Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2015

PROF. DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) USIM

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) baharu apabila YAB Menteri Pendidikan telah bersetuju untuk melantik Pengarah Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan ke jawatan itu. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri yang melaporkan diri bertugas di USIM pada hari ini dilantik ke jawatan ini berkuatkuasa 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2018 (tiga tahun). Perlantikan beliau menggantikan  Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah yang menamatkan perkhidmatan dan bersara pada 15 April lalu. Berlatar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992) dan mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000). Antara kerjaya awal beliau ialah bertugas sebagai penterjemah Kedutaan Malaysia di Kuwait dan pembantu penyelidik Kuwait Zakat House. Sebagai ahli akademik, beliau memulakan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2007) sebelum  dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Malaysia, University Cairo Mesir (2007-2011). Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Sebagai seorang ahli akademik, beliau amat aktif dalam penulisan ilmiah dengan lebih 30 buah buku/bab buku dan 20 jurnal akademik dan prosiding yang ditulis oleh beliau diterbitkan di Malaysia dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut aktif memberi konsultansi sebagai pensyarah pelawat, penilai luar dan ahli lembaga penasihat akademik kepada beberapa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Dalam aspek kepimpinan dan pengiktirafan, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri telah dilantik [...]

KOMPLEKS KOLEJ PERMATA INSAN USIM SIAP SEPENUHNYA PADA JANUARI 2016

NILAI, 19 JUN 2015 – Pembinaan kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjalan lancar dengan jangkaan siap sepenuhnya kompleks ini pada Januari tahun hadapan. Projek pembangunan dengan kos sebanyak RM 68 juta melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini siap 73 peratus dan menepati jadual pembinaannya. Dibahagikan kepada dua fasa, pembangunan projek Fasa 1 yang meliputi asrama lelaki, blok informasi digital dan kemudahan pelajar telah selesai pada 12 Januari 2015 lalu dengan kos RM21 juta. Ia telah mula digunakan oleh kumpulan pertama pelajar Kolej PERMATA Insan seramai 50 orang. Manakala, pembangunan Fasa 2 yang sedang berjalan kini pula merangkumi blok pentadbiran, asrama perempuan, blok pembelajaran dan pengajaran (P&P), dewan serbaguna, Pusat Al-Abrar dan Dewan Makan. Kolej PERMATA Insan yang merupakan ‘Sekolah dalam Kampus’ mempunyai keunikan tersendiri iaitu kurikulumnya berkonsepkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Dibina di atas tanah seluas 12 ekar berdekatan bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan bersebelahan tasik utama USIM, ia mewujudkan suasana pemandangan landskap semulajadi yang cantik. Menurut Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pengarah Kolej PERMATA Insan, proses permohonan Kolej PERMATA Insan untuk menjadi Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK) sekarang diperingkat akhir kelulusan Kementerian Pendidikan. “Ini merupakan prosedur yang perlu kita patuhi dan apabila permohonan ini lulus kelak, Kolej ini akan memohon status sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti mana Sekolah PERMATA Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Silibus akademik dan kokurikulum kita yang sedia ada menepati ciri-ciri SBP dengan tenaga pengajar seramai 13 orang pensyarah, tujuh orang guru tasmi’ Al-Quran dan [...]

SEMARAK BUDAYA MEMBACA MELALUI SAMBUTAN BUKU SEDUNIA 2015

NILAI, 29 MEI 2015  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut sambutan Hari Buku Sedunia 2015 Peringkat USIM bermula 26 hingga 29 Mei 2015 yang diurusetiakan oleh Jabatan Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Penerbitan. Menurut Pengarah Program Muhammad Hafizi Ahmad, penganjuran Sambutan Hari Buku Sedunia 2015 ini adalah sebagai mekanisme untuk menyemarakkan budaya membaca dan aplikasinya dalam kehidupan serta memberi kesedaran kewujudan sambutan Hari Buku sedunia bagi memupuk minat membaca  kalangan pelajar, selain memberi peluang kepada warga USIM dan pelajar sekolah untuk menyertai aktiviti-aktiviti pembudayaan ilmu yang dijalankan bagi meningkatkan nilai keintelektualan dikalangan mereka. “Bersempena dengan 15 tahun penubuhan USIM pada tahun ini, penganjuran Hari Buku Sedunia 2015 dirasakan sangat signifikan dan besar nilainya kepada warga Universiti khususnya dengan menganjurkan program-program yang membudayakan ilmu yang berteraskan  dan bermatlamat  mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli”, jelas Hafizi. “Hari Buku Sedunia yang disambut setiap 23 April adalah bersempena mengingati  dua orang penulis tersohor di dunia iaitu William Shakespeare dan Miguel deCervantes. Tercetusnya tarikh 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dan juga Hari Hak Cipta Sedunia merupakan rentetan daripada resolusi dalam persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada 15 November 1995”, tambah beliau lagi. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan disepanjang empat (4) hari berlangsung antaranya adalah ceramah, aktiviti jualan buku, pameran & kuiz, tayangan perdana dan pelbagai jenis pertandingan seperti Pertandingan ‘Challenge Yourself – Let’s Shelving!’ (Pelajar Pra Siswazah); Pertandingan ‘Test Your IQ and Text Twist’ (Pelajar Pra Siswazah USIM antara Fakulti) dan Pertandingan Kalam Jama’i antara Fakulti USIM (Pelajar [...]

