Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2026

StraComm Clique USIM Jayakan Misi Ramadhan, Sumbang Tenaga Siapkan 250 Pek Bantuan Bersama Yayasan Munarah

SEREMBAN – Semangat kesukarelawanan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus terserlah apabila ahli kelab StraComm Clique berganding bahu menjayakan misi pembungkusan pek bantuan Ramadhan bersama Yayasan Munarah di pejabat yayasan berkenaan pada 12 Februari 2026. Sebanyak 250 pek bantuan Ramadhan berjaya disiapkan dalam program tersebut. Pek bantuan ini akan diagihkan kepada penerima terpilih dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan yang memerlukan. Sasaran penerima bukan sahaja terdiri daripada golongan asnaf, malah turut melibatkan pelajar sekolah serta penuntut diploma dan ijazah yang berdepan kekangan kewangan, bagi memastikan mereka dapat menyambut bulan Ramadhan dalam keadaan lebih terjamin dan bermakna. Pengurus Yayasan Munarah, Puan Amalina Zulkifli, 42, yang telah berkhidmat selama 15 tahun bersama yayasan tersebut, menyifatkan penyertaan StraComm Clique sebagai kesinambungan hubungan baik yang pernah terjalin antara USIM dan yayasan sebelum ini. Menurut beliau, kerjasama seperti ini pernah berlangsung lima tahun lalu ketika misi pembersihan banjir di Sungai Timun, dan kehadiran mahasiswa USIM kali ini sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. “Tenaga kerja pelajar USIM hari ini amat membantu melancarkan proses penyediaan barangan sebelum diagihkan. Kerja pembungkusan yang memerlukan ketelitian dan kecekapan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat,” jelasnya. Beliau turut memaklumkan bahawa Yayasan Munarah mengamalkan kaedah pengagihan bantuan secara terus kepada penerima tanpa orang tengah, bagi memastikan bantuan sampai tepat kepada golongan sasaran. Penerima yang tinggal berhampiran juga diberi kemudahan untuk hadir sendiri ke pejabat yayasan bagi mengambil bantuan yang disediakan. Tradisi menyantuni masyarakat ini telah bermula sejak yayasan tersebut beroperasi pada tahun 2011. Sumbangan pertama ketika itu disempurnakan sendiri [...]

USIM 2026: 6 Lonjakan Strategik Pacu USIM ke Pentas Dunia

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan enam lonjakan strategik utama bagi tahun 2026 dalam Amanat Naib Canselor yang menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai institusi rujukan global berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1500 warga USIM yang hadir di Dewan Tuanku Canselor. Dengan membawa tema “Memaknakan Insan, Mengakar Nilai, Melestari Budaya Ilmu”, amanat tahun ini menjadi titik peralihan penting selepas sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan USIM. Daripada sebuah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 2000, USIM kini berdiri sebagai universiti yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa. Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam amanatnya berkata, dalam landskap global, USIM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026 pada kedudukan #1501+ dunia dan berada di kedudukan ke-19 Malaysia. Lebih membanggakan, lima bidang berjaya tersenarai dalam THE World University Ranking by Subject dengan bidang Undang-Undang muncul sebagai subjek terbaik universiti dalam kelompok #301–400 dunia. "Dalam QS Asia University Rankings 2026 pula, USIM berada pada kedudukan #537 Asia dan #35 Malaysia, memperkukuh reputasi sebagai universiti Islam progresif yang kompetitif di rantau ini". "Di peringkat nasional, USIM mencapai penarafan 5 Bintang MyRA 2025 buat pertama kali sepanjang 25 tahun penubuhannya, selain meraih 5 Bintang MyMohes. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan USIM sebagai universiti berdaya saing dalam ekosistem penyelidikan dan tadbir urus institusi". Ujarnya lagi, komitmen terhadap kelestarian turut membuahkan hasil apabila USIM melonjak 119 anak tangga dalam UI GreenMetric ke kedudukan #634 dunia serta [...]

