengan industri, elektrik dan elektronik (E&E), kayu kayan, tekstil, bahan kimia dan barangan berasaskan komoditi. Implikasi jangka panjang TPPA kepada Industri Kewangan Islam dan Industri Halal yang diterajui oleh Malaysia perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Kepentingan negara dan kebajikan rakyat dalam memenuhi Maqasid Syariah dari sudut ekonomi seperti perolehan kerajaan, hak bumiputera dalam mendapat kontrak perniagaan dan kedudukan perundangan Islam yang berkait dengan perdagangan antarabangsa serta industri Kewangan Islam perlu dipelihara terutama apabila berlaku konflik perundangan antarabangsa. KESIMPULAN USIM menyokong semua usaha Kerajaan yang [...]
KOLEJ PERMATA INSAN TERIMA 65 PELAJAR BAHARU ASAS 1
NILAI, 16 JAN 2016 – Kolej Permata Insan menerima kemasukan seramai 65 orang pelajar baharu yang mengikuti pengajian Asas 1 iaitu Tingkatan 1 pada sesi pendaftaran di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kesemua pelajar baharu yang berumur 13 tahun ini menjalani minggu taaruf selama tiga hari bermula 16 hingga 19 Januari oleh Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP), Kolej PERMATA Insan (KPI). Antara pengisiannya adalah slot bersama guru tasmik, aktiviti sukaneka, sesi bersama felo, latihan dalam kumpulan, perkongsian ilmu bersama PU Zahir yang juga merupakan Alumni Imtiaz Terengganu serta lawatan dalam kampus USIM. “Kemasukan pelajar baharu melibatkan 43 lelaki dan 22 perempuan adalah dari kalangan pelajar yang telah melepasi Mukhayyam Al Abrar. Ia melibatkan penilaian dari segi hafazan, pembangunan insan, ujian Bahasan Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Seterusnya, pelajar ini perlu melepasi had kelayakan yang ditetapkan,” ujar Pengarah Kolej PERMATA Insan, Nik Salida Nik Saleh. “Jumlah yang mengikuti Mukhayyam adalah seramai 178 orang. Hanya 65 orang sahaja yang berjaya melepasi penilaian yang ketat ini,” tambah Siti Aisyah Mohamed, Pegawai Pentadbiran Pusat PERMATA Insan. Taklimat mengenai pengenalan Kolej PERMATA Insan telah disampaikan oleh Pn. Nur Fazidah Asmuje, Penyelaras MKP. Pada sesi taklimat itu, pelajar telah didedahkan mengenai latarbelakang Kolej PERMATA Insan, cara belajar dan rutin kehidupan di KPI. Sementara itu, beberapa slot taklimat lain turut disampaikan oleh tenaga akademik KPI antaranya berkenaan pengurusan kolej kediaman, mengenai pengajian Al-Quran dan hafazan, pengenalan mata pelajaran semester 1, sistem akademik di KPI, taklimat disiplin, sesi motivasi mengenali keupayaan [...]
KLIP MOBILE MULA RAWATAN SULUNG DI PANCHOR
AMPANGAN, 21 JAN 2016 - Klinik pakar bergerak atau Klip Mobile menawarkan perkhidmatan sulungnya kepada masyarakat setempat sempena program pemeriksaan kesihatan usahasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri setelah Klip Mobile berjaya dilancarkan tahun lepas. Program selama satu hari bertempat di Perumahan Rakyat Panchor Ampangan, Negeri Sembilan menyediakan rawatan secara percuma kepada penduduk setempat. Seramai 27 orang pesakit yang mana majoritinya adalah warga emas telah dikenalpasti di peringkat awal melalui proses screening oleh Klinik Pakar USIMdi klinik-klinik berdekatan untuk di rujuk kepada pakar Klip Mobile pada hari yang sama. “Klinik pakar bergerak ini menyediakan rawatan kepada masalah-masalah mata yang biasa ditemui antaranya masalah katarak, masalah selaput yang memerlukan pesakit sentiasa dipantau dan mendapat rawatan susulan,” ujar Prof Tauffik. “Apa yang diharapkan adalah klip mobile ini mampu memberi kemudahan kepada pesakit di mana mereka tidak perlu mengambil masa yang lama seperti berurusan dengan pihak hospital di samping memudahkan mendapat rawatan dengan pakar-pakar USIM,” tambahnya. Tenaga pakar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang bertugas pada hari tersebut adalah Dr Azlina Mokhtar dan Dr Norlelawati Zainol selain pegawai teknikal, jururawat terlatih dan juru teknologi makmal USIM. Sementara itu, turut dijalankan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang menerima lebih dari 50 orang pesakit luar untuk mendapatkan pemeriksaan antaranya pemeriksaan berat badan, ujian darah, ujian mata dan mendapatkan khidmat konsultasi daripada pegawai perubatan. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
KEMBARA KESUKARELAWANAN MAHASISWA DI BUMI GUANGZHOU
CHINA, 22 JAN 2016 - Seramai 21 orang mahasiswa dari Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai kembara Kesukarelawan Mahasiswa di bumi Guangzhou, China baru baru ini. Memilih Guangzhou sebagai destinasi bermusafir selama 5 hari 4 malam itu, kembara ini diketuai oleh Ahmad Rabbani bin Mohd Ali selaku pengarah program dan Puan Nursallyma bt Mohd Kassim selaku pegawai pengiring. Misi yang bertemakan "Kembara Kesukarelawan Mahasiswa" ini bertujuan untuk mendekati masyarakat disana disamping membawa misi kemanusian di negara berkenaan . Timbalan Pengarah program, Nurul Husna Assaedah berkata, "Pengembaraan Giso itu memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa untuk mengenali adat dan budaya di negara Tembok Besar itu. Pelbagai aktiviti kesukarelawanan & kemanusiaan yang dijalankan bersama masyarakat setempat yang menepati objektif utama GISO, antaranya ialah Program Spread The Rahmah versi Guangzhou iaitu memberi pakaian sejuk kepada gelandangan, Keep The Mosque Clean iaitu projek membersihkan kawasan masjid dan sekitarnya dan juga aktiviti Street Dakwah, sebuah program dakwah melalui muzik kepada masyarakat di sekitar bandar Guangzhou”. Selain itu, Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa juga berpeluang menjejakkan kaki ke South China University Of Technology yang merupakan universiti terbaik di dunia dengan menduduki ranking ke-59. Universiti ini telah dipilih untuk melaksanakan hubungan yang baik bersama USIM kerana ianya mempunyai persamaan diantara keduanya iaitu mengetengahkan Sains Dan Teknologi sebagai tawaran utama dalam bidang akademik. Selain itu, sukarelawan USIM juga diberi peluang untuk berkongsi aktiviti yang pernah Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa(SKM) jalankan selama tertubuhnya di USIM. "Di Universiti ini, kami saling bertukar pengalaman dan pendapat mengenai latar belakang [...]







