September 2012
1, 908 PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA MENDAFTAR DI USIM
NILAI – Seramai 1,908 pelajar Ijazah Sarjana Muda mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada 1 september baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 555 orang ialah pelajar lelaki manakala 1,353 orang lagi merupakan pelajar wanita yang mengikuti pengajian di lapan fakulti pengajian di USIM. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, pendaftaran pada hari Sabtu yang lalu telah berjalan dengan lancar dan pihak universiti merasa amat bangga kerana pada tahun ini universiti sekali lagi berjaya memperbaiki sistem pendaftaran universiti yang hanya mengambil masa selama 6 minit bagi seseorang pelajar. “Saya juga mendapat maklumbalas yang sangat positif dari para ibu bapa yang mengatakan inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh sebuah universiti, apatah lagi bagi sebuah universiti Islam yang mana kita seharusnya mementingkan kecekapan dan keberkesanan di dalam apa juga kerja yang kita laksanankan terutamanya di dalam sistem pentadbiran” “Pada tahun ini juga USIM turut menerima bilangan pelajar teramai iaitu seramai 1,908 orang iaitu mencatat nisbah pendaftaran sebanyak 84.8% dan merupakan nisbah penerimaan yang paling tinggi sejak penubuhannya” beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan pada Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sempena Hari Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2012/2013 USIM di Stadium Tertutup Nilai, semalam. Beliau turut menambah, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem pendidikan USIM. Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai 28 orang bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian. Oleh: Khairul Azizi [...]
Ogos 2012
Pengerusi LPU USIM Kongsi Pengalaman Integrasi Ilmu
NILAI – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Abdul Shukor bin Hj. Hussin telah membuat pembentangan mengenai pengalaman USIM untuk mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli demi mencapai misi dan visi penubuhan USIM di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), baru-baru ini. Menurut beliau, semasa ingin menubuhkan USIM yang dahulunya Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), beliau dan ahli LPU yang lain telah dimaklumkan agar penubuhan universiti Islam ini perlulah mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri sebagai strategi untuk bersaing dengan universiti yang sedia ada. “Seperti contoh Program Komunikasi di USIM ini perlu mengetengahkan sesuatu yang unik iaitu dengan menerapkan elemen-elemen Islam di dalam subjek yang ditawarkan dan seterusnya akan mewujudkan komunikasi Islam,” katanya lagi. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa penubuhan USIM ini juga dilihat selari dengan seruan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah banyak menekankan tentang maqasid syariah, islah, wasatiyah yang mana kesemuanya merupakan hasil daripada integrasi ilmu. Menurutnya lagi apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri itu juga berkait dengan pembangunan Satu Malaysia dan sebagai proses untuk membentuk satu sistem sehingga ianya sampai kepada satu tahap yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat. Dalam akhir pembentangannya, beliau turut menekankan bahawa setiap pensyarah yang berkhidmat di USIM ini perlulah mempunyai semangat dan ruh serta memahami risalah USIM dan membantu ke arah perubahan yang lebih baik menerusi ilmu, pendidikan dan sistem yang boleh diterima dan dipercayai oleh semua. Sementara itu, Dekan FKP, Prof. [...]
