Mei 2024
USIM and AICB Aim to Enhance Academic and Professional Opportunities
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and the Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) have signed a Memorandum of Understanding (MoU) on 16th May 2024 to foster collaboration in Islamic finance education and professional development. The signing ceremony took place at the Executive Lounge, USIM. The event was attended by Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Vice-Chancellor of USIM, alongside Edward Ling, Chief Executive Officer (CEO) of AICB; Mohamad Farhan Mohamad Zamri, Director of Growth and Strategic Partnerships, AICB; and Muhammad Hasiib Shaharuddin, Assistant Manager of Business Relations, AICB. The partnership aims to elevate the quality of Islamic finance education and increase the employability of graduates including direct entry to Level 2 Chartered Banker Qualification for USIM's Bachelor of Islamic Banking and Finance graduates, establishing an ambassadorship program among students, providing industry mentorship, internships, and networking opportunities and offering selected lecturers the opportunity to obtain the Chartered Banker qualification for professional development. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin during the event, expressed his gratitude to AICB for their cooperation and highlighted the anticipated positive impact on USIM's academic programs and graduate employability. "This MoU marks a significant step in enhancing our academic offerings and providing our students with valuable opportunities to excel in the Islamic finance sector. We are confident that this partnership will yield substantial benefits for our students and faculty." Sources: Lukhman Syafiq Mohd Jamil Written by: Adika Hakmi Ab Ghani
USIM lawat Pusat Rehabilitasi Perkeso, bincang potensi kerjasama
MELAKA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah mengadakan lawatan ke Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 18 April 2024 baru-baru ini bertempat di Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini merupakan rentetan daripada sesi perbincangan awal USIM melalui Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani bersama Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO berkaitan khidmat kepakaran UMMI dalam mendepani isu dan cabaran OKU. Delegasi USIM diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum, Profesor Madya Dr. Norakyairee Mohd Raus dan kehadiran delegasi telah disambut sendiri oleh Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Yang Berbahagia Datuk Dr Hafez Hussain. Delegasi lawatan telah dibawa untuk melihat semua fasiliti yang disediakan di sekitar Pusat Rehabilitasi PERKESO dan berpeluang untuk berjumpa dengan warga kerja serta klien pusat. Di samping itu, pihak pusat turut menyatakan hasrat kerjasama dengan UMMI dalam bidang penyelidikan berkaitan integrasi terapi pertuturan dan tingkahlaku, penganjuran program motivasi rohani kepada penjaga wanita yang berperanan menjaga pasangan masing-masing. Datuk Dr Hafez Hussain berkata, beliau amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak USIM dan berharap agar kerjasama baik ini akan memberi manfaat kepada klien serta penjaga. Penganjuran program secara bersama akan memberi peluang kepada PERKESO untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan dan pembangunan spiritual OKU.” ujarnya. Perbincangan lanjut perlu diadakan dalam masa terdekat supaya kedua-dua pihak USIM dan PERKESO mendapat manfaat daripada hasil kerjasama ini. Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak merupakan [...]
He & She Coffee: Membuka Peluang Keusahawanan di USIM
NILAI - He & She Coffee, jenama Kopi Premium Bumiputera melebarkan pasarannya dan kini di buka di Jabatan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kafe ini telah dilancarkan secara rasminya pada 8 Mei 2024 baru-baru ini oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Zulkiflee Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas He & She Sdn. Bhd. Sesuai dengan slogan “Preciuos moment in a cup”, kafe ini mempunyai kemahiran dalam menyediakan minuman berasaskan biji kopi premium. Ini merupakan outlet yang ke-42 di Malaysia dan selari dengan idea pembudayaan Iqra @ USIM Library yang dicetuskan oleh pengasasnya sendiri. Encik Zulkiflee Yusof Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee dalam ucapannya berkata “Sejajar dengan matlamat dan tujuan kafe ini ditubuhkan adalah untuk membantu mahasiswa mendalami ilmu pengetahuan dan keusahawanan di samping memberi peluang pekerjaan dan peluang menjana pendapatan”. Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani turut menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pihak He & She dan berharap agar peluang kerjasama di antara keduanya dapat diperluaskan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks perkongsian ruang kafe bagi membudayakan aktiviti perkongsian ilmu dan program-program lain di USIM. “Saya amat menghargai konsep Learn and Earn yang diperkenalkan oleh pihak He & She dalam membantu 10 orang pelajar USIM yang diterima bekerja secara sambilan sebagai barista untuk mempelajari ilmu dan kemahiran keusahawanan serta meraih peluang penjanaan pendapatan”, ujarnya lagi. Dalam pada itu, Nurul Izzati Batrisyia Mohamad Azizan,22, mahasiswa Tahun 3 Program Fiqh dan Fatwa [...]
