November 2010
TINGKATKAN DAKWAH MELALUI PERKATAAN
Seri Kembangan, 23 November 2010 – “Aktiviti dakwah bukan sahaja dilakukan melalui perbuatan tetapi juga melalui perkataan yang mana tidak mungkin ada dakwah tanpa percakapan”, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Dakwah Dan Pengurusan Islam 2010 (IC-DAIM 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Seri Kembangan. “Justeru itu, saya berharap agar aktiviti dakwah melalui perkataan dapat dipertingkatkan dalam memperjuangkan pengembangan dan pembangunan bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di negara ini”, tambah beliau lagi. Persidangan selama dua hari ini bertujuan untuk mengumpulkan sarjana-sarjana Dakwah dan Pengurusan Islam daripada universiti-universiti dan organisasi-organisasi (perniagaan dan bukan perniagaan) Islam dan bukan Islam daripada dalam dan luar negara, dan untuk membincangkan bidang Pengurusan Islam dengan lebih menyeluruh. Sebanyak 131 kertas kerja telah dibentangkan oleh 130 orang pembentang. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan adalah ‘Pemikiran Dakwah Al-Faruqi:Satu Kajian dari Sudut Metodologi dan isi kandungannya’, ‘Kepentingan Memahami Budaya Setempat dalam Menyebarkan Dakwah Islamiah’ dan ‘Kepentingan Dakwah Kepada Golongan Bermasalah Pendengaran’. Hampir 150 orang peserta telah menyertai seminar ini. 35 orang daripadanya terdiri dari peserta luar negara seperti United Kingdom, Sudan, Nigeria, Bangladesh, Brunei Darussalam, Iran dan Singapura. Selain itu Y. Bhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim turut menyampaikan ucaptama beliau yang bertajuk “Quality Management & Excellent Organization : The Experience & Direction”. Persidangan yang bertemakan “Kearah Memperkasakan Organisasi dan Ummah” ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Dr. Abdullah Bin Md Zain, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri dan Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi Permodalan Nasional [...]
SMART TEAM USIM BANTU MANGSA BANJIR
Kedah, 8 November 2010 – Atas rasa prihatin dan tanggungjawab kepada masyarakat, Smart Team Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bergabung tenaga menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir di Kedah baru-baru ini. Seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar USIM menyertai program ini. Ia merupakan anjuran Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM). Selain USIM, lima buah universiti lain juga turut terlibat seperti Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku urus setia. Menurut En. Mohd Hazrul Fareeza Harun, Ketua Sukarelawan Smart Team USIM, rombongan dari USIM bertolak pada 8 November 2010 ke UUM dan berada di kedah sehingga 11 November 2010. “Program kemasyarakatan ini bermula pada 9 November di mana ahli Smart Team USIM dibahagikan kepada 23 buah kumpulan yang bergabung dengan sukarelawan dari UUM untuk membantu penduduk di Taman Tabung Haji, Kubang Pasu. Manakala, satu kumpulan lagi membantu membersihkan surau-surau dan tadika-tadika di taman tersebut”, kata Hazrul. Hampir 50 buah rumah di Taman Tabung Haji dibersihkan sepanjang dua hari berada di sana. Selain bantuan tenaga, bantuan makanan, tempat tinggal dan juga nasihat turut diberikan kepada manga banjir. Bagi Saudara Daing Mohd Fadzil, pelajar USIM, penyertaan kali ini sangat bermakna kerana selain dapat menerap nilai kemasyarakatan, pengalaman membantu mangsa banjir juga memberi keinsafan dan kesedaran dalam diri. “Melihat rumah dan perabot yang dipenuhi lumpur, timbul keinsafan dalam diri betapa bertuah kerana tidak dilanda bencana banjir di tempat sendiri”, tambah saudara Daing. Manakala, Saudara Mohd [...]
