Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2014

KELAB WARDAH LAWAT KANAK-KANAK DI WAD PEDIATRIK HOSPITAL SEREMBAN

SEREMBAN – Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan, Universiti Sains Islam Malaysia (Kelab Wardah USIM) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 18 orang ahli Kelab Wardah dan diketuai oleh Pengerusi Kelab, Datin Salmi Abd. Rahman. Menurut Puan Nor Haizan Shaari, Exco Biro kebajikan Kelab Wardah, lawatan ini diadakan dengan hasrat untuk menzahirkan rasa prihatin ahli Kelab Wardah terhadap keadaan sukar yang sedang dihadapi oleh para pesakit dan keluarganya sepanjang berada di hospital. Kunjungan ahli Kelab Wardah beserta sedikit sumbangan yang dihulurkan kepada 56 orang pesakit di Wad itu diharap akan dapat menggembirakan kanak-kanak di Wad tersebut terutama bagi yang perlu menjalani rawatan untuk jangka masa yang panjang. Melalui perkongsian pengalaman bersama para penjaga kanak-kanak di wad tersebut juga diharap akan turut memberikan kesedaran kepada ahli yang menyertai lawatan akan kepentingan penjagaan kesihatan anak-anak dan penyakit-penyakit yang mungkin dihidapi oleh kanak-kanak. Disediakan oleh: Nor Azzah Momin Penasihat Kelab Wardah USIM

IHRAM KERJASAMA DENGAN IPPJ DAN KPDNKK ANJUR PROGRAM HALAL NEGERI SEMBILAN 2014

NILAI, 17 DIS - Memandang serius kepada sensitiviti isu halal haram sesuatu makan pada masa kini, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dengan kerjasama Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Halal Negeri Sembilan 2014 pada 17 Disember 2014 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Bertemakan “Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan” beberapa objektif telah digariskan antaranya, bagi meningkatkan kefahaman, keperluan dan kepentingan standard, penguatkuasaan dan Pematuhan Pensijilan Halal, mewujudkan jaringan dan peluang pasaran kepada pengusaha dalam pembangunan perniagaan industri halal dan memberi pendedahan maklumat dan kesedaran tentang keberkatan bines halal melalui amalan berzakat dan berwakaf. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) USIM, pada masa kini lebih dari separuh pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Hal ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam mula mengambil berat akan keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal. ”Justeru, umat Islam seharusnya mempunyai sensitiviti untuk membangunkan perusahaan bagi memenuhi keperluan pengguna Islam tanah air”. Sekiranya sesuatu produk makanan itu dibangunkan sendiri oleh umat Islam, secara tidak langsung keyakinan pengguna terhadap status halal sesuatu produk makanan itu akan lebih dipercayai, jelas Dato’ Mustafa dalam ucapan perasmian beliau. Program ini telah disertai oleh lebih 280 penyertaan terdiri daripada pelbagai industri, pengusaha makanan, pembekal dan pelajar. Sebanyak lima kertas kerja yang telah dibentangkan antaranya dari JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Syarikat QSR Brands Holdings Sdn Bhd, [...]

KUMPULAN ATRA PERTARUH NYANYIAN MAUT SERTAI MAKUM 2014

NILAI, 13 Nov - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar pasukan teater universiti melalui skrip Nyanyian Maut untuk menyertai pertandingan teater yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini. Kumpulan yang diberi nama ATRA ini merupakan Urus Setia Kesenian Pelajar Pusat Kebudayaan USIM. Mendapat bimbingan Eliza Mustafa salah seorang tenaga pengajar di ASWARA, manakala karya teater dihasilkan sepenuhnya oleh Tewfik Al-Hakim. Menurut Azizul Azhar pengarah Nyanyian Maut skrip yang diambil merupakan hasil daripada perbincangan ahli kumpulan teater sendiri, dan skrip Nyanyian Maut telah dipilih walaupun mempunyai cabaran yang berat dalam melakonkan watak yang penuh dengan emosi.” Menjalani latihan selama hampir 2 minggu lalu, watak utama Nyanyian Maut telah dimainkan oleh Nadzirah yang memegang watak sebagai Asakir. Manakala watak sampingan dilakonkan oleh Azizul Azhar sebagai Alwan, Liyana sebagai Mabrouka dan Husaini sebagai Sumeida. Nyanyian Maut mengisahkan penantian seorang ibu (Asakir) yang menunggu kepulangan anaknya (Alwan) selepas 17 tahun tetapi kepulangan anaknya itu atas sebab dan tujuan tersendiri. Alwan telah menjadi harapan untuk menuntut bela atas kematian arwah bapanya yang dikatakan berpunca dari pergaduhan antara keluarga Suweilam Tahawi dan keluarga Azizi. Seramai 30 peserta yang terlibat sepenuhnya untuk menjayakan pertandingan tersebut yang diadakan di Universiti Malaya(UM). Selain USIM, antara IPTA lain yang terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), dan Universiti Malaysia (UM) yang mewakili zon tengah. Disediakan Oleh: EB: Nur Afiradina Arshad Dikemaskini oleh : PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : [...]

