Mei 2015
PENUNTUT USIM DAN UM PENDEBAT TERBAIK DI QATAR
NILAI, 29 APRIL 2015 - Pendebat Bahasa Arab dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaya (UM) mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai sebagai tiga pendebat terbaik keseluruhan di International Arabic Debating Championship (IUADC) yang berlangsung di Qatar baru-baru ini. Mereka dipilih dalam kategori pendebat bukan penutur asli bahasa Arab yang menyertai kejohanan ini. Pendebat UM, Azwan Kamarudin, 25 pelajar jurusan Linguistik Bahasa Arab di ranking pertama dan pendebat USIM, Anis Amirah Zakaria, 22 pelajar Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dikedudukan kedua dengan masing-masing menerima hadiah pingat oleh pihak Pengajur. Tempat ketiga disandang penuntut dari Amerika Syarikat. Kejohanan debat bahasa Arab bertaraf antarabangsa ini berlangsung pada 26 hingga 29 April lalu bertempat di Qatar National Convention Centre. Disertai 67 buah pasukan yang membariskan lebih 300 pendebat Universiti terpilih dari negara Arab dan bukan Arab seperti Tunisia, Sudan, Kuwait, Yaman, Morocco, Amerika Syarikat, Korea, China, German, Australia, India, Pakistan, Brunei, Malaysia, Perancis, Poland dan German. Anis Amirah yang merupakan pelajar Tahun 3 Fakulti Syariah dan Undang-undang ketika ditemui mengucapkan rasa syukur atas pencapaian ini. "Ini merupakan pencapaian terbaik saya dalam kejohanan debat antarabangsa. Saya menyertai debat bahasa Arab sejak sekolah lagi ketika menuntut di Kolej Sultan Alam Shah (KISAS). Ini memberi motivasi yang tinggi kepada saya untuk terus menguasai bahasa Arab dengan lebih mendalam." "Peluang yang diberikan USIM untuk ke Qatar ini amat saya hargai dan berharap saya dan pasukan debat Bahasa Arab USIM diberi peluang menyertai pertandingan kompetitif sebegini di masa hadapan". Ujarnya yang tiba ke tanah air pada semalam. [...]
April 2015
ACREDA ANJUR PROGRAM KAMPUS BEBAS DADAH USIM 2015
NILAI, 29 APRIL 2015 - Isu penyalahgunaan dadah semakin meruncing apabila ia mampu menjejaskan bukan sahaja pembangunan masyarakat malah ekonomi negara. Pusat Kecemerlangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) dengan kerjasama pelajar Sarjana Kaunseling mengambil inisiatif untuk menganjurkan ‘Program Kampus Bebas Dadah USIM 2015’ yang mengetengahkan isu berkaitan cara pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat warga USIM khususnya bertempat di Pusat Keusahawanan Pelajar. Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah ACREDA, ia merupakan titik tolak kepada usaha ACREDA bagi memantapkan lagi kesedaran semua pihak tentang ancaman dan bahaya dadah. Selain mengorak langkah dalam pendidikan dan pencegahan dalam penyalahgunaan dadah, USIM turut berhasrat untuk menjadi sebuah pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan. “USIM dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengambil inisiatif dan langkah proaktif dengan mensasarkan program kerjasama Siri Kursus Asas Kaunseling dan Pengurusan Klien kepada pegawai AADK. Kursus ini akan diuruskan oleh pihak ACREDA untuk mempertingkat kompetensi serta keyakinan kerja para pegawai AADK dan melahirkan warga yang dapat memberi impak yang bermakna kepada bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam menangani masalah dadah di negara ini”, ujar Prof. Rushdan lagi. Program ini adalah sempena dengan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang telah jatuh pada 19 Februari setiap tahun. Turut diadakan ceramah dari pihak Persatuan Pengasih Malaysia dan Imam Muda Amar, pameran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan [...]
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI KUASAI GELANGGANG SUFA 2015
NILAI, 25 APRIL 2015 - Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2015 Universiyi Sains Islam Malaysia (USIM) yang memasuki edisi ke-14 dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu setelah membuka gelanggang rasmi pada 4 April. Temasya tahunan ini disertai oleh lapan buah Fakulti di USIM antaranya Fakulti Syariah dan Undang-undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Pengjian Quran dan Sunah, Fakulti Pergigian dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Pertandingan yang diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah mempertandingkan13 acara utama seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Futsal, Tenis, Lawn Bowl, Ping Pong, Badminton, Memanah, Bola Baling, Catur dan Olahraga. Kehebatan para atlit Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ternyata sukar digugat apabila menunjukkan penguasaan dalam acara balapan seperti 100m, 200m, 800m, 4x100m dan 4x400m dengan membolot lapan pingat emas daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan. Kejayaan ini memperkukuhkan kedudukan pingat dan kiraan mata FST ditangga teratas apabila SUFA bermula dengan pencapaian keseluruhan 13 emas, 2 perak dan 6 gangsa. Kejuaraan di SUFA kali ini merupakan kejuaraan untuk tahun ketiga berturut-turut sekaligus mencipta kemenangan hatrik. Fakulti lain juga turut memberikan saingan sengit kepada FST adalah kontinjen Fakulti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan 6 emas, 7 perak dan 4 gangsa diikuti Pengajian Bahasa Utama mendapat 3 emas, 10 perak dan 5 gangsa. Menurut Nor Amin Jamaluddin, Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP USIM, sokongan warga kampus kepada SUFA amat baik dan ini menyemarakkan kemeriahan para penyokong di setiap venue pertandingan. “Perkembangan sukan semakin baik di USIM dan ditambah dengan penganjuran SUFA [...]