LAMAN WEB USIM TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG
Petaling Jaya, 11 November 2010 – Rangkaian sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan Wikis merupakan saluran media yang semakin mendapat perhatian rakyat pada masa kini. Justeru itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) mengambil inisiatif memberi pengiktirafan dan penarafan bintang kepada portal dan laman web kerajaan dalam Penilaian Portal dan Laman Web 2010 (MGPWA) baru-baru ini. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpilih dari 101 portal dan laman web agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) atas kejayaan memberikan maklumat dalam talian yang informatif dan efektif. Selain USIM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut menerima pengiktirafan tersebut bagi kategori universiti. Ketua Pegawai Eksekutif MDec, Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali berkata, media sosial merupakan saluran terbaik bagi kerajaan berkomunikasi dengan rakyat. “Disamping itu, memberi peluang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam memberi pendapat dan idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan”, katanya semasa berucap di majlis penyampaian anugerah. Sebanyak 1054 portal dan laman web kerajaan telah di nilai oleh MDec dan sejumlah 101 portal dan laman web terpilih menerima penarafan lima bintang. Antara agensi kerajaan yang menerima penarafan lima bintang adalah Kementerian Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Putrajaya dan Arkib Negara Malaysia. Penilaian ini merupakan satu tanda aras terhadap laman web kerajaan dalam menyediakan informasi dalam talian yang berkesan dan terbaik. Anugerah penarafan lima bintang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Badlisham Ghazali dan USIM diterima sendiri oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel [...]
PELAJAR USIM BINA PERPUSTAKAAN DI KAMPUNG ORANG ASLI
Rembau, 7 November 2010 – Dalam menerapkan rasa cinta terhadap budaya ilmu di kalangan komuniti orang Asli, 64 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bergotong-royong membina sebuah perpustakaan di Dewan Serbaguna Kg. Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Pembinaan perpustakaan ini merupakan terjemahan rasa tanggungjawab pelajar USIM dalam memastikan anak-anak orang Asli dan penduduk kampung mendapat pendidikan yang sempurna dan secukupnya seperti masyarakat lain. Seramai 64 pelajar program Pendidikan Islam Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai Program Eksplorasi Murabbi Bersama Masyarakat Pribumi di Kg. Ulu Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini merupakan anjuran FPBU dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program selama 3 hari bermula 5 hingga 7 November 2010 bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar melihat dan meninjau keadaan sosial masyarakat orang Asli melalui perkongsian idea dan memperoleh pengalaman sebenar sebagai bakal guru. Selain itu ianya bertujuan mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik serta memberikan galakan dan sokongan terutamanya dari segi pendidikan kepada komuniti orang Asli. Antara pengisian dalam program ini adalah pembahagian keluarga angkat, program “Jom Masuk Hutan” program khidmat bakti masyarakat orang Asli, pemeriksaan kesihatan seperti pergigian, kempen Nyah Cacing dan khidmat pendaftaran pemilih. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B Dato’ Haji Hasan bin Malek. Menurut beliau, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memberi penekanan yang serius kepada taraf pendidikan di kalangan masyarakat orang Asli. “Justeru itu, pada tahun ini seramai 5 orang pelajar orang Asli telah dihantar ke luar Negara di bawah [...]
SYUK 2010 PLATFORM UNTUK MEMANTAPKAN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM
Bandar Baru Nilai, 2 November 2010 – “Usaha bagi mengembalikan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas dan utama bagi umat Islam di Malaysia tidak boleh kita lupakan”. “Mahkamah Syariah khususnya perlu muncul sebagai satu institusi yang bebas dan disegani, di mana ia perlu memainkan peranannya dalam menegakkan keadilan, tanpa perlu tunduk kepada tekanan-tekanan luar yang datang daripada pelbagai kelompok organisasi dan masyarakat”, ucap Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di majlis perasmian Seminar Syariah dan Undang-Undang (SYUK 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seminar yang bermula pada 2 hingga 3 November ini merupakan anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM. Seminar syariah dan undang-undang diadakan adalah bertujuan mengenalpasti cabaran dan isu-isu terkini yang berkaitan dengan penerapan undang-undang Islam ke dalam sistem perundangan yang sedia ada. Matlamat ini mampu direalisasikan dengan cara mencari titik pertemuan dan meminda sebarang bentuk percanggahan antara kedua-dua sistem ini yang boleh memberikan keadilan yang holistik kepada masyarakat. Seminar ini juga adalah sebagai platform untuk para penyelidik dan pengamal undang-undang dalam pelbagai bidang untuk bertukar pandangan dan berbahas untuk mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai dan membuat perancangan terbaik “ke arah memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia”. Bertemakan “Ke Arah Memartabatkan Undang-undang Islam di Malaysia”, seminar ini merangkumi pelbagai subjek perbincangan, antaranya kewangan Islam, profesyen guaman syarié, undang-undang keluarga Islam, undang-undang harta Islam dan konflik perundangan dalam masyarakat majmuk. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028 Gambar oleh : Kamarull Syamzari Kamaruddin - [...]
