Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2011

UKP LAWAT KLINIK KESIHATAN NILAI TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN

NILAI 26 Dis. – Seramai 8 orang kakitangan dari Unit Kesihatan Pelajar (UKP) , Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik  Kesihatan Nilai, dekat sini baru-baru ini. Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kedua belah pihak di samping menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada pelajar. Setelah bangunan induk yang beroperasi di Pekan Nilai terbakar pada April yang lalu, kini Klinik tersebut ditempatkan dan beroperasi sementara di Nilai Square. Klinik  Kesihatan Nilai mempunyai kakitangan seramai 70 orang yang terdiri daripada dua orang pakar perubatan, tiga orang penolong pegawai perubatan, empat orang penolong pegawai farmasi, tiga orang penolong  teknologi  makmal perubatan dan selebihnya terdiri daripada jawatan jururawat pelbagai gred dan pembantu perubatan kesihatan. Hasil daripada lawatan tersebut, antara maklumat yang diperolehi adalah prosedur pendaftaran, perkhidmatan pergigian, perekodan stok ubat, cara penyimpanan ubat dan perkhidmatan makmal terutama dari aspek penyelenggaraan serta operasi mengikut standard ISO. Selain itu, maklumat keperluan peralatan medikal di dalam ambulan dan di bilik  kecemasan juga turut diterangkan dalam membantu UKP memperbaiki kekurangan perkhidmatan yang diberikan mengikut standard ISO. Lawatan selama dua jam ini juga turut diisi dengan perkongsian cara kerja dan aplikasi klinikal tentang rawatan primer. Diharapkan hubungan silaturrahim di antara perkhidmatan kesihatan utama di Nilai dan USIM dapat dimanfaatkan oleh kakitangan UKP demi kebaikan pelanggan utama UKP iaitu para pelajar. Oleh: Rosmaria Autar Unit Kesihatan Pelajar (UKP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

USIM SEDIAKAN ZON BELAJAR DENGAN WIFI UNTUK MAHASISWA

SEREMBAN 27 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nilai baru-baru ini. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, zon terletak di Pusat Komersial USIM itu diwujudkan bagi memudahkan penuntut mengulang kaji pelajaran dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi. "Ruang khas atau Zon Belajar 24 Jam ini merupakan cadangan sekumpulan penuntut yang mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) USIM. "Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penuntut yang memberi cadangan bernas seperti ini dan kami amat mengalu-alukan sebarang idea baik yang mampu dimanfaatkan seluruh mahasiswa khususnya ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya pada majlis pelancaran zon tersebut baru-baru ini. Jelasnya, zon berkenaan yang mampu memuatkan 60 penuntut pada satu masa mula beroperasi pada 4 November lalu. Beliau juga memberitahu kapasiti kelajuan wifi akan ditingkatkan dari 48 megabait sesaat (Mbps) pada waktu ini kepada 100 Mbps. "Pada masa akan datang menerusi peruntukan yang ada, pihak universiti akan menambah bilangan kerusi dan meja serta mewujudkan kios makanan dan minuman ringan bagi memudahkan mahasiswa mengulangkaji pelajaran mereka di sini," ujarnya. Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan setelah beberapa siri perbincangan dijalankan melibatkan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bahagian Pengajian Pra-Siswazah (BPPS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sumber- Utusan Malaysia

Roadshow Pendermaan Organ dapat respon positif

NILAI, 15 Dis. - Senario pendermaan organ kini menunjukkan perubahan yang positif di Malaysia. Ini kerana kita dapat lihat daripada peningkatan kesedaran orang ramai terhadap pendermaan organ, serta peningkatan jumlah penderma dan pengikrar pendermaan organ tahun demi tahun, kata Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Kementerian Kesihatan Malaysia,  Tan Sri Lee Lam Thye pada  majlis perasmian pelancaran organ peringkat Negeri Sembilan pada 15 Disember. Menurutnya, dengan adanya kempen-kempen kesedaran pendermaan organ yang dijalankan terutamanya kempen menerusi media, ia telah berjaya meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi negatif masyarakat Malaysia sekaligus memberikan respon yang positif terhadap pendermaan organ. “Saya amat berpuas hati kerana statistik menunjukkan bahawa jumlah pengikrar yang mendaftar bagi tahun ini sahaja sehingga bulan November ialah seramai 25, 719 orang.” “Berdasarkan kepada statistik dari Pusat Sumber Transplan Nasional, golongan berumur 11 hingga 30 tahun merupakan bilangan pengikrar paling ramai iaitu, 103, 611. Ia suatu yang membanggakan apabila kesedaran di kalangan golongan muda yang tampil mendaftar sebagai pengikrar semakin meningkat pada tahun ini,” tambah beliau. Saya mengambil peluang di sini untuk menyeru supaya anda semua mendaftar sebagai penderma bagi mereka yang belum lagi mendaftar, ini kerana saya percaya setiap daripada kita terdiri daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap mereka yang amat memerlukan organ baru untuk meneruskan kehidupan, tambahnya lagi sekaligus merasmikan Roadshow Promosi Pendermaan Organ Siri 4/2011 pada tahun ini. “Kami menyediakan sebanyak 13 tempat di setiap pusat perubatan di Negeri Sembilan bagi mereka yang ingin mendaftar atau mengetahui maklumat tentang pendermaan organ,” kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri [...]

