Mei 2015
USIM STREET DAKWAH BANTU KUTIP DANA PELARIAN ROHINGYA
ALAMANDA, 23 Mei 2015 - Program USIM Street Dakwah meneruskan aktiviti menyampaikan dakwah menerusi busking muzik di Pusat Membeli belah Alamanda Putrajaya bagi membantu kutipan dana untuk pelarian Rohingya. Program USIM Street Dakwah yang sebelum ini telah mengembara ke Pasar Seni Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan Alor Setar, Kedah dalam misi menyampaikan dakwah mereka telah memilih pusat membeli belah Alamanda Purajaya sebagai lokasi bagi tujuan murni tersebut. Pusat Kebudayaan USIM selaku peneraju program telah bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dan Alamanda Putrajaya. Program ini bermula sekitar jam 3.30 petang di lokasi berhampiran The Hub Alamanda Putrajaya. Dunia Islam hari ini diwarnai lagi dengan cerita sedih yang menyayat hati. Nasib pelarian Rohingya yang kebuluran di tengah laut dan kisah ‘ ikat perut’ yang berlanjutan lebih daripada sebulan ditengah lautan telah menyentuh hati pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Melalui program USIM Street Dakwah, sekumpulan anak muda pelajar USIM yang aktif dalam aktiviti seni budaya telah turun kepada komuniti Putrajaya berkongsi kesedihan dan mengutip dana bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya. Apa yang menarik dalam USIM Street Dakwah ialah penggunaan medium seni budaya sebagai usaha mendekati masyarakat selain pengisian persembahan seni yang baik dan memberi manfaat untuk menyampaikan dakwah. Setiap lagu yang disampaikan mempunyai mesej- mesej kebaikan yang mengajak khalayak menghayati makna instrinsik setiap lirik dan lagu yang disampaikan. USIM Street Dakwah menampilkan USIM Buskers hasil gabungan ahli kelab Urus Setia Kesenian Pelajar USIM daripada pelbagai fakulti yang aktif dalam aktiviti seni budaya di kampus. Persembahan USIM Buskers menampilkan persembahan band akustik, [...]
KUMPULAN TABUH PENDETA RANGKUL JUARA KESELURUHAN IFESSEM 2015
NILAI, 15 MEI 2015 - Dengan mendapat ulasan terbaik daripada barisan juri yang hebat iaitu Fauzi Marzuki, komposer terkenal juga Dr. Ahmad Faizan yang didatangkan khas untuk menilai keberkesanan aktiviti budaya ini dan juga menilai tahap kreativiti yang dilontarkan pelajar dari hasil kesenian mereka, kumpulan kesenian Dikir Barat Tabuh Pendeta telah berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang trofi emas utama dalam majlis Anugerah Seni USIM yang menjadi malam penutup kepada Festival Seni USIM 2015 baru-baru ini. Mengangkat tema dakwah dalam seni, kumpulan dikir barat tabuh pendeta membawakan keunikan dari segi penyampaian dan aksi dikir barat yang menarik selain mesej ketuhanan yang mendalam dan sejarah perjuangan Rasulullah dalam berdakwah di dalam lirik lagu-lagu nyanyian dan bait-bait ‘karutan’ mereka. Seiring dengan pengintegrasian ilmu aqli dan naqli, tabuh pendeta dilihat lebih menekankan tema berunsur islamik yang memberi pendekatan dengan mengetengahkan pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil bagi memberi pemahaman selain melakukan tugas hakiki dalam menghiburkan penonton. Wakil dari kumpulan Tabuh Pendeta iaitu Saudara Mokhtarudin bin Ismail yang juga merupakan tukang karut bagi kumpulan tersebut menyatakan perasaan terkejut kerana mereka semua tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam itu dek ramai kumpulan seni yang membawakan persembahan yang lebih hebat. Walau bagaimanapun, beliau yang juga merupakan pelajar tahun akhir Quran dan Multimedia itu sangat bersyukur di atas kemenangan yang tidak disangka-sangka itu. Kumpulan Tabuh Pendeta turut membawa pulang wang berjumlah RM 1 000, hamper juga sijil bersama trofi iringan. Secara ringkasnya, Tabuh Pendeta yang merupakan singkatan kepada Tarikan Budaya melalui Pendekatan Ta’abbuddiyyah [...]