USIM rangkul Naib Johan di National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul Naib Johan National Dental Intervarsity Games (NDIVG) 2024 dengan pungutan 16 pingat yang berakhir semalam di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), USIM. Johan dimenangi oleh AIMST University dengan membawa pulang piala pusingan manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Tahun ini USIM diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi penganjuran NDIVG 2024 dengan kerjasama Malaysian Dental Student Association (MDSA). Acara ini mengumpulkan seramai 1,300 mahasiswa pergigian dari 13 fakulti pergigian seluruh Malaysia yang memulakan permainan bermula 10 hingga berakhir semalam 12 Mei 2024. Sebanyak 14 acara sukan yang dipertandingkan iaitu acara olahraga, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, futsal, frisbee, dodgeball, memanah, tarik tali, badminton, catur, ping pong, aerodance dan varsity chant. Naib Canselor Prof Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan pembukaannya berkata, kesihatan amat penting dan sememangnya pengurusan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada warga USIM untuk menyertai aktiviti sukan bagi melahirkan bakat baru sebagai bakal atlet yang berpotensi untuk mewakili USIM di kejohanan sukan di peringkat yang lebih tinggi serta menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. “Penglibatan pelajar merupakan suatu perkara yang penting dalam membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak yang positif kepada universiti dalam tempoh jangka panjang disamping memupuk budaya cergas dan cerdas selain daripada semangat kerja berpasukan serta integrasi antara jantina dan setiakawan yang sihat”. Ujarnya lagi, melalui usaha ini juga dapat menonjolkan imej Universiti Awam dan Swasta yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi. Semoga kejohanan ini mampu membawa [...]
Program Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia bantu cegah penularan penyakit Demam Denggi
NILAI - Demam denggi merupakan penyakit bawaan Vektor yang menjadi salah satu masalah utama melibatkan kesihatan awam dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Justeru, sebagai langkah proaktif untuk mengekang peningkatan kes dan wabak denggi yang melanda Negeri Sembilan khususnya, Program Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia dilancarkan pada 4 Mei 2024 di Zon A Desa Anggerik, Nilai. Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang diperkenalkan ke dalam Nyamuk Aedes aegypti yang bertindak untuk merencatkan perkembangan virus Denggi dalam badan nyamuk seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia. “Bagi membendung penularan penyakit demam denggi, strategi pencegahan utama yang perlu diberi tumpuan adalah mencari dan menghapuskan tempat pembiakan. Kita semua perlu memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas dari tempat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Penglibatan komuniti amatlah penting kerana peranan penduduk untuk bersama-sama memerangi denggi bermula dari kediaman mereka sendiri”, ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan NGO Negeri Sembilan YB Tengku Puan Zamrah Tengku Sulaiman semasa merasmikan program pelepasan nyamuk. Program ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi dan institusi seperti Majlis Bandaraya Seremban, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), SWM Environment Sdn Bhd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Communication for Behaviourial Impact (COMBI). Turut hadir sama ke program ini adalah Dato’ Dr. Harlina Abd Rashid Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Noor Khalili Mohd Ali Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Tajuddin Pengarah Pusat Kesihatan Universiti USIM.