INTRACKSEE USIM UNGGULI PERTANDINGAN MARHABAN
KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2015 - Dewan Theatretteb Bangunan Lestari UPNM menjadi saksi keunggulan dan kejayaan kumpulan Intracksee Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Marhaban Jemputan UPNM yang berlangsung pada 14 April 2015 lepas. Kumpulan Intracksee USIM yang diterajui seramai 13 orang memberi saingan yang cukup sengit tempoh hari sekali gus berjaya menewaskan empat pasukan lain yang turut memberi saingan. Menurut salah seorang ahli kumpulan Intracksee, Muhammad Alif Omar Abdul Jalil, mereka telah menjalani sesi latihan yang cukup konsisten dan padu dek kerana syarat yang diletakkan oleh pihak penganjur pertandingan adalah sangat mencabar. Antara syarat yang dikenakan ialah kesemua kumpulan perlu tampil dengan konsep marhaban yang asli serta tiada percampuran unsur seperti Hindustan, Melayu klasik dan unsur kontemporari selain daripada qiraat yang telah disepakati. “Setiap kumpulan bermula dengan berzanji dan mereka diminta untuk menggunakan rawi yang telah disediakan bagi memulakan pertandingan. Sejurus selepas itu, barulah para peserta boleh untuk mengalunkan irama marhaban dan juga qasidah.” “Namun, segala syarat yang telah ditetapkan itu adalah sebagai pembakar semangat dan ukuran kepada mereka dalam menempuh persaingan tersebut,” ujarnya ketika ditemu ramah semalam. Barisan panel hakim turut memberi komen dan respons positif ketika taklimat penghakiman. Lontaran suara, teknik alunan marhaban serta keseragaman kumpulan merupakan kriteria pemarkahan yang diambil kira untuk setiap kumpulan. Dengan pungutan markah sebanyak 90 mata, pasukan Intracksee USIM diumumkan sebagai Johan pertandingan diikuti Naib Johan yang disandang oleh pasukan tuan rumah iaitu kumpulan Marhaban Al-Fateh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang memperoleh 83 markah. Tempat [...]
SUKAN BOWLING ERATKAN USIM DAN PENGAMAL MEDIA
SEREMBAN, 24 APRIL 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan pada pengamal media melalui penganjuran ‘Media Night with Stracomm 2015’ pada 23 April 2015 bertempat di Pusat Bowling Mydin Mall, Seremban 2 . Program anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM turut mendapat kerjasama Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN). Objektif penganjurannya adalah sebagai tanda penghargaan dan meraikan rakan media yang sentiasa memberi kerjasama baik melalui publisiti dan promosi berkaitan kejayaan dan pencapaian USIM dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, kecemerlangan pensyarah dan pelajar serta program anjuran Universiti yang berimpak tinggi. Seramai 32 pengamal media mewakili pelbagai agensi antaranya Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, News Straits Times, N9 Kini, Kosmo, BERNAMA, TV Alhijrah, TV3 dan RTM menyertai program ini. Turut serta bermain bersama media adalah Pengurusan Universiti iaitu Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani; Pendaftar USIM, Encik Muhammad Haizuan Rozali ; Pengarah StraComm, Dr Faizal Kasmani dan jemputan khas daripada kakitangan Istana Negeri Sembilan. "Media cetak dan elektronik merupakan entiti penting yang membawa USIM dekat kepada masyarakat. Melalui Pelan Strategik USIM 2013-2025 yang memfokuskan Universiti akan menjadi sebagai Universiti rujukan dalam nic (kebitaraan) Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat serantau pada 2016 dan global menjelang 2025, media secara langsung terlibat dalam merealisasikan hasrat murni ini ". “Sebagai perbandingan, pada Januari sehingga Mac 2014, hits media USIM adalah sebanyak 267 hits dengan PR Value mencecah RM2.5 juta, manakala bagi tempoh yang sama untuk tahun ini, jumlah [...]
