Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2014

UNIT KEBUDAYAAN REALISASI MODUL SENI BUDAYA

NILAI, 16 Feb 2014 - Penghasilan dan pembukuan Modul Seni Budaya Unit Kebudayaan (UK) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sains Islam Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai usaha berterusan dan jitu UK  dalam menyelaras dan menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran Urus Setia Kesenian Pelajar USIM. Bengkel Penyediaan Modul Seni Budaya 2014 yang melibatkan 13 buah kumpulan kesenian tersebut dikelolakan sepenuhnya oleh Unit Kebudayaan BHEP USIM telah berjaya dihasilkan melalui komitmen tinggi oleh 13 orang Pengajar Seni Budaya professional yang bertempat di Galeri BHEP USIM pada 15 dan 16 Februari yang lepas. Program yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif  UK dalam memperkasa kualiti pembelajaran dan pengajaran setiap genre kesenian terpilih seperti  Dikir Barat, Teater, Muzik, Tarian Tradisi, Nasyid, Qasidah dan Taranum, Penulisan Kreatif, Cak Lempong, Pengurusan Acara, Koir, Perkusi, Seni Khat dan Seni Lukis. Selain langkah penyeragaman, bengkel ini juga turut membincangkan penetapan Petunjuk Pencapaian Tahap Prestasi (KPI) bagi setiap latihan kumpulan kesenian. UK dilihat telah mengambil tindakan progresif sebagai persediaan awal ke arah penubuhan Pusat Kebudayaan di kampus tetap itu tidak lama lagi, dan seramai 13 orang Pengajar Seni Budaya professional ini juga telah menerima surat pelantikan secara rasmi yang telah ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM untuk melatih kesemua kumpulan didalam Urus Setia Kesenian Pelajar yang terlibat. Selain itu, turut dijemput Dato’ Drs. Rafie Hj. Mohamad, Ketua Pusat Kebudayaan, UKM bagi mengisi slot yang bertajuk “Pembangunan Seni Budaya; Menilai ke Arah Keberkesanan Perancangan Aktiviti” dan disusuli [...]

PELAJAR PERUBATAN ANJUR KARNIVAL KESIHATAN ISLAM DEKATI MASYARAKAT GEMENCHEH

GEMENCHEH, 16 Feb 2014 –Dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat, seramai 26 pelajar tahun 4, posting kesihatan masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  telah menganjurkan program Karnival Kesihatan Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Gedok, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 16 Februari yang lepas. Karnival ini mendapat sambutan baik dari penduduk setempat dan seramai lebih 60 orang yang telah menjalani saringan kesihatan. Karnival anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gedok dan Klinik Kesihatan Daerah Tampin ini merupakan program intervensi kesihatan lanjutan hasil kajian komuniti yang telah diadakan selama 2 minggu tentang penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Menurut pengarah program Ahmad Ayatullah bin Che Razali, karnival ini adalah inisiatif bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk kampung bagi mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit ini serta menjelaskan mengenai isu-isu perubatan yang berlandaskan Islam seperti fikah perubatan Islam dan solat ketika sakit. “Hasil kajian yang dibentangkan, kami lakukan intervensi kesihatan kepada penduduk kampung Gedok agar dapat membendung penyakit tidak berjangkit ini daripada menjadi lebih kronik”, tambah beliau. Selain mendapat pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma dan khidmat nasihat oleh pakar perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu acara senamrobik, sukaneka, kempen derma darah, pameran kesihatan oleh Klinik Kesihatan Daerah, dan pameran oleh agensi Jabatan Pertahanan awam. Slot ceramah agama bertajuk ‘Fikah Perubatan Islam’ turut dibawakan kepada para pengunjung oleh Ustaz Azhar bin Yahya, Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan, Kolej Universiti Islam Zulkifli [...]