TUAH “ORIGAMI” JULANG NAMA USIM DI USM

GEORGETOWN, 17 Dis - Empat orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mewakili universiti ke pertandingan 3rd Creative Visual Awards di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ternyata tidak pulang dengan tangan kosong apabila menggondol kategori 'Creative Media Award' melalui video pendek kreatif mereka berjudul Origami. Pertandingan yang memasuki edisi ketiga  dianjurkan oleh USM  ini terbuka kepada pelajar-pelajar universiti dalam dan luar negara. Sebanyak 12 video yang disenarai pendek oleh panel juri untuk merebut beberapa anugerah yang dipertandingkan antaranya adalah Creative Idea Award, Best Cinematography, Best Visual Effects, Best Editing, Jury Prize, Best Documentary dan Best Drama. Kumpulan pelajar USIM ke pertandingan ini menggelarkan diri mereka sebagai Light Motion Production terdiri daripada Zainal Hakim Zakaria, Aiman Nasaruddin, Ahmad Hafiz Mislachuddin, Fairus Abdul Manaf, Maisarah Mohammad, Mohammad Nor Amin Jamaluddin, Jasmi M. Zain dan Muhammad Safuan Fadzil. Melalui tuah Origami, mereka membawa pulang hadiah berupa baucer buku bernilai RM 500, piala dan sijil penghargaan. Menurut Aiman Nasaruddin, yang bertindak sebagai penyunting video, mereka sendiri tidak menyangka dengan kemenangan ini kerana video-video yang dipertandingkan pada pertandingan tersebut hebat belaka. "Light Motion Production telah menghantar tiga video ke pertandingan ini, Alhamdulillah dua daripadanya telah disenarai pendek untuk majlis anugerah tersebut iaitu Origami yang mengisahkan mengenai pelajar sekolah yang menghidap penyakit Disleksia dan Dua Lebih Baik  yang menonjolkan kisah seorang lelaki yang melakukan pengorbanan di dalam pengorbanan". Antara video yang dipertandingkan adalah 50 Lorek Mawar Merah, Halus, Human Nature, Leleh, Nota, Origami, Potong, Shortcut, The Clock tower Conspiracy dan Traditional Wooden Shoes. Disediakan [...]

DR HAZMI KONGSI KEPAKARAN UNDANG-UNDANG LAUT ANTARABANGSA BERSAMA AHLI AKADEMIK RUSIA

NILAI, 12 Dis – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, 32 telah dijemput sebagai Profesor Pelawat di Far Eastern Federal University (FEFU), Vladivostok, Russia bermula 11 hingga 16 Disember 2014. Pemilihan dan jemputan kepada Dr Hazmi oleh Far Eastern Federal University dibuat baru-baru ini adalah atas kapasiti beliau yang memiliki kepakaran akademik dalam undang-undang laut antarabangsa. Selain bertugas sebagai pensyarah undang-undang di USIM, kepakarannya dalam bidang ini memberi peluang kepadanya dilantik sebagai Penyelidik Bersekutu Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Penyelidik Bersekutu Pasca-kedoktoran Australian National Centre for Ocean Resources and Security, University of Wollonging, Australia. Menurut Dr. Hazmi, sambutan dan layanan yang diberikan oleh pihak Universiti berkenaan kepada beliau amat baik apabila segala kos penerbangan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh FEFU. Ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada kepada kepakaran ahli akademik Malaysia umumnya dan USIM khususnya. Sepanjang berada di FEFU, kepakaran beliau dalam undang-undang laut antarabangsa khususnya berkaitan pelayaran dan navigasi menerusi Selat bagi pelayaran antarabangsa terutamanya di Selat Melaka menjadi perhatian untuk dikongsi oleh ahli akademik dan pelajar. Sebanyak dua siri syarahan akan dikendalikan beliau yang bertajuk ‘Law of the Sea Convention 1982 (LOSC) and its Implication on South East Asia’ dan ‘The Legal Status of the Straits of Malacca and Singapore : Balancing Shipping and the Protection of the Marine Environment’ yang dihadiri oleh para professor dan pelajar di sana. Selain itu, beliau juga diminta untuk menjalankan beberapa siri kuliah bagi pelajar Sarjana [...]

