Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2020

Membudayakan amalan membaca, USIM bina 9 Little Free Library

NILAI, 22 Disember 2020 - Membaca itu Jambatan Ilmu, itu adalah peribahasa yang diajarkan kepada kita seawal zaman persekolahan lagi, dan sering kali dipamerkan di dinding-dinding sekolah. Amalan membaca dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan, jika kita rajin membaca, maka bertambahlah pengetahuan kita. Bersempena Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) tahun 2020, Program Pembacaan Persatuan Pustakawan Malaysia telah mengaturkan beberapa aktiviti bermula 2 sehingga 31 Disember dengan libatsama IPTA dan agensi korporat. Di peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diterajui oleh Jabatan Perpustakaan telah menganjurkan Program Lets Talk: Anda Membaca? yang bersiaran secara langsung melalui platform Facebook USIM TV. Program yang berlangsung selama dua jam itu menampilkan tiga panel iaitu Puan Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan USIM, Puan Rozana Kamdani Pustakawan Kanan, Encik Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan Kanan. Tiga segmen menarik yang dibincangkan bertajuk “Minat Membaca dan Perpustakaan Keluarga”, “Little Free Library” dan “Bacaan Pantas / Speed Reading”. Menurut Puan Azzah Momin, bagi tahun 2019, perpustakaan Negara  Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 18, 566 judul buku baharu. Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 hingga 20 buku setahun. Namun jumlah sepatutnya bagi 31.7 juta rakyat Malaysia, dan kadar literasi 93.7%, rakyat Malaysia seharusnya membaca sebanyak 30 buah buku setahun. "Tahun 2020 ini merupakan tahun kuarantinkan diri di rumah, maka tidak ada alasan lagi untuk rakyat Malaysia untuk tidak membaca buku. Banyak bahan online sama ada disediakan oleh Perpustakaan Negara dan banyak pihak. Untuk tahun 2021-2030 rakyat Malaysia [...]

USIM anjur IHEC 2020, Kupas Isu Global Pandemik Covid-19

NILAI, 17 Disember 2020 - Bersempena 3rd International Conference on Medicine and Health Sciences (ICMHS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universitas Jember, Universitas Airlangga, Universitas Muhammadiyah Makassar, University of San Carlos dan Universitas Muhammadiyah Surakarta telah menganjurkan 4rd International Health E-Conference (IHEC) 2020 dengan membawakan tema Healthcare in Pandemic Era: “The New Norm”. Dalam suasana norma baharu, persidangan ini dijalankan secara dalam talian. Bermula 16 hingga 17 Disember 2020, sebanyak 600 peserta dari pelbagai latar belakang akademik dengan lebih 40 topik yang diperbincangkan dengan memberi tumpuan kepada isu-isu global semasa yang melanda pandemik Covid-19, berkongsi maklumat, selain meningkatkan pengetahuan, memperkasakan pendidikan dalam berhadapan dengan Covid-19 ini. Antara topik yang dikupas adalah cabaran dalam menangani wabak Covid-19, kesan psiko-sosial pandemik Covid-19, pendidikan perubatan semasa wabak dan kesan ekonomi Covid-19 terhadap sistem penjagaan kesihatan, selain pendekatan yang lebih komprehensif untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Datuk Dr. Hj. Rohaizat Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ucapan perasmiannya berkata, persidangan ini adalah jalan untuk pertukaran idea, mempelajari maklumat dan menjalin kolaborasi bukan sahaja di kalangan kakitangan perubatan di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. “Kami di KKM menghargai sumbangan universiti dan ahli akademik dalam menghadapi wabak ini dan persidangan ini adalah satu contoh usaha ke arah kepentingan negara”. Manakala bagi Dr. Nor Eyzawiah Hassan, Pengarah Program berkata, tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar apabila negara berhadapan dengan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan telah membuat seluruh dunia berhenti ‘operasi’ sejenak. Namun, kehidupan [...]