USIM SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU
Nilai, 17 Ogos 2011 – Seramai 40 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim Piatu Islam Daerah Port Dickson menerima bantuan sempena ketibaan Aidilfitri ini daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman 1, USIM. Program bercirikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan USIM dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam USIM, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM (PRAGMATIS); Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA), dan Kelab Setiausaha USIM (KSU). Bantuan serta sumbangan duit raya termasuk barang keperluan dapur itu disampaikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Muda. Anak-anak yatim dari rumah kebajikan tersebut turut diraikan dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Pada majlis yang sama, seramai 30 orang saudara baru dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) turut diraikan serta menerima sumbangan hamper. Antara objektif program adalah bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah dengan mengagih-agihkan rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu, program sebegini merupakan sebahagian aktiviti kebajikan warga universiti kepada masyarakat. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia
USIM HULUR BANTUAN KEPADA PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL TEMERLOH
Temerloh, 16 Ogos 2011 – Mengambil teladan dari Pepatah Melayu “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitril yang akan menjelang tiba, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pejabat Naib Canselor mengorak langkah mengambil peluang keberkatan ini untuk turut berkongsi nikmat yang dikecapi bersama-sama golongan kanak-kanak di Wad Kanak-kanak (Wad Melor 1 dan Wad Melor 2) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Sumbangan berbentuk hamper ini merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) USIM kepada masyarakat dan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM kepada 60 orang pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital tersebut. USIM sebagai sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam telah menggariskan objektif utama program ini iaitu untuk membina ikatan persaudaraan Islam yang kental di kalangan saudara semuslim dengan saling ziarah-menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Berbekalkan iman dan ilmu serta amal jariah yang dilaksanakan, program ini akan membawa kepada peningkatan amal umat Islam di dunia dan akhirat dalam menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia
USIM, JAKIM METERAI TIGA PERJANJIAN PENYELIDIKAN ISU KEFATWAAN
PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menandatangani tiga perjanjian penyelidikan dan kerjasama dalam isu kefatwaan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam di Negara ini dan juga diperingkat global. Tiga perjanjian penyelidikan yang juga merupakan projek rintis tersebut ialah; Tahap Keterlibatan, Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara-perkara Khurafat Serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian di Pulau Besar, Melaka; Kajian Mengenai Mem’Bin/Ti’kan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-Undang dan Sosial dan Pengurusan Pengagihan Zakat di Malaysia: Kedudukan Non-Muslim sebagai penerima zakat dan garispanduan pemindahan dana zakat. Majlis menandatangani perjanjian penyelidikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Hajah Musatafa Mohd Hanefah, Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan YBhg Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali serta wakil dari pihak JAKIM. Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Hj. Razali bin Hj. Shahabudin berkata, Jawatankuasa Fatwa MKI perlu mengembling sepenuhnya khidmat pakar-pakar dalam pelbagai bidang profesional bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam dan isu-isu yang bersifat saintifik yang memerlukan penyelidikan supaya fakta dan keputusan yang dihasilkan lebih mantap. Pada 5 Julai 2011 yang lalu, YAB Perdana Menteri semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa MKI telah bersetuju meluluskan dana khas kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya bagi isu-isu yang memerlukan fatwa. “Tujuan utama peruntukan dana khas ini adalah bagi melaksanakan penyelidikan merangkumi bidang sains dan perubatan, ekonomi dan kewangan, farmaseutikal dan lain-lain lagi” Ujar Tuan Hj. Razali ketika menyampaikan ucapan mewakili Ketua Pengarah [...]
USIM, JAKIM METERAI TIGA PERJANJIAN PENYELIDIKAN ISU KEFATWAAN
PUTRAJAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menandatangani tiga perjanjian penyelidikan dan kerjasama dalam isu kefatwaan bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam di Negara ini dan juga diperingkat global. Tiga perjanjian penyelidikan yang juga merupakan projek rintis tersebut ialah; Tahap Keterlibatan, Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Islam Terhadap Perkara-perkara Khurafat Serta Cadangan Penyelesaiannya: Kajian di Pulau Besar, Melaka; Kajian Mengenai Mem’Bin/Ti’kan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-Undang dan Sosial dan Pengurusan Pengagihan Zakat di Malaysia: Kedudukan Non-Muslim sebagai penerima zakat dan garispanduan pemindahan dana zakat. Majlis menandatangani perjanjian penyelidikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Hajah Musatafa Mohd Hanefah, Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan YBhg Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali serta wakil dari pihak JAKIM. Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Hj. Razali bin Hj. Shahabudin berkata, Jawatankuasa Fatwa MKI perlu mengembling sepenuhnya khidmat pakar-pakar dalam pelbagai bidang profesional bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hukum hakam dan isu-isu yang bersifat saintifik yang memerlukan penyelidikan supaya fakta dan keputusan yang dihasilkan lebih mantap. Pada 5 Julai 2011 yang lalu, YAB Perdana Menteri semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa MKI telah bersetuju meluluskan dana khas kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan khususnya bagi isu-isu yang memerlukan fatwa. “Tujuan utama peruntukan dana khas ini adalah bagi melaksanakan penyelidikan merangkumi bidang sains dan perubatan, ekonomi dan kewangan, farmaseutikal dan lain-lain lagi” Ujar Tuan Hj. Razali ketika menyampaikan ucapan mewakili Ketua Pengarah [...]
