Jun 2015
TUANKU CANSELOR USIM, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD BERKENAN RASMI DEWAN TUANKU CANSELOR
NILAI, 4 Jun 2015 - Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berangkat mencemar duli ke Majlis sempena Lawatan Diraja dan Perasmian Dewan Tuanku Canselor yang terdahulu dikenali sebagai Dewan Besar USIM. Turut mengiringi YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz selaku Pro Canselor USIM, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaludin Said Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dalam ucapannya berkata cadangan penubuhan institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Universiti Awam adalah hasrat kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam ini telah dibuat oleh YB. Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996. Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai KUIM telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997. “Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan [...]
USIM RANGKUL 5 GOLD, 1 SILVER DI PENTAS ITEX’15
KUALA LUMPUR, 22 MEI 2015 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul lima Emas dan satu perak dari enam produk yang dipertandingkan di pentas ITEX 2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 21 hingga 23 Mei bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh para penyelidik USIM ini merupakan satu kejayaan membanggakan universiti dan ia adalah hasil usaha dari Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, Dr. Azman Ab Rahman, Dr. Hishamuddin Abdul Wahab, Dr. Ahmad Wifaq Mohktar, Mahyuddin Hashim, dan Dr. Abdul Rahman Hassan. Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, pesnyarah dan Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mempertandingkan produk Informer On Site iaitu aplikasi telefon pintar pemakluman laporan mengenai bencana alam seperti banjir, kejadian tanah runtuh. Ia akan dihantar secara automatik kepada pegawai agensi yang bertanggungjawab dengan mengesan lokasi dan gambar yang dikongsikan. Seterusnya, Dr. Azman Ab Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang mempertandingkan produk MYEMA version 3.0 (Entrepreneur Monitoring Apps) iaitu aplikasi yang akan melakukan pemantauan terhadap prestasi usahawan dari segi belanjawan dan prestasi Asnaf. Dr Hishamuddin Abdul Wahab, Ketua Program Fakulti Sains dan Teknologi mempertandingkan produk EZ Pay version 1.1 perisian atau software bayaran kad kredit yang lebih sistematik. Ia kombinasi empat aplikasi iaitu easy payment plan, credit card manager, calculator dan spending tracker. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) mempertandingkan The Model of Maqasid al-Shariah (MMS) for Decision-Making Process in Critical Medical Treatment iaitu garis panduan kepada pegamal perubatan untuk membuat [...]
SPADA BERBAKTI DI PANTAI TIMUR
NILAI, 12 APRIL 2015- Seramai 36 mahasiswaDiploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) melebarkan sayapnya kepantai timur menerusi program ‘Kembara Nurani Semarak Impian’ yang diadakan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 8 hingga 12 April baru-baru ini. Program yang ini bertujuan untuk melawat pusat-pusat pemulihan di pantai Timur bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan yang dijalankan selain berkongsi buah fikiran dan informasi mengenai gejala penyalahgunaan dadah. Selaku penasihat program ini, Dr. Mohd Isa b.Kamal berkata program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya mahasiswa SPADA kerana mereka sendiri boleh melihat dan mempelajari perkara-perkara diluar pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa hanya mempelajari teoritikal sahaja. Wujudnya aktiviti seperti ini dapat membuka mata dan fikiran mahasiswa dalam membendung masalah dadah di Malaysia terutamaya dikalangan mahasiawa itu sendiri. Menurut Pengarah program, Puan Khairin Fariza Kamarul Bahrin, pelajar-pelajar SPADA komited membantu kerajaan Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencari langkah efektif agar gejala ini dapat dikurangkan seterusnya merealisasikan hasrat Negara untuk menjadi bebas dadah menjelang 2015. “Melihat kepada kepelbagaian teknik rawatan pemulihan yang digunakan di setiap pusat pemulihan tersebut, saya bersetuju bahawa tiada teknik yang khusus untuk seorang penagih kecuali teknik itu perlu memenuhi setiap keperluan individu penagih yang menjalani rawatan.” kata beliau. Beliau turut menjelaskan perkara yang perlu dilakukan, untuk mencapai matlamat sifar dadah adalah semangat dan usaha yang berterusan untuk melihat masyarakat bebas dadah di samping mewujudkan warganegara yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual sekaligus melahirkan warganegara yang berminda kelas pertama. “Masyarakat sekeliling seharusnya memberi semangat [...]