JABATAN KESELAMATAN USIM, JKJR DAN PLUS ANJUR KEMPEN TINGKAT KESEDARAN PATUH KESELAMATAN JALAN RAYA

NILAI, 18 DISEMBER - Kempen Keselamatan Jalan Raya / Lebuhraya dan Long Short Walk Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2014 yang dianjurkan secara bersama oleh JKJR Negeri Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), PLUS dan Hino Motors Manufacturing (M) Sdn Bhd bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Muamalat berjaya mencapai matlamatnya untuk menyampaikan mesej keselamatan jalan raya kepada golongan sasaran terutamanya kakitangan USIM dan pelajar. Program seumpama ini merupakan kerjasama pertama kali dianjurkan bersama dengan pihak PLUS manakala program perjalanan selamat / program long short walk merupakan kali kedua susulan daripada Program Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) dan Pertukaran Topi Keledar Sumbangan SIRIM QAS International yang telah diadakan di USIM pada 29 Ogos lepas. Melalui penganjuran kempen ini, aktiviti mempromosikan kempen-kempen keselamatan seperti slot ceramah, mengadakan advokasi bertindak sebagai medium untuk menyalurkan mesej keselamatan jalan raya kepada pelajar dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. “Ceramah yang dijemput khas daripada pihak MIROS disusuli dengan program perjalanan selamat/long short walk yang mana aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan bagi JKJR. Keunikannya adalah pelajar akan berjalan bersama-sama diiringi pihak berkuasa seperti pihak polis dan JPJ dengan membawa mesej-mesej keselamatan jalan raya atau sepanduk menunjukkan kempen positif untuk menyedarkan masyarakat secara amnya,” ujar Pengarah JKJR Negeri Sembilan, Yang Berusaha Puan Zaitun Iffah Hamid. "Kita juga mempunyai misi untuk dijayakan iaitu Sifar Kematian. Sekurang-kurangnya tidak berlaku kematian akibat kemalangan jalan raya walaupun kita tidak dapat mengelakkan," ucap YB Dato’ Haji Ismail bin Lasim, EXCO Perpaduan dan Integrasi Nasional [...]

HUSAINI MAHMUR WAKILI MALAYSIA KE PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI TEHRAN, IRAN

NILAI, 19 Dis - Pelajar Universiti  Sains Islam Malaysia (USIM), Saudara Mohamad Husaini Mahmur, 22 dipilih mewakili Malaysia ke 5th International Holy Quran Competition for Muslim Student bertempat di Milad Tower, Tehran Iran pada 1 hingga 4 Januari 2015 ini. Mohamad Husaini merupakan pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), juga salah seorang Urus Setia Keseniaan Pelajar Pusat Kebudayaan USIM. Dalam pada itu, Encik Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan menyifatkan dengan adanya latihan intensif bersama tenaga pengajar akan dapat mempersembahkan bacaan dengan baik di samping menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk menaikkan imej USIM di mata dunia. Pertandingan anjuran Iranian Academics Quranic Activities Organization ini melibatkan peserta remaja berusia 25 tahun kebawah daripada 50 negara antaranya Azerbaijan, Bosnia, Mesir, Syiria dan Amerika Syarikat mengadakan jemputan kepada Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). "Saya mengucapkan terima kasih kepada JAKIM di atas pemilihan saya untuk mewakili Malaysia. Dipilih mewakili negara ke pertandingan ini adalah sesuatu yang saya tidak sangka dan pastinya saya akan berusaha yang terbaik", ulas beliau selepas majlis amanat ringkas bersama Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad pada Khamis sebelum berlepas ke Iran pada 30 Disember ini. Sebagai persediaan ke pertandingan ini, beliau akan dibimbing oleh Ustaz Anuar Hasin, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM yang juga merupakan Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2013 dan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Asean 2014 serta juara Program Akademi Al-Quran (AQ) Musim Kedua. Ustaz Annuar Hasin turut bersama beliau sebagai Pegawai [...]

