Oktober 2015
KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT ANTARABANGSA BERLANGSUNG SERENTAK DI IHTIFAL ASEAN 2015
NILAI, 24 OGOS 2015 - Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM dengan kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM menganjurkan sebuah konvensyen bertaraf antarabangsa yang dijangka menghimpunkan mahasiswa dari seluruh dunia terutamanya universiti-unversiti ASEAN yang dinamakan “International Youth Dai’e Convention” bertempat di Dewan Kuliah 4, USIM. Konvensyen yang julung kali diadakan ini merupakan penganjuran kali ke 3 di mana sasaran pada 2 tahun lepas hanya di peringkat Asean. Istimewanya, konvensyen kali ini akan membawakan tema “Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli”, selari dengan gagasan yang dibawa oleh USIM dalam memartabatkan keilmuan di Malaysia sekaligus menarik golongan muda untuk mengi'zzahkan Islam melalui Al-Quran dan Sunnah. "Konvensyen ini akan menfokuskan isu, cabaran dan realiti semasa umat Islam pada hari ini. Maka sebagai seorang pendakwah terutamanya anak muda perlu memainkan peranan dalam menceritakan Islam itu sebagai Rahmatan Lilalamin". Konvensyen ini memfokuskan kepada dua program utama iaitu persidangan dan seminar. Persidangan mengumpulkan perbincangan di antara mahasiswa sebagai platform untuk melontarkan idea tentang dunia Islam pada hari ini. Antara lain juga, membincangkan ucapan dasar dari tokoh terkemuka dunia Islam berkenaan peranan pendakwah muda terhadap isu-isu serta masalah umum dan khusus masyarakat Islam sekarang seperti Syria, Rohingya, Palestin dan sebagainya Manakala, seminar merupakan pembentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang mana menfokuskan kepada beberapa skop yang dipilih iaitu tasawwuf, ekonomi dan pendidikan. Konvensyen Pendakwah Muda ini menampilkan intelektual-intelektual dalam dan luar negara seperti SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak Tuan Muhammad Nuri Al Nadir Kamaruzzaman, Tuan Mohd Nazri Chik, Dr [...]
USIM BAKAL LAKSANA PELBAGAI PROGRAM DENGAN KOMUNITI ISLAM KRABI
KRABI, 30 SEPTEMBER 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat Islam di Krabi, Thailand selari dengan fokus Pelan Strategik USIM 2013-2025 untuk menjadi Universiti rujukan dalam bidang integrasi ilmu Naqli dan Aqli pada 2016 diperingkat serantau. Komitmen ini diberikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad bersama Pengurusan Universiti dalam pertemuan bersama Timbalan Gabenor Wilayah Krabi, Tuan Narong Woonsiew dan Presiden Komuniti Islam Krabi, Tuan Hj. Asnawee Mukura di Krabi Front Bay Resort, Thailand pada hari ini. "Krabi yang mempunyai seramai 500,000 penduduk dengan separuh darinya beragama Islam membuka peluang kerjasama yang luas untuk USIM bersama masyarakat di sini. Universiti melalui program khas khidmat komuniti antarabangsa yang kita namakan sebagai Global Islamic Student Outreach (GISO) telah beberapa kali mengadakan program di sini". "Respon peserta dan masyarakat amat baik dengan nama USIM semakin mendapat perhatian di sini. Justeru pada pertengahan Disember nanti, kita bersetuju untuk menghantar delegasi terbesar USIM untuk mengadakan khidmat komuniti dalam aspek kesihatan, promosi pendidikan dan sosio-ekonomi. Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang menyertainya nanti juga akan tinggal bersama keluarga angkat di sini sepanjang program" . "Selain khidmat komuniti, Pengurusan Universiti juga mencadangkan program bertaraf antarabangsaan anjuran fakulti dan jabatan di USIM seperti seminar, konvensyen dan forum memilih Krabi sebagai lokasi pilihan. Kita juga akan meneroka kerjasama akademik yang dapat dilaksanakan bersama institusi pendidikan tinggi seperti madrasah yang terdapat di sini" ujarnya. Timbalan Gabenor dalam reaksinya mengucapkan terima kasih atas perhatian dan keprihatinan USIM kepada komuniti Islam [...]