Oktober 2010
JELAJAH 1 MALAYSIA RAPATKAN HUBUNGAN DENGAN IPTA
Bandar Baru Nilai, 26 Oktober 2010 – Seramai 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor menyertai program Konvoi Motosikal Jelajah 1 Malaysia dan Kempen “Kami Prihatin” anjuran Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama penuh Kementerian Belia dan Sukan dan pihak istana Johor. Program yang bertemakan ‘Kami Prihatin’ bermula di Hotel New York pada 26 Oktober sebelum menjelajah ke 12 negeri termasuk Johor dan tamat di Holiday Plaza Johor Bahru pada 31 Oktober 2010. Sebanyak 150 motosikal berkuasa tinggi dari pelbagai negeri seperti Kuala Lumpur, Putrajaya Perak Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Singapura menyertai program ini. Program Jelajah 1 Malaysia ini akan singgah di lapan buah universiti yang bertujuan untuk menyampaikan risalah berkaitan kempen ‘Kami Prihatin’. Kempen Kami Prihatin ini merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro serta Karyawan untuk meningkatkan kesedaran dan membanteras gejala buang bayi. Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Konvoi tersebut tiba di USIM kira-kira pukul 4 petang dengan disambut oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM beserta lebih 200 orang pelajar di Foyer Pavilion Pusat Sukan USIM. “Kami menyokong penuh program dan kempen “Kami Prihatin” yang berusaha mendekati pelajar-pelajar IPTA untuk membawa mesej kesedaran terhadap gejala buang bayi yang yang berleluasa dewasa ini” kata Muhamad Muda . Selain itu penyanyi terkenal, Fauziah Latiff turut menyertai konvoi Jelajah 1 Malaysia. Fauziah [...]
USIM TUBUH TABUNG SAINTIS MUDA
“Kekuatan yang dimiliki oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang komited terhadap tradisi keilmuan Islam, berupaya melonjakkan pengaruh Islam dalam inovasi khususnya dalam penciptaan produk-produk di pasaran”. “Saya mengalu-alukan usaha dan inisiatif USIM melalui Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi menubuhkan Tabung Saintis Muda. Saya percaya dengan penubuhan Tabung Saintis Muda ini, ia akan dapat merangsang dan menggalakkan lagi aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti di kalangan mahasiswa”, kata Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia semasa berucap di majlis perasmian Ekspo Inovasi Islam (i-Inova 2010)di USIM. Program yang bertujuan untuk mengenengahkan serta merangsang idea yang inovatif dan kreatif dalam pembangunan produk Islam di kalangan para pelajar IPTA/IPTS diadakan bermula 26 hingga 28 september bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Program ini merupakan anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sebanyak 80 penyertaan dari pelbagai agensi dan organisasi menyertai ekspo ini iaitu 30 bagi kategori Prasiswazah dan 50 bagi kategori terbuka. UKM (Kategori Terbuka) dan IPG Perlis (Kategori Praiswazah) telah dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi Islam 2010. Masing-masing menerima RM 3000, sijil penyertaan dan piala iringan. UKM mempertaruhkan inovasi yang bertajuk “I-ES: Islamic Extraction and Retrieval System to Support Building of a Multilingual Domain Otology to Enhance Knowledge Discovery Online” manakala IPG Perlis pula membawa tajuk “Tub Mandi Jenazah Mudah Alih”. Anugerah Inovasi Islam ini diberikan berdasarkan kepada penghasilan yang paling inovatif dan dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan ummah. [...]
