Mac 2022
66 Kadet Kor Sispa USIM ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
NILAI, 13 Mac 2022 – Seramai 66 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam bagi tahun 2022. Majlis Pentauliahan Kor SISPA USIM telah dilaksanakan secara ringkas tapi penuh bermakna mengikut Standard Operasi Prosedur di Dewan Kuliah Pusat 4 tanpa kehadiran ibu bapa sebagai langkah bagi mengelakkan penularan Covid-19. Sesi penyampaian sijil disampaikan oleh Yang Amat Setia Pesuruhjaya Pertahanan Awam Dr. Haji Norhafifi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pj. (PA) Dr. Haji Norhafifi dalam ucapannya berkata kewibawaan dan tanggungjawab yang akan digalas sebagai Pegawai sukarelawanan Kor SISPA ini tidak boleh dipandang enteng oleh pihak lain. Setiap pegawai mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang masing-masing kerana mereka adalah dari kalangan pelajar universiti seluruh malaysia. Manakala Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, merangkap Komandan Kor SISPA USIM berkata, menerusi program Kor SISPA ini para pelajar akan lahir sebagai graduan yang holistik dengan memiliki kecemerlangan akademik dan Kemahiran Insaniah (soft skill) yang tinggi. “Mereka juga akan memiliki kelebihan sebagai personaliti unggul (Towering Personality) dalam masyarakat serta memiliki kelebihan dalam menempuhi alam pekerjaan yang mencabar nanti”, ujar Prof. Dr. Radhi. Dalam majlis pentauliahan tersebut juga, Pegawai Kadet Sispa Nurul Naqibah Mohd Amdi,22, pelajar program Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Sains dan Teknologi dianugerahkan sebagai Kadet Terbaik Kor SISPA USIM bagi tahun 2022. Sepanjang penyertaan beliau dalam Kor SISPA, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia antaranya memegang jawatan sebagai Setiausaha, dan juga [...]
Syarahan Perdana Fakulti Perubatan, kongsi kepentingan imunisasi dewasa
NILAI, 10 Mac 2022 - Imunisasi merupakan salah satu bentuk pencegahan penyakit yang efektif, mudah, serta murah untuk menghindari terjangkitnya penyakit infeksi, mulai dari anak, orang dewasa hingga orangtua. Imunisasi menjadi salah satu bentuk intervensi kesehatan yang paling sukses dan efektif. Melalui imunisasi seseorang diharapkan memiliki kekebalan terhadap suatu penyakit infeksi tertentu, (Restuti Hidayani Saragih, Julahir H.Siregar, 2017) Bagi berkongsi kepakaran dalam bidang virologi, vaksinologi dan kawalan penyakit berjangkit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan syarahan perdana yang disampaikan oleh Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, felo akademik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM bertajuk “Adult Immunisation: From Research to National Policy”. Dalam syarahan ini, Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak telah berkongsi mengenai bagaimana hasil penyelidikan beliau selama lebih 30 tahun telah digunapakai sebagai beberapa polisi imunisasi negara. Beliau juga turut menekankan kepentingan imunisasi dewasa serta kanak-kanak dan jenis-jenis penyakit yang boleh dielakkan dengan imunisasi. Beliau telah mencetuskan idea untuk menerbitkan buku praktikal Mikrobiologi yang digunakan oleh pelajar perubatan dan pergigian. Buku yang telah memasuki edisi kedua tersebut sangat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, di peringkat kebangsaan, beliau telah menulis beberapa bab di dalam buku bertajuk “Adult Immunisation” yang dihasilkan oleh Malaysia Society of Infectious Diseases and Chemotherapy (MSIDC) untuk digunapakai oleh pengamal perubatan. Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak juga adalah pencetus idea untuk menganjurkan Kuiz Mikrobiologi di peringkat intervarsiti di USIM yang dikenali sebagai i-Microb. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sebelum tahun 2020, dan amat terkenal di kalangan warga Fakulti [...]
