November 2009
USIM JUARA PERTANDINGAN LAMAN WEB KPT 2009
Putrajaya, 24 November 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah muncul sebagai juara keseluruhan Pertandingan Laman Web Tahun 2009 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. USIM juga telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori Institusi Pengajian tinggi Awam (IPTA) mendahului 19 IPTA yang lain. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Putra Malaysai (UPM). Kemenangan ini merupakan kali kedua buat USIM di mana pada tahun 2008, USIM telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori IPTA. Pada tahun ini USIM berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dan menjadi juara keseluruhan hasil kerja keras Jawatankuasa Laman Web USIM yang bertungkus lumus menyumbangkan idea dan tenaga dalam proses penyediaan laman web. Proses penilaian bagi Pertandingan Laman Web Tahun 2009 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diadakan pada bulan Mei yang lalu dan sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan. Kategori-kategori tersebut adalah KPT/Jabatan/Agensi di bawahnya, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang sekaligus merasmikan Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2009 di sini hari ini. Dalam ucapan Y.B Dato’ Seri Menteri, beliau memaklumkan bahawa Sambutan Hari Inovasi adalah merupakan saranan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang meminta agar Hari Kualiti ditukar kepada Hari Inovasi. “Inovasi adalah merupakan elemen yang penting dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang. Ianya perlu diterapkan kepada semua warga KPT di [...]
KERJASAMA USIM-IFA INDIA MARTABAT INSTITUSI FATWA
Nilai, 12 November 2009- Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)dan Islamic Fiqh Academy of India (IFA-India) berhasrat mewujudkan suatu kerjasama yang bertujuan untuk memartabatkan Institusi fatwa supaya sentiasa terkehadapan dalam mendepani kemaslahatan umat islam sejagat. Dengan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman telah diadakan bagi memenuhi hasrat ini. Hubungan kerjasama ini bertepatan dengan hasrat INFAD untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan, perundingan dan pusat pengurusan maklumat berkaitan fatwa bertaraf dunia yang berwibawa serta dikenali dan mendapat pengiktirafan semua peringkat sama ada tempatan, serantau atau antrabangsa. Skop hubungan kerjasama ini meliputi segi pengurusan fatwa, penyelidikan, seminar dan latihan, khidmat kepakaran, penerbitan. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM dan En. Muhamad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Manakala pihak IFA India diwakili oleh Sheikh Badrul Hasan Al-Qasimi, Naib Presiden Islamic Fiqh Academy (IFA) India dan Sheikh Khalid Saifullah Al-Rahmani, Setiausaha Am Islamic Fiqh Academy (IFA) India. Oleh : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Tel : 06-7988592/8588/8590
20 IMAM MUDA NEGARA CHINA TAMAT KURSUS DI USIM
Nilai, 11 November 2009 – Seramai 20 Imam Muda dari Negara China dirai dalam satu majlis anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disini hari ini. Majlis tersebut adalah bersempena Kursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4 di USIM. Kursus ini dijalankan selama enam bulan di Malaysia bertempat di tiga buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan destinasi terakhir adalah di USIM. Ianya juga mendapat kerjasama dari pihak Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Kursus yang dijalankan di USIM berlangsung pada 19 Oktober hingga 13 November 2009. Mereka menjalani kursus bermula hari isnin hingga jumaat. Manakala setiap hari sabtu dan ahad para peserta akan mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak MACMA. Antara matlamat kursus ini adalah melahirkan golongan imam dari Negara China yang mampu menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam dengan baik di samping melahirkan golongan imam dari Negara China yang berketrampilan dan berdaya saing. Pada tahun 2006, 2007 dan 2008, USIM telah berjaya menganjurkan kursus selama sebulan untuk imam-imam muda Negara China. Bagi meneruskan kesinambungan usaha USIM memberikan sumbangan kepada umat Islam seluruh dunia, maka pihak USIM sekali lagi bersetuju menjadi penganjur untuk ursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4. Menurut Puan Marlina Wong, wakil dari MACMA selaku pegawai pengiring kepada peserta kursus Imam Muda Negara China, kedatangan Imam Muda dari negara China telah membawa satu tenaga dan gelombang yang sangat kuat dalam lapangan Islam di negara China terutama dalam membimbing golongan mualaf ke arah pertukaran dari bukan muslim kepada [...]