Serambi Ilmu Rakyat (Sir) Corner Sedia Platform Capaian Bahan Digital Kepada Warga USIM
NILAI – Yayasan Bank Rakyat (YBR) taja RM 15,000 ruang Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner yang terletak di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). YBR juga sumbang 50 ID digital keahlian SIR bagi membolehkan pengunjung mengakses lebih 100 ribu koleksi digital yang meliputi pelbagai subjek seperti kewangan, ekonomi dan bacaan umum dengan jumlah langganan bernilai RM500,000.00 setahun untuk kegunaan warga USIM. Majlis perasmian SIR telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dengan disaksikan oleh Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani Pengurus Besar YBR. Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner merupakan projek “Perpustakaan Angkat SIR” diasaskan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang melibatkan pihak universiti, kolej vokasional dan sekolah terpilih di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia turut menjadi satu universiti awam yang terpilih. Naib Canselor Prof. Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, pembangunan SIR Corner melalui sumbangan Yayasan Bank Rakyat ini merupakan suatu kerjasama yang bersifat simbiosis, iaitu satu usaha bersama kedua-dua belah pihak dalam meningkatkan lagi kebolehcapaian dan akses kepada sumber maklumat terkini yang sangat diperlukan dalam arena pendidikan dan penyelidikan. ”Pihak universiti amat menghargai sumbangan dan sokongan pihak YBR ini yang mana sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan pelajar terlibat dalam usaha anak-anak ini menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi”, ujarnya lagi. Dalam majlis yang sama, YBR juga turut menyumbang Bantuan Awal Pendidikan (BAP) berjumlah RM100,000.00 kepada 100 orang pelajar USIM yang terpilih. Sumbangan ini diuruskan oleh pihak Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Sumbangan dan sokongan oleh pihak YBR dalam projek ini memberi [...]
Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman – Syarahan Profesor Adjung Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman”
NILAI - Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Tabung Haji, merupakan profesor adjung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menyampaikan syarahan professor adjung pada 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Kuliah FKP bertajuk 'Tabung Haji: Melampaui Peradaban dan Zaman'. Dato' Sri Syed Saleh dilahirkan di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Francis Light, Pulau Pinang, dan Maktab Sains MARA, Kuantan, Pahang. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Hastings College of Further Education, East Sussex, England, untuk mendapatkan GCE 'A' Levels sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti of Wales Institute of Science and Technology, Cardiff, Wales, United Kingdom. Dato' Sri Syed Saleh telah menunjukkan dedikasi dan ketekunan dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara melalui kepakaran beliau dalam bidang ini telah melebihi 30 tahun. Syarahan yang disampaikan oleh beliau amat signifikan dan tepat dalam memberikan pandangan mendalam dan membuka mata kita terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, dan perancangan masa depan Tabung Haji, sebuah kebanggaan negara dan institusi terkemuka dalam dunia Islam. Beliau telah berkongsi evolusi Tabung Haji dengan meneroka perjalanan sejarah Tabung Haji yang menunjukkan bagaimana ia telah berkembang dari semasa ke semasa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan peradaban dan zaman. Memahami evolusinya adalah penting dalam merancang untuk masa depannya. Sebagai sebuah institusi Islam yang diiktiraf secara global, Tabung Haji memainkan peranan penting tidak hanya di Malaysia tetapi juga dalam landskap kewangan Islam secara lebih luas. Dato' Sri Syed Saleh telah menekankan kepentingan untuk [...]
Memperkasa Belia: USIM anjur Program Kebangsaan Tunas Cekak hasrat pupuk nilai kepimpinan
NILAI - 4 Mei 2024: Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) betempat Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 4 Mei baru-baru ini. Program ini merupakan platform yang mampu mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja serta mempromosikan USIM sebagai taman pengetahuan sekaligus mampu menjadikan insan yang berilmu dan berdisiplin selaras dengan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Seramai 200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara yang hadir menyertai kursus ini bagi merealisasikan hasrat Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM untuk Seni Silat Cekak Malaysia terus berkembang ke seluruh negara melalui Program Tunas Cekak. Komuniti Pembangunan Kurikulum Tunas Cekak Malaysia, PSSCM, Muhammad Ghazawi dalam ucapan beliau berkata, Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program Tunas Cekak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Peringkat Kebangsaan 2024 merupakan sebuah program bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan dan memantapkan lagi aspek pengurusan dalam diri setiap ahli persatuan. “Program ini memfokuskan khususnya kepada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun dengan silibus yang berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara”. Menurut beliau lagi, dengan adanya peluang membenarkan kanak-kanak atau remaja untuk belajar tentang ilmu silat ini membantu dalam proses pembentukan akhlak dan jati diri setiap remaja. “PSSCM mengorak langkah membangunkan modul Tunas Cekak secara sistematik dan berstruktur bagi murid-murid seawal darjah satu. Silibus dan perancangan program Tunas Cekak menyediakan modul [...]