USIM, Yayasan KRU jalin kerjasama dalam industri kreatif
NILAI, 7 Mac 2022 – Sebagai usaha menyokong keterlibatan industri dengan ahli akademik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment pada pagi ini. Majlis yang berlangsung di Canselori USIM menyaksikan USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, manakala KRU Entertainment diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Dato’ Norman Abdul Halim. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, kolaborasi ini akan diterajui dibawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM untuk berganding bahu bersama syarikat industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua belah pihak. Beliau berkata lagi, pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latarbelakang industri kreatif pula dilihat boleh dijalankan secara bersama KRU seperti penerbitan BUKOO iaitu buku digital penyelidikan sains dan teknologi dalam bentuk eBook dan audio book dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya. “USIM yang telah mewujudkan platform keusahawanan melalui konsep Prosumerisme di bawah seliaan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) banyak memberi peluang dan inisiatif perniagaan kepada pelajar dalam memulakan perniagaan”. Sementara itu Dato’ Norman dalam ucapannya berkata, KRU sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam usaha berganding bahu untuk memartabatkan lagi platform keusahawanan yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza. Ujarnya lagi, diharapkan penglibatan bersama industri dan ahli akademik akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dari pelbagai segi pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara. [...]
Kemaman Lokasi Pertama Misi USIMPrihatin Pasca Banjir
NILAI, 4 Mac 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya terdiri daripada kakitangan dan pelajar ke Kemaman, Terengganu bagi Misi USIMPrihatin pasca banjir. Seramai 47 orang sukarelawan terdiri daripada 39 orang pelajar dan lapan kakitangan bertolak ke Kemaman pada hari ini (Jumaat) dan akan berada di sana sehingga Ahad nanti. Lokasi di Kemaman yang menjadi fokus pasukan Misi USIMPrihatin ialah Kampung Air Puteh dengan menumpukan kepada operasi pencucian kediaman penduduk kampung yang terjejas, Sekolah Kebangsaan Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh. Selain itu turut dilaksanakan adalah agihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal. Menurut Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang mengetuai kumpulan sukarelawan pelajar dalam misi ini, sambutan yang diterima oleh mahasiswa USIM untuk bersama dalam bantuan pasca banjir ini amat baik. “Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertangungjawab dalam menyelaras penglibatan pelajar, kita hanya memerlukan sekitar 30 orang sukarelawan sahaja bagi misi ini tetapi permohonan yang diterima mencecah 70 orang. Ini menunjukkan siswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas dengan bencana banjir ini. Di pihak MPP sendiri, seramai 10 orang turut bersama ke Kemaman”. “Mahasiswa sentiasa bersedia untuk menyantuni masyarakat dalam pelbagai cara dan kita sebelum ini turut membantu dalam misi pasca banjir akhir tahun lalu yang berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang” ujar beliau yang juga merupakan Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MPP USIM Pelepasan kumpulan pertama misi ke Terengganu ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor [...]
Harapan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM jentik hati warga USIM jadi warga dengan minda Kelas Pertama
NILAI, 28 Februari 2022 - Nama Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969, beliau mendapat Pendidikan awal di Kuala Terengganu, Terengganu dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah (1989-1993). Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana juga dalam bidang yang sama di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) dan kemudiannya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fatwa dari Universiti Sains Malaysia (2002-2004). Keterlibatan beliau bersama USIM bukanlah asing lagi kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM pada tahun 2006 sehingga 2008 dan juga merupakan Panel Penasihat di Fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini. Baru-baru ini beliau telah menyampaikan sebuah syarahan umum yang membawa tajuk "Harapan dan Cita-citaku Terhadap USIM" bertempat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Mengadaptasi norma baharu serta sebagai satu usaha bersama dalam melawan dan mengekang penularan pandemik Covid-19, Majlis Syarahan Umum Pengerusi Lembaga Pengarah USIM yang julung kali ini diadakan pada tahun ini dilaksanakan secara konsep hibrid iaitu dengan kehadiran tetamu secara fizikal dalam jumlah yang minima di Dewan Kuliah Pusat 3 serta turut ditayangkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi USIM. Dalam syarahan beliau, Yang Behormat Dato’ Zulkifli menekankan kepentingan perlunya semua warga USIM memupuk minda Modal Insan Kelas Pertama yang berlandaskan perspektif Islam disamping usaha kearah mencapai matlamat menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi dengan memahami Nilai-nilai [...]
