April 2021
Adab berguru kian pupus
Ungkapan kata 'adab dalam menuntut ilmu membawa kepada keberkatan' sering didengari, tetapi apakah itu keberkatan? Keberkatan dalam bahasa yang mudah difahami adalah hidup seseorang yang dilimpahi dengan kebaikan. Dalam erti kata lain, Allah SWT mencukupkan keperluan dan urusannya walaupun dalam keadaan serba kekurangan, manakala jika Allah limpahkan nikmat rezeki yang banyak pula dapat dimanfaatkan bersama orang lain. Di samping itu, Allah turunkan lebih banyak nikmat dan hadirkan rasa tenang serta bahagia. Persoalannya, bagaimana ingin hidup yang berkat? Salah satu jawapannya adalah dengan mengamalkan adab ketika menuntut ilmu. Adab ini asal praktisnya bermula dari rumah dan dalam pendidikan adab dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti elemen agama, adat dan budaya. Hal ini sangat dititikberatkan supaya keberkatan ilmu yang disampaikan seorang guru atau murabbi akan melimpahi kehidupan anak didiknya. Jika ditelusuri, adab ini terletak dalam komponen akhlak yang merupakan tiang utama dalam Islam. Malah, adab dan akhlak diungkap dalam banyak perkataan yang hampir sama maknanya seperti kesantunan, moral, kesopanan dan kesusilaan. Dalam cabaran dan realiti yang harus ditempuhi pendidik pada hari ini antaranya adalah isu adab pelajar yang semakin tipis. Golongan pendidik diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Peribahasa Melayu ini menggambarkan kesungguhan serta keikhlasan seorang pendidik yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan seringkali terpapar di dada akhbar mahupun media sosial kisah berkaitan sikap serta layanan buruk pelajar terhadap gurunya. Terdapat pelajar yang berani mengherdik, melawan arahan dan mengkhianati gurunya dek [...]
Tangguh Cari Kerja, Demi Menjaga Adik
NILAI, 14 April 2021 - Pengorbanan seorang kakak demi adik tersayang, tangguhkan niat untuk mencari kerja luar demi menjaga adiknya yang sakit. Nur Azyan Lina Normisyidi, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat kini bekerja sebagai ejen dropship beberapa produk sambil menjaga adik lelaki yang berusia 18 tahun yang disahkan menghidap kanser limfoma tahun lepas. “Ibu dan Ayah merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Jeram, manakala kakak pula sedang sambung pengajian Doktor Falsafah di UTM. Selepas tamat Latihan industri, saya menjaga adik di rumah kerana beliau memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pemakanan dan penjagaan seharian”. “Kalau ikutkan saya memang merancang untuk mencari pengalaman kerja seperti orang lain, cuma saya masih tunggu masa yang sesuai”, ujarnya. Azyan juga baru selesai mendermakan stem sel darah pada bulan lepas kerana dalam ahli keluarga stem sel beliau yang serasi dengan adiknya. Beliau turut memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan adiknya Ataullah Normisyidi dapat sembuh sepenuhnya. Semoga Azyan terus maju dalam meneruskan perjuangan untuk menempuh dunia luar selepas ini. Seramai 2,686 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang tertangguh majlis konvokesyen mereka pada tahun lalu kerana penularan pandemik COVID-19 akhirnya diraikan Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 secara hibrid selari dengan norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19 berlangsung selama dua minggu bermula 6 April berakhir 18 April 2021 Ahad ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Mak beri Nanas Peganti ‘Bunga Konvo’
NILAI, 13 April - Majlis Konvokesyen sememangnya dinantikan oleh para graduan kerana pada hari yang bersejarah ini mereka berpeluang untuk menyarung jubah konvokesyen dan merakamkan gambar kenangan bersama ibu-bapa dan ahli keluarga. Perasaan ini turut dirasai Nur Shima Sahimi, 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 USIM baru-baru ini. Pastinya menambah kenangan manis buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nanas daripadanya ibunya selepas majlis konvokesyennya berakhir pada Isnin. Bertugas kini sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, kejutan dari ibunya itu walaupun melucukan tetapi menggembirakan hatinya kerana pemberian buah nanas tersebut sesuatu yang istimewa baginya selain bunga konvokesyen yang diterima. "Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain. Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada semalam (Isnin)" "Selesai majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya. Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak. Masa emak cakap nak beri buah nanas tu saya gelak sahaja ingatkan emak bergurau" "Alhamdulillah, dapat juga dan rakan-rakan lain berkonvokesyen walaupuan tiada majlis seperti kebiasaannya. Saya rasa okay sahaja pelaksanaan majlis konvokesyen secara janji temu ini kerana ibu-bapa tidak perlu menunggu lama dan pelaksanaan setiap sidang tidak mengambil masa yang lama. Proses pengambilan gambar graduan menggunakan skrin hijau [...]