USIM METERAI PENJANJIAN MOA BERSAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
NILAI, 15 APRIL 2015 - Memupuk budaya mencintai ilmu melalui penerbitan buku, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai perjanjian bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu Majlis Menandatangi Perjanjian (MoA) di Eksekutif Lounge, Aras 6 Bangunan Canselori USIM. Kerjasama antara DBP dan USIM yang dikelola di bawah bahagian Penerbit telah terjalin semenjak sekian lama lagi. USIM sering mendapatkan khidmat kepakaran DBP ketika berbengkel dan berkursus khususnya dalam bimbingan penulisan dan penerbitan. Sebagai sebuah badan kerajaan yang memartabatkan bahasa Melayu, DBP juga sering menjadi pusat rujukan bahasa kepada kakitangan dan pelajar USIM. Menurut Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM melalui memorandum perjanjian ini, terdapat tiga buah buku yang akan diterbitkan secara bersama iaitu Darah: Titisan Berharga Penyambung Nyawa ditulis oleh Noor Fadzilah bt Zulkifli dan Ku Mastura Ku Mohd Noor, Prinsip dan Amalan Pengurusan Zakat di Malaysia ditulis oleh Mohd Faisol Ibrahim dan Bersugi dan Kesihatan Pergigian Menurut Islam ditulis oleh Normaliza Ab. Malik dan Mohd Fauzi Mohd Amin. “Ketiga-tiga buku ini dihasilkan oleh ahli akademik USIM dan mempunyai paduan integrasi antara ilmu naqli dengan aqli iaitu “niche” atau bidang tujahan USIM. Ketiga-tiga buku ini juga telah dipilih berdasarkan judul dan pengisian yang lebih menjurus untuk bacaan masyarakat umum. Skop pembaca sasaran juga akan lebih meluas bukan sahaja khusus kepada bidang tertentu”, jelas Dato’ Musa. “Melalui kerjasama ini, jumlah cetakan bagi buku ini dapat ditingkatkan dan jaringan pemasaran akan lebih meluas dan terfokus. USIM dapat mengkhususkan pasaran kepada institusi pendidikan seperti universiti awam dan swasta, institusi perguruan serta [...]
USIM DAN TESCO MALAYSIA JALIN KERJASAMA MOU
KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015 - Model rumah hasil rekaan sekumpulan pelajar program Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi pilihan oleh pihak TESCO Store (Malaysia) Sdn. Bhd untuk dibina bagi mangsa banjir di Kampung Belian dan Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Rumah ini merupakan hasil rekaan 8 orang pelajar Seni Bina USIM yang terdiri daripada Wan Mohd Azly Wan Mohamad, Bibi Nur Bashirah Baharun, Muhammad Izzat Irfan Mustaffa, Mohd Farizal Zulkepli, Nasrinm Majdina Ramli, Mohd Safuan Mohd Fadzil, Mohd Azry Hadi Abd Manan dan diketuai oleh Luqman Hakkim Yusof. Merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Projek Shelter TESCO, sebanyak lapan unit rumah yang bernilai RM 55,000 seunit dengan keluasan 740 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur ini telah bermula pembinaannya. Dijangka siap pada Julai nanti, ia pastinya menjadi anugerah yang bermakna dan menggembirakan buat keluarga terpilih menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pembinaan rumah berdasarkan rekaan USIM ini mengambil masa yang singkat kerana menggunakan kaedah pasang siap. Selain itu, ia berkonsepkan modular sistem dan bahan binaan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula dan bercirikan mesra alam. Reka bentuk rumah ini juga unik kerana patuh Syariah dan memenuhi prinsip seni bina Islam seperti pintu masuk utama menghadap kiblat dan ruang dapur yang terlindung. TESCO mengadakan pelancaran rasmi model rumah Projek Shelter hasil kreativiti arkitek muda ini dalam Majlis Minum Petang Penghargaan Bantuan Banjir TESCO pada Mac lalu. Ia disusuli dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara USIM [...]
FPQS SAMBUT ULANGTAHUN KE 15
NILAI, 10 APRIL 2015 – Kini genap 15 tahun Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) beroperasi seiring dengan usia penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Satu Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 15 FPQS telah diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS yang dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. FPQS merupakan antara fakulti terawal yang ditubuhkan di USIM dan memulakan pengambilan pelajar sulung pada sesi akademik 2000/2001 bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Bertujuan melahirkan pelajar yang berkemampuan memahami dan mengambil hokum dari sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan As Sunnah di samping melahirkan pelajar yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam dalam bidang akidah, syariah dan akhlak. Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, USIM komited untuk terus memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara. Untuk bergerak selari dengan perubahan semasa, inovasi dilakukan ke atas program yang ditawarkan dengan mengintegrasikan pengajian Quran dan Sunnah secara tradisi dengan ilmu-ilmu moden baharu. Ini dilaksanakan menerusi penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dengan Multimedia dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian. “Untuk meluaskan lagi program akademik yang ditawarkan, FPQS juga telah merintis kerjasama dengan pihak luar dengan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM di Darul Quran serta mengadakan program kerjasama berbentuk francais dengan KIPSAS dan dimaklumkan sehingga kini, FPQS mempunyai seramai 1800 orang pelajar”, jelas Dato’ Musa. Pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang 15 tahun penubuhan FPQS, antaranya seorang pensyarah, Prof. [...]