KEMBARA AKIDAH USIM KE BUMI MARAWI, FILIPINA
FILIPINA, 8 SEPT – 20 orang mahasiswa tahun empat Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) tampil untuk bahu-membahu sesama masyarakat yang kurang bernasib baik ke bumi Marawi Filipina. Kembara GISO Filipina selama lapan hari bermula 1 September telah diketuai oleh saudara Muhamad Zakwan Bakar. Menelusuri kisah-kisah penderitaan rakyat di Rohingya, Syria, Palestin dan lain-lain negara minority Islam begitu menyentap peserta. Hampir setiap hari di dada akhbar dan media massa menghidang isu kemasyarakatan global yang penuh menyayat hati. Tiada siapa yang mampu memekakkan telinga dan terus membutakan mata keatas apa yang telah menimpa saudara seakidah ini. Berat mata memandang kesengsaraan mereka, namun berat lagi bahu yang memikul bebanan kesengsaraan yang melanda. Antara modus operandi GISO kali ini ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menyahut matlamat asal GISO dalam memberi khidmat masyarakat diperingkat antarabangsa, seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam seluruh dunia. Selain itu, misi GISO ini juga turut menyalurkan sumbangan melalui perkongsian ilmu oleh salah seorang peserta GISO, saudara Muhammad Saiful Azim melalui seminar yang berkisar tentang peranan masjid di Malaysia. Ditambah pula dengan sedikit sebanyak perkongsian budaya hidup dan adat resam bersama masyarakat Marawi. Muhamad Zakwan juga berkata pada majlis perasmian GISO yang diadakan di Sultan Disomimba Elementary School, matlamat penting GISO kami adalah untuk mengenali budaya dan mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim dan jalinan hubungan yang baik sesama Islam Filipina-Malaysia supaya lebih mengenali satu sama lain. Amat jelas sekali pegangan akidah masyarakat Islam di Marawi masih utuh dengan berdirinya madrasah tahfiz yang melahirkan ramai permata-permata yang hafaz [...]
WICULS 2015 HIMPUN PEMIMPIN ISLAM DUNIA
PUTRAJAYA, 29 SEPT 2015 - Bertemakan "Re-writing the narrative: Higher education for the 21st century", Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Universiti Islam Dunia (WICULS 2015) menjadi platform menghimpunkan lebih dua ratus pemimpin tertinggi daripada universiti negara-negara Islam seluruh dunia buat kali pertama. WICULS 2015 yang dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan pada 29 September dan 30 September 2015 ini di Putrajaya Marriott Hotel. Pemimpin universiti dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Filipina, Sudan, Nigeria, Jordan dan lain-lain lagi akan membincangkan isu-isu utama berkaitan sistem pendidikan tinggi dalam usaha untuk membangunkan naratif pendidikan baharu bagi mendepani cabaran pengajian tinggi global. Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah turut sudi mencemar duli bagi menyampaikan ucaptama bertajuk "Reclaiming Education in Muslim Universities for the 21th Century". Selain itu, WICULS 2015 menyaksikan dua belas ikon kepemimpinan terkemuka negara dan dunia berkongsi idea dan membincangkan isu dan cabaran dalam sistem pendidikan tinggi moden. Mereka termasuk Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Felo Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merangkap Presiden International Association of Universities (IAU), Ahmed Keeler, Fello Akademik di University of Cambridge, dan Prof. Ishaq Oledeye, Setiausaha Agung, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Nigeria. Menurut Profesor Dr Roshada Hashim, pengarah Pusat Antarabangsa, USIM 'Alamiyyah, ini merupakan masa terbaik bagi para pemimpin universiti di negara-negara Islam seluruh dunia untuk berkumpul dan berbincang mengenai landskap pendidikan tinggi dunia yang berkembang dengan cukup pesat serta memerlukan mereka untuk bertindak balas [...]