PRAGMATIS : REKREASI BUKIT BROGA CAPAI MATLAMAT

SEMENYIH, 15 Feb 2014 – Mengisi cuti hujung minggu dengan aktiviti rekreasi alam yang menyihatkan serta mengeratkan lagi hubungan kerja berpasukan sesama rakan sekerja, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan aktiviti menawan puncak Bukit Broga yang terletak di bahagian timur Pekan Semenyih, Selangor. Program ini disertai seramai 30 orang ahli PRAGMATIS yang turut bersama membawa ahli keluarga masing-masing. Pendakian ke puncak yang bermula jam 6.30 pagi turut disertai Pengurusan Universiti iaitu Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Mengambil masa kira-kira satu jam pendakian ke puncak, Aktiviti rekreasi sebegini juga menjadi ruang yang terbaik untuk para peserta menghayati keindahan alam semulajadi disamping menjadi terapi minda yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti semasa bekerja. Bukit Broga yang berketinggian 400 meter dari aras laut ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran para pengunjung dari dalam dan luar negara terutamanya pada cuti hujung minggu untuk menawan  puncaknya. Lokasinya yang berdekatan dengan USIM serta mudah diakses dari jalan raya utama, menjadikan ia destinasi pertama dipilih untuk menjayakan agenda PRAGMATIS yang lebih besar. “Kita menyahut cabaran Universiti untuk membawa Bendera USIM ke puncak Gunung Kinabalu. Justeru itu, pendakian Bukit Broga ini merupakan pendedahan awal kepada para ahli semua akan cabaran yang perlu ditempuh apabila ingin merealisasikan misi Menawan Gunung Kinabalu kelak. Ketahanan fizikal, stamina, mental dan kerja berpasukan akan lebih teruji di sana nanti dan pendakian hari ini adalah satu bentuk latihan awal yang berkesan” kata Saudara Mohd Fauzi Amirudin, Penolong Bendahari USIM [...]

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI BAKAL ANJUR i-FEST 2014

NILAI, 18 Feb 2014 – Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (SEKREFAST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menganjurkan buat julung-julung kalinya, Islamic Festival of Science and Technology (i-FEST) 2014 bertempat di Tapak Pusat Kemudahan Pelajar USIM bermula 24 Februari hingga 1 Mac 2014 ini. Penganjuran Festival yang bertemakan ‘Legacy of Golden Age’ ini bertujuan untuk memaparkan perkembangan dan penemuan berkaitan sains dan teknologi  yang seiring dengan Islam serta pada masa sama menonjolkan zaman kegemilangan cendiakawan Islam dalam penguasaan ilmu dan teknologi pada masa lalu seperti dalam bidang astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain lagi. Membawa konsep pameran, seminar, keusahawanan dan interaktif, pelbagai pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung sertai antaranya Karnival Sains Teknologi Islam ; Konsert Amal ‘Stairway to Heaven’ bersama beberapa artis terkenal seperti Fitri Haris UNIC, Syam Kamikaze dan Priakustik ; Young Daie Award bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat ; Bicara Mahasiswa Cakna; Bicara Usahawan Kampus ; Hari Siswi dan Minggu Keusahawanan. Selain itu, para pengunjung turut dapat merasai peluang melakukan uji kaji sains sendiri di bawah selian pelajar Fakulti Sains dan Teknologi. Beberapa badan dan institusi luar turut terlibat dalam memeriahkan pengisian sepanjang Festival ini berlangsung seperti Petrosains, Muzium Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Sains Muslim Malaysia (PERINTIS) dan Seni Khat Warisan Kita di bawah Yayasan RESTU. Program Festival ini juga merupakan salah satu pengisian sempena Sambutan 10 Tahun Fakulti Sains dan Teknologi USIM yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Pihak [...]

USIM TERTARIK KENALI PENDEKATAN WAKAF JIWA OLEH PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR

GONTOR, 31 Jan 2014 - Lawatan Penanda Aras oleh Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terlaksana setelah sesi pertemuan bersama Warga Institut Studi Darussalam (ISID), Pondok Modern Gontor dan Rumah Sakit JIH Yogyakarta, Indonesia diraikan dan disambut baik oleh mereka. Melewati hari-hari indah selama 5 hari 4 malam bermula pada 30 Januari 2014 hingga 3 Februari 2014 sangat memberi pengisian bermakna dan impak berkesan buat seluruh delegasi USIM seramai 24 orang yang diketuai oleh Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Asma Ismail. Lawatan kerja ke ISID yang merupakan rakan strategik USIM serta hospital di bawah kelolaan Universitas Islam Indonesia (UII) iaitu Rumah Sakit JIH, Yogyakarta mempunyai misinya tersendiri. ISID yang bersifat mandiri ini telah menarik minat Naib Canselor USIM untuk mempelajari aspek pembangunan dan pengurusan institut yang ditadbir menerusi pembiayaan wakaf serta penjanaan kewangan dari perusahaan yang dijalankan sendiri oleh pelajar di universiti berkenaan. JIH Hospital yang merupakan hospital swasta dijalankan oleh Badan Wakaf Universitas Islam Indonesia (BW UII).  Konsep yang didukung oleh USIM yang diketengahkan oleh JIH Hospital untuk membangun taraf hidup masyarakat yang sihat dengan memberi khidmat layanan yang mematuhi syariah dan nilai-nilai Islam serta teknologi terkini menuntut delegasi USIM mempelajari sedikit sebanyak ilmu baharu.  Ia bertepatan dengan perkembangan USIM kini yang bakal menguruskan Klinik Pakar Kesihatan USIM yang dikendalikan oleh doktor pakar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM serta Pusat Hemodialisis setelah Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf USIM menerima RM3.5 juta daripada pihak MAINS. Selain untuk mengukuhkan kerjasama dua hala antara [...]

