Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2015

AHMAD KEELER DILANTIK FELO KEHORMAT USIM

NILAI, 15 JAN 2015 - Pengasas kepadaThe Golden Web Foundation yang juga merupakan Felo akademik di University of Cambridge, Ahmed Keeler, dilantik sebagai Felo Kehormat Kursi Kepemimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Bin Muhammad di Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia bermula 1 Januari 2015 selama satu tahun. Menurut Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, USIM Prof Dr Zulkiple Abd Ghani, pelantikan beliau sebagai Felo Kehormat adalah signifikan dalam membantu USIM dan negara amnya untuk memperoleh input berkenaan perkembangan da’wah dan media di peringkat global. “USIM mensasarkan untuk menjadi pusat rujukan global bagi integrasi ilmu Naqli dan Aqli menjelang tahun 2025. Justeru, pelantikan Ahmad Keeler, seorang Muslim berbangsa Inggeris dan seorang tokoh terkemuka dari University of Cambridge adalah langkah penting bagi menjalin hubungan akademik dan penyelidikan bersama universiti terkemuka dunia”, ujar Prof Zulkiple. Ahmed Keeler mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman luas dalam bidang kesusasteraan dan kesenian. Beliau pernah menubuhkan Signal Gallery yang mana menghubungjalinkan antara seni, sains dan teknologi. Beliau juga merupakan pengasas The Oriental Centre, Institute of Contemporary Arts yang kemudiannya menganjurkan World of Islam Festival yang pertama di London pada November dan Disember 1971. Beliau turut mengasaskan The Golden Web Foundation sebuah  projek yang bertujuan untuk memanfaatkan teknologi Internet bagimenyampaikan maklumat dan menghubungkan masyarakat seluruh dunia berkaitan sumbangan Islam terhadap perkembangan tamadun global. Ia turut menjadi wadah kepada perbincangan bagaimana Islam boleh menyediakan penyelesaian kepada cabaran semasa di era globalisasi.Selain itu, Mr. Ahmed Keeler turut bergiat aktif dalam perkongsiannya mengenai A Reflection of An English [...]

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI USIM LANCAR ISLAMIC SPA & BEAUTY DAN KLINIK PERUBATAN KOMPLIMENTARI

NILAI, 17 Jan 2015 - Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menubuhkan Islamic Spa  & Beauty serta Klinik Perubatan Komplimentari USIM yang dijangka beroperasi pada bulan Mac nanti. Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin berkata, kos yang diperuntukkan sebanyak RM20 ribu untuk pembelian peralatan yang akan memberi  perkhidmatan seperti di salon kecantikan iaitu rawatan facial, slimming dan mandian sauna. ”Islamic Spa & Beauty akan menampilkan keunikan tersendiri dan pelanggan  tidak perlu risau tentang  penjagaan aurat atau percampuran lelaki dan perempuan, kerana tujuan klinik dan spa ini ditubuhkan adalah untuk memberikan perkhidmatan yang memenuhi tuntutan syariah kepada warga USIM dan masyarakat sekitar”. ”Penubuhan Klinik Perubatan Komplimentari adalah sebagai mengangkat  semula kaedah perubatan Nabawi dan perubatan traditional, selain mengumpulkan dan mengembangkan ilmu dan tenaga pakar perubatan komplimentari sedia ada. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti rawatan bekam sunnah, bekam klinikal, akupuntur, akupuntur Kecantikan, akupuntur Pelansingan, urutan terapeutik, rawatan tulang belakang dan rawatan Rukyah”, jelas beliau. ”Di peringkat Institut Pengajian Tinggi pula banyak kajian telah dijalankan mengenai perubatan komplimentari ini tetapi perlaksanaan servis perubatan komplimentari masih tiada.Inisiatif Pusat Kesihatan Universiti, USIM melaksanakan servis perubatan komplimentari adalah untuk meningkatkan profesionalisma dan kredebeliti Perubatan Komplimentari”, tambah beliau lagi. ”Selaras dengan perkembangan ini, saya menyeru agar semua kakitangan Pusat Kesihatan Universiti ini, bekerjakeras dan mampu memberi komitmen yang jitu dalam memberikan perkhidmatan aspek kesihatan  yang berkualiti , begitu juga dengan urusetia yang bernaung di bawah Pusat Kesihatan Universiti iaitu Urusetia Perlindungan Perubatan pelajar (U3P) yang ditubuhkan pada tahun  2010 [...]