ECNA HIMPUN PEMIKIR USIM HASIL MODEL NAQLI DAN AQLI

NILAI, 11 JUN 2015 - Seramai 100 peserta menjayakan Kongres Pendidikan Integrasi Naqli dan Aqli (ECNA 2015) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) anjuran Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Pusat Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PIPP) bertempat di Dewan Kuliah Utama. Penganjuran kongres ini adalah selaras dengan matlamat strategik USIM ke arah pengukuhan agenda Integrasi ilmu Naqli dan Aqli agar ianya dapat memperkasakan program integrasi akademik di USIM ke arah menjadi pusat rujukan bagi peringkat serantau 2016 dan global 2025. Kongres ini membentang 40 kertas kerja dengan membincangkan tiga kluster iaitu pengajian Islam, Sains Sosial dan Sains dan menghimpunkan tokoh-tokoh pemikir dan warga akademik USIM dalam melaksanakan integrasi Naqli dan Aqli untuk menghasilkan model pelaksanaan yang akan dilaksanakan di USIM. Fasa kedua pelaksanaan integrasi ilmu Naqli dan Aqli memfokuskan kepada menterjemahkan konsep Naqli Aqli dari fakulti masing-masing bagi membolehkan pelajar menguasai ilmu moden di samping mendapatkan suntikan roh dan nilai-nilai murni berlandaskan prinsip Islam. Bagi meningkatkan kualiti pengajran dan pembelajaran, setiap kakitangan akademik USIM disaran melaksanakan pendekatan Action Research bagi setiap subjek yang diajar. Menurut Pengarah Program Profesor Madya Dr. Bhasah Abu Bakar objektif penganjurannya adalah bagi mewujudkan perkongsian pelaksanaan model integrasi Naqli Aqli dalam pengajaran dan pembelajaran di USIM, dan menghasilkan bahan-bahan rujukan dalam pelaksanaan integrasi Naqli dan Aqli. ”Agenda integrasi Naqli dan Aqli ini juga diterapkan bukan sahaja di dalam aspek pengajian dan pelajar sahaja tetapi diterapkan di dalam aspek-aspek lain juga seperti Latihan dan Kursus Kakitangan Pentadbiran USIM anjuran Bahagian Modal Insan (BMI) yang telah menganjurkan Program Eksplorasi [...]

INOVASI BEG KECEMASAN SONIC USIM ‘MERAWAT’ DISAAT MEMERLUKAN

NILAI – Sekumpulan kakitangan Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghasilkan inovasi baharu kepada peti kecemasan sedia-ada di pasaran kepada beg kecemasan. Dianggotai 10 orang ahli yang diketuai oleh Dr Nik Mohd Shafikudin Md Nik Tajuddin selaku Pengarah Pusat Kesihatan USIM, beg kecemasan yang dinamakan Sonic ini adalah merupakan beg galas/sandang yang sesuai digunakan untuk ativiti luar (outdoor) menggantikan peti kecemasan sedia ada. Peti kecemasan sedia ada mempunyai beberapa kesulitan untuk aktiviti luar seperti reka bentuk kurang sesuai, mudah rosak kerana diperbuat daripada kotak dan plastik, tidak mempunyai manual panduan penggunaan dan harga yang mahal. “Apabila kita ingin menghasilkan beg kecemasan Sonic ini, pasukan telah menetapkan spesifikasi beg yang dihasilkan nanti perlu mempunyai reka bentuk sesuai, diperbuat dari bahan tahan lasak dan saiz yang sederhana. Di pasaran memang tidak ada lagi beg kecemasan yang sesuai untuk outdoor dan USIM ingin menjadi pencetusnya.” “Hasil kerja berpasukan amat terserlah bermula dari percambahan idea reka bentuk, ruang penyimpanan ubatan, ciri-ciri tambahan untuk memenuhi keperluan semasa kecemasan sehingga kepada penghasilan beg Sonic ini”. “Beg ini bukan sahaja mudah dibawa, kos seunitnya juga murah berbanding harga peti kecemasan, ia juga diperbuat daripada material berkualiti dan mudah didapati. Malahan turut juga disertakan panduan penggunaan yang mudah difahami dan amat membantu para penggunanya” ujar Dr. Nik Mohd Shafikudin. Antara alatan asas kecemasan yang disediakan di dalam beg ini adalah dresing steril, plaster luka, kain anduh, pembalut kain kasa, larutan iodin, krim antiseptic dan gunting kecil. “Beg Kecemasan Sonic juga disertakan dengan beberapa  ciri tambahan yang tiada [...]