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan
Alhamdulillah, bulan Ramadan menjelang tiba. Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan yang diberkati (al-shahr al-mubārak), bulan ibadat dan penghulu segala bulan (sayyid al-shuhūr). Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW akan bergembira apabila menjelangnya bulan Ramadan dan mengajak kesemua para sahabat dan umat Islam untuk beribadat. Sabda Baginda SAW yang maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya: Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat, bulan yang mana Allah mewajibkan berpuasa. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu Jahanam ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan ini terdapat sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa terhalang daripada mendapat kebaikan pada bulan ini, maka sesungguhnya dia telah terhalang dari kebaikannya.” Lazimnya, apabila menerima kedatangan bulan Ramadan, kita sering kali meletakkan pelbagai perancangan dan azam untuk meningkatkan amal ibadah. Dari aspek ibadah umum, kita berazam hendak mengubah cara hidup kepada yang lebih baik dan positif. Hendak menyebarkan sebanyak-banyak kebaikan melalui perkataan dan perbuatan dalam muamalah sehari-hari. Tiada lagi cacian, umpatan, bersangka buruk dan membuang masa. Kita juga berazam mendidik ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama dalam mengerjakan setiap perkara yang baik. Dalam aspek ibadah khusus pula, ada yang merancang untuk berpuasa khuṣūṣ al-Khuṣūṣ, iaitu berpuasa yang bukan sahaja menahan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, malah berpuasa hati dan seluruh anggota badan. Ada pula yang berazam untuk mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang Ramadan, beristiqamah menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Tidak kurang pula, ada yang ingin memperbanyakkan sedekah, [...]
Graduan Media Baharu USIM, Mendapat Tempat di Industri
NILAI, 9 April 2021 - Teknologi media baharu kini semakin popular dan mendapat tempat di sektor industri media digital khususnya. Tidak dinafikan medium seperti sosial media menjadi alat perhubungan komunikasi dalam menyampaikan informasi yang pantas samada sebagai perhubungan sosial mahupun perniagaan. Cabaran dan saingan dalam sektor ini menjadikan graduan perlu merebut peluang dengan mencungkil kreativiti, tingkatkan kepakaran masing-masing bagi mendepani budaya media digital masakini. Sempena Majlis Konvokesyen ke-18 USIM, seramai 33 graduan sulung Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian telah diraikan dengan cemerlang pada tahun ini. Ternyata, kebolehpasaran graduan USIM berada pada tahap yang membanggakan seperti yang diucapkan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, dimana pada tahun 2019 sebanyak 93% Kebolehpasaran Graduan (GE) dicatatkan, iaitu peningkatan sebanyak 28.9% berbanding pada tahun sebelumnya. Bagi saudara Faiz Irsyad Nasrul Hisham, beliau kini sedang berkhidmat sebagai Digital Content Executive di salah sebuah syarikat produksi Di Damansara. Jelas beliau, pembelajaran di kuliah serta penglibatan program-program universiti banyak memberi pengalaman serta pendedahan dengan situasi sebenar di alam pekerjaan. Walaupun ia merupakan pengalaman kerja yang pertama, Faiz mennyahut cabaran dengan mencuba ‘benda baru’ apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan ‘live show’ yang diterbitkan oleh syarikat di tempat beliau bekerja. Manakala saudara Muhammad Nazirul Amin Shamzuri, 24, juga telah ditawarkan pekerjaan sebagai Penyunting Video di salah sebuah NGO kemanusiaan sejurus selepas beliau tamat latihan industri di Astro pada tahun lepas. Kemahiran dan penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli dalam menghasilkan content digital semasa Majlis Konvokesyen USIM dua tahun berturut-turut, serta merupakan penyunting dan pengarah [...]