USIM SAMBUT MINGGU KUALITI & INOVASI
NILAI, 28 SEPT 2015 – Acara tahunan anjuran Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK), Minggu Kualiti dan Inovasi (MKI) dilancarkan secara rasminya hari ini bertempat di Galeri, Bangunan Canselori dengan tema “Sehati Sejiwa Cetus Kreativiti Ledakan Inovasi”. Tema kali ini berpaksikan ke arah memperkasakan hubungan kerjasama sesama warga USIM bagi mencipta inovasi yang berimpak kepada ummah secara umumnya. Naib Canselor USIM dalam ucapannya mengajak warga USIM untuk sama-sama turut serta dalam acara sepanjang MKI secara berterusan untuk memajukan universiti ke arah membudayakan kualiti dan inovasi dalam cara kerja seharian. Ia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan serta salah satu lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025 iaitu ekosistem inovasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara selari dengan tuntutan perubahan teknologi. “Saya melihat terdapat kelainan acara tahun ini apabila sekretariat Skuad iQ bersama-sama pengurusan tertinggi USIM turun padang seperti tour ke PTJ yang mana konsep turun padang adalah sinonim dengan outcome USIM iaitu menjadi nombor satu di hati dan minda masyarakat. Justeru, adalah penting kita melaksanakan prinsip ini untuk melihat sendiri masalah serta menyemarakkan semangat kekitaan warga organisasi khusunya warga USIM,” ucap YBhg. Prof Dato Dr Musa dalam ucapannya. MKI bermula 28 September selama seminggu menyediakan aktiviti-aktiviti antaranya pertandingan kuiz oleh sekretariat Squad iQ yang turun padang di setiap PTJ untuk sesi soal jawab dan pemberian hadiah. Aktiviti lain seperti pertandingan rekacipta barang dari bahan kitar semula, icon talk serta acara yang julung kali diadakan iaitu Anugerah Paling Popular USIM iaitu anugerah yang berkonsepkan santai yang diadakan sebagai inisiatif untuk menarik semangat [...]
LAWATAN DATIN SERI PADUKA ROSMAH MANSOR KE KOLEJ PERMATA INSAN USIM
NILAI, 18 SEPT 2015 – Buat julung kalinya pelajar pintar cerdas Kolej PERMATA Insan seramai 48 orang menerima lawatan daripada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada 17 September bertempat di Kolej PERMATA Insan USIM. Lawatan Datin Paduka disambut baik oleh pelajar serta pengurusan universiti dan pengurusan Kolej PERMATA Insan. Kolej PERMATA Insan kini ditadbirselia oleh pengurusan dan kakitangan seramai 32 orang iaitu 1 orang pentadbir, 13 orang pensyarah, 7 orang guru tasmi’, 4 orang pegawai dan 7 orang staf sokongan yang diketuai oleh pengarahnya, Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Nik Salida mengenai pencapaian pelajar Kolej PERMATA Insan sebagai ‘Sekolah dalam Kampus’ yang unik dengan kurikulum berkonsepkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dengan empat komponen penting iaitu Modul Pintar Al-Quran dan Sunnah, Modul Bahasa Arab, Modul Bahasa Inggeris dan Modul Pembangunan Insaniah. “Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kolej PERMATA Insan menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad 21 (21st Century Learning) di mana para pelajar PERMATA Insan didedahkan dan dilatih menggunakan teknologi dalam pembelajaran seperti peranti iPad, Apple TV dan aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang banyak tersedia di dalam sistem pengoperasian,” ujar Dr Nik Salida, Pengarah PERMATA Insan. Kini Kolej PERMATA Insan yang telah menerima surat kelulusan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan dengan ini secara rasmi telah diterima menjadi Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK). YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya menyatakan sumbangan yang diterima melayakkan Kolej PERMATA Insan menerima sumbangan modal dan bantuan penuh bagi menambah infrastruktur pembelajaran dan pengajaran termasuklah bangunan dan [...]