EN. MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI, PENDAFTAR USIM
Nilai, 2 November 2009 – Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bersetuju melantik Pemangku Pendaftar En. Muhammad Haizuan Rozali sebagai Pendaftar yang baru bagi universiti itu. Pelantikan En. Muhammad Haizuan ke jawatan Pendaftar berkuat kuasa mulai 1 November 2009. Pelantikan itu juga adalah berdasarkan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan akademik serta kecemerlangan kerjaya yang dicapai oleh beliau. Beliau memulakan kerjaya di USIM bersama kumpulan awal yang mengerakkan penubuhan USIM pada tahun 2000 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Psikologi Pembangunan Manusia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Timbalan Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehingga tahun 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Kanan dan ditempatkan di Jabatan Pendaftar. Pada 6 Jun 2009 beliau telah dilantik sebagai Pemangku Pendaftar. Sebelum memulakan kerjaya di USIM, beliau bertugas sebagai Perundingcara Pelajar di Unit Rundingcara Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM dari tahun 1994 sehingga beliau menyertai USIM pada tahun 2000. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan USIM pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028
Oktober 2009
INOVASI USIM DI PECIPTA 2009
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2009 – USIM menang satu perak dan tiga gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2009) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya. PECIPTA 2009 telah diadakan selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). ‘New Source of Citral from Lemongrass Flower’s hasil ciptaan Prof. Madya Dr. Ahmed Mahir Mohamed Mokhtar Bakri berjaya memenangi pingat perak manakala ‘Rush Tea-Roselle Tablet Tea’ ciptaan Prof. Salmah Yusof, ‘Combat-PSDA’ dan ‘RecoTAC-E’ ciptaan En. Abd. Halim Mohd Hussin berjaya memenangi pingat gangsa. USIM menghantar sebanyak 12 ciptaan dan inovasi yang terdiri daripada empat kategori iaitu Biosains dan Bioteknologi, Informasi dan Teknologi Komunikasi, Sains Fizik dan Kejuruteran serta Sains Sosial dan Kemanusiaan. Manakala satu inovasi iaitu ‘Multi-class Traffic Packet Switching’ oleh Prof. Dr. Kamaruzzaman Seman dipilih untuk menyertai pertandingan di Galeri Utama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PECIPTA 2009 bertujuan mempamerkan hasil, ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh semua IPT di Malaysia dan juga luar negara. Selain itu, dapat membuka peluang kepada peserta menjalinkan tali silaturahim dan usahasama bagi membangunkan prototaip dan pengkomersilannya. Antara objektif utama PECIPTA 2009 adalah untuk menyokong hasrat Kerajaan memacu pembangunan negara melalui penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan. Di samping itu, mempamer produk dan reka cipta IPT yang telah berjaya dikomersialkan serta memasarkan kepakaran penyelidikan berdaya saing setempat dan antarabangsa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Mohd [...]
