Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2014

FESTIVAL CIPTA 2014 USIM SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK

NILAI, 13 Sept - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bekerjasama menjayakan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) 2014 yang berlangsung di Dewan Besar USIM baru-baru ini. Dengan bertemakan Melestarikan Perpaduan Hari Esok, CIPTA merupakan salah satu pengisian bagi memeriahkan sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-57. Program dibawah gerakan Pusat kebudayaan USIM ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila sebanyak 80 lirik dan 60 buah lagu telah dihasilkan dengan 10 buah lagu terbaik yang terpilih dipertandingkan pada malam tersebut. Apa yang istimewa festival ini ialah penglibatan penghuni penjara seluruh Malaysia bersama pelajar USIM berkolaborasi mencipta lagu-lagu patriotik dengan diiringi oleh pemuzik Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan diadili juri professional iaitu Fauzi Marzuki, Siso Kopratasa dan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah). Lagu bertajuk doa anak marhaien yang dipersembahan oleh pelajar USIM sendiri mendapat tempat di hati juri apabila dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut. Lirik lagu ini dicipta oleh Dennis Anak Langit, dari penjara kajang, manakala komposer adalah saudara Faidzil Redzuan dari USIM. Tempat kedua dan ketiga pula  dimenangi oleh lagu Bunga Pertiwi, lirik oleh  Zainal Ariffin Latif penjara seremban, komposer oleh Mohamad Khairul Ikhwan Salleh  dan Anugerah Perpaduan lirik oleh Shahrul Hisyam Hanafiah penjara seremban dan komposer oleh Muhammad Shairazi Shaharuddin. Mereka membawa pulang wang tunai RM3000 juara, RM2000 naib juara dan RM1500 tempat ketiga dan hadiah iringan lain. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata, festival yang dianjurkan ini adalah bagi memupuk kerjasama dan kesedaran masyarakat dalam memahami nilai dan [...]

INSPEKTOR SUKARELAWAN KOR SUKSIS USIM SEMAI BAKTI DI KUALA MUDA

KUALA MUDA, 30 Ogos 2014 -Meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia, 43 Pegawai Inspektor Sukarelawan Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan mengadakan Program Khidmat Masyarakat bersama pelajar Sekolah Menengah Akademi Hj. Abdullah Suboh bagi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka berkaitan akademik dan alam Universiti baru-baru ini. Program ini juga merupakan salah-satu bentuk latihan berterusan dan penerapan kemahiran insaniah untuk masa hadapan kepada para pelajar USIM yang terlibat. Mendapat kerjsama baik daripada Balai Polis Kuala Muda, Kedah, pelbagai aktiviti diatur untuk 31 pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang terdiri daripada 14 pelajar lelaki dan 17 perempuan bertempat disekitar Merdeka Beach Resort Kuala Muda, Kedah. Menurut Pengarah Program, Saudara Mohd Firdaus Idris, 22 pelajar jurusan Pengurusan Dakwah, Fakulti aktiviti-aktiviti yang berkata kesemua pengisian program yang dijalankan bertemakan Pendidikan Islam dan patriotisma bersesuaian dengan sambutan bulan Kemerdekaan. "Antara slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibuat adalah ‘Islam danSekular’; ‘Zero to Hundreds, Hundreds to Zero’; promosi program akademik di USIM; dan tayangan video. Program selama satu hari bersama para pelajar berakhir lewat petang dan mereka amat gembira dengan program yang diaturkan ini.Objektif setiap pengisian dilihat berjaya mencapai matlamat dan ini menggembirakan saya dan rakan-rakan Suksis yang terlibat" tambahnya lagi. Pada sebelah malam, Program Makan Malam Pegawai Inspektor Sukarelawan Suksis USIM bersama Pegawai-pegawai Penyelaras dan jurulati Kor Suksis telah diadakan sebagai penghargaan sempena pentauliahan tamat latihan Kor Suksis IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Profesor Dato’ Dr. Mohames Asin Dollah, Timbalan Naib [...]