PENSYARAH TERAWAL USIM MENINGGAL DUNIA

NILAI, 9 Jun – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih atas pemergian pensyarah bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) iaitu Allahyarham Dr. Ahmad Pangidoan Nasution, 58 pada Ahad malam. Allahyarham merupakan antara pensyarah terawal menabur bakti di USIM (dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) bermula pada tahun 2003. Allahyarham yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Sastera, Universiti Islam Madinah (1987); Sarjana Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), (1996) dan Doktor Falsafah dalam Pengajian Bahasa Arab Fonetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002. Jawatan terakhir Allahyarham di USIM selain sebagai seorang pensyarah adalah Ketua Program Bahasa Arab di FPBU sejak 2010. Semenjak pertengahan Februari lalu, beliau berada dalam keadaan separa sedar selepas mendapat serangan strok. Allahyarham dilaporkan mengalami sesak nafas di kediamannya pada Ahad petang dan dibawa ahli keluarga ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.15 malam. Antara sumbangan besar Allahyarham dalam perkembangan Bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi ialah menjadi antara tulang belakang utama membawa Debat Bahasa Arab untuk dipertandingkan kali pertama dalam Debat Diraja antara Universiti pada 2006 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain itu, beliau turut menjadi penggerak dan rujukan dalam aspek kehakiman kepada penganjuran Debat Bahasa Arab Instusi Pengajian Tinggi ASEAN (2005-2014) dan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan (2008-2014) anjuran USIM. Atas baktinya itu, beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Hakim Berjasa (Bahasa Arab) oleh Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) pada 2010. Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid [...]

TUANKU CANSELOR USIM, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD BERKENAN RASMI DEWAN TUANKU CANSELOR

NILAI, 4 Jun 2015 -  Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berangkat mencemar duli ke Majlis sempena Lawatan Diraja dan Perasmian Dewan Tuanku Canselor yang terdahulu dikenali sebagai Dewan Besar USIM. Turut mengiringi YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz selaku Pro Canselor USIM, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaludin Said Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dalam ucapannya berkata cadangan penubuhan institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Universiti Awam adalah hasrat kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam ini telah  dibuat oleh YB. Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.  Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai KUIM telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997. “Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang  berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan [...]

USIM RANGKUL 5 GOLD, 1 SILVER DI PENTAS ITEX’15

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2015 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul lima Emas dan satu perak dari enam produk yang dipertandingkan di pentas ITEX 2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 21 hingga 23 Mei bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh para penyelidik USIM ini merupakan satu kejayaan membanggakan universiti dan ia adalah hasil usaha  dari Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, Dr. Azman Ab Rahman, Dr. Hishamuddin Abdul Wahab, Dr. Ahmad Wifaq Mohktar, Mahyuddin Hashim, dan Dr. Abdul Rahman Hassan. Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, pesnyarah dan Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang mempertandingkan produk Informer On Site iaitu aplikasi telefon pintar pemakluman laporan mengenai bencana alam seperti banjir, kejadian tanah runtuh. Ia akan dihantar secara automatik kepada pegawai agensi yang bertanggungjawab dengan mengesan lokasi dan gambar yang dikongsikan. Seterusnya, Dr. Azman Ab Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang mempertandingkan produk MYEMA version 3.0 (Entrepreneur Monitoring Apps) iaitu aplikasi yang akan melakukan pemantauan terhadap prestasi usahawan dari segi belanjawan dan prestasi Asnaf. Dr Hishamuddin Abdul Wahab, Ketua Program Fakulti Sains dan Teknologi mempertandingkan produk EZ Pay version 1.1 perisian atau software bayaran kad kredit yang lebih sistematik. Ia kombinasi empat aplikasi iaitu easy payment plan, credit card manager, calculator dan spending tracker. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) mempertandingkan The Model of Maqasid al-Shariah (MMS) for Decision-Making Process in Critical Medical Treatment iaitu garis panduan kepada pegamal perubatan untuk membuat [...]