Model Writing Centre Universiti Hiroshima Jadi Panduan USIM
Apabila menyebut Writing Centre, beberapa perkara mesti bermain di benak kita. Antaranya ialah latihan menulis, perkhidmatan suntingan teks dan perkhidmatan bacaan pruf. Namun, konsep Writing Centre (WRC) di Universiti Hiroshima agak unik kerana memfokus kepada penulisan akademik dalam kalangan pelajar dan staf dengan memberi khidmat nasihat penulisan secara percuma. Dalam pada itu, khidmat bacaan pruf dan suntingan tidak disediakan. Pengalaman itu dikongsi oleh tutor di WRC universiti tersebut, Aliyyah Nuha Faiqah Azman Firdaus yang merupakan tutor di WRC dan calon doktor falsafah di universiti berkenaan yang juga merupakan seorang warga Malaysia yang mendapat biasiswa pengajian daripada tajaan Kerajaan Jepun 2020 (Monbukagakusho: MEXT). Sesi perkongsian ini yang dianjurkan perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu inisiatif untuk memahami model WRC yang dipraktis universiti berkenaan untuk dicontohi dan ditubuhkan di USIM. Dari segi latar belakang, WRC di Universiti Hiroshima ditubuhkan pada 2013 bawah keurusetiaan perpustakaan universiti tersebut. Pusat ini merupakan sebuah platfom yang dapat memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada pelajar pascasiswazah dan kakitangan universiti dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Pelanggan boleh memilih tiga mode perkhidmatan iaitu mendapatkan khidmat nasihat tutor secara bersemuka, secara dalam talian atau secara drop off (menghantar tugasan yang ingin dibincangkan secara dalam talian dan sesi perbincangan dijalankan secara dalam talian selepas tutor membaca tugasan tersebut). Sesi perbincangan secara bersemuka dijalankan di perpustakaan universiti yang memperuntukkan ruangan khas untuk sesi konsultantasi WRC. Bagi semua pelanggan WRC, pertemuan pertama dimulakan dengan memastikan pelanggan faham falsafah yang dibawa oleh Pusat ini. Falsafahnya [...]
Prosa Melayu Papar Naratif Insan dalam Palu Genderang
Menelusuri makna kehidupan setiap insan tentunya tidak sama. Lazimnya hidup ini bermula dari muka tanah hingga ke puncak gunung. Tidak kurang juga bermula dari puncak dan menurun ke jejak kaki bumi. Begitu resminya setiap insan melalui fasa hidup yang sudah ditakdir oleh maha pencipta. Dengan menggunakan prosa Melayu tradisi dan moden USIM memberi kelainan dengan menampilkan sebuah karya yang menarik emosi penonton dengan mempersembahkan penceritaan tentang perjalanan kehidupan insan. Pusat Kebudayaan USIM baru-baru ini telah mempersembahkan program Gema Palu Genderang mengangkat tema “Mengalun Puisi Alam Melayu dan Kehidupan”. Ia merupakan inisiatif untuk mengangkat unsur Islam yang terkandung dalam kesusasteraan Melayu melalui naskhah puisi tradisional dan moden. Sastera Melayu sememangnya berkait rapat dengan keindahan Islam yang diterjemahkan melalui bait-bait kalam, diikat bersama kesantunan adab dan budaya seperti kata-kata nasihat yang disampaikan dalam bentuk bidalan, peribahasa, nilai-nilai murni dan seruan berbuat baik untuk mendidik masyarakat. Bersesuaian dengan USIM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam, pengisian yang diketengahkan dalam Gema Palu Genderang kali ini juga berteraskan paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang menjadi nadi pembangunan USIM bagi pembentukan generasi cemerlang dan berilmu. Persembahan yang mendasari dari permulaan kemenjadian manusia bermula dari alam Ar-Rahim (Kelahiran), alam At-Tufulah (Kanak-kanak), alam Al-Hayah (Dewasa) akhirnya tiba di alam Tauhidik (Jalan Ketuhanan). Menelusuri perjalanan kehidupan manusia melalui empat fasa alam ini akan membangkitkan rasa keinsafan, muhasabah untuk kembali ke fitrah dalam menuju kehidupan yang sejahtera dan bermanfaat. Uniknya persembahan dimulakan dengan segmen pertama yang mengisahkan tentang kelahiran manusia ke dunia dan menggambarkan [...]