Ekspedisi Naqli & Aqli : Kinabalu 2015

GOALS ANJUR E-PEMBELAJARAN KOLLOKIUM KALI PERTAMA

NILAI, 23 Jan 2015 - Pusat e-Pembelajaran USIM yang dinamakan Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global atau Global Open Access Learning Centre (GOAL Centre) menyahut sasaran dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) bagi membangun, melaksana dan melestarikan e-pembelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Salah satu output yang disasarkan kepada GOAL Centre adalah untuk menghasilkan e-kandungan yang unik (unique academic online content) melalui integrasi ilmu Naqli dan Aqli, agar seterusnya dapat menghasilkan satu bentuk perubahan mampan dalam proses pemindahan atau perkongsian pengetahuan dan penglibatan masyarakat (sustainable change in knowledge transfer and community engagement). Antara objektif penganjurannya adalah sebagai platform perkongsian maklumat tentang e-pembelajaran secara lebih formal dan berunsur akademik, melahirkan lebih ramai individu yang cakna dengan teknologi pembelajaran semasa dan menjadi sumber rujukan dan perbincangan berkenaan e- pembelajaran oleh warga USIM dan juga warga IPTA seluruh negara dan serantau. Proses pembudayaan dan pembangunan e-kandungan di USIM telah dimulakan melalui penganjuran pelbagai latihan berkaitan e-pembelajaran, perkongsian amalan terbaik (GOALShare), pemberian anugerah pengguna aktif platform e-Pembelajaran USIM yang dikenali sebagai GOALS, pemberian enabler, selain turut mengambil kira penggunaan teknologi dalam pendidikan sebagai salah satu kriteria kenaikan pangkat. Momentum positif ini perlu dipacukan untuk memastikan ilmu yang bermanfaat dapat diserapkan kepada warga USIM, khususnya dikala era penggunaan teknologi komunikasi dan ICT di Malaysia sedang pesat berkembang. Idea menganjurkan kolokium e-Pembelajaran di USIM diilhamkan oleh Pengarah GOAL Centre yang pertama iaitu Dr. Ernie Suzana Ali. Menurut beliau, keputusan untuk menganjurkan kolokium e-pembelajaran adalah amat selaras dengan hasrat untuk membudayakan pembangunan e-kandungan yang berlandaskan pedagogi, dan bertepatan dengan [...]

PROFESOR DR ZULKIPLE BIN ABD GHANI DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) BAHARU USIM

NILAI, 20 Jan 2015 - Prof Dr Zulkiple bin Abd Ghani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik secara rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 Januari 2015 hingga 14 Januari 2018. Kementerian Pendidikan pada sebelum ini telah bersetuju untuk melantik beliau memangku tugas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM bermula 1 September 2014 lalu apabila penyandangnya, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad telah dilantik sebagai Naib Canselor USIM pada Ogos 2014. Prof. Dr. Zulkiple, 50, anak kelahiran Kedah berkelulusan PhD dari Universiti Edinburgh (1996) dalam bidang Dakwah, Komunikasi dan Media Islam; dan Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, 1990). Kerjaya akademik beliau bermula di UKM sebagai pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM (1996-2001); Ketua Jabatan Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (1997-2003); dan Fellow Kanan Institut Islam Hadhari UKM (2007-2009). Beliau kemudiannya berhijrah ke USIM pada 2009 sebagai Profesor di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP); Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan) FKP (2010-2012) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan FKP pada 1 Mac 2012. Sepanjang berkhidmat di sini, Prof. Dr. Zulkiple telah memberi sumbangan yang signifikan kepada Universiti melalui peranan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti; ahli Senat Universiti; Ketua Jawhar bagi Ulum Islamiyyah dan Pembangunan Ummah di bawah Kluster Penyelidikan;  dan Ketua Pengarang bagi Jurnal 'Ulum Islamiyyah. Kepimpinan dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan tinggi turut diiktiraf pihak luar antaranya dilantik sebagai Ahli [...]