KOLEJ PERMATA INSAN UNTUK CENDEKIAWAN CILIK USIM AKAN TERLAKSANA

NILAI, 5 Februari 2014 – Suatu pencapaian yang membanggakan apabila Pusat PERMATA Insan telah berjaya merealisasikan hasrat membangunkan sebuah sekolah dalam kampus iaitu Kolej PERMATA Insan.  Tujuan penubuhannya adalah untuk memperkembangkan potensi minda bakat pelajar Islam pintar yang berbakat dalam suasana pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif. Tanggal 13 Januari 2014 merupakan tarikh pemilikan tapak oleh kontrak utamanya iaitu Panji Maju Sdn. Bhd. Sempena pembinaan Kolej PERMATA Insan, majlis doa selamat telah diadakan dengan kerjasama di antara Pusat PERMATA Insan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan Panji Maju Sdn. Bhd.  Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan memohon keberkatan agar segala perancangan dan pelaksanaan projek ini dapat berjalan dengan lancar. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Asma  Ismail, Naib Canselor USIM, Pengurusan Tertinggi USIM, wakil semua Program PERMATA, wakil perunding-perunding pembangunan kolej dan turut hadir adalah YBhg. Datuk Saidatu Akhma Hassan, Setiausaha Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Md Yunus Abd. Aziz dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FPQS) dan disusuli dengan ucapan oleh setiap wakil penganjur. Ybhg. Prof. Dato’ Naib Canselor dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha dan sumbangan semua pihak dalam merealisasikan hasrat ini terutamanya kepada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA. “Saya berharap agar penubuhan Kolej PERMATA Insan di dalam kampus ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi di samping mempercepatkan proses kematangan dan pembelajaran.  Ini ada seiring dengan usaha USIM bagi melahirkan para [...]

SISWA USIM SANTUNI MINORITI ISLAM JEPUN

JEPUN, 29 Januari 2014 - Program khas pengantarabangsaan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membuka ruang kepada para mahasiswa untuk memberi khidmat kepada masyarakat khususnya komuniti muslim di luar negara yang dinamakan Global Islamic Student Outreach (GISO) melebarkan kembaranya ke negara matahari terbit, Jepun baru-baru ini. Dalam Program GISO kali ini, Jawatankuasa Kebajikan Siwa/i (JAKSA) Kolej Kediaman 1 USIM telah menyahut cabaran untuk mengadakan program khidmat komuniti di negara yang terkenal rakyatnya dengan budaya membaca dan menepati masa selama 7 hari bermula 23 hingga 29 Januari 2014 lalu. Program yang dinamakan ‘Jaulah Mahabbah ke Bumi Sakura’ telah disertai seramai 16 orang peserta. Menurut Encik Ahmad Faiz Bin Aziz, Felo Kolej Kediaman 1 yang bertindak selaku pengawai pengiring, pelbagai pengisian diatur bersama masyarakat minoriti Muslim di sana antaranya diskusi dakwah, pertukaran budaya, kelas qasidah, aktiviti bersama anak-anak muslim, perkongsian ilmu serta aktiviti silaturrahim di setiap masjid yang dikunjungi seperti Masjid Tokyo (Camii) dan Masjid Otsuka. Dalam satu kunjungan ke sebuah tadika Islam yang terletak di Bandar Otsuka yang dinamakan Islamiyyah Kindergarten School, peserta diberi peluang oleh guru-guru tadika untuk turut sama dalam aktiviti pengajaran pendidikan Islam bersama kanak-kanak di situ menggunakan ‘flash-card’. Tadika yang telah dibina sejak 8 tahun yang lalu hasil inisiatif komuniti Islam disana menempatkan kira-kira 20 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak masyarakat Jepun dan sebahagian kecil anak-anak rakyat Malaysia, Pakistan dan Indonesia. Bagi Siti Raudhah Mohd Azmin selaku Pengarah Program, kunjungan mereka ke Jepun turut menarik perhatian Stesen Fuji TV, stesen telivisyen terkemuka di Jepun apabila [...]