SPADA BERBAKTI DI PANTAI TIMUR

NILAI, 12 APRIL 2015-  Seramai 36 mahasiswaDiploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) melebarkan sayapnya kepantai timur menerusi  program ‘Kembara  Nurani Semarak Impian’ yang diadakan di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 8 hingga 12 April baru-baru ini. Program yang ini bertujuan untuk melawat  pusat-pusat pemulihan di pantai Timur bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan yang dijalankan selain berkongsi buah fikiran dan informasi mengenai gejala penyalahgunaan dadah. Selaku penasihat program ini, Dr. Mohd Isa b.Kamal berkata program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya mahasiswa SPADA kerana mereka sendiri boleh melihat dan mempelajari perkara-perkara diluar pembelajaran. Hal ini kerana mahasiswa hanya mempelajari teoritikal sahaja. Wujudnya aktiviti seperti ini dapat membuka mata dan fikiran mahasiswa dalam membendung masalah dadah di Malaysia terutamaya dikalangan mahasiawa itu sendiri. Menurut Pengarah program, Puan Khairin Fariza Kamarul Bahrin, pelajar-pelajar SPADA komited  membantu kerajaan Malaysia dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencari langkah efektif agar gejala ini dapat dikurangkan seterusnya merealisasikan hasrat Negara untuk menjadi bebas dadah menjelang 2015. “Melihat kepada kepelbagaian teknik  rawatan pemulihan yang digunakan di setiap pusat pemulihan tersebut, saya bersetuju bahawa tiada teknik yang khusus untuk seorang penagih kecuali teknik itu perlu memenuhi setiap keperluan individu penagih yang menjalani rawatan.” kata beliau. Beliau  turut menjelaskan perkara yang perlu dilakukan, untuk mencapai matlamat sifar dadah  adalah semangat dan usaha yang berterusan untuk melihat masyarakat bebas dadah di samping mewujudkan warganegara yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual sekaligus melahirkan warganegara yang berminda kelas pertama. “Masyarakat sekeliling seharusnya memberi semangat [...]

Mei 2015

KUMPULAN ATRA RANGKUL NAIB JOHAN DI FESTIVAL TEATER NEGERI SEMBILAN 2015

SEREMBAN,  23 MEI- Kumpulan ATRA (Akademi Teater Rupawan Asli) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan Naib Johan pada Festival Teater Negeri Sembilan 2015 yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Kompleks JKKN, Negeri Sembilan, baru-baru ini. ATRA merupakan Urus Setia Keseniaan Pelajar Pusat Kebudayaan USIM mempersembahkan pementasan teater PREH olahan Aloeng Silalahi dan hasil karya Asma Nadia membawa pulang trofi, sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000. Menurut pengarahnya, Saidatul Salwani Hazman, PREH mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu sarat dengan mesej tauladan dan unsur-unsur Islamik dalam mendidik masyarakat. “PREH bukan hanya menonjolkan konflik kekeluargaan dan cinta, malah menerapkan nilai murni dalam Islam dan mengajar kita erti usaha, tawakal dan sabra yang sebenar.” Sementara itu, tenaga pengajar ATRA, Aloeng Silalahi berkata, kejayaan ini lahir daripada sifat ukhuwah dan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli ATRA di samping berkat doa masing-masing.” “Ini adalah satu anugerah namun ia juga ujian daripada Allah SWT supaya tidak berasa takbur dengan kejayaan ini. Malah, kemenangan ini menjadi platform untuk terus maju dalam menyemarakkan kegiatan seni teater.” “Saya berharap mahasiswa USIM akan lebih ramai celik seni dan tidak segan menyertai aktiviti teater disamping ahli-ahli ATRA terus memantapkan kemahiran masing-masing dalam memartabatkan seni teater,” jelas beliau lagi. Mengulas mengenai kejayaan ATRA, Pengarah Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, penyertaan pertandingan seperti ini membuka peluang mereka dalam mendidik khalayak disamping membangunkan tamadun akal manusia. Hal ini kerana teater merupakan medium yang sangat dekat dengan penonton menerusi visual. “Saya ucapkan syabas kepada ATRA atas usaha dan [...]

Go to Top