Oktober 2011
USIM, UTUSAN ANJUR PESTA KONVO
SEREMBAN 28 Okt. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kumpulan Utusan buat julung kalinya bekerjasama menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM Kesembilan yang akan diadakan di universiti berkenaan di Nilai dekat sini dari 1 hingga 4 Disember ini. Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda berkata, menerusi kerjasama tersebut, program berkenaan diyakini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan sekali gus menjadikannya pesta konvo terbesar yang pernah dianjurkan oleh universiti itu. "Kita menyasarkan 10,000 hingga 15,000 orang akan mengunjungi pesta yang menyediakan pelbagai aktiviti serta pengisian menarik yang dirangka oleh USIM dan Kumpulan Utusan. "Kami yakin dengan publisiti yang diberikan oleh Kumpulan Utusan, ia akan dapat mempromosikan program ini kepada orang ramai terutama penduduk berhampiran seperti dari Nilai dan Bangi untuk berkunjung ke pesta empat hari itu," katanya. Muhamad berkata demikian pada majlis pra pelancaran pesta konvokesyen itu di bangunan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd Zaini Hassan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Profesor Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah. Menurut Muhamad, aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang pesta tersebut termasuk pameran kereta, karnival kerjaya, pertandingan nasyid, futsal, mewarna serta bola jaring yang turut menawarkan hadiah wang tunai. "Bagi memeriahkan lagi sambutan pesta tersebut, sebanyak 140 gerai jualan akan dibuka kepada para pengunjung. Lebih menarik pesta ini turut menyaksikan Kumpulan Utusan menganjurkan konsert Pancaindera, pertandingan memancing dan karaoke," katanya. Sementara itu, Zaini dalam ucapannya berkata, cabaran untuk menjayakan program itu akan digalas [...]
45 PENGAWAL USIM GOTONG ROYONG BERSIH TASIK
SEREMBAN 29 Okt. - Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini. Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal pihaknya sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong perdana yang dijangka selepas Aidiladha nanti. "Ini merupakan salah satu inisiatif pihak bahagian keselamatan USIM yang mana kita tidak mahu dilihat hanya terikat pada tugas hakiki semata-mata, tetapi turut berperanan membantu pihak universiti dalam segala aspek. "Pada masa sama, kita melihat tasik yang berkeluasan hampir 10 hektar ini mempunyai daya tarikan dan sesuai bagi menjalani pelbagai aktiviti sukan air dan memancing,'' katanya di sini, hari ini. Tasik berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvokesyen Ke-9 anjuran USIM dan Kumpulan Utusan pada 4 Disember ini. Abdul Wahab menjelaskan, tasik mempunyai potensi tersendiri yang mana ia bukan sahaja luas dari segi saiznya, malah ia juga mampu dikomersialkan bukan sahaja pada warga USIM semata-mata, malah boleh menarik orang ramai untuk mengunjunginya. Malah katanya, terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di kawasan tasik ini termasuklah ikan toman dan tilapia. "Kita melihat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak USIM dan Kumpulan Utusan ini adalah satu langkah yang tepat kerana sudah sampai masanya tasik ini dijadikan sebagai tarikan kepada orang ramai," katanya. "Saya yakin bahawa pihak pengurusan universiti mempunyai perancangan mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai lokasi yang sesuai bukan sahaja [...]