PELAJAR BAHARU DISARAN KUASAI PELBAGAI ILMU BERMANFAAT

NILAI, 4 Sept 2014 – Seramai 2,134 Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2014/2015 menjalani Minggu Taaruf yang bermula pada 2 September hingga 7 September 2014.  Bertempat di Dewan Besar USIM, ribuan pelajar baharu membanjiri Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda yang diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Menteri Mentor USIM bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin serta barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Univeristi (JKPU). Bagi Sesi Akademik 2014/2015, seramai 2,488 permohonan menjadikan USIM sebagai pilihan pertama daripada 24,867 jumlah permohonan untuk mengikuti pengajian dalam 25 program pengajian peringkat Sarjana Muda.  Walaubagaimanapun USIM hanya berupaya menawarkan tempat kepada sejumlah 2,493 pemohon sahaja dan pada pada 1 September 2014 seramai 614 pelajar lelaki diikuti 1,520 pelajar perempuan yang telah mendaftar secara rasminya. Daripada catatan berikut, pecahan pelajar tertinggi yang mendaftar mengikut fakulti adalah Fakulti Quran dan Sunnah seramai 462 diikuti Fakulti Sains dan Teknologi seramai 444, Fakulti Ekonomi dan Muamalat seramai 353, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan seramai 318, Fakulti Syariah dan Undang-undang seramai 275, Fakulti Pengajian Bahasa Utama seramai 171, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan seramai 77 dan pendaftaran terendah di Fakulti Pergigian iaitu seramai 34 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan kelompok pelajar yang mendaftar mengikut negeri juga dapat dilihat dengan Kelantan paling ramai iaitu 476 orang diikuti Selangor seramai 428, Kedah seramai 226, Johor 192, Pahang seramai 173, Perak seramai [...]

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS NAIB CANSELOR DAN PENGHARGAAN MANTAN NAIB CANSELOR USIM

NILAI, 9 Sept 2014 - Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad yang dilantik dan memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 16 Ogos lalu menerima secara rasmi dokumen serah tugas daripada Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail dalam satu majlis di sini. Majlis Serah Tugas Naib Canselor dan Penghargaan Mantan Naib Canselor USIM bertempat di Aras 2 Dewan Besar USIM turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin bersama Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan. Dato’ Profesor Dr Asma Ismail yang mengakhiri tugas pada 31 Mei lalu sebagai Naib Canselor ketiga USIM selepas memulakan tugas ini pada 1 Disember 2012. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. “Sentuhan beliau kepada USIM sememangnya memberikan satu impak dan anjakan paradigma yang mampu melonjakkan kecemerlangan USIM di peringkat global khususnya di dalam bidang penyelidikan yang merupakan nadi beliau”. “Kami warga USIM amat berbangga dengan halatuju yang telah Dato’ gariskan selama mengemudi USIM yang mensasarkan untuk menjadi pusat rujukan global integrasi Naqli Aqli menjelang tahun 2025. Halatuju yang telah digariskan akan dipenuhi dan dilaksanakan demi menjadikan USIM sebagai salah satu hab pengajian tinggi integrasi Naqli Aqli yang terampil di seluruh negara” kata Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dilantik Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) keempat, bermula 16 Ogos untuk tempoh tiga tahun. Beliau yang yang berasal dari Panchor, Muar sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM [...]

USIM TERIMA PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2014/2015

NILAI, 1 Sept 2014 – Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sarjana Muda USIM sesi 2014/2015 pada tahun ini sedikit berbeza apabila para pelajar mendaftar masuk kolej kediaman dahulu diikuti pendaftaran universiti dan kursus keeseokan harinya iaitu 2 September. Tiga lokasi utama pendaftaran kolej kediaman ialah Kolej Kediaman 1, Kolej Kediaman Sutera Indah, dan Kolej Kediaman Nilam Court mula meriah dengan kehadiran pelajar bersama keluarga masing-masing mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang. USIM menerima sebanyak 24,867 permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian di USIM. Daripada jumlah tersebut hanya 2,493 sahaja ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka di USIM. Menurut Encik Hammad Farhi Mohd Saudi, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik, sehingga 2 September 2014, seramai 2134 telah mendaftar dengan 614 lelaki dan 1520 perempuan. Jumlah ini tidak termasuk kemasukan pelajar rayuan yang akan dibuka pendaftaran pada 9 sehingga 12 September ini. Pelajar rayuan akan mendaftar masuk ke USIM pada 17 September 2014 dan jumlah pelajar dijangka meningkat. Program Quran dan Sunnah mencatatkan kemasukan pelajar yang tertinggi berbanding program yang lain. Ini menunjukkan pelajar aliran agama amat yakin untuk meneruskan pengajian di USIM, sesuai dengan misi USIM iaitu bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam yang  berpaksikan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional). Turut hadir pada sesi pendaftaran pelajar YBhg. Prof Dato’Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dato’ Mohamed Asin Dollah bagi menyaksikan proses pendaftaran berjalan lancar di samping turut beramah mesra dengan keluarga pelajar. Disediakan oleh : PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras [...]