USIM BERI SERVIS PERGIGIAN KEPADA KOMUNITI SETEMPAT
Pandan Indah, 7 Oktober 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mula mengorak langkah untuk memberikan servis kepada komuniti setempat. Selaras dengan itu Fakulti Pergigian (FPg) USIM menyediakan program khidmat masyarakat dengan pembukaan Unit Perkhidmatan Pergigian yang dilengkapi dengan kemudahan canggih meliputi 37 dental chairs, mesin pengimbas sinar-x dan lain-lain peralatan pergigian. Menurut Prof. Dato’ Dr. Wan Mohamad Nasir bin Wan Othman, Dekan Fakulti Pergigian merangkap Ketua Projek Sistem e-Klinikal, USIM membelanjakan RM 30 juta dalam Rancangan Malaysia kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk melengkapkan kemudahan ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tujuan penubuhan USIM dalam memartabatkan pendidikan Islam. Unit Perkhidmatan Pergigian USIM mempunyai pelbagai fasiliti yang terdiri daripada Klinik Pergigian, Makmal Pergigian dan bilik X-Ray. Penubuhan unit ini adalah sebahagian daripada keperluan utama di dalam pendidikan pergigian. Ianya merupakan wadah bagi amalan klinikal (clinical practice) di peringkat sarjana muda. Fasiliti yang sedia ada juga akan diperluaskan untuk amalan klinikal pelajar pasca ijazah dalam pelbagai bidang kepakaran pergigian kelak. Bagi memudahkan proses pengurusan rekod pesakit, Sistem e-Klinikal dibangunkan sebagai sistem sokongan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam penyimpanan rekod yang digunapakai di dua lokasi iaitu Unit Kesihatan Pelajar USIM di Kampus Nilai dan juga Unit Perkhidmatan Pergigian USIM Kampus Pandan Indah. Sistem ini beroperasi sepenuhnya pada Julai 2009 dan ianya merupakan satu aplikasi sistem operasi perubatan yang lengkap dengan fungsi-fungsi tambahan seperti kemasukan data, penyelenggaraan, inquiry dan laporan secara interaktif. Menurut Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM, pembinaan sistem e-klinikal ini adalah satu [...]
USIM FOKUS PETUNJUK PRESTASI UTAMA
Seremban, 2 Oktober 2009 – Pusat Pengembangan Akademik USIM telah menganjurkan Bengkel Kursus Indek Petunjuk Prestasi Utama dan Balanced Scorecard(BSC) pada 2 hingga 4 Oktober 2009 bertempat di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang terdiri dari Encik Megat Akbaruddin Megat Ismail, Pengarah Pengurusan Amalan Terbaik MPC, Encik Daud Talib dan Encik Rosmi Abdullah. Seramai 25 peserta yang terdiri dari Pegawai Kanan USIM telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini menekankan tentang perlunya kepada penelitian yang lebih fokus dalam menghadapi era globalisasi yang menjadikan pengurusan organisasi masa kini lebih mencabar. Justeru itu perlunya satu pengukuran prestasi yang lebih seimbang untuk memastikan organisasi terus relevan dan berdaya saing. Balanced Scorecard (BSC) pula adalah satu sistem pengurusan yang sistematik dan komprehensif yang mengintegrasi pengukuran prestasi berpandukan strategi, operasi dan kewangan. Para peserta didedahkan dengan konsep visi, misi dan strategi BSC. Antara objektif bengkel ini adalah untuk membina pengukuran prestasi organisasi. Di samping itu memahami keberkesanan dan membolehkan peserta menggunakan BSC sebagai fungsi kawalan pengurusan dalam organisasi yang berkesan. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028
September 2009
USIM BERI INSENTIF KEPADA ATLET SUKAN MASUM DAN SUKAN STAF 2009
Nilai, 15 September 2009 – Kontingen USIM telah menyertai Kejohanan Sukan MASUM 2009 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terdiri daripada pelajar-pelajar USIM pada bulan Mei 2009 dan Sukan Staf di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada bulan Jun 2009 yang lalu. Pada temasya Kejohanan Sukan MASUM kali ini, kontingen USIM telah memenangi sejumlah satu emas, dua perak dan sembilan gangsa yang telah disumbangkan oleh atlet dari Pasukan Boling Padang dan Pasukan Pencak Silat. Manakala bagi Kejohanan Sukan Staf, atlet dari Pasukan Tarik Tali telah berjaya merangkul Pingat Emas dan atlet dari Pasukan Bola Tampar Lelaki telah berjaya membawa pulang pingat gangsa. Demi menghargai sumbangan dan jasa mereka yang telah mengharumkan nama Universiti, USIM berbesar hati memberikan insentif berbentuk wang kepada mereka. Sebanyak RM 500 diberikan kepada mereka yang menyumbang pingat emas, RM 300 pingat perak dan RM 200 untuk pingat gangsa. Penyampaian insentif ini telah disempurnakan oleh Naib Canselo USIM, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Semoga atlet USIM lebih berdaya maju dan cemerlang di masa hadapan. Oleh : pro@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028