PRAGMATIS USIM SERTAI SEMINAR PEMBENTANGAN PROJEK CSR
PERLIS, 22 OGOS 2015 – Penyertaan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Pegawai Tadbir USIM di Seminar Perkongsian Projek Kesukarelaan dan Program Tanggungjawab Sosial Universiti di UniMAP, Perlis membuah hasil apabila kumpulan pembentang USIM membawa pulang 2 pingat emas dan 2 pingat perak. Seminar anjuran UniMAP dan MASTI pada 21 dan 22 Ogos diadakan bertujuan berkongsi amalan terbaik projek-projek kesukarelaan yang pernah dianjurkan oleh semua Universiti Awam serta agensi kerajaan bagi mewujudkan kerjasama pintar dalam menguruskan program tanggungjawab sosial. Bagi pembentangan projek CSR, tiga kumpulan dari USIM adalah dari Program CSR Kelab Wardah USIM mendapat pingat emas, CSR:Sinergi di antara Perpustakaan USIM dan SKIL mendapat pingat perak dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perpustakaan USIM turut mendapat pingat perak. Manakala pameran bergambar diwakili oleh kumpulan Pameran Misi Bantuan Banjir 2015 & Beg Sonic (Beg Kecemasan Serbaguna) mendapat pingat emas. Pasukan pembentang Kelab Wardah yang di anggotai oleh Pn. Azlina Othman (Pembentang), Pn. Hariza Mohd Yusof dan Pn. Normah Osman berkongsi pengalaman ahli-ahli Wardah yang terlibat dengan pelbagai program kemanusiaan di peringkat global dan juga kebangsaan dengan kalangan masyarakat tempatan khususnya warga universiti awam lain. Antara projek CSR yang diketengahkan ialah projek kemanusiaan di Jordan, lawatan ke wad pediatrik hospital seremban, infak susu kepada bayi syria dan bantuan mangsa banjir pantai timur. Kumpulan beg kecemasan serbaguna mengambil tagline USIMPRIHATIN telah membentangkan misi pasca banjir yang telah dijalankan oleh USIM. Dari aktiviti khidmat bakti tersebut, satu inovasi dan kajian tentang bencana banjir yang berlaku telah menghasilkan produk inovasi iaitu beg sonic. Ia merupakan [...]
September 2015
USIM KOMITED BANTERAS NAJIS DADAH MELALUI PROGRAM EYDFC 2015
NILAI, 15 SEPT 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat berkenaan pencegahan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah menerusi pusat kecemerlangannya (COE) iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA). Pihak ACREDA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Projek ‘Empowering Youth for Drug-Free Community’ (EYDFC 2015)pada tahun ini sebagai usaha pencegahan penyalahgunaan dadah yang berstrategik dan holistik. Program menarik ini akan berlangsung selama 7 hari bermula 14 sehingga 20 September 2015 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan di sekitar kawasan Lembah Klang. Majlis perasmian program ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr Omar Osman, Naib Canselor Universiti Sains Malayasia (USM) merangkap President APUCEN pada 15 September 2015 bertempat di Hotel Nilai Spring Resort. Projek EYDFC 2015 ini dijayakan dengan kerjasama Asia Pacific Universities on Community Engagement Network (APUCEN), Universiti Sains Malaysia (USM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Yayasan Salam Malaysia (SALAM), dan Community Excell Services (CES).Objektif utama penganjuran EYDFC 2015 ini adalah untuk menyebar luas maklumat dan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja mengenai peranan mereka untuk turut terlibat dalam segala usaha pencegahan penyalahgunaan dadah. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini dan mereka akan mendapat maklumat berkenaan perancangan dan pelaksanaan beberapa program pencegahan yang merangkumi aspek pencegahan dadah awalan, pencegahan sekunder dan pencegahan lanjutan. Seterusnya peserta turut didedahkan dengan asas rawatan dan pemulihan ketagihan dadah berdasarkan pendekatan terapi psiko-spiritual Islam, selain memberi khidmat bakti dan sumbangan kepada pusat-pusat rawatan dan [...]