50 PELAJAR GENIUS ANTARA YANG TERPILIH SEBAGAI PELAJAR SULUNG KOLEJ PERMATA INSAN

NILAI, 17 Jan 2015 - Pusat PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kumpulan sulung seramai 50 orang pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat menengah Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej PERMATA Insan USIM. Kumpulan pertama ini yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan merupakan pelajar terpilih dari seluruh negara yang telah mendaftar pada 17 Januari lepas. Kumpulan sulung ini kemudiannya akan mengikuti program orientasi khas yang telah disediakan oleh Pusat PERMATA Insan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Januari 2015. Sebahagian besar pelajar ini merupakan pelajar yang telah mengikuti Program PERMATA Insan yang dilancarkan secara rasminya oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung Program PERMATA pada 12 Mac 2010 di USIM. “Kolej Permata Insan ini ada satu-satunya kolej seumpamanya di dunia ini yang menawarkan pendidikan menengah terkehadapan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli di mana lokasinya berada di dalam sebuah universiti”, Ujar Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Dato’ Dr Musa Ahmad ketika taklimatnya kepada ibu bapa dan 50 orang pelajar Kolej Permata Insan yang mendaftar pada 17 Januari 2014. Perasaan bangga jelas terpancar diwajah Dato’ Musa melihatkan kepada anak-anak cilik yang mendaftar buat pertama kalinya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama ibu-bapa masing-masing. Menurut Pengarah Pusat PERMATA Insan, Prof. Datuk Dr Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, matlamat PERMATA Insan adalah untuk menjana cendekiawan Islam di kalangan anak-anak Islam  yang boleh dibanggakan. Justeru, pada tahun 2010 penaung PERMATA melihat potensi yang amat baik [...]

KEMENTERIAN PENDIDIKAN IKTIRAF USIM DENGAN STATUS AUTONOMI

NILAI, 16 Jan - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan membanggakan di awal jendela tahun baharu 2015 apabila menerima pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penganugerahan status autonomi kepada Universiti ini. Ia menjadikan USIM antara 12 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setakat ini yang menerima status autonomi daripada Kementerian. Penyampaian watikah autonomi ini disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan kepada USIM yang diterima oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin bersama Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi tadi. USIM pada 2011 telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan bersama UKM dan USM sebagai universiti projek perintis (pilot project) untuk pengauditan autonomi sebelum dasar ini dilaksanakan. Pengalaman yang diambil semasa terlibat dalam projek rintis ini menjadikan USIM membuat persiapan terbaik dan menyeluruh apabila pengauditan sebenar (audit kedua) dijalankan oleh KPM. Status autonomi diberikan apabila sesebuah IPTA melepasi penilaian tahap kesediaan autonomi melebihi skor 85% dalam komponen tertentu yang dinilai. “Autonomi ini ialah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu kita tunaikan selepas ini. Universiti harus lebih peka dan berusaha keras kerana pihak Kementerian akan sentiasa memantau untuk memastikan kita sentiasa memenuhi kriteria yang ditetapkan. Oleh itu, semua kaitangan USIM dipelbagai peringkat perlu memberi perhatian kepada autonomi ini kerana apabila ia berhasil akan memberi banyak faedah kepada Universiti,” ulas Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Abdul [...]

KOLEJ PERMATA INSAN USIM BAKAL TERIMA 50 PELAJAR PERTAMANYA

NILAI - Pusat PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menerima kumpulan sulung seramai 50 orang pelajar berusia 13 tahunyang akan mengikuti pengajian peringkat menengah Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej PERMATA Insan USIM. Kumpulan pertama ini yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan merupakan pelajar terpilih dari seluruh negara akan mendaftar pada 17 Januari (Sabtu) ini. Kumpulan sulung ini kemudiannya akan mengikuti program orientasi khas yang telah disediakan oleh Pusat PERMATA Insan selama empat hari bermula 17 hingga 20 Januari 2015. Sebahagian besar pelajar ini merupakan pelajar yang telah mengikuti Program PERMATA Insan yang dilancarkan secara rasminya oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung Program PERMATA pada 12 Mac 2010 di USIM. Program PERMATA Insan yang diamanahkan kepada USIM untuk dilaksanakannya merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program PERMATA yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri seperti PERMATA Negara, PERMATA pintar dan PERMATA Seni. Program ini merupakan strategi menjana cendekiawan Islam dari bakat anak-anak kecil pintar dari seluruh Malaysia seawal usia 8 tahun. Kanak-kanak yang terpilih seterusnya akan mengikuti kurikulum khas Permata Insan yang mengandungi empat (4) komponen penting iaitu Modul Pintar al-Quran dan al-Sunnah, Modul Bahasa Arab, Modul Bahasa Inggeris dan Modul Pembangunan Insaniah sehingga berusia 12 tahun. Program PERMATA Insan dirancang bagi memartabatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan amalan kehidupan seharian serta merupakan satu usaha yang khusus untuk melahirkan Muslim Nobel Laureates danFuture Leaders yang berpersonaliti Al-Abrar (Noble) dalam bidang sains dan teknologi serta mampu mengintegrasikan [...]

Go to Top