DELEGASI LIBYA DAN USIM JALIN PERSAHABATAN
Bandar Baru Nilai, 22 Oktober 2010 – Seruan kerajaan dalam usaha mengantarabangsakan universiti disambut baik oleh semua universiti. Universiti Sains Islam Malayia (USIM) juga tidak ketinggalan dalam proses memartabatkan universiti ke peringkat global. Ke arah itu, USIM baru-baru ini menerima kunjungan dari delegasi Menteri Pengajian Tinggi dan Saintifik Libya. Seramai 13 orang yang terdiri dari delegasi dan kedutaan libya menyertai kunjungan ini. Kunjungan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri ini tiba di USIM lebih kurang pukul 5.00 petang dan disambut oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM bersama para penguruan universiti. Dalam ucapannya Muhamad Muda sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan dari delegasi libya. “Saya sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar Libya untuk ke USIM dan berharap agar USIM menjadi universiti pertama yang menjadi pilihan warga Libya untuk menyambung pengajian”, tambah Muhamad lagi. Sementara itu, Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri berkata, adalah agat penting jalinan perahabatan ini berterusan dan berterima kaih diatas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajar Libya yang belajar di USIM. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028 Gambar oleh : Mohd Yusrizal Mohd Yunus (06-7988058)
SANGGAR PUISI AGUNGKAN BAHASA MELAYU
Bandar Baru Nilai, 15 Oktober 2010 – Gabungan pelajar Malaysia dan Antarabanga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berentap menyampaikan puisi dalam bahasa melayu begitu mengujakan dalam program Sanggar Puisi Antarabangsa (Bahasa Melayu) Piala Tan Sri Yusof Noor baru-baru. Sebanyak 15 penyertaan secara berkumpulan telah bertanding di peringkat saringan dan 6 finalis terpilih untuk ke pertandingan akhir. Setiap kumpulan terdiri dari dua atau lebih ahli kumpulan dan perlu ada gabungan dari pelajar Malaysia dan antarabangsa seperti negara China, Indonesia, Nigeria, Thailand dan Gambia. Menurut Y.bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), program sebegini dapat memperkenalkan bahasa melayu ke peringkat antarabanga disamping memberi galakan dan suntikan semangat kepada pelajar setempat dalam mengagungkan bahasa ibunda mereka. “Saya berharap program ini akan diangkat menjadi program antarabangsa dengan penyertaan dari semua pelajar universiti seluruh Malaysia”, tambah beliau lagi. Salah seorang peserta Ma Wei Xia dari China, pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM berkata, beliau begitu teruja untuk belajar bahasa melayu walaupun agak susah pada mulanya untuk menghafal puisi. “Saya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menghafal puisi dalam bahasa melayu. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya disamping dapat mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda. Sementara itu Abu Bacarr Saho dari Gambia begitu teruja mendeklamasikan puisi dalam bahasa melayu. “Saya seronok mempelajari bahasa melayu kerana bahasa melayu begitu indah dan lembut. Walaupun baru kali pertama menyertai pertandingan ini, kumpulan saya berjaya mendapat tempat kedua hasil gabungan kawan-kawan saya dari Malaysia dan Thailand”. Tempat pertama [...]
iBAF 2010 LANCAR MINI ENSIKLOPEDIA MUAMALAT
Bandar Baru Nilai, 13 Oktober 2010 – Seiring dengan misi untuk menegakkan perkhidmatan kewangan syariah dan perbankan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan sebuah mini ensiklopedia muamalat yang memuatkan pelbagai kertas kerja berkaitan dengan bidang kewangan dan perbankan Islam sebagai sumber rujukan tambahan. Mini Ensiklopedia Muamalat ini dilancarkan bersempena dengan Islamic Banking, Accounting and Finance Conference(iBAF 2010) anjuran FEM. Persidangan selama dua hari ini bermula pada 13 hingga 14 oktober 2010 merupakan kali ke-4 penganjurannya. Sebanyak 50 buah kertas kerja yang dibahagikan kepada tujuh tema dimuatkan dalam mini eksiklopedia muamalat ini. Antara temanya adalah Produk Pembangunan Islam & Inovasi Perbankan Islam, Institusi Kewangan Islam: Prospek & Cabaran dan Globalisai & Kemampanan Servis Kewangan Islam. Para peserta terdiri daripada agensi awam dan swasta seperti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF), Universiti of Sriwijaya dan La Trobe University. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Menurut beliau, persidangan sebegni sangat penting dalam usaha menghasilkan kerja sama antara ahli akademik dan pengamal kewangan tentang potensi sektor kewangan dan perbankan syariah di Malaysia. Persidangan yang bertemakan “Globalization Sutainability in Islamic Financial services : Prospect and challenges” ini bertujuan untuk mengangkat isu-isu dan pelan tindakan yang didasarkan pada undang-undang syariah serta peranan utama sejauh Malaysia dalam bidang kewangan dan perbankan Islam secara global. Selain itu ia [...]