Tuanku Aishah Rohani Canselor Kedua USIM

PUTRAJAYA, 3 Dis. – Hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan lakaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen kesembilan dengan berlansungnya Istiadat Pemasyhuran Canselor yang baru sebagai Canselor kedua USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut berangkat ke Majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Majlis Kovokesyen kali ini dimulai dengan Istiadat Pemasyhuran Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Perisytiharan pelantikan Canselor diumumkan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Baginda bertitah di dalam ucapanya, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah. jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana. "Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum. "Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara. "Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya. Konvokesyen pada kali ini menyaksikan [...]

USIM UNGGULI PERTANDINGAN MAHKAMAH MUT SYARIAH 2011

NILAI, 13 Dis. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli Pertandingan Mahkamah Mut Syariah (PMMS) Peringkat Kebangsaan 2011 apabila muncul sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan yang diadakan di USIM baru-baru ini. Kejayaan itu menyaksikan pasukan USIM yang diwakili oleh mahasiswa dari Fakulti Syariah Undang-Undang menerima wang tunai RM5,000 beserta piala. Pertandingan ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sementara itu, penuntut Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula dianugerahkan Hujahan Bertulis Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala. Dalam pertandingan tersebut, Saudari Syamimi Abdul Rahman, penuntut di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dinobatkan sebagai Penghujah Terbaik dan menggondol hadiah wang tunai RM1,500 bersama piala. Pertandingan dua hari itu telah disertai oleh tujuh institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya USIM, UKM, UIAM, Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Majlis penutup PMMS 2011 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia mewakili Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam pada itu, Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda ketika berucap pada penutup pertandingan tersebut memberitahu, PMMS tahun ini sudah masuk kali kedua penganjurannya, di mana kali pertama ia diadakan adalah pada 2009. “Dengan izin Allah, USIM akan terus menganjurkan PMMS pada tahun akan datang memandangkan pertandingan ini mendapat sokongan yang kuat dari pihak KPT, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Persatuan Peguam [...]

November 2011

Abdul Shukor Anggap Pengiktirafan Perangsang Terus Berbakti

PUTRAJAYA 28 Nov. – Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) merangkap pengarah di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, 69, dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1433H/2011M. Abdul Shukor yang juga merupakan mantan Naib Canselor USIM berkata, pada mulanya, beliau tidak menyangka akan dipilih kerana menganggap khidmat yang disumbangkan kepada negara tidak begitu besar jika dibandingkan dengan pemimpin sedia ada. “Walaupun begitu, saya rasa bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan ini. Secara tidak langsung menjadi perangsang kepada saya, dan saya akan terus berkhidmat mengikut kemampuan. “Saya berpegang kepada konsep yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, sebaik-baik manusia itu adalah orang yang memberi manfaat kepada manusia lain sebanyak-banyaknya,” katanya yang berasal dari Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang itu. Abdul Shukor diminta mengulas mengenai pengiktirafan tersebut ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar Majlis Sambutan Maal Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman. Sumber: Utusan [...]

TUNKU ALI PRO-CANSELOR PERTAMA USIM

NILAI - Seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan sebuah lagi lembaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen Kesepuluh USIM apabila, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor pertama universiti ini. Istiadat pemasyhuran Pro-Canselor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz adalah putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir dan  Duli  Yang  Maha  Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud. Yang Amat Mulia Tunku diputerakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur pada 26 April 1977, iaitu genap tiga tahun satu hari selepas perkahwinan ayahanda dan bondanya. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Inai Junior dan The Alice Smith School Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Marlborough College di Wiltshire, United Kingdom di peringkat GCSE (‘O’ Level) dan GCE ‘A’ Level,  Yang  Amat  Mulia  Tunku  juga bergiat aktif mewakili kolej dalam sukan badminton dan bola keranjang, dan menjalani latihan asas ketenteraan dengan menganggotai Angkatan Kadet Campuran (CCF). Yang Amat Mulia Tunku mencapai keputusan cemerlang di peringkat ‘A’ Level dan dianugerahkan biasiswa Sime Darby / Cambridge Commonwealth Trust untuk melanjutkan pelajaran di University of Cambridge dalam bidang Sejarah dan Sains Sosial & Politik dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian, BA (Hons) dalam [...]