USIM, UIAM DAN UNISZA ANJUR DISKUSI MEJA BULAT BERKAITAN PROJEK WAKAF

NILAI, 4 Dis - Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW), Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya menganjurkan Diskusi Meja Bulat antara USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan tema Peningkatan Kesedarandan Pembangunan Projek Wakaf. Program yang telah dijalankan di Dewan Senat, Bangunan Canselori pada 4 Disember 2014 ini telah menarik minat seramai 60 orang peserta yang meliputi pelbagai agensi dan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia seperti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Negeri Johor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)dan Yayasan Universiti Multimedia. Program yang diadakan selama sehari ini telah menjemput tokoh korporat, Y.Bhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim, yang merupakan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) sebagai pemberi ucaptama dengan tajuk “Global Resurgence of Interest on Waqf: Locking Opportunities”. Antara pembentang-pembentang lain adalahY.Brs.Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din, Ahli Lembaga Pengarah UniSZA ;Y.Brs.Hj. Mohammad Shamsul Azhar Mohd Yusof, Pengarah Islamic Endowment Fund IIUM; Y.Brs. Prof. Madya Dr. Asma Abdul Rahman, Penyelaras PPPW danY.Brs. Dr. Fuadah Johari, Penyelaras PPPW. Bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti kaedah memasyarakatkan budaya bersedekah, “culture of giving”. Selain itu,objektif diskusi meja bulat ini adalah untuk mengenalpasti cabaran dan jalan penyelesaian dalam mengaplikasikan pengurusan wakaf di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Pengarah PPPW, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Haji Alias telah mempengerusikan sesi Diskusi Meja Bulat disebelah petang yang membincangkan temaPeningkatan Kesedaran dan Pembangunan Projek Wakaf. Banyak persoalan dan input telah dikemukakan oleh peserta Diskusi Meja Bulat ini. Antara pandangan yang disampaikankan; Islam memberi dua institusi [...]

SMED 2014 BINCANG PERANAN MEDIA DAN DAKWAH

NILAI, 9 DIS 2014 - Seminar Media dan Dakwah (SMED2014) anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan bermula 9 hingga 10 Disember berlangsung dengan jayanya.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Yahya Mohamed Ariffin, selaku Pengarah program dan tetamu jemputan khas sebagai ucaptama YBhg. Datuk Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute yang juga Karyawan Tamu program komunikasi USIM. Bertemakan “Dakwah Media Baharu: Cabaran dan Masa Hadapan”, seminar ini membincang dan mengupas isu-isu baharu yang berkait rapat dengan komunikasi, media dan dakwah. Sebanyak lebih 50 kertas kerja yang dibentangkan yang terdiri dari pelbagai IPTA seperti UM, UKM, UUM DAN USM. Ia turut melibatkan tenaga pengajar, pelajar dan agensi luar bagi menyuarakan pandangan dan merenung cabaran dan peluang yang disediakan oleh media terutamanya media baharu seperti facebook, twitter sebagai platform menyampaikan maklumat mengenai Islam. Prof. Madya Dr. Yahya dalam ucapannya berkata, seminar SMED ini  memberi pendedahan terbaik dan mengangkat prinsip dan konsep komunikasi Islam yang menjadi bidang tujahan utama kepada pelajar-pelajar program komunikasi USIM khususnya dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan komunikasi media. Hal ini selari dengan visi dan misi USIM iaitu mempelopori integrasi ilmu Naqli dan Aqli. “Keunikan latar belakang pelajar USIM adalah mereka yang rata-ratanya datang dari aliran pendidikan agama, justeru diharap graduan komunikasi yang lahir dari USIM ini adalah pelajar yang mantap dalam akademik dan baik dalam akhlaknya jua”, jelas Prof Yahya. Secara kesimpulan, seminar ini diharapkan menjadi ruang interaksi dan integrasi antara bidang dakwah, media dan komunikasi serta mampu mencetuskan inspirasi [...]

FAKULTI PERUBATAN USIM KINI 10 TAHUN PENUBUHANNYA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya para warga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) menjadikan penghujung tahun 2014 sesuatu yang amat bermakna dan menggembirakan bagi mereka kerana meraikan Sambutan 10 Tahun FPSK USIM. FPSK yang ditubuhkan oleh USIM pada tahun 2004 menjadikan Universiti ini sebagai salah-satu daripada 11 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan ketika ini seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Para pelajar yang melanjutkan pengajian di sini dipilih sepenuhnya dari pelajar jurusan  Tamhidi Perubatan, Pusat Tamhidi (Asasi) USIM dengan kumpulan pertama pelajar Sarjana Mudanya adalah seramai 29 orang pada 2006. Istiadat Majlis Konvokesyen Ke-11 USIM pada 2011 mencatat sejarah gembira buat FPSK dan Universiti apabila kumpulan graduan sulung Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri dilahirkan. Bersesuaian dengan jisim USIM yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli sebagai tunjang penubuhannya, pastinya kandungan program perubatan dan barisan doktor yang dilahirkan FPSK juga mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding IPTA lain. Ini selari dengan aspirasi dan amanah digalas ketika Fakulti ini ditubuhkan iaitu menjadi sebuah fakulti perubatan yang memartabat dan mengintegrasikan Islam dan ilmu perubatan moden dalam pengajaran dan pembelajaran samada di dalam atau luar kuliah kepada para pelajar. Keunikan program akademiknya terbukti apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) sebagai badan professional baru-baru ini telah memberi pengiktirafan akredatasi penuh selama lima (5) tahun mulai 2014-2019 kepada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri. Kebolehan para graduan perubatannya dalam bidang kritikal ini [...]

Go to Top