DUTA JAUHAR USIM RAIH DUA ANUGERAH
JOHOR BAHRU, 17 MEI 2015 - Duta jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih dua anugerah iaitu Kumpulan Cemerlang dan Pameran Terbaik dalam program Duta Jauhar Mahasiswa Johor Prihatin 2013/2014. Majlis Perasmian Penutup Kongres Duta Jauhar 1.0 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Mahasiswa Johor Prihatin adalah satu program cetusan idea YB Dato’ Mohamed Khalid Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa. Ia melibatkan seramai 300 mahasiswa Johor daripada 15 IPTA untuk menjadi Duta Jauhar iaitu penggerak utama program berasaskan aktiviti sukarelawan yang berimpak tinggi terhadap pembangunan 10 daerah di Johor. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, keberhasilan program Duta Jauhar 1.0 ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa malah masyarakat setempat dan akan diteruskan untuk 2.0. “Objektif utama ialah memberi peluang mahasiswa anak johor untuk melatih kemahiran insaniah disamping membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri Johor dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dan swasta,”katanya. Dalam pada itu menurut pelajar tahun empat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Amir Hamzah Jamal,23, memenanangi dua anugerah iaitu kumpulan terbaik dan pameran terbaik dalam program itu amat tidak dijangka serta mengejutkan. “Saya dan ahli kumpulan berhempas pulas untuk menjayakan “Program Cintai Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil’ untuk menarik minat mereka dalam pendidikan membuahkan hasil dengan kejayaan ini.,”katanya yang juga ketua kumpulan program duta jauhar USIM. Manakala Presiden Mahasiswa Anak Johor USIM, Muhammad Asyraf Amran berkata, program duta jauhar 2.0 akan kami laksanakan sebaik-baiknya dengan peruntukkan [...]
910 PELAJAR MENDAFTAR PROGRAM TAMHIDI (PRA-UNIVERSITI) SESI 2015/2016 USIM
NILAI, 25 MEI 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menerima pelajar baharu pra-universiti seramai 910 orang yang mendaftar di Pusat Tamhidi USIM bagi sesi pengambilan akademik 2015/2016. Pendaftaran yang bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Dewan Besar USIM berjalan lancar dengan beberapa kaunter khas disediakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Teknologi Maklumat bagi memudahkan para pelajar. Permohonan melanjutkan pengajian diperingkat Tamhidi USIM atau Matrikulasi/Asasi pada tahun ini menampakkan peningkatan yang baik apabila sebanyak 23,907 permohonan diterima dengan 2,407 permohonan memilih USIM sebagai pilihan pertama. Jumlah ini melebihi tempat yang disediakan iaitu sekitar 1100 tempat sahaja. USIM yang mula menawarkan pengajian pra-universiti kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui penubuhan Pusat Tamhdi pada 2004, telah menawarkan lima program pengajian iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-undang; Tamhidi Sains dan Teknologi; Tamhidi Perubatan; Tamhidi Pergigian dan Tamhidi Perakaunan sebagai pilihan. Sebagai contoh, bagi program Tamhidi Syariah dan Undang-undang sebanyak 718 permohonan sebagai pilihan pertama diterima walaupun kuota disediakan hanya untuk 200 pelajar sahaja. ”Saya amat teruja diterima melanjutkan pengajian ke program Tamhidi Sains dan Teknologi dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita sebagai doktor perubatan “ ujar Muhamad Hafizuddin bin Hazaraimi,18, bekas pelajar Sekolah Agama Sultan Mohamad Batu Berendam Melaka. Bagi Aimi Afiqah Binti Sulaiman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka melahirkan rasa yang amat gembira terpilih menjadi pelajar USIM. “Saya melanjutkan pengajian ke program Tamhidi Perakaunan dan Muamalat . Saya ingin menjadi seorang akauntan dalam masa [...]