USIM LANCAR PESTA KONVOKESYEN KALI KE-10

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kumpulan Utusan buat kali yang keduanya bekerjasama menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM Kesepuluh yang akan diadakan padai 22 hingga 25 November ini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, jalinan kerjasama yang dibuat dengan pihak Utusan ini menampakkan kematangan USIM dalam memperkenalkan universiti di mata masyarakat melalui media perdana Negara. Melalui inisiatif ini, secara tidak lansung USIM lebih dikenali dari segi kualitinya sama ada dalam aspek akademik, pentadbiran, graduan dan sumbanganya terhadap masyarakat. “Konvokesyen USIM telah melangkah ke tahun yang ke-10. Ia menggambarkan bahawa ramai graduan USIM telah berkhidmat dan menabur bakti di merata tempat. USIM juga telah mencapai tahap kematangan yang sewajarnya dan ini terbukti apabila baru-baru ini, USIM telah menerima pengiktirafan cemerlang, 'Tier 5' menerusi penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2011 (Setara 11) yang dikendalikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)” Baliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Pesta Konvokesyen USIM Kali Ke-10 di Pusat Komersial, USIM di sini semalam. Menurut Mohamed Asin lagi, antara aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang pesta konvokesyen itu nanti adalah, Larian Pesta Konvokesyen, Karnival Eksplorasi Kerjaya, Pertunjukan Automobil, Pertunjukan Haiwan Kesayangan, Pertandingan Tarik Tali Terbuka, Kejohanan Futsal dan Bola Jaring Terbuka dan banyak lagi. Tambah beliau lagi, sebahagian daripada kutipan penyertaan dalam Larian Pesta Konvokesyen itu nanti akan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya. Dalam pada itu, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Melayu (Malaysia), YBhg. Datuk Zaini Hassan berkata, melalui kerjasama kali pertama pada tahun lalu, seramai 14 [...]

Interakcee Catat Kemenangan di Festival Nasyid MAKUM 2011

Merealisasikan nasyid sebagai khazanah warisan budaya telah berjaya mencungkil  kreativiti dan bakat-bakat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Festival Nasyid MAKUM 2011 yang bertemakan 1 Malaysia, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 30 Oktober yang lalu . Sebanyak 16 IPTA telah menyertai Festival Nasyid MAKUM 2011, dan pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi  yang berlangsung disebelah petang dan malam. Terdapat lapan kategori anugerah dan hadiah yang ditawarkan pada festival kali ini. Setiap kategori menawarkan tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Mohd Fadzil Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAS merangkap Pengerusi MAKUM. Universiti Kebangsaan Malaysia dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala iringan dan pingat emas manakala naib johan di menangi oleh Universiti Putra Malaysia dengan menerima wang tunai RM1500 beserta piala iringan dan pingat perak. “Seiring Melangkah” hasil karya kreatif  Syukri Dahari yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Interakcee, Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan BHEP Universiti Sains Islam Malaysia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dengan membawa pulang RM1000 beserta piala iringan dan pingat gangsa. USIM juga berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori anugerah persembahan terbaik. Menurut salah seorang peserta nasyid USIM, Mohd Juhairee Mohd Junaidie Khan “ Kemenangan ini merupakan satu lagi titik tolak untuk  kami terus bangkit memperjuangkan seni nasyid sekaligus mengharumkan nama USIM bukan sahaja di peringkat IPTA malahan diseluruh mata dunia.” “Beliau juga turut mengatakan festival seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan  berkongsi pengalaman dengan mahasiswa [...]

EJEN BERITA HEP WARNAI BERITA KAMPUS USIM

Unit Kebudayaan (UK) Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya meneruskan kelangsungan aktivitinya dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa USIM  melalui  penganjuran Bengkel Penyiaran Media Lanjutan 2011 yang telah diadakan pada 2 hingga 3 November bertempat di Studio Latihan Seni, Unit Kebudayaan BHEP baru-baru ini. Melalui penyertaan seramai 35 orang peserta, bengkel ini bertepatan dengan objektif Projek Kecemerlangan Mahasiswa iaitu ke arah memperkasakan nilai tambah melalui elemen pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa USIM. Meneruskan kelangsungan aktiviti terdahulu melalui penganjuran Bengkel Penyiaran Media 1 pada Mei 2011, bengkel kali ini juga dilaksanakan melalui kolaborasi pintar bersama media cetak cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, TV3 dan pegawai sukan USIM merangkap Penyelaras Media KPT.Selain itu, bengkel ini juga dilihat sejajar dengan USIM KRA 1 iaitu ke arah membentuk dan melahirkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi. Menurut Encik Nasrul Hakim Ahmad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dalam ucapan perasmiannya, beliau melihat potensi dan keberkesanan bengkel ini dalam melatih pelajar supaya berupaya menghasilkan hasil penulisan yang dapat disalurkan kepada media cetak dan elektronik. Langkah progresif ini adalah sebagai inisiatif  BHEP untuk membuat hebahan dan juga mengadakan promosi aktiviti mahasiswa yang dijalankan di kampus. “Kita memerlukan promosi dan publisiti yang meluas untuk membina imej yang sihat dan baik di samping mengubah persepsi lama dengan melihat bahawa melalui penglibatan pelajar dalam bengkel ini diharap dapat menjadi satu platform membina softskills mahasiswa USIM. Universiti berhasrat melahirkan generasi mahasiswa yang bukan sahaja mengikuti pembelajaran dalam bilik kulliah semata- mata tetapi pro aktif menceburi bidang-bidang luar [...]

Go to Top