HARI TERBUKA USIM DISAMBUT MERIAH
NILAI, 12 SEPT 2015 – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-15 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun ini, USIM telah menganjurkan Hari Terbuka pada Sabtu 12 September bertempat di Kampus Induknya di Nilai, Negeri Sembilan. Dimulakan pada Jumaat malam 11 September telah berlangsung Konsert Malam Cinta Rasul menjadi pembuka Hari Terbuka USIM yang berlangsung di Dataran Dewan Tuanku Canselor dihadiri oleh pengurusan universiti serta para pelajar. Pada pagi Sabtu bermula seawal jam 7.30 pagi pula, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Peljar & Alumni) USIM Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan melepaskan peserta Larian Amat Fit USIM Charity Run sejauh 7km yang disertai lebih 500 peserta terdiri daripada komuniti setempat dan para pelajar. Ia turut disertai oleh Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Pelbagai pengisian diatur dari peringkat kanak-kanak, pelajar sekolah, penuntut Universiti dan juga komuniti. Antaranya pengunjung boleh mendapatkan maklumat langsung program akademik dari booth fakulti, meneroka alam sains dengan aktiviti science outreach, pameran sejarah dan citra USIM, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, Seminar Kerjaya Pegawai Hal Ehwal Islam bersama JAKIM, gerai jualan, sudut inovasi dan kreativiti serta Jelajah Kampus. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya berkata penganjuran Hari Terbuka USIM ini adalah satu bentuk manifestasi penghargaan Universiti kepada ibu-bapa, guru-guru, para pelajar, pihak sekolah, komuniti setempat, industri dan warga USIM yang secara tidak langsung menjadi sebahagian dari watak penting yang telah menyumbangkan serta memberi ilham kejayaan memateri kegemilangan Universiti. “Ia juga dilihat sebagai salah satu platform bagi merapatkan hubungan USIM dengan [...]
AMIRUL DAN IMRAN IKUTI SIMPOSIUM KEMPIMPINAN ANTARABANGSA DI HONG KONG
HONG KONG, OGOS -Peluang menyertai 6th University Scholars Leadership Symposium bertempat di Hong Kong baru-baru ini menjadi pengalaman bermakna kepada dua mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Muhamad Amirul Razali, 21 dan Imran Razalle, 21 merasai sendiri denyut nadi kota metropolitan ini. Kedua-duanya merupakan penuntut Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM menyertai simposium bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Humanitarian Affairs dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University. Bertemakan “Enrich. Educate. Enlighten”, program ini mengumpulkan seramai 876 delegasi yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi dari 57 negara seperti Indonesia, German, Austrlia, China, Oman dan Brunei. Selain padat jadual harian mengikuti pengisian berbentuk akademik seperti menghadiri 12 slot pembentangan oleh penceramah antarabangsa sepanjang di sana, masa senggang yang ada tetap dimanfaatkan untuk menyelami jiwa kota Hong Kong. “Hong Kong mempunyai kawasan persekitaran yang bersih selain perkhidmatan pengangkutan awamnya yang sangat efisien dan diiktiraf oleh pelancong. Salah satu pengisian di sini ialah kami di bawa menyantuni orang-orang tua dan memberi bantuan ringan kepada mereka”. “Polisi kerajaan Hong Kong begitu mengambil berat tentang kebajikan warga tua. Mereka yang berumur 70 tahun tahun ke atas biasanya akan diberikan tempat tinggal secara percuma dan wang belanja dalam sekitar HKD 1000-2000 sebulan. Ini dasar yang amat saya kagumi” ujar Amirul Razali. Pengalaman menarik bagi Imran pula ialah menjalankan aktiviti bersama etnik minoriti terbesar di Hong Kong. “Empat kaum minoriti yang besar di sini ialah Indonesia, Pakistan, Nepal dan Korea dan mereka ini diberikan taraf warganegara. Saya bersama 47 orang peserta yang lain [...]