MUZAKARAH WAKAF DAN BAITULMAL 2015 ANJURAN PELAJAR FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT USIM
NILAI, 22 APRIL 2015 - Satu Muzakarah Wakaf Dan Baitulmal telah diadakan yang melibatkan seramai 118 pelajar Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (Fem) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan terdiri daripada pelajar khursus Pemasaran Dan Perkhidmatan Kewangan Dan Pentadbiran Dan Hubungan Korporat dengan Kerjasama Institut Pengurusan Harta Dan Kewangan Islam, USIM. Program ini adalah bertujuan untuk memperkasakan konsep dan pelaksanaan semasa pengurusan da pembangunan wakaf, baitulmal dan faraid. Dengan itu, pihak penganjur telah menjemput wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) encik Indera Shahril bin Mohd Shahid yang merupakan pengurus harta baitulmal bagi mengupas tentang halatuju & pembangunan baitulmal pada masa hadapan. Dari itu, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara pengurusan baitulmal di malaysia. Menurut pensyarah kanan Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Hisham Sabri, program ini mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar tentang institusi wakaf dan baitulmal di malaysia dari segi pengumpulan sumber harta umat Islam dan sistem kaedah pengurusan pembangunan demi kemaslahatan ummah. Diharap program muzakarah yang dilaksanakan ini akan dapat memberikan pendedahan industri kepada para pelajar dalam memperkasakan ilmu akademik berkaitan pengurusan harta umat Islam. Banyak perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam masakini dalam menjana ekonomi umat Islam terutamanya melibatkan wakaf, baitulmal dan faraid. Ia bertujuan bagi meneruskan kelangsungan ummah di Malaysia. Disediakan oleh: Mufidatun binti Mohammad, Pengarah Program Dikemaskini oleh: PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
SEKRETARIAT PELAJAR LUAR KAMPUS (OCSS), USIM JAYAKAN PROGRAM SUMUR DI SMK LAMBOR KIRI, PERAK
PERAK, 7 MAC 2015 - Seramai 80 orang pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) dari tingkatan 1 hingga 5 SMK Lambor Kiri, turut serta dalam Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR). Program anjuran Out Campus Student Secretariat (OCSS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau dikenali sebagai Sekretariat Pelajar Luar Kampus ini melibatkan seramai 31 orang fasilitator yang bertugas. Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri, Perak adalah di antara sekolah yang terlibat sebagai Pusat Penempatan bagi mangsa-mangsa banjir di Perak Tengah, Perak pada penghunung tahun 2014 dan dfi awal tahun 2015 yang lalu. Usaha yang dilaksanakan olehnpihak Sekretariat OCSS, USIM bagi membantu pihak sekolah menganjurkan Program SUMUR ini adalah sebahagian daripada usaha mengembalikan motivasi untuk para pelajar yang terjejas dengan musibah banjir yang lalu. Sepanjang program tersebut, pelbagai pengisian aktiviti yang menarik dan santai telah diadakan untuk para pelajar bagi memupuk keyakinan diri dan semangat dalam menuntut ilmu. Program ini juga merupakan satu usaha murni supaya dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, berwawasan tinggi serta berinspirasi untuk terus berjaya dalam apa jua bidang. Pada hari pertama dan kedua, para pelajar disediakan dengan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Taklimat mengenai peluang kemasukan ke Pusat Tamhidi USIM. Sesi Taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan kelebihan USIM sebagai pendedahan dan dorongan kepada para pelajar seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran di peringkat asasi (matrikulasi) atau ijazah. Taklimat mengenai USIM ini disampaikan oleh En. Mohd Nurhakimi Bin Md Yaman, Penolong Pendaftar, dari Pusat Tamhidi USIM Selain itu juga, turut diadakan [...]