NC USIM PENGERUSIKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT FORUM IKHWAN MUSLIMIN
NILAI – Atas dasar ilmu, profesional dan sikap rasional yang dimiliki oleh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu persidangan meja bulat mengenai gerakan Ikhwan Muslimin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM. Menurut Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, penganjuran forum ini adalah bertujuan untuk kita mengambil kira dan mengetahui tentang isu terkini yang berlaku di negara-negara Islam terutamanya di Mesir, katanya ketika ditemubual. “Saya berharap agar forum ilmiah ini dapat menjadi persediaan kepada kita untuk menghadapi cabaran di masa akan datang agar menjadi umat Islam yang berjaya,” katanya yang turut menyuarakan keberanian Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan atas penganjuran forum ini. Persidangan meja bulat yang dihadiri oleh kakitangan akademik USIM dan para pelajar itu menjadi semakin rancak apabila pelbagai isu dan persoalan dilontarkan kepada ahli panel mengenai gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dan kesannya kepada Malaysia. Sebelum itu, satu pembentangan khas oleh setiap ahli panel yang dijemput telah diadakan bagi menerangkan tentang fenomena Arab Spring yang telah melanda negara-negara di Asia Barat di Bilik Tayangan DKF 1.2 (FKP). Ahli panel yang telah dijemput ialah Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya; Profesor Dr. Badlihisham Mohd Nasir, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Salah Mohamed Zaki Mohamed Ibrahim, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diakhiri dengan Majlis Tahlil dan Majlis Berbuka Puasa.
Julai 2012
MAHASISWA USIM MERENTAS ASEAN
PENGALAMAN ditimba, bakti ditabur, ukhuwah diperkukuh. Itulah antara kata-kata yang terungkap dalam Program Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia Merentas Asean 2011 ke Kemboja dan Vietnam. Program anjuran Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiawa (ULPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ini telah berlangsung pada 10 hingga 16 Julai 2011 lalu. Menurut Pengarah Program Aisyah Bt Nasir, objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan sebenar mengenai aktiviti sukaralewan kemasyarakatan, memberi peluang kepada mahasiswa untuk memberi sumbangan berkesan ke arah memajukan masyarakat Islam di luar negara dari segi kerohanian, intelektual dan jasmani sekali gus memperkasa jenama USIM ke persada antarabangsa. “Ahli ULPM USIM pada sesi tahun 2009 terdahulu telah mengadakan kajian keberkesanan aktiviti badan pelajar di beberapa universiti di Korea Selatan, dan ULPM pada sesi kali ini menukar corak objektif program kepada aktiviti pengantarabangsaan dan baktisiswa kemasyarakatan dengan memilih Kemboja dan Vietnam sebagai destinasi khidmat diberi” katanya. “Program selama tiga hari di Kemboja dan empat hari di Vietnam bagi menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti yang dirancang telah disertai seramai 24 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring” tambahnya lagi. Antara beberapa program yang berlangsung di Kemboja ialah sumbangan pakaian terpakai kepada penduduk islam di Kampung Terapung Air Tasik Tonle Sap yang merupakan penduduk bertaraf hidup rendah dan golongan minoriti berbanding agama lain. ULPM juga mengadakan pertemuan dua hala bersama Mufti Kemboja, Sohibus Samahah Haji Kamarudin Haji Yusof di pejabatnya di Phnom Penh seterusnya menjalankan aktiviti menulis tulisan khat dan nyanyian nasyid dalam bahasa melayu bersama-sama dengan pelajar Sekolah Menengah Agama An Nikmah, sekolah [...]