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA KEJOHANAN SUKIPT 2014

Majlis Penyerahan Bendera kepada ketua kontinjen sempena  Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)  2014 di Pusat Pavillion USIM dihadiri seramai 80 atlet  yang akan berentap di padang UITM pada 3 hingga 16 Februari 2014 ini. USIM akan bertarung  dalam lapan (8) daripada dua puluh empat (24) acara yang dipertandingkan iaitu taekwando, silat, bola tampar, memanah, tenis, rugby, bola jaring dan bowling padang. Prof Dato’ Dr Asma Ismail memberi kata-kata semangat kepada kontinjen USIM supaya mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, walaupun USIM datang dari jumlah yang kecil. “ Tunjukkan sifat-sifat yang baik kerana ia melambangkan keperibadian pelajar USIM yang datang dari universiti berteraskan pengajian Islam, berucap beliau pada Majlis Penyerahan Bendera kepada En Ekmal Buhary selaku ketua kontinjen USIM. Turut hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Prof Dato’ Dr Asin Dollah dan Pengarah Pusat Sukan En Hamran Husin. Disediakan oleh Noorumaina Mohamed Yunus Penolong Pegawai Media

IHRAM KONGSI KEPAKARAN PENGURUSAN HALAL BERSAMA AHLI PERNIAGAAN PAKISTAN

SEPANG, 27 Jan 2014 -  Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama United States Agency for International Development (USAID) menganjurkan program Latihan Halal Meat Production and Marketing bagi berkongsi kepakaran dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan dan pemasaran daging halal. Program ini melibatkan lapan  peserta dari negara Pakistan yang terdiri daripada pemilik perusahaan daging, telah diadakan di Hotel Sama Sama KLIA sepang pada 27 sehingga 31 Januari 2014. USAID merupakan Institusi kerajaan Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan dari segi kewangan dan juga perundingan dalam membangunkan negara dunia ketiga dan juga negara Timur Tengah. Mubashra Mukadas, wakil pemerhati USAID berkata, USIM dipilih berdasarkan kepakaran yang ada di universiti ini. “USIM adalah institusi latihan pertama yang dipilih dari Malaysia. Melalui proses bidaan oleh USAID dan World Learning Pakistan, IHRAM USIM telah dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam industri produk halal untuk memberi latihan bagi tujuan membina kemahiran teknikal dan pengetahuan dalam pasaran produk halal”, tambah Mubashra. Menurut Mubashra, Pakistan merupakan pengeluar ke-19 terbesar daging di dunia yang mencakupi kira-kira $ 115,000,000, terdiri daripada 60 juta ekor lembu, 55 juta kambing dan biri-biri, dan 30 juta kerbau yang dieksport ke Timur Tengah dan Asia Tengah. Namun, produk daging dari Pakistan masih tidak mematuhi syarat seperti yang digariskan oleh Badan Pensijilan Halal iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Pengarah Program, Dr. Mohd Nazmi Bin Abd Manap selaku Timbalan Pengarah IHRAM, program latihan ini bertujuan memberi pendedahan dari segi pemahaman dan pengetahuan secara teknikal dan praktikal selain pendedahan tentang pasaran [...]

USIM-BIONAS JALIN KERJASAMA BANGUNKAN PUSAT KECEMERLANGAN BERASASKAN TEKNOLOGI NANO-EMULSI DAN POLARISASI

NILAI, 28 Jan - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadi universiti terkehadapan bagi memartabatkan Sains Islam ke peringkat global melalui hubungan kerjasama dengan Bionas Agropolitan Technology Corridor (BATC) Development Bhd, salah sebuah syarikat terbesar dunia di dalam industri minyak bio yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Konsep dan teknologi oleh BIONAS mewujudkan kerjasama ini dimeterai melalui Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA)  di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan BATC Development Berhad (BATC) bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Teknologi Nano-Emulsi dan Polarisasi di USIM. Pusat Kecemerlangan ini adalah yang pertama di dunia berteraskan kepada pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan bagi membolehkan Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi teknologi-teknologi baru dan inovatif. Kerjasama ini menjadikan USIM sebagai rakan kongsi strategik kepada BATC Development Bhd, dan sebagai tempat latihan yang turut akan menyumbang ke arah pemindahan Teknologi Nano-Emulsi dan Teknologi Polarisasi serta melatih ahli-ahli Fakulti terpilih sebagai perintis kepada teknologi tersebut. “Dalam usaha mengintegrasikan  ilmu Naqli dan Aqli, USIM akan meneroka sumber-sumber semulajadi yang terdapat di Malaysia dan kawasan sekitarnya yang mungkin menjadi bahan alternatif kepada Jatropha Curcas bagi menghasilkan bahan api tambahan dengan menggunakan teknologi ini,” ucap Prof Dato Dr Asma Ismail. BATC Development Berhad dengan tanda dagangan “BIONAS” adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di California merupakan syarikat terbesar dunia di dalam industri minyak bio berasaskan sejenis tanaman, Jatropha Curcas dengan cawangan operasi dan pemasaran di 40 buah Negara. Kesemua 8 jenis produk bio bagi diesel, petrol, heavyfuel, jetfuel dan lubricant telah diluluskan oleh badan dan [...]

Go to Top