Mei 2015
KUMPULAN ATRA RANGKUL NAIB JOHAN DI FESTIVAL TEATER NEGERI SEMBILAN 2015
SEREMBAN, 23 MEI- Kumpulan ATRA (Akademi Teater Rupawan Asli) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan Naib Johan pada Festival Teater Negeri Sembilan 2015 yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Kompleks JKKN, Negeri Sembilan, baru-baru ini. ATRA merupakan Urus Setia Keseniaan Pelajar Pusat Kebudayaan USIM mempersembahkan pementasan teater PREH olahan Aloeng Silalahi dan hasil karya Asma Nadia membawa pulang trofi, sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000. Menurut pengarahnya, Saidatul Salwani Hazman, PREH mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu sarat dengan mesej tauladan dan unsur-unsur Islamik dalam mendidik masyarakat. “PREH bukan hanya menonjolkan konflik kekeluargaan dan cinta, malah menerapkan nilai murni dalam Islam dan mengajar kita erti usaha, tawakal dan sabra yang sebenar.” Sementara itu, tenaga pengajar ATRA, Aloeng Silalahi berkata, kejayaan ini lahir daripada sifat ukhuwah dan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli ATRA di samping berkat doa masing-masing.” “Ini adalah satu anugerah namun ia juga ujian daripada Allah SWT supaya tidak berasa takbur dengan kejayaan ini. Malah, kemenangan ini menjadi platform untuk terus maju dalam menyemarakkan kegiatan seni teater.” “Saya berharap mahasiswa USIM akan lebih ramai celik seni dan tidak segan menyertai aktiviti teater disamping ahli-ahli ATRA terus memantapkan kemahiran masing-masing dalam memartabatkan seni teater,” jelas beliau lagi. Mengulas mengenai kejayaan ATRA, Pengarah Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, penyertaan pertandingan seperti ini membuka peluang mereka dalam mendidik khalayak disamping membangunkan tamadun akal manusia. Hal ini kerana teater merupakan medium yang sangat dekat dengan penonton menerusi visual. “Saya ucapkan syabas kepada ATRA atas usaha dan [...]
USIM STREET DAKWAH BANTU KUTIP DANA PELARIAN ROHINGYA
ALAMANDA, 23 Mei 2015 - Program USIM Street Dakwah meneruskan aktiviti menyampaikan dakwah menerusi busking muzik di Pusat Membeli belah Alamanda Putrajaya bagi membantu kutipan dana untuk pelarian Rohingya. Program USIM Street Dakwah yang sebelum ini telah mengembara ke Pasar Seni Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Alor Setar, Kedah dalam misi menyampaikan dakwah mereka telah memilih pusat membeli belah Alamanda Purajaya sebagai lokasi bagi tujuan murni tersebut. Pusat Kebudayaan USIM selaku peneraju program telah bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Alamanda Putrajaya. Program ini bermula sekitar jam 3.30 petang di lokasi berhampiran The Hub Alamanda Putrajaya. Dunia Islam hari ini diwarnai lagi dengan cerita sedih yang menyayat hati. Nasib pelarian Rohingya yang kebuluran di tengah laut dan kisah ‘ ikat perut’ yang berlanjutan lebih daripada sebulan ditengah lautan telah menyentuh hati pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Melalui program USIM Street Dakwah, sekumpulan anak muda pelajar USIM yang aktif dalam aktiviti seni budaya telah turun kepada komuniti Putrajaya berkongsi kesedihan dan mengutip dana bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya. Apa yang menarik dalam USIM Street Dakwah ialah penggunaan medium seni budaya sebagai usaha mendekati masyarakat selain pengisian persembahan seni yang baik dan memberi manfaat untuk menyampaikan dakwah. Setiap lagu yang disampaikan mempunyai mesej- mesej kebaikan yang mengajak khalayak menghayati makna instrinsik setiap lirik dan lagu yang disampaikan. USIM Street Dakwah menampilkan USIM Buskers hasil gabungan ahli kelab Urus Setia Kesenian Pelajar USIM daripada pelbagai fakulti yang aktif dalam aktiviti seni budaya di kampus. Persembahan USIM Buskers menampilkan persembahan band akustik, [...]