USIM Kukuhkan Infrastruktur Kampus, Projek Kolej Kediaman 5,000 Pelajar Masuki Fasa Strategik VM Lab

SEPANG – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan pelajar menerusi pelaksanaan Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab – VM Lab) berhubung Cadangan Pembangunan Kolej Kediaman Pelajar USIM melalui kaedah Built-Lease-Maintain-Transfer Hybrid (BLMT-Hybrid). Makmal yang berlangsung selama lima hari menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Ekonomi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, pihak berkuasa tempatan serta wakil kontraktor MCS Management Sdn. Bhd. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi makmal ini, yang menjadi platform penting bagi memperhalusi cadangan pembangunan projek secara komprehensif dan berdaya maju. Menurut beliau, projek pembangunan kolej kediaman baharu ini bakal menempatkan seramai 5,000 pelajar, sekali gus menjadi antara inisiatif strategik universiti dalam menangani isu kekangan kapasiti penginapan. Ketika ini, jumlah keseluruhan pelajar USIM telah mencecah 14,486 orang, namun hanya 5,358 pelajar dapat ditempatkan di kolej kediaman sedia ada. Kapasiti semasa yang hanya sekitar 37 peratus daripada jumlah enrolmen masih jauh daripada sasaran 70 peratus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau menjelaskan bahawa situasi tersebut menjadi asas utama kepada penerokaan model pembangunan alternatif yang lebih mampan dan berimpak tinggi melalui pendekatan BLMT-Hybrid, selaras dengan amalan kerjasama awam-swasta yang lebih efisien. Projek ini sebenarnya telah melalui proses perancangan yang panjang sejak tahun 2011, dengan pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut. Pelaksanaan VM Lab ini menandakan perkembangan signifikan ke arah merealisasikan pembinaan kolej kediaman baharu [...]

Rai Kejayaan Paten, USIM Perkukuh Langkah Ke Arah Pengkomersialan Inovasi

NILAI –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan inovasi apabila meraikan kejayaan enam (6) harta intelek yang berjaya memperoleh kelulusan paten dan perbaharuan utiliti dalam Majlis Apresiasi Paten Penyelidik USIM yang berlangsung di Ruknu Arabi, Perpustakaan USIM baru-baru ini. Majlis yang julung kali diadakan ini disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani sebagai simbol komitmen universiti dalam memperkasakan budaya penyelidikan berimpak tinggi dan pengkomersialan teknologi. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kelulusan paten dan perbaharuan utiliti bukan sekadar pengiktirafan akademik, tetapi merupakan manifestasi hala tuju strategik universiti dalam menjadikan USIM sebagai solution provider kepada masyarakat dan industri. “Hasil penyelidikan tidak boleh terhenti di makmal atau jurnal semata-mata. Ia mesti diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar yang memberi pulangan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun bukan kewangan kepada masyarakat,” ujar beliau. Sehingga kini, USIM telah memfailkan sebanyak 23 paten, 11 perbaharuan utiliti, 576 hak cipta, 51 rahsia perdagangan, 8 reka bentuk industri dan 10 cap dagangan. Daripada jumlah tersebut, 3 paten dan 3 perbaharuan utiliti telah diluluskan, sekali gus membuka ruang lebih luas ke arah pemindahan teknologi dan pengkomersialan. Kejayaan yang diraikan pada hari ini melibatkan penyelidikan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan Islam, bidang-bidang yang mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan serta dimanfaatkan secara langsung oleh masyarakat dan industri. Pengurusan universiti turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh dasar dan sokongan berkaitan harta intelek serta memperluas peluang pengkomersialan melalui perlesenan teknologi dan penubuhan syarikat terbitan universiti. Majlis ini bukan sekadar meraikan pencapaian individu, tetapi [...]

MPP USIM Satukan 67 Badan Pelajar Menerusi Akademi Kepimpinan Mahasiswa

NILAI – 67 badan pelajar berdaftar telah menyertai Akademi Kepimpinan Mahasiswa dan Pengukuhan Badan Pelajar yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP). Penganjuran program ini bertujuan menyelaraskan gerak kerja serta memperkukuh hala tuju kepimpinan mahasiswa yang merangkumi pelbagai latar belakang persatuan. Inisiatif ini sekali gus membentuk ekosistem kepimpinan pelajar yang lebih tersusun, berintegriti dan berorientasikan impak. Naib Yang Dipertua I Majlis Perwakilan Pelajar USIM merangkap Pengarah Program, saudara Muhammad Danish Suhailey, berkata penglibatan menyeluruh semua badan pelajar mencerminkan komitmen tinggi mahasiswa untuk bergerak dalam satu kerangka kepimpinan yang jelas dan bersepadu. “Kepimpinan mahasiswa tidak boleh digerakkan secara bersendirian. Ia perlu dibina atas kesatuan fikrah, pemerkasaan nilai integriti serta tindakan kolektif yang selari dengan moto ‘Aspirasi Mahasiswa, Manifestasi Bersama’,” ujarnya lagi. Beliau menjelaskan bahawa akademi ini bukan sekadar platform latihan kepimpinan, malah berperanan sebagai medium penyelarasan peranan dan pemahaman antara badan pelajar agar setiap organisasi mampu melaksanakan amanah dengan lebih berkesan dan profesional. “Apabila melibatkan 67 badan pelajar, cabaran utama adalah memastikan setiap organisasi bergerak seiring dalam satu hala tuju yang sama. Akademi ini diwujudkan untuk menyatukan pemikiran, memperkukuh tadbir urus serta membina kepimpinan mahasiswa yang lebih matang, berdaya saing dan bertanggungjawab,” tambah beliau. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, yang menegaskan bahawa kepimpinan mahasiswa merupakan satu amanah besar yang menuntut kejujuran, kebijaksanaan serta keadilan dalam setiap tindakan. Menurut beliau, penganjuran akademi ini selari dengan hala tuju pembangunan [...]