MAJLIS KALAM BITARA RAI CENDEKIAWAN USIM
USIM, Nilai – 13 Julai 2011- Bahagian Penerbitan di bawah imprin Penerbit USIM buat kali kedua telah berjaya menyerahkan hasil royalti kepada para penulis buku melalui Majlis Kalam Bitara 2011. Majlis ini bertujuan meraikan penglibatan dan sumbangan cendekiawan USIM dalam memandaikan bangsa melalui karya-karya penulisan yang dihasilkan. Majlis telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr. Haji Mohamad Yusof Noor, Pengerusi LPU dan turut dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Muhammad Muda, Naib Canselor USIM. Seramai 100 orang penulis telah berjaya memperoleh hasil royalti daripada 52 judul buku yang diterbitkan pada tahun 2002-2009 dan 4 buah modul untuk terbitan tahun 2010. Buku yang berjaya memperoleh nilai royalti terbanyak ialah buku bertajuk “Resipi Istimewa untuk Belajar” cetakan pertama dan kedua berjumlah RM 4620.00. Ini menjadikan keseluruhan jumlah royalti yang diberikan sebanyak RM 48 858.40. Bagi menggalakkan perkembangan penerbitan oleh para pensyarah, Penerbit USIM telah mewujudkan tiga Anugerah Penerbitan sempena majlis ini. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Buku Terlaris 2010, Anugerah Penulis Prolifik dan Anugerah Penulis Harapan mengikut kategori bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Anugerah Buku Terlaris 2010 telah diberikan kepada buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi – Edisi Kedua karya Prof. Madya Datin Dr. Hajjah Sapora Sipon bagi kategori bahasa Melayu, manakala bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Arab masing-masing diberikan kepada buku The Modern study of Religion – A Preliminary Survey on Clifford Geertz karya Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali dan buku Muhadrat Fill Aqidah Al-Islamiyah karya Prof. Madya Dr. Syamsul Bahri Andi [...]
KHIDMAT SENI BUDAYA UBAH PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP SENI ISLAM
AJIL– “Tak kenal maka tak cinta” itulah ungkapan yang dizahirkan oleh salah seorang penduduk Kampung Menerong, Ajil Terengganu yang menerima kehadiran mahasiswa Urusetia Kesenian Pelajar, Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Khidmat Seni Budaya 1Malaysia (KSB 1Malaysia) pada 1 hingga 5 Julai yang lalu. Program yang diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Negeri Ajil, YB. Dato’ Haji Rasol bin Wahid merupakan satu program yang membawa keunikan kesenian dan kebudayaan 1Malaysia selain dari pengisian khidmat komuniti. “Kehadiran pihak USIM sendiri telah membawa perubahan pemikiran masyarakat terhadap kesenian malah dengan berlangsungnya program seperti ini ternyata lebih jelas bahawa Islam dan kesenian itu sendiri tidak boleh dipisahkan” ujar Dato’ Rasol dalam ucapan perasmian beliau. “Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi USIM berjaya membuktikan keberanian dan komitmen mahasiswa dalam memperkenalkan dan mempertahankan seni tanah air kita.” tambah beliau. Dato’ Rasol turut menyatakan sokongan dan kegembiraan beliau kepada pihak USIM yang telah menjayakan program KSB 1Malaysia ini. Beliau turut berharap supaya pihak universiti menghidupkan semula tulisan jawi kerana ianya merupakan jalan bagi memperhebatkan jatidiri bangsa Melayu. KSB 1Malaysia merangkumi pengisian seperti Rakan Seni Budaya, Santai Bersama Masakan ibu, Senam Seni, Tazkirah dan Solat Berjemaah, Karnival Permainan Tradisional, dan Manifestasi Seni. Pendekatan dalam segmen Rakan Seni Budaya dan Manifestasi Seni telah memberi peluang kepada masyarakat setempat khususnya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong dan Sekolah Rendah Menerong mengenali dan mencintai Kesenian 1Malaysia seperti Cak Lempong, Nasyid, Tarian Tradisi Melayu, Perkusi pelbagai kaum, Rampaian Tari Cina, India Etnik Sabah Sarawak, Seni Khat, Kompang, [...]