USIM JUARA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI 2011
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul juara kali pertama bagi kategori Bahasa Melayu apabila berjaya menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada pusingan akhir, Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam. Pendebat USIM yang terdiri daripada Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhamuddin Ibrahim telah berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala dan sijil penyertaan. Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd. Ikhwan dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkan mereka membawa pulang RM2,000. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mewakili Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Debat PPM yang pertama kali dianjurkan disertai 44 institusi pengajian tinggi. Debat ini berlangsung selama lima hari bermula 20 Oktober lalu. Sebelum ini, PPM hanya diadakan pada peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974. PPM 2011 adalah anjuran MyHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM. Oleh: Khairul Azizi Elias Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia Tel: 06-798 8027
USIM JUARA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI 2011
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul juara kali pertama bagi kategori Bahasa Melayu apabila berjaya menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada pusingan akhir, Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam. Pendebat USIM yang terdiri daripada Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd Rosseli, Mohammad Shah Izad Saleh dan Mohammad Irhamuddin Ibrahim telah berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala dan sijil penyertaan. Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd. Ikhwan dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkan mereka membawa pulang RM2,000. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mewakili Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Debat PPM yang pertama kali dianjurkan disertai 44 institusi pengajian tinggi. Debat ini berlangsung selama lima hari bermula 20 Oktober lalu. Sebelum ini, PPM hanya diadakan pada peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974. PPM 2011 adalah anjuran MyHarapan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM. Oleh: Khairul Azizi Elias Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia Tel: 06-798 8027
URUSETIA KESENIAN PELAJAR USIM SERLAHKAN KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA DI HO CHI MINH VIETNAM
LAWATAN Kecemerlangan Seni Budaya 1 Dunia di Ho Chi Minh Vietnam pada 28 hingga 4 Oktober baru-baru ini merupakan program yang bertujuan untuk memperkenalkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kebudayaan Malaysia di arena antarabangsa. Setelah mengambilkira gagasan yang telah di cetuskan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM, Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM telah menyusun program pengantarabangsaan mahasiswa ke Bandar Ho Chi Minh Vietnam sebagai platfom memperkasakan kecemerlangan mahasiswa USIM. Program yang sebelum ini dikenali sebagai program “Kunjungan Budaya Kasih Serumpun 2007 - 2010” bertujuan mempercambahkan idealisme mahasiswa kearah pemikiran yang unggul dan berkesan dalam membentuk kerjasama yang erat antara mahasiswa dan warga universiti ASEAN. Ianya juga merupakan pendekatan dinamik USIM melalui program Global Islamic Students Outreach (GISO) yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 15 Jun 2011. Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM telah menggerakkan program luar negara ke beberapa destinasi antaranya Indonesia, UAE, Australia, Filipina Kemboja, Beijing, Korea dan yang terakhir ke bandar Ho Chi Minh Vietnam. Hasil dari GISO diharap mampu menjadi satu model yang berkesan dikalangan mahasiswa USIM khususnya Urusetia Kesenian Pelajar dalam meningkatkan soft skill mahasiswa bagi mengimbangi pencapaian akademik dengan merujuk kepada USIM KRA1 dibawah CAP6 iaitu Projek Kecemerlangan Mahasiswa, KA1 ( Pendedahan Luar Negara) dan KA2 ( Penganjuran Program Antarabangsa). Selari dengan itu Unit Kebudayaan dalam rangka lawatan kecemerlangan kali ini telah menyusun aktiviti pertukaran budaya bersama mahasiswa Ho Chi Minh University of Technology dan Ho Chi [...]
PROGRAM TRANSFORMASI KEPIMPINAN MAHASISWA REALISASIKAN GENERASI AL-ABRAR
Nilai, 19 Okt - "Transforming people from good leader to great leader", itulah saranan Yang Berbahagia Datuk Ab Rahim Md. Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi ketika majlis pelancaran Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa (PTKM) yang telah diadakan di Galeri Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam. Menurut beliau, proses membina personaliti unggul memerlukan usaha dan komitmen yang besar dalam pembangunan kompetensi dan kepimpinan mahasiswa selain mewujudkan gerak kerja secara berkolaboratif bersama pihak luar. "Winning heart and mind", itu antara penegasan yang turut beliau ketengahkan. Tambah beliau, minda dan hati mahasiswa perlu dimenangi terlebih dahulu bagi melakukan transformasi. Beliau juga menzahirkan harapan agar program kesedaran USIM dapat membuka minda mahasiswa agar lebih cenderung dalam kehidupan bermasyarakat. PTKM merupakan salah satu Projek Rangsangan 2011 yang telah dicetuskan oleh Naib Canselor USIM dan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM. Seramai 100 orang peserta telah dipilih untuk menyertai program ini. Antara objektif utama yang ingin direalisasikan melalui program ini adalah untuk membuka perspektif peserta kepada elemen-elemen sokongan yang berkaitan dengan kepimpinan, meluaskan pemikiran peserta agar berpandangan jauh ke hadapan dan membentuk sifat-sifat al-Abrar atau berbakti dalam diri peserta. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dalam ucapan beliau berkata, aspek transformasi diri yang diutarakan dalam program berilmiah ini dilihat mampu menjadi salah satu platform ke arah pembangunan pembinaan diri mahasiswa. PTKM adalah bertepatan dengan USIM KRA 1 iaitu ke arah membentuk dan melahirkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi. USIM bukan sahaja menitikberatkkan kemajuan pembangunan universiti semata-mata [...]