Februari 2022
Wakil USIM Ambil Peluang Kunjungi Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan
AFGHANISTAN, 7 Mac 2022 - Bagi melihat perkembangan semasa corak Pendidikan bagi warga belia khususnya di negara Afghanistan disambut baik apabila delegasi Malaysia megadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Pengajian Tinggi Sheikh Molvi Noorullah Munir di Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan baru-baru ini. Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Ahmad Azam Ab. Rahman iaitu Penasihat Khas mengenai Afghanistan, Kementerian Luar Malaysia Bersama-sama Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, iaitu Pengarah Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan USIM (C4SS) merangkap Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, kunjungan ini bagi mengambil peluang untuk mengenali lebih dekat lagi pengurusan Pendidikan yang dipimpin oleh Taliban, dan juga memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk melihat kerjasama yang boleh dibangunkan dalam bidang Pendidikan. “15 Ogos 2021 adalah tarikh bersejarah, selepas peperangan berakhir setelah hampir 20 dekad Afghanistan di takluk oleh Amerika Syarikat, dan kumpulan Taliban telah mula mengambil alih corak pemerintahan Afghanistan. Taliban telah dilaporkan oleh media antarabangsa, di mana mereka menghalang pelajar-pelajar perempuan untuk mendapatkan Pendidikan di sekolah dan universiti. Hakikatnya ia adalah tidak benar. Apa yang dilakukan adalah penyusunan semula di sekolah dan universiti bagi menepati peraturan Islam iaitu dengan mengasingkan pelajar-pelajar berlainan jantina”. Lawatan ke beberapa universiti awam dan swasta di Afghanistan telah diadakan, dan sesi pembelajaran akan beroperasi seperti biasa bagi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan pada awal Mac ini. “Peluang kerjasama di kalangan universiti-universiti di Afghanistan dengan universiti di Malaysia akan diperhalusi oleh Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan agar ia memberi [...]
Keprihatinan USIM serlah konsep Keluarga Malaysia
NILAI, 11 Februari 2022 - Sebagai tanda keprihatinan terhadap warganya yang terkesan dengan musibah dan ujian yang sedang dialami, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diurus setiakan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dan Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan al-Abrar kepada Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) dan Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih dan juga warganya yang terkesan banjir baru-baru ini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin. “Pihak USIM telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,000.00 masing-masing untuk “Program Bantuan Khas Keluarga Ibu Tunggal Asnaf Pasca COVID 19” oleh Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih, dan juga untuk pembiayaan pesakit kanser kanak-kanak yang diuruskan oleh CAKNE melalui portal crowdfunding, jominfaq.usim.edu.my yang telah dilancarkan pada 2020 lepas”. “Manakala PWZ akan menyumbang bantuan sebanyak RM200.00 kepada setiap pelajar untuk membantu meringankan beban kerugian disebabkan banjir”, ujarnya lagi. Selain itu, PWZ dan BKKUSIM turut menyerahkan sebuah kereta kepada seorang staf kurang upaya iaitu En. Ishtiaq, pembantu perawatan kesihatan kanan di FPSK untuk kegunaan harian beliau bagi memudahkan urusan berulang-alik ke tempat kerja. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM terima dua Timbalan Naib Canselor Baharu
NILAI, 17 Februari 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pelantikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 16 Februari 2022 hingga 15 Februari 2025. Simbolik penyerahan kad staf oleh Dato Muhammad Haizuan Rozali Pendaftar USIM dan sesi 'clock in' disaksikan oleh Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah diadakan di perkarangan lobi canselori sebentar tadi. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk melantik Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, 51, sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dan Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, 53, sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, anak kelahiran Johor Bahru ini merupakan lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Makanan daripada University of Cambridge sebelum ini merupakan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi USIM. Beliau aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak antarabangsa. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti konsultansi lebih-lebih lagi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek-projek industri halal di peringkat antarabangsa. Antara projek konsultansi beliau termasuklah Pensijilan Halal produk daging dari China untuk Syarikat DJR Sdn. Bhd., Pensijilan Halal black fungus dan black garlic UMS-Heilongjiang Academy of Sciences, China, Training for Halal Analysis, Machida, Jepun serta Ketua Auditor Halal bagi Training Halal auditors for Halal audits yang diterajui oleh Kerajaan Kuwait. Sebagai seorang ahli akademik yang berpengalaman luas, kepakaran beliau amat dihargai dan untuk itu beliau [...]