BICARA AKADEMIK : MENGEJAR KECEMERLANGAN TANPA RUH
Nilai, 14 September 2009 – Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan melahirkan perasaan bimbang terhadap masyarakat kini yang sedang terancam akibat tiada nilai-nilai moral dalam sistem ekonomi masakini disebabkan kelalaian pengurusan universiti seluruh dunia dalam usaha menekankan nilai-nilai dan akhlak mulia dalam pengajian tinggi. Ini kerana katanya, semakin besar dan hebat sesebuah universiti itu, semakin kuat keinginan mereka untuk berjaya di pasaran ekonomi yang sekaligus meninggalkan tanggungjawab bagaimana membentuk pelajar supaya mempunyai akhlak yang mulia kerana industri ekonomi kini tidak mencari karektor yang mulia tetapi lebih mementingkan ketrampilan yang memenuhi ciri-ciri di pasaran. “Saya bimbang jikalau pengurusan universiti yang dibina diatas wawasan Islam tidak begitu kritikal memahami dan menekankan aspek morak dalam pengajian tinggi masa kini yang mana boleh menjurus kearah kehancuran. Perkara sebegini seharusnya tidak dipandang ringan dan mesti dielakkan’, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapanya yang bertajuk ‘Mengejar Kecemerlangan Tanpa Ruh : Iktibar dari Krisis Universiti Harvard’ dalam Bicara Akademik bersama warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kampus USIM Bandar Baru Nilai anjuran Pusat Pengembangan Akademik USIM. Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan turut mengulas tentang krisis ‘commercializatian’ yang berlaku di Universiti Harvard dimana Universiti Harvard sehingga kini masih hebat, tetapi sebarang perbincangan tentang prinsip-prinsip moral dan nilai-nilai mutlak sudah tidak menjadi penting dalam kurikulum di pengajian tinggi malah terus dilupakan. Beliau berharap agar universiti seperti USIM yang merupakan universiti pendidikan alternatif iaitu gabungan antara ilmu-ilmu dunia dan ilmu-ilmu agama dapat menjalankan tanggungjawab mendidik dan membimbing [...]
BKKUSIM ANJUR SOLAT HAJAT DAN TAHLIL PERDANA
Nilai, 10 September 2009 – Hampir 200 kakitangan USIM telah menyertai Majlis Solat Hajat dan Tahlil Perdana bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan bersempena dengan Sambutan 10 tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mendoakan kesejahteraan USIM agar terus berjalan dengan baik demi mencapai matlamat penubuhan ketika ia diasaskan 10 tahun lalu. Majlis bermula seawal jam 12.30 tengahari di mana satu ceramah ringkas telah disampaikan oleh Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM sementara menunggu waktu solat zohor. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk USIM 10 Tahun: Mensyukuri Kejayaan, Melonjak Pencapaian. Dalam ceramahnya beliau menekankan betapa pentingnya majlis keagamaan sebegini yang mana dapat mempereratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Beliau juga menyeru kepada semua kakitangan USIM agar dapat merenung kembali jasa-jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka yang masih ada mahupun yang telah tiada dalam usaha menaikkan nama USIM dan meningkatkan martabat pengajian Islam ke dalam arus perdana pengajian tinggi negara. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dari FPQS diikuti solat zohor dan solat hajat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad juga dari FPQS. Turut diselitkan adalah acara penyerahan cek sumbangan berjumlah RM 2,430 kepada Encik Mohd Zul Azhar Abdul Rahman, Pengawal Keselamatan USIM yang disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM bertujuan untuk membantu meringankan bebanan bayaran rawatan Allahyarham bapa beliau. Pihak Universiti telah mengadakan kutipan sumbangan derma di kalangan kakitangan [...]