43 ORANG PELAJAR USIM DITAULIAH SEBAGAI INSPEKTOR KEHORMAT SUKSIS IPTA

NILAI, 24 Ogos – Kor Sukarelawan Polis Siwa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menunjukkan kecemerlangan apabila seramai 43 orang pelatih Berjaya ditauliahkan sebagai Inspektor Kehormat Suksis (KS) dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis Kali Ke-10 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Majlis tamat tauliah ini telah disempurnakan oleh Senior DCP Datuk Abdul Samah Mat, Ketua Polis Selangor mewakili Ketua Polis Negara.Pada majlis tauliah yang disertai seramai 1,026 mahasiswa dari 20 buah IPTA seluruh Negara turut menyaksikan tiga (3) orang pelajar USIM turut menerima penghargaan. Mereka adalah Nurul Syazana Mohd Nor (KS 46222), pelajar Tahun Tiga jurusan Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Mualamat (FEM) dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan; Ahmad Deedat Abdullah Habib (KS 46209), pelajar Tahun Tiga jurusan Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kempimpinan dan Pengurusan (FKP) sebagai Pegawai Terbaik Latihan Luar; dan Nur Faizah Abdul Rahman (KS 46234), pelajar Tahun Tiga jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dipilih penerima Pelatih Terbaik Latihan Akademik. Prof.Dato’ Dr. Mohamed AsinDollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM merangkap Komanda Kor Suksis USIM yang turut hadir di majlis pentauliahan ini melahirkan rasa bangga dan pujian kepada pelajar atas komitmen dan disiplin yang tinggi ditunjukkan semasa menjadi pelatih. “Para pelajar ini telah mengikuti latihan selama enam (6) semester pengajian di dan merupakan kumpulan keenam Suksis USIM yang telah dilahirkan sejak Kor Suksis USIM mula ditubuhkan pada 2006.” “Alhamdulillah, ketahanan fizikal dan mental pelajar kita kuat khususnya semasa kawad [...]

200 TOPI KELEDAR DIAGIH PERCUMA KEPADA MAHASISWA USIM

NILAI, 29 Ogos 2014 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah melancarkan Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) Dan Pertukaran Topi Keledar Daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Kepada Pelajar USIM 2014. Pelancaran program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya. USIM merupakan salah satu daripada tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terpilih untuk menyertai program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar dan staf dalam mempertingkatkan aspek keselamatan di jalan raya. Menurut YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, sebanyak 200 buah topi keledar dan Baju Pantul Cahaya telah diberikan percuma kepada pelajar USIM yang terpilih. Keutamaan adalah kepada pelajar yang mempunyai topi keledar yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM. “Kita akan gantikan topi keledar tersebut dengan topi keledar yang menetapi piawaian SIRIM, tambah beliau yang berharap agar dengan adanya program seumpama ini dapat mendidik pelajar USIM mengenai kepentingan pengunaan topi keledar yang selamat”. Manakala Ybhg. Profesor Dato Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, Kempen Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) Dan Pertukaran Topi Keledar Daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Kepada Pelajar USIM 2014merupakan program yang berteraskan aspirasi kerajaan untuk memberikan maklumat berkenaan kempen keselamatan jalan raya dari segi penggunaan topi keledar yang tepat, disamping menukar topi keledar yang didapati tidak menepati piawaian oleh SIRIM”. Dato’ Mohamed Asin Dollah turut menyeru kepada semua mahasiswa dan kakitangan USIM agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan sempurna bagi mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan [...]