USIM benarkan Kemasukan 70% Pelajar ke kampus bagi Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 bermula 21 Mac ini
NILAI, 14 Februari 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara amnya membenarkan sebanyak 70% orang pelajar untuk pulang ke kampus bagi meneruskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula 21 Mac ini selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pengumuman daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi bermula pada bulan hadapan. Untuk itu, aktiviti PdP di USIM secara bersemuka adalah dibenarkan untuk pelajar yang telah lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan selepas vaksinasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, aktiviti PdP yang telah ditetapkan adalah secara hibrid mengikut program pengajian. Bagi pelaksanaan mengikut kursus pula ianya akan dilaksanakan berdasarkan tiga kaedah iaitu bersemuka sepenuhnya, secara bersemuka dan dalam talian atau secara dalam talian sepenuhnya. “Fakulti akan merancang kaedah PdP segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) dengan mengambil kira kemampuan data dan capaian internet pelajar. Fakulti dan Bahagian Pengurusan Akademik juga akan merancang jadual pengkuliahan mengikut SOP yang ditetapkan seperti pematuhan penggunaan kapasiti ruang sebanyak 50% dan sebagainya”. “Manakala bagi kaedah pelaksanaan peperiksaan akhir, ianya akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian seperti amalan biasa atau penilaian akhir gantian individu seperti take-home-exam, open-book-exam dan reflection essay bergantung kepada kesesuaian program pengajian” ujarnya lagi. USIM akan berusaha untuk memastikan penyampaian program pengajian secara dalam talian atau hibrid adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan disamping memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal [...]
“Beramal, Bertakwa”, tema Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2022
NILAI, 28 Januari 2022- "Beramal, Bertakwa" menjadi tema Majlis Amanat Naib Canselor tahun 2022 yang diadakan secara hibrid bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan turut disiarkan melalui platform Youtube USIMTV. Majlis yang dimulakan dengan bacaan Ayat Al-Quran dari surah terpilih serta video ‘recap’ pencapaian bagi tahun 2020 dan 2021, turut dihidupkan dengan imbasan Lima Teras Strategik yang bermatlamat untuk menjadikan USIM sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi menjelang 2022. Teras tersebut yang pertama adalah Graduan dan Alumni: melahirkan graduan/alumni yang profesional berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Kedua, Pelajar: Membentuk pelajar yang beradab, holistik dan seimbang. Ketiga, Libatsama Masyarakat: Memperkasakan Quintuple Helix untuk semua. Keempat, Kelestarian Kewangan: Membentuk kepelbagaian sumber dana dan amalan perbelanjaan berhemah, dan kelima, Pengiktirafan: Membentuk kesarjanaan berimpak yang membina kebitaraan ummah. Melalui 5 Teras Strategik ini, USIM menetapkan komitmen utama (2FCSI) iaitu untuk mengukuhkan asas fundamental USIM (strengthen fundamentals), untuk merangka masa hadapan (chart future), memastikan keberdayasaingan dan kelestarian (ensure competitiveness & sustainability) dan mempromosikan inklusiviti (promote inclusivity). Secara tuntasnya juga, tema tahun ini merupakan pelengkap kepada siri-siri tema amanat sebelum ini yang menyentuh berkenaan konsep berilmu (2020), berdisiplin (2021) dan yang terkini, bertakwa (2022) yang mana ketiga-tiganya merupakan moto USIM. Justeru, pada tahun ini, Prof. Dato’ Dr. Ridza mengumumkan sembilan lagi sasaran sebagai pelengkap kepada Misi Tahun 2022 USIM iaitu Pertama: Pemerkasaan Agenda MyDigital dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) (Think-Tank-Do) melibatkan pihak berkepentingan termasuk Sekolah Angkat dan Sekolah Kluster USIM dengan mengguna pakai pendekatan quintuple helix. “Kedua, pelaksanaan One-Stop Centre @ [...]