22 IPT ASEAN BERKAMPUNG DI USIM SEMPENA IHTIFAL IPT ASEAN 2011
Nilai, 14 Okt – Seramai 225 peserta dari 22 Institut Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN berkampung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama lima hari bersempena dengan Program Ihtifal Institut Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2011. Program dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini adalah julung-julung kalinya diadakan dengan menghimpunkan empat acara utama iaitu Pertandingan Debat Bahasa Arab IPT ASEAN, Pertandingan Tilawah al-Quran IPT ASEAN, Pertandingan Nasyid IPT ASEAN dan Persidangan Belia Islam Sedunia. Semenjak tahun 2007, USIM telah menganjurkan sebanyak empat kali pertandingan Debat Bahasa Arab diperingkat IPT ASEAN. Untuk memperluaskan kemeriahan dan impak pertandingan tersebut, USIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan tiga lagi acara yang saling lengkap-melengkapi iaitu Tilawah al-Quran, Nasyid dan Persidangan Belia Islam Sedunia dengan menghimpunkan peserta-peserta daripada IPT ASEAN. Dengan bertemakan Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah, antara signifikan bagi setiap acara yang dianjurkan ini adalah untuk menonjolkan model kesenian islam disamping menajamkan bakat para belia serta melahirkan generasi belia Islam yang memiliki elemen-elemen penting seperti kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi, luas penguasaan ilmu serta berkeupayaan untuk memimpin anggota masyarakat dan seterusnya berperanan sebagai pemangkin kepada agenda transformasi negara dan ummah. Saudara Ahmad Naeim Bin Mohd @ Mat Isa dari USIM telah ditabalkan sebagai Johan bagi pertandingan Tilawah al-Quran manakala saudara Muhd Amirul Aiman Bin Haji Marzuki dari Kolej Universiti Pengurusan Ugama Seri Begawan, Brunei dan Zulfikar Kaslam dari Universitas Muhammadiyyah Jakarta, Indonesia masing-masing mendapat Naib Johan dan tempat ketiga. Bagi kategori perempuan pula, Saudari Nor Hidayah Abd Rahman dari Universiti Sultan Zainal Abidin [...]
September 2011
USIM johan Debat Alam Sekitar IPT 2011
MELAKA 27 Sept. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya muncul johan Debat Alam Sekitar Institusi Pengajian Tinggi ke-21 selepas berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) pada pusingan akhir yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), di sini hari ini. Kemenangan sulung USIM yang bertindak mewakili pihak kerajaan itu diraih selepas usul tajuk perbahasan Kelestarian Alam Sekitar Membina Ketamadunan Bangsa diterima panel hakim, sekali gus meletakkan UM selaku pembangkang di tempat kedua. Pendebat dari USIM yang terdiri daripada Mohamad Shah Izad Saleh, Mohd. Faiz Hussim Shokri, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli dan Muhd. Irhammudin Ibrahim membawa pulang wang tunai RM8,000, piala pusingan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta piala iringan. Manakala, pendebat UM yang muncul sebagai naib juara membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala iringan dan bagi tempat ketiga dan keempat milik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala iringan. Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM1,500, piala Ketua Pengarah Alam Sekitar dan hadiah iringan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr. Abdul Rahim Nik mewakili Menteri, Datuk Seri Douglas Unggah Embas. Abdul Rahim semasa berucap pada majlis itu berkata, pendedahan mengenai kesedaran alam sekitar kepada generasi muda perlu diperluaskan dalam usaha mengurangkan kadar pencemaran alam pada masa akan datang. Menurut beliau, sebagai generasi pelapis, mereka akan memikul tanggungjawab merancang dan [...]