KUMPULAN TABUH PENDETA RANGKUL JUARA KESELURUHAN IFESSEM 2015
NILAI, 15 MEI 2015 - Dengan mendapat ulasan terbaik daripada barisan juri yang hebat iaitu Fauzi Marzuki, komposer terkenal juga Dr. Ahmad Faizan yang didatangkan khas untuk menilai keberkesanan aktiviti budaya ini dan juga menilai tahap kreativiti yang dilontarkan pelajar dari hasil kesenian mereka, kumpulan kesenian Dikir Barat Tabuh Pendeta telah berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang trofi emas utama dalam majlis Anugerah Seni USIM yang menjadi malam penutup kepada Festival Seni USIM 2015 baru-baru ini. Mengangkat tema dakwah dalam seni, kumpulan dikir barat tabuh pendeta membawakan keunikan dari segi penyampaian dan aksi dikir barat yang menarik selain mesej ketuhanan yang mendalam dan sejarah perjuangan Rasulullah dalam berdakwah di dalam lirik lagu-lagu nyanyian dan bait-bait ‘karutan’ mereka. Seiring dengan pengintegrasian ilmu aqli dan naqli, tabuh pendeta dilihat lebih menekankan tema berunsur islamik yang memberi pendekatan dengan mengetengahkan pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil bagi memberi pemahaman selain melakukan tugas hakiki dalam menghiburkan penonton. Wakil dari kumpulan Tabuh Pendeta iaitu Saudara Mokhtarudin bin Ismail yang juga merupakan tukang karut bagi kumpulan tersebut menyatakan perasaan terkejut kerana mereka semua tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam itu dek ramai kumpulan seni yang membawakan persembahan yang lebih hebat. Walau bagaimanapun, beliau yang juga merupakan pelajar tahun akhir Quran dan Multimedia itu sangat bersyukur di atas kemenangan yang tidak disangka-sangka itu. Kumpulan Tabuh Pendeta turut membawa pulang wang berjumlah RM 1 000, hamper juga sijil bersama trofi iringan. Secara ringkasnya, Tabuh Pendeta yang merupakan singkatan kepada Tarikan Budaya melalui Pendekatan Ta’abbuddiyyah [...]
DUTA JAUHAR USIM RAIH DUA ANUGERAH
JOHOR BAHRU, 17 MEI 2015 - Duta jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih dua anugerah iaitu Kumpulan Cemerlang dan Pameran Terbaik dalam program Duta Jauhar Mahasiswa Johor Prihatin 2013/2014. Majlis Perasmian Penutup Kongres Duta Jauhar 1.0 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YB Dato’ Mohamed Khalid Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa. Ia melibatkan seramai 300 mahasiswa Johor daripada 15 IPTA untuk menjadi Duta Jauhar iaitu penggerak utama program berasaskan aktiviti sukarelawan yang berimpak tinggi terhadap pembangunan 10 daerah di Johor. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, keberhasilan program Duta Jauhar 1.0 ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa malah masyarakat setempat dan akan diteruskan untuk 2.0. “Objektif utama ialah memberi peluang mahasiswa anak johor untuk melatih kemahiran insaniah disamping membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri Johor dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dan swasta,”katanya. Dalam pada itu menurut pelajar tahun empat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Amir Hamzah Jamal,23, memenanangi dua anugerah iaitu kumpulan terbaik dan pameran terbaik dalam program itu amat tidak dijangka serta mengejutkan. “Saya dan ahli kumpulan berhempas pulas untuk menjayakan “Program Cintai Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil’ untuk menarik minat mereka dalam pendidikan membuahkan hasil dengan kejayaan ini.,”katanya yang juga ketua kumpulan program duta jauhar USIM. Manakala Presiden Mahasiswa Anak Johor USIM, Muhammad Asyraf Amran berkata, program duta jauhar 2.0 akan kami laksanakan sebaik-baiknya dengan peruntukkan [...]
910 PELAJAR MENDAFTAR PROGRAM TAMHIDI (PRA-UNIVERSITI) SESI 2015/2016 USIM
NILAI, 25 MEI 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menerima pelajar baharu pra-universiti seramai 910 orang yang mendaftar di Pusat Tamhidi USIM bagi sesi pengambilan akademik 2015/2016. Pendaftaran yang bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Dewan Besar USIM berjalan lancar dengan beberapa kaunter khas disediakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Teknologi Maklumat bagi memudahkan para pelajar. Permohonan melanjutkan pengajian diperingkat Tamhidi USIM atau Matrikulasi/Asasi pada tahun ini menampakkan peningkatan yang baik apabila sebanyak 23,907 permohonan diterima dengan 2,407 permohonan memilih USIM sebagai pilihan pertama. Jumlah ini melebihi tempat yang disediakan iaitu sekitar 1100 tempat sahaja. USIM yang mula menawarkan pengajian pra-universiti kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui penubuhan Pusat Tamhdi pada 2004, telah menawarkan lima program pengajian iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-undang; Tamhidi Sains dan Teknologi; Tamhidi Perubatan; Tamhidi Pergigian dan Tamhidi Perakaunan sebagai pilihan. Sebagai contoh, bagi program Tamhidi Syariah dan Undang-undang sebanyak 718 permohonan sebagai pilihan pertama diterima walaupun kuota disediakan hanya untuk 200 pelajar sahaja. ”Saya amat teruja diterima melanjutkan pengajian ke program Tamhidi Sains dan Teknologi dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita sebagai doktor perubatan “ ujar Muhamad Hafizuddin bin Hazaraimi,18, bekas pelajar Sekolah Agama Sultan Mohamad Batu Berendam Melaka. Bagi Aimi Afiqah Binti Sulaiman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka melahirkan rasa yang amat gembira terpilih menjadi pelajar USIM. “Saya melanjutkan pengajian ke program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat . Saya ingin menjadi seorang akauntan dalam masa [...]