USIM PERKUKUHKAN KERJASAMA KOMUNITI BERSAMA SMK TAMAN TUANKU JAAFAR PERANGI GEJALA NAJIS DADAH
NILAI, 6 MEI 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus komited dalam memperkukuhkan kerjasama komuniti apabila turut bersama-sama menyokong usaha membasmi masalah gejala penagihan najis dadah di peringkat sekolah menerusi penglibatan Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Dadah Asian (ACREDA), USIM dalam Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah-Sarana Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini. Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah-Sarana Komuniti SMK Tunku Jaafar, Seremban diadakan dengan objektif untuk menyahut seruan Kerajaan untuk memerangi gejala najis dadah habis-habisan di samping memastikan sekolah bebas daripada gejala najis dadah. Pada masa yang sama, program ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada warga sekolah dan komuniti tentang bahaya penyalahgunaan najis dadah. Selain itu juga, program ini akan dapat membantu memupuk sikap dan pendirian yang teguh di kalangan pelajar bagi membuat penilaian sesuatu tindakan yang mereka lakukan. Memandangkan isu penyalahgunaan najis dadah ini telah menimbulkan pelbagai implikasi yang buruk, YBhg Dato’ Musa Ahmad turut menyeru agar semua pihak dapat menanamkan sikap prihatin dan memberi kerjasama kepada agensi Kerajaan untuk membanteras gejala penagihan najis dadah khususnya di kalangan pelajar sekolah. “Program yang dianjurkan ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan objektif untuk menunjukkan komitmen dan keprihatinan semua agensi yang terlibat dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang masalah penyalahgunaan najis dadah dalam kalangan masyarakat. Kempen ini menekankan kepentingan dan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk menjauhi daripada gejala penyalahgunaan najis dadah”, tambah Dato’ Musa. Antara pengisian istimewa program adalah kemunculan En Hamzah Abdul Rahim, Bekas Banduan Akhir Tali Gantung yang turut berkongsi pengalaman beliau yang meringkuk di dalam [...]
USIM DAN CBFS OMAN JALIN KERJASAMA MOA
NILAI, 18 MEI 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperluas jaringan kerjasama dalam bidang perbankan dan kewangan bersama College of Banking & Financial Studies (CBFS), dari Oman dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di Galeri, Bangunan Canselori. Hasil lawatan kerja Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Pengarah Pusat Pegembangan Integrasi Ilmu Naqli Aqli dan Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat ke CBFS pada April tahun lalu dan perbincangan berterusan telah membuahkan idea untuk menjalin kerjasama antara kedua belah pihak. “Melalui perjanjian ini, USIM dilantik sebagai badan penilai dalam program Sarjana Muda dalam Kewangan Islam di CBFS. Kerjasama ini akan bermula dari sesi akademik tahun 2015/2016 sehingga 2017/2018 bagi tempoh tiga (3) tahun berdasarkan kalendar akademik CBFS”. “USIM akan bekerjasama untuk mengkaji semula dan mengesahkan program CBFS dan memastikan program ini mengikuti garis panduan jaminan kualiti seperti yang dipersetujui dengan USIM. USIM akan menyediakan garis panduan dan rangka kerja untuk penilaian dan peperiksaan mengikut standard kualiti yang dipersetujui”, jelas Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya. Selain itu, melalui perjanjian ini kedua belah pihak bersetuju untuk menjalankan program pemindahan kredit selagi ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Semoga kerjasama ini digunakan sepenuhnya dan akan mewujudkan kesan positif terutama dalam pembangunan program Kewangan Islam dan perkongsian ilmu dalam Dunia Islam. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dan CBFS diwakili oleh Encik Ali Hamdan Mohamed, Penolong Dekan Sokongan Korporat, CBFS. Turut hadir sama pada majlis tersebut Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Prof. Madya Dr. Amir [...]