Ogos 2014

‘USIM ALAMIYYAH’ SEBAGAI HUB PENGANTARABANGSAAN USIM

NILAI, 25 Ogos 2014 – Majlis pelancaran pejabat USIM Alamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasminya telah berlangsung pada 25 Ogos 2014 di Pusat Komersial. USIM Alamiyyah dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan  dalam bidang akademik khususnya untuk menjadikan USIM adalah pilihan utama bagi pelajar luar Negara melanjutkan pelajaran di sini. Sebagai universiti Islam yang menyanjung paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM Alamiyyah yang dahulunya dipanggil Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA), kini bergerak seiring iaitu sebagai pusat antarangbangsa yang menguruskan pertumbuhan pelajar antarabangsa dan pengunjung dari luar Negara khususnya. Pengarah USIM Alamiyyah Professor Dr Roshada Hashim berkata, konsep alamiyyah yang diperkenalkan ini adalah mencerminkan polisi  USIM diperingkat global sebagai hub pengajian tinggi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. ‘Alamiyyah ialah perkataan Arab yang  bermaksud sarwajagat atau universal di mana ‘Alamiyyah merujuk kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan bagi sesebuah institusi bagi menangani isu dan masalah yang memberi kesan kepada umat Islam. Pendekatan ilmu Naqli dan Aqli dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang diterapkan oleh USIM kepada pelajar dan kakitangannya adalah untuk melahirkan graduan yang seimbang,adil dan inklusif kepada masyarakat kelak. Ini kerana al-Quran dan Sunnah menyediakan sumber yang kaya dengan pengetahuan, penyelesaian merangkumi bidang sains, perubatan, ekonomi dan sahsiah diri. “Alamiyyah juga meliputi jaringan kerjasama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan di samping mewujudkan peluang bagi program mobility transnasional dan memperkasakan jaringan kerjasama bersama institusi di peringkat global di mana USIM berhasrat untuk menjadi universiti rujukan Naqli Aqli di peringkat global menjelang tahun 2025”, jelas professor Roshada lagi. Majlis pelancaran yang [...]

SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG JOHAN DEBAT BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN

NILAI, 20 Ogos 2014 – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang yang mewakili Selangor dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali ke-7 dan Jemputan Nusantara 2014 setelah menewaskan SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail mewakili Negeri Sembilan di Pertandingan Akhir yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Memperdebatkan usul “Pengajaran Sejarah di Sekolah Menengah Menggalakkan”, SMKA Maahad Hamidiah bertindak sebagai Kerajaan membariskan Aiman Arif Adnan, Jihad Muhamad Fuad, Anis Farhana Amran dan Nurul Basyirah Nurul Amali sebagai pendebat membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor USIM, Wang Tunai RM 2,000.00, Piala Iringan Sekolah dan Pendebat serta Sijil Penghargaan manakala SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail sebagai Pembangkang muncul Naib Johan menerima Piala Iringan Sekolah dan Pendebat, Wang Tunai RM 1,000.00 dan Sijil Penghargaan. Saudari Anis Farhana Amran, pelajar SMKA Maahad Hamidiah pula dipilih sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.00. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Profesor. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM mewakili Naib Canselor USIM bersama Tuan Haji Wan Ramdzan Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Pertandingan debat ini merupakan platform terbaik untuk melatih keupayaan para pelajar berfikir secara kritis dan analitis terhadap pelbagai isu semasa. Ini menjadikan mereka juga mampu mengusai dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui program Tahfiz Model Ulul [...]

PROGRAM AKADEMIK USIM DIMINATI PELAJAR AGAMA

NILAI, 17 Ogos 2014 – Booth USIM di Karnival Pengajian Tinggi Negara “Jom Masuk U” anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  mendapat sambutan hangat oleh pelajar aliran agama khususnya apabila peratusan pelajar memilih USIM di UPU sebagai pilihan utama meningkat saban tahun. Penganjuran karnival pendidikan kali ke -10 sejak tahun 2005 ini bukan sahaja dapat membekalkan maklumat yang tepat dan terperinci kepada para pelajar dan guru, malah ibubapa juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pengajian yang dipilih oleh anak mereka. Kebanyakkan pelajar yang datang ke booth mengatakan kesungguhan untuk menyambung pengajian dalam bidang agama sangat berkobar-kobar lebih-lebih lagi USIM bukan sahaja menawarkan program agama malah bidang sains, teknologi dan ekonomi juga turut ditawarkan di USIM. YBhg. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM berkata, dengan mengambil pendekatan seimbang antara aspek mental, fizikal dan rohani, USIM menekankan persepektif pendidikan yang menyeluruh ke arah penyatuan ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (rasional) selaras dengan falsafah, misi, dan visi USIM. “Penawaran model pendidikan yang unik ini membezakan USIM daripada universiti lain di seluruh dunia kerana paduan kedua ilmu ini mampu melahirkan idea dan penyelesaian yang relevan dalam menangani permasalahan ummah dan manusia sejagat, dan karnival seperti ini mampu memberi pendedahan tentang USIM secara umumnya”, jelas beliau. Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad yang hadir ke setiap zon bagi memberi sokongan turut melahirkan rasa gembira apabila ramai pelajar agama khususnya yang berminat untuk meneruskan pengajian di USIM. Karnival Jom Masuk U ini telah berlangsung di sebanyak 6 Zon meliputi kawasan semenanjung dan Sabah Sarawak di mana [...]

Go to Top