Graduan USIM ceburi bidang usahawan, Merealisasi Konsep Prosumerisme
NILAI, 8 April 2021 - Majlis Amanat 2021 oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin mensasarkan 9 sasaran tahunan. Salah satu daripadanya adalah USIM Students Learn More Make More and Share More. Dengan konsep prosumerisme yang diperkenalkan, para pelajar bukan sahaja menjadi pengguna malah mereka juga boleh menjadi pengeluar dan membuka ruang pekerjaan kepada orang lain. Ini terbukti apabila rata-rata graduan USIM telah merealisasi konsep prosumerisme yang dihasratkan oleh universiti dan telah berjaya mewujudkan perniagaan sendiri sejurus mereka tamat pengajian tahun lepas. Muhammad Ikram Zaidi,25, graduan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan kepujian, nekad ceburi bidang perusahaan kek batik dan sambal belimbing apabila pandemik Covid-19 melanda sejak tahun lepas yang menyukarkan beliau untuk mencari pekerjaan. Kini, beliau mampu meraih pendapatan sendiri hasil perniagaan yang dijalankan dari rumah. “Saya telah mencuba mencari kerja melalui karnival-karnival kerjaya, namun belum berhasil kerana majoriti syarikat itu memerlukan pengalaman”. Anak sulung dari lima beradik ini sejak dari tahun pertama sehingga tamat pengajian tidak akan mensia-siakan waktu terluang untuk mencari ‘duit poket’ sendiri dengan melakukan pelbagai kerja sementara antaranya menjual buah mangga botol, dan pembantu katering. Tidak hairanlah beliau turut dianugerahkan Anugerah Khas Keusahawanan Universiti atas kegigihan beliau aktif dalam bidang usahawan yang diceburinya. Ikram berhasrat untuk melebarkan perniagaan dan pada masa yang sama akan mencari peluang kerjaya dalam bidang pengurusan. Begitu juga Nur Haziqah Zakaria,25, yang mula mengusahakan perniagaan popia seaweed pada November tahun lalu. Beliau tidak menyangka popia seaweed ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dan telah mencecah 3 ribu balang dan [...]
Bekerja sambil belajar, Cabar diri untuk lebih maju dalam kerjaya
NILAI, 7 April 2021 - Semangat, kesungguhan dan cabaran sepanjang tempoh pengajian merupakan titik tolak kepada graduan ini dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran dan ujian mendatang demi meningkatkan peluang kerjaya dan profesion pada masa akan datang. Walaupun sibuk dengan tanggungjawab kerja, Ahmad Farid Jamal, 35, dan Renuka A/P Jayachandran, 32, berpeluang bergelar graduan Sarjana Sains Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Majlis Konvokesyen ke-18 secara sesi Janji Temu. Ahmad Farid Jamal yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di FST USIM akui pengurusan masa merupakan cabaran yang terbesar dalam memastikan pelajaran dan kerjayanya dapat dilaksanakan dengan terbaik. Pada mulanya beliau bergurau dengan mencabar isterinya untuk bersama-sama menyambung pengajian dalam bidang Sarjana, dan akhirnya berhasil apabila isterinya Sharifah Hendon Salleh turut berjaya merangkul segulung sarjana di Universiti Putra Malaysia. “Kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah ketika sibuk dengan tugasan kerja dan perlu menyiapkan assignment pada masa yang sama. Saya pernah menyiapkan assignment sehingga jam 4 pagi dan tidur ‘sekejap’ sementara menunggu untuk bangun jam 6 pagi bersiap untuk ke tempat kerja”, ujarnya. Bagi Renuka pula, berjalan kaki ke Hospital Ampang dari fakulti di Pandan Indah untuk mengambil sampel projek merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. “Saya tiada kenderaan sendiri, dan kadang kala saya akan menggunakan perkhidmatan grab car untuk berulang alik ke makmal di Pandan Indah dan menyiapkan tugasan di hospital ketika itu”. Anak bongsu dari empat beradik ini merupakan Retail Operational Executive di sebuah farmasi di Seremban, dan berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Doktor Falsafah selepas [...]