GUGUSAN D JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN STAF
NILAI, 22 MEI 2015- Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan USIM merupakan acara tahunan yang di nanti-nanti oleh kakitangan USIM bagi bersaing dan bertanding untuk meraih pingat dalam acara sukan yang diwakili. Pada tahun ini juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf telah dimiliki oleh Gugusan D (Ali bin Abi Talib). Jabatan dibahagikan kepada empat gugusan iaitu gugusan A (Abu Bakar As-Siddiq), gugusan B (Umar Al-Khatab), gugusan C (Uthman bin Affan) dan gugusan D (Ali bin Abi Talib). Program anjuran Majlis Sukan Kakitangan USIM dengan kerjasama Pusat Sukan ini bermula pada 11 Mei hingga 22 Mei dengan mempertandingkan 16 acara utama antaranya sukan bola sepak, olahraga, memanah, catur, badminton, futsal dan bola tampar. “Kejohanan sukan ini merupakan salah satu platform bagi kakitangan USIM menyertai sukan di peringkat lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) dan Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN)”. “Dalam membudayakan semangat kesukanan di USIM, pengurusan universiti bersama staf dan pelajar melakukan senaman aerobik dan acara berbasikal setiap minggu pada hari Rabu bagi memupuk budaya “USIM Cergas dan Cerdas”, ujar Prof. Dato Dr. Musa Ahmad semasa merasmikan Majlis Pembukaan Kejohahan Sukan Staf di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Menurut Prof. Dato Musa lagi, Majlis Anugerah Sukan USIM turut dianjurkan bagi mengiktiraf warga USIM yang aktif berkecimpung di dalam bidang sukan dan memberi penghargaan kepada atlet USIM yang telah mengharumkan nama USIM samada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa melalui anugerah-anugerah seperti anugerah olahragawan, anugerah olahragawati dan pasukan harapan. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. [...]
WACANA PENCERAHAN BERI PELUANG PENGAMAL MEDIA BERSEMUKA DENGAN ULAMA’
NILAI, 11 MEI 2015 – Fokus utama untuk memberi keterangan dan kefahaman kepada pengamal media mengenai garis panduan hiburan dalam Islam, wacana pencerahan garis panduan hiburan dalam Islam ini dilihat memberi peluang kepada para pengamal media untuk membuka soalan kepada panel-panel yang lebih arif mengenai perkara-perkara yang menjadi persoalan sejak Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua diwartakan. Majlis ini yang berlangsung di Galeri Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibawah anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan USIM telah membawa dua panel tersohor iaitu YB Dato’ Haji Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan YBhg. Dr Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Pegurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) sebagai ahli panel bagi wacana kali ini. Sepanjang wacana berlangsung, banyak isu yang diketengahkan antara yang menarik ialah isu percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam satu majlis dimana Dr. Irwan ada menyebut bahawa percampuran memang tidak dapat dielakkan dalam sesetengah majlis walaupun percampuran itu tidak seratus peratus akan tetapi golongan yang terpaksa bercampur ini perlulah menjaga batas-batas pergaulan dan tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan. Manakala, Datuk Nooh berkata “Ada keterbukaan dalam membuat garis panduan ini, ianya bukanlah fatwa, garis panduan ini berkemungkinan akan dipinda jika diperlukan.” Mengenai isu ayat Al-Quran dan Hadis yang dilagukan, Dr. Irwan berkata, bab Iqtibas ada dibincangkan dalam Ilmu Balaghah bahasa Arab dimana para ulamak membincangkan bahawa Iqtibas diharuskan selagi ia tidak membawa kepada Syirik. Iqtibas didalam Garis Panduan Hiburan Dalam Islam mendefinisikan Iqtibas ialah memetik sebahagian daripada Al-Quran atau Hadis, lalu disertakan [...]