AKI 2010 USIM IKTIRAF KAKITANGAN CEMERLANG
NILAI, 20 Sept 2011 – Seramai 167 kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari ini diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Tahun 2010 (AKI’10) di atas usaha dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2010 yang lalu. Seramai 97 kakitangan telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala seramai 58 kakitangan dipilih untuk menerima Anugerah Terpuji. Y.Bhg Dato’ Syed Amin Al-Jefri, Ahli Lembaga Pengarah USIM telah dipilih sebagai penerima Anugerah Sumbangsih sebagai penghargaan kepada beliau di atas jasa dan usaha gigih di dalam mencorakkan dan meningkatkan lagi kualiti universiti. Selain itu, ‘AKI 2010’ turut menganugerahkan Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato. Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor pertama USIM yang kini merupakan pengarah di Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM dengan penganugerahan Tokoh Hasanul Mudir. Anugerah-anugerah lain yang turut diberikan adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; Anugerah Kualiti Naib Canselor; Anugerah Penyelidikan; Anugerah Penerbitan; Anugerah Pentadbir Cemerlang; Anugerah Staf Contoh Tahunan; Anugerah Khas Inovasi dan Rekacipta; Anugerah Inovasi dan Rekacipta; Anugerah Khidmat Masyarakat; Anugerah Cuti Belajar dan Anugerah Khidmat Setia Pensyarah Antarabangsa. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. Turut hadir sama di dalam majlis ini adalah Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi USIM yang lain. ‘AKI 2010’ adalah acara kemuncak bagi sambutan Minggu Kualiti dan Inovasi USIM 2011 yang telah dirasmikan oleh Y.bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, pada Majlis Perhimpunan Bulanan USIM baru-baru ini. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam [...]
USIM MENANG 6 PINGAT PERAK, 3 GANGSA DI PECIPTA 2011
KUALA LUMPUR, 15 Sept 2011 – USIM menang enam perak dan tiga gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). PECIPTA 2011 telah diadakan selama 3 hari bermula 13 hingga 15 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pingat Perak tersebut berjaya diraih menerusi ‘Integrated Addiction Counselling Training Module-Revised Version’ oleh Prof. Madya Dr. Abd Halim Mohd. Hussin; ‘Biopreservation of Bread With Lactic Acid Bacteria’ oleh Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan; ‘My Tarannum Iqra’ Barakah’ oleh Puan Anita Ismail dan ‘I-Muqaddam Noor Al-Hayt’ oleh Dr. Noorhayati Hashim. Manakala dua lagi pingat perak telah berjaya dimenangi oleh Prof. Madya Datin Dr. Sapora sipon menerusi 'E-Sohffnazz Family Stress' dan 'E-Stress Notes'. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Norita Md. Nawawi dengan hasil penyelidikanya ‘Live Digital Forensic Tool’; Puan Salhah Abdullah ‘Multiple Intelligences Self-Inventory (MISI)' dan Dr. Asma Abdul Rahman menerusi ‘Methods of Teaching the Arabic Linguistic by Applying the “Method Muthla Takamullah” to Non-Arabic Speaking Students in the Universities of Malaysia’ telah berjaya memperoleh gangsa. USIM menghantar sebanyak 21 ciptaan dan inovasi yang terdiri daripada enam kategori iaitu Advance Computing And Communication, Forensic Sciences, Humanities And Qualtiy Of Life, Green Technology And Sustainable Developement, Clinical And Health Sciences dan Socio Sciences. Antara objektif utama PECIPTA 2011 adalah untuk mempamerkan pelbagai produk, ciptaan dan inovasi daripada institusi-institusi pengajian di Malaysia dan luar negara. Ia berhasrat untuk mengatur peluang dan rangkaian untuk penyelidik dan pencipta serta memupuk inovasi di [...]