Penerima Anugerah Canselor, Anugerah Canselor (Siswazah) dan Pingat Emas Naib Canselor
NILAI, 7 April 2021 – Bersempena Majlis Pengiystiharan Konvokesyen Ke-18 pada 6 April 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan Anugerah Canselor kepada Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar, Fakulti Syariah dan Undang-undang; Anugerah Canselor (Siswazah) kepada Mohd Ilias M Shuhud, Doktor Falsafah Sains dan Teknologi, Fakulti Sains dan Teknologi; dan Pingat Emas Naib Canselor kepada Ahmad Anwaar Muhammad Saifullah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Penerima Anugerah Canselor Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar, 24 tahun, Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kepimpinan dan kesukarelawanan. Iskandar mempunyai azam yang tinggi untuk berbakti kepada masyarakat dan ummah justeru, penglibatannya dalam aktiviti berpersatuan menjadi satu titik permulaan buatnya untuk terus memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Beliau kini melanjutkan pengajian ke Diploma Lanjutan Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (Dijap) berpegang kepada kata-kata untuk sentiasa belajar mencari setiap ilmu yang bermaanfaat sama ada kepimpinan mahupun kemahiran, kerana percaya setiap satunya pasti membawa kepada kejayaan. “Alhamdulillah, sepanjang bergelar mahasiswa USIM pernah mendapat penghargaan Anugerah Kepimpinan dan Kesukarelawanan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM melalui penganjuran pelbagai program dan aktiviti untuk mahasiswa USIM. Tiga kategori yang dimilikinya adalah Anugerah Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar, Anugerah Pemimpin Sukarelawan (terbuka), Anugerah Tokoh Kesukarelawan,” ujarnya. Penerima Anugerah Canselor (Siswazah) Mohd Ilias M Shuhud, 40 tahun, Doktor Falsafah Sains dan Teknologi telah mempunyai seorang cahaya mata berkongsi cerita pengajian PhD di USIM merupakan cubaan [...]
YaPEIM sumbang Komputer Riba dan Bantuan Makanan Food Bank (Ready To Eat) kepada pelajar B-40 USIM
NILAI, 7 April 2021 - YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir merasmikan serta menyerahkan 15 unit komputer riba sempena Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Food Bank oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lewat petang semalam. Sesi penyerahan ini adalah bagi meraikan rakan penyumbang iaitu pihak YAPEIM yang menyumbang 15 unit komputer riba kepada pelajar B40 USIM dan Foodbank kepada 200 orang pelajar USIM. YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam ucapannya berkata, pihak YaPEIM akan terus membantu semampunya kepada para pelajar yang memerlukan. "Bagi bantuan komputer riba, sehingga ke hari ini, sumbangan tunai yang diperolehi daripada orang awam melalui portal jominfaq adalah sebanyak RM29,603.00, manakala 9 unit komputer riba yang diperolehi telah diagihkan kepada pelajar yang berkenaan. Pada hari ini, USIM sangat bertuah kerana pihak YAPEIM berbesar hati menyumbang 15 unit komputer riba serta bantuan-bantuan lain yang sangat bermakna kepada 200 orang pelajar Tamhidi USIM dalam kalangan B40 dan yang memerlukan," ucap Prof. Dato' Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM. Pada masa sama, majlis turut menyerahkan simbolik mock cheque sumbangan sebanyak RM302,500 yang telah diterima oleh USIM daripada pihak YaPEIM melalui Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Individu, syarikat atau institusi korporat yang berhasrat untuk turut serta menyumbang bagi menjayakan program Projek Bantuan Komputer Riba dan Food Bank kepada pelajar B40 USIM, boleh layari platform crowfunding USIM iatu jominfaq.usim.edu.my. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, [...]
Restu ibu bapa rahsia kejayaan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja di Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM
NILAI, 7 April 2021 – Bersempena Majlis Pengiystiharan Konvokesyen Ke-18 pada 6 April 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada Wan Nur Ira Izyan Wan Izani dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Nur Ain Hannani Hamid dari Fakulti Sains dan Teknologi. Wan Nur Ira Izyan Wan Izani, 26 tahun, Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri merupakan anak ke-3 daripada tujuh orang adik-beradik menghormati kehendak ibu bapanya untuk melihatnya menjadi seorang doktor. Wan Nur Ira menjadikan kakaknya yang kini menjalani latihan siswazah (HO) di Hospital Kuala Lumpur sebagai inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berusaha untuk bergelar doktor. Wan Nur Ira berkongsi cerita bahawa adik beradiknya lain bermula dari anak kedua hingga keenam sama-sama menyambung pengajian dalam bidang perubatan di USIM. Beliau mengakui bergelar seorang pelajar dalam bidang perubatan menjadikannya seorang yang lebih berjiwa besar serta menghargai setiap detik manis, susah dan senang sepanjang lima tahun pengajiannya di USIM. Beliau mengakui ibu bapa dan adik beradik menjadi pendorong utama kejayaan kerana mereka tidak jemu-jemu mendoakan kebaikan buatnya dari awal hingga akhir pengajian. Malah, beliau turut menghargai jasa pensyarah dan rakan-rakan pengajian yang sentiasa memberi nasihat dan bimbingan dan sentiasa ada untuknya pada waktu senang dan sukar. Pernah mengalami pengalaman pahit di tahun lima apabila mengalami kesukaran untuk tidur dan hilang selera makan lalu sukar untuk fokus di dalam kelas telah menjejaskan keputusan peperiksaan, justeru beliau mengambil [...]