PUSAKA USIM Menyahut Agenda 7 Tujahan KPT 2026

Agenda 7 Tujahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2026 yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, menggariskan kepentingan strategik alumni sebagai rakan pembangunan universiti dan ejen penyebaran maklumat pendidikan tinggi kepada masyarakat. Antara fokus utama agenda ini ialah usaha memperteguhkan hubungan berterusan dan bermakna antara alumni dan alma mater, selaras dengan keperluan ekosistem pendidikan tinggi yang dinamik dan mampan. Menyahut aspirasi ini, Pusat Kerjaya dan Alumni (PUSAKA) USIM terus komited merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang selari dengan Agenda 7 Tujahan KPT 2026 bagi memastikan penglibatan alumni dapat dimanfaatkan secara optimum demi pembangunan universiti dan negara. Keempat-empat teras ini menjadi asas kepada perancangan dan pelaksanaan program alumni oleh PUSAKA USIM. Seiring dengan teras pertama Agenda 7 Tujahan KPT 2026, PUSAKA USIM menganjurkan Majlis Iftar Alumni USIM dan Majlis Rumah Terbuka Raya Alumni @ USIM secara tahunan. Program ini menjadi platform penting untuk Mengukuhkan hubungan silaturahim antara alumni dan warga universiti, mewujudkan jaringan kerjasama jangka panjang antara alumni dan USIM serta menyemai rasa kebersamaan serta tanggungjawab alumni terhadap alma mater. Sebagai menyahut teras kedua Agenda 7 Tujahan KPT 2026, PUSAKA USIM secara aktif merancang dan melaksanakan Program Alumni Back To Campus seperti Majlis Hi-Tea Alumni, Karnival Mega Alumni, Karnival Kerjaya dan sebagainya. Program ini membuka ruang kepada alumni untuk kembali ke kampus bagi berkongsi pengalaman kerjaya dan realiti industri, menyampaikan kepakaran profesional dalam bidang masing-masing, memberi bimbingan, motivasi dan inspirasi kepada mahasiswa dan secara tidak langsung berperanan dalam [...]

Pusaka USIM Perkasa Budaya Alumni Giving Back Selari Agenda 7 Tujahan KPT 2026

NILAI – Pusat Kerjaya dan Alumni (PUSAKA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh budaya alumni giving back sebagai antara strategi utama pembangunan universiti, selari dengan Agenda 7 Tujahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2026 yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. Agenda tersebut menegaskan peranan alumni sebagai aset strategik universiti dan rakan pembangunan negara, khususnya melalui sumbangan kepakaran, pengalaman profesional, jaringan industri serta sokongan berterusan kepada ekosistem pendidikan tinggi. Sehubungan itu, PUSAKA USIM menggerakkan pendekatan bersepadu bagi menginstitusikan penglibatan alumni secara lebih bermakna, berimpak dan berteraskan nilai. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah menegaskan bahawa universiti mengharapkan sumbangan alumni yang menyeluruh dan berterusan melalui pelbagai platform. Menurut beliau, konsep alumni giving back tidak terhad kepada sumbangan kewangan semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai bentuk sumbangan yang menyokong pembangunan universiti dan masyarakat. “USIM mahu melihat alumni menyumbang secara bermakna dalam pelbagai bentuk sama ada melalui sumbangan kewangan bagi menyokong kebajikan dan pembangunan universiti, kembali ke kampus sebagai pelajar pascasiswazah, menzahirkan akhlak Islam yang unggul dalam kerjaya dan industri, atau tampil sebagai pemimpin masyarakat yang membawa nilai serta citra USIM,” katanya. Menurut PUSAKA USIM, pelaksanaan konsep alumni giving back memberi penekanan kepada sumbangan bukan kewangan yang berimpak tinggi, termasuk pemindahan ilmu dan kepakaran profesional, bimbingan kerjaya, perkongsian pengalaman industri serta pembinaan jaringan strategik antara universiti, industri dan komuniti. Pendekatan ini dilihat lebih lestari dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan serta kerelevanan universiti dengan keperluan semasa negara. Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah program Alumni Back to Campus, yang merangkumi sesi [...]