BERGEMA TEMBAKAN M16 SUKSIS USIM DI MELAKA
AYER KEROH, 11 April - Bergema Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang dengan bunyian tembakan senjata Colt M16-A1 apabila seramai 187 orang pelatih Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengikuti program menembak tahunan anjuran Suksis USIM di sini. Para pelatih yang terdiri daripada Skuad 7, 8 dan 9 ini ternyata teruja dengan program yang diaturkan khas untuk mereka ini. Ia sebagai salah satu keperluan bagi memenuhi modul-modul latihan sepanjang mereka mengikuti Kor Suksis. Dikendalikan oleh Unit Persenjataan (AMRA) IPK Negeri Sembilan yang terdiri daripada 13 orang jurulatih, ia telah memberi keyakinan dan keberanian kepada peserta untuk menyelesaikan tugasan ini terutamanya bagi mereka yang kali pertama merasai pengalaman memegang senjata. Bagi Najwa Murtadza, 20, pelajar Tahun Satu Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dari Skuad 9, ini merupakan pertama kali beliau memegang senjata M16. "Perasaan saya amat teruja untuk mengikuti latihan menembak pada hari ini. Walaupun diakui rasa gementar itu ada apabila mendengar bunyi tembakan M16, tetapi dengan adanya jurulatih di sisi memberi nasihat seperti mengawal pernafasan dan membetulkan posisi menembak yang betul, ia amat membantu melegakan saya ketika itu. Saya sungguh seronok untuk mengikuti latihan seperti ini lagi" ujarnya. Menurut Jamiqulhuda Ahmad, 21, pelajar Tahun Dua Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dari Skuad 7 menyifatkan latihan seperti ini amaf bagus kerana ia melatih untuk para peserta lebih fokus dan berdisiplin. "Sepanjang empat semester mengikuti latihan Kor Suksis USIM, ini merupakan kali keempat saya mengikuti latihan menembak seperti ini. [...]
USIM STREET DAKWAH JELAJAH KE ALAMANDA
PUTRAJAYA, 4 April 2015 – Konsep pembelajaran dakwah dan unsur-unsur jati diri dalam hiburan masih dikekalkan USIM Street Dakwah yang meneruskan sesi jelajah mereka buat kali kedua ke Alamanda baru-baru ini. Menghidangkan hiburan santai melalui konsep pemuzik jalanan (buskers), program anjuran Pusat Kebudayaan USIM ini jelas membuktikan keunikannya berbanding buskers lain dengan mengetengahkan seni muzik islamik di samping mendidik masyarakat terutamanya golongan generasi - Y ke arah kebaikan. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed, pemilihan lagu-lagu yang disampaikan mempunyai unsur nasihat, pedoman dan dalil Al-Quran seiring dengan tema sharing knowledge dan sharing awareness bagi mengamit perhatian pengunjung. “Menampilkan kepelbagaian genre muzik kali ini sesuai dengan citarasa penonton di sini yang lebih inginkan persembahan yang rilaks dan medium pengajaran yang tidak terlalu berat,” katanya. “Program kali kedua ini juga merupakan proses penambahbaikan dari segi persembahan dan pengurusan di samping persediaan USIM sempena persembahan Festival Hari Guru Kebangsaan pada 14 hingga 16 Mei dan USIM Street Dakwah Jelajah Kedah yang bakal berlangsung pada 1 hingga 7 Ogos nanti,” tambah beliau lagi ketika ditemuramah di sini. Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung, Mohd Han Adam inisiatif seperti ini menyajikan banyak manfaat kepada masyarakat agar mereka tidak leka dengan hal dunia bahkan boleh menghayati keindahan bait-bait islamik. Manakala pengunjung yang berasal dari Filipina, Ubaidah, sangat teruja dan terhibur dengan hiburan santai tersebut walaupun tidak memahami bahasa Melayu kerana alunan dan rentak dari alat-alat muzik membantu menghangatkan persembahan. Selain persembahan nyanyian muzik dari USIM Buskers, terdapat juga penampilan istimewa daripada Siso Kopratasa yang turut dengan [...]