MUZAKARAH WAKAF DAN BAITULMAL 2015 ANJURAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT USIM
NILAI, 22 APRIL 2015 - Satu Muzakarah Wakaf Dan Baitulmal telah diadakan yang melibatkan seramai 118 pelajar Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (Fem) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan terdiri daripada pelajar khursus Pemasaran Dan Perkhidmatan Kewangan Dan Pentadbiran Dan Hubungan Korporat dengan Kerjasama Institut Pengurusan Harta Dan Kewangan Islam, USIM. Program ini adalah bertujuan untuk memperkasakan konsep dan pelaksanaan semasa pengurusan da pembangunan wakaf, baitulmal dan faraid. Dengan itu, pihak penganjur telah menjemput wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) encik Indera Shahril bin Mohd Shahid yang merupakan pengurus harta baitulmal bagi mengupas tentang halatuju & pembangunan baitulmal pada masa hadapan. Dari itu, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara pengurusan baitulmal di malaysia. Menurut pensyarah kanan Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Hisham Sabri, program ini mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar tentang institusi wakaf dan baitulmal di malaysia dari segi pengumpulan sumber harta umat Islam dan sistem kaedah pengurusan pembangunan demi kemaslahatan ummah. Diharap program muzakarah yang dilaksanakan ini akan dapat memberikan pendedahan industri kepada para pelajar dalam memperkasakan ilmu akademik berkaitan pengurusan harta umat Islam. Banyak perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam masakini dalam menjana ekonomi umat Islam terutamanya melibatkan wakaf, baitulmal dan faraid. Ia bertujuan bagi meneruskan kelangsungan ummah di Malaysia. Disediakan oleh: Mufidatun binti Mohammad, Pengarah Program Dikemaskini oleh: PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
SEKRETARIAT PELAJAR LUAR KAMPUS (OCSS), USIM JAYAKAN PROGRAM SUMUR DI SMK LAMBOR KIRI, PERAK
PERAK, 7 MAC 2015 - Seramai 80 orang pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) dari tingkatan 1 hingga 5 SMK Lambor Kiri, turut serta dalam Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). Program anjuran Out Campus Student Secretariat (OCSS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau dikenali sebagai Sekretariat Pelajar Luar Kampus ini melibatkan seramai 31 orang fasilitator yang bertugas. Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri, Perak adalah di antara sekolah yang terlibat sebagai Pusat Penempatan bagi mangsa-mangsa banjir di Perak Tengah, Perak pada penghunung tahun 2014 dan dfi awal tahun 2015 yang lalu. Usaha yang dilaksanakan olehnpihak Sekretariat OCSS, USIM bagi membantu pihak sekolah menganjurkan Program SUMUR ini adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan motivasi untuk para pelajar yang terjejas dengan musibah banjir yang lalu. Sepanjang program tersebut, pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dan santai telah diadakan untuk para pelajar bagi memupuk keyakinan diri dan semangat dalam menuntut ilmu. Program ini juga merupakan satu usaha murni supaya dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, berwawasan tinggi serta berinspirasi untuk terus berjaya dalam apa jua bidang. Pada hari pertama dan kedua, para pelajar disediakan dengan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Taklimat mengenai peluang kemasukan ke Pusat Tamhidi USIM. Sesi Taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan kelebihan USIM sebagai pendedahan dan dorongan kepada para pelajar seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran di peringkat asasi (matrikulasi) atau ijazah. Taklimat mengenai USIM ini disampaikan oleh En. Mohd Nurhakimi Bin Md Yaman, Penolong Pendaftar, dari Pusat Tamhidi USIM Selain itu juga, turut diadakan [...]