Naib Canselor hadir sokong agenda Pembangunan Komuniti MADANI di Pulau Pangkor

PERAK – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah menghadiri Program Pembangunan Komuniti MADANI Pulau Pangkor yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir. Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama beberapa universiti awam sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa pembangunan komuniti setempat secara inklusif dan mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kehadiran Naib Canselor USIM dalam program ini mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong agenda pembangunan masyarakat yang digerakkan di peringkat kementerian serta memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai rakan strategik kepada komuniti dan kerajaan. Menurut beliau, universiti bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu, bahkan sebagai pemacu kesejahteraan sosial melalui penglibatan aktif dalam inisiatif pembangunan komuniti. Program ini turut menjadi platform mempererat hubungan dan jaringan strategik antara universiti awam dalam memperluas impak sosial pendidikan tinggi ke peringkat akar umbi.

USIM Perkukuh Libatsama Komuniti melalui Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani 2025 dan Karnival Juasseh

JUASSEH – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuhkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menekankan aspek kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 dan Karnival Juasseh, bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Talan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 Februari 2026. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, kepada Ketua Kampung Sungai Talan, En. Husaini Harun, dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Puan Sri Dato’ Hajah Bibi Sharliza Haji Mohd Khalid, dengan disaksikan oleh pengurusan universiti, wakil agensi serta penduduk setempat. Majlis ini menandakan penyerahan rasmi pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 USIM yang telah bermula sejak Mac 2025, melibatkan kerjasama strategik antara Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) bersama beberapa fakulti dan pusat tanggungjawab USIM serta komuniti setempat. Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan komuniti secara holistik, inklusif dan mampan. Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pelaksanaan projek ini mencerminkan falsafah USIM yang menekankan integrasi ilmu naqli dan aqli, dengan universiti berperanan bukan sahaja sebagai pusat akademik, malah sebagai rakan pembangunan masyarakat. Pendekatan turun padang, pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti komuniti diterapkan bagi memastikan manfaat kepakaran universiti dapat dirasai secara langsung dan berterusan oleh masyarakat setempat. “Antara fokus utama projek ini ialah pembangunan infrastruktur komuniti, pemindahan ilmu, serta pemerkasaan kesejahteraan fizikal dan rohani masyarakat. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Interaksi Komuniti Setempat [...]

USIM–IKIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integrasi Ilmu dan Kefahaman Islam

NILAI — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan kefahaman Islam yang menyeluruh, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan dalam satu majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Galeri Canselori pada 4 Februari 2026. USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala IKIM diwakili oleh Prof Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Ketua Pengarah IKIM. Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin menegaskan bahawa pemeteraian MoU ini bukan sekadar satu dokumen rasmi, sebaliknya merupakan manifestasi kesepakatan hasrat dan komitmen bersama antara dua institusi yang berkongsi aspirasi besar dalam memperkasa kefahaman Islam secara holistik. Menurut beliau, USIM yang menjunjung integrasi ilmu Naqli dan Aqli, serta IKIM sebagai institusi berwibawa dalam penyelidikan, penerbitan dan penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat, mempunyai titik temu yang signifikan dalam misi keilmuan dan kemasyarakatan. “USIM melihat kerjasama strategik ini sebagai peluang penting untuk memperkaya ekosistem akademik dan penyelidikan universiti, di samping menyumbang secara lebih bermakna kepada pembangunan pemikiran, keharmonian sosial dan kesejahteraan masyarakat. Sinergi kepakaran dan sumber antara USIM dan IKIM diyakini mampu melahirkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi demi manfaat bersama dan ummah secara keseluruhan”, ujarnya lagi. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama merangkumi pelbagai bidang strategik, antaranya penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah dan bahan media, penganjuran seminar, bengkel, persidangan serta forum ilmiah, selain pertukaran kepakaran, pembangunan kursus dan modul latihan. Kerjasama ini turut membuka ruang kepada penggunaan platform media IKIM sebagai wahana penyebaran ilmu [...]

Go to Top