USIM Tawar 13 Program Sarjana Muda Ambilan Mac 2021

NILAI, 18 Disember 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan 13 program pengajian di peringkat Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2020/2021 ambilan Mac 2021 yang telah dibuka secara atas talian bermula 7 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021. Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr Zainur Rijal Abdul Razak berkata, program yang ditawarkan ini adalah mengikut kepada persetujuan yang diberikan kepada fakulti yang terlibat berdasarkan kekosongan tempat dan unjuran kemasukan yang ditetapkan. “Untuk ambilan Mac tahun hadapan, USIM menawarkan 13 program pengajian dari lima fakulti iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,” katanya lagi. “Pengambilan kedua ini dibuka adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dengan memohon kemasukan terus ke USIM tanpa menunggu kemasukan seterusnya iaitu pada Sesi Akademik 2021/2022 yang akan bermula pada sekitar bulan Oktober 2021. Walau bagaimanapun, jumlah program yang dibuka adalah terhad berbanding ambilan Semester arus perdana (Oktober) kerana ambilan kedua ini hanya untuk mengisi baki kekosongan yang masih ada sahaja.” Justeru, saya ingin menasihatkan pelajar di luar sana yang layak dan ingin menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda untuk memanfaatkan peluang ini dan seterusnya menjadikan USIM sebagai destinasi pendidikan tinggi pilihan mereka, katanya lagi. Menurut beliau lagi, kemasukan untuk ambilan Mac 2021 ini dibuka kepada semua pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma/Asasi Universiti Awam dan Setaraf yang memenuhi syarat kemasukan ke USIM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di [...]

Platform PdP atas talian diperkasa, program virtual E-Learning USIM capai objektif

NILAI, 10 Disember 2020 - E-PembeIajaran di USIM telah mula diketengahkan sejak dari tahun 2010 sehingga kini. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memupuk, membudayakan dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan konsep e-PembeIajaran di kalangan   sebagai tapak bagi menyalurkan maklumat pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian adalah seperti sistem GOALS, USIMOE, OER, USIM MOOC, USIM Mobile Apps dan software Microsoft 365. Bagi memberikan pendedahan serta maklumat teknologi PdP terkini  kepada  pensyarah  dan pelajar berkaitan program serta perkhidmatan e-learning di USIM serta mendekatkan lagi pensyarah dan pelajar dalam mengaplikasikan e-pembelajaran di dalam kelas dan kuliah dengan lebih kreatif dan inovatif, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dengan kerjasama Unit Ketua Pegawai Maklumat (CIO) telah menganjurkan program Virtual E-Learning USIM secara dalam talian yang bersiaran melalui Facebook USIM TV pada 10 Disember baru-baru ini. Pelbagai segmen dan topik menarik yang disediakan antaranya perkongsian USIM e-Learning Experts, perkongsian pengalaman pelajar, USIM di kala pandemik, Anugerah e-Pembelajaran USIM 2020 serta kuiz Kahoot. Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, penganjuran program ini amat signifikan sekali bagi memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara norma baharu supaya USIM tidak 'kemarau' ilmu dan supaya bumi terus diberkati dengan ilmu yang barakah. Manakala menurut Pengarah SDEC Puan Khadijah Chamili, program Virtual e-learning ini telah mencapai objekftifnya kerana telah memberikan pendedahan awal kepada pelajar khususnya pelajar baharu USIM mengenai persekitaran e-learning di USIM. Dalam suasana pandemik covid-19 ini, norma baharu perlu diteruskan. Usaha memperkenalkan dan merancangkan pembelajaran secara atas talian juga perlu digerakkan seiring. Justeru, platform virtual e-learning ini dilihat [...]

KGI students honing talents joining the Beaver Computational Thinking Competition

NILAI - Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia has won 1 Gold, 3 Silver, 11 Bronze in The Beaver Computational Thinking Competition as the second entry by KGI students. A total of 92 aged between 13 until 17 years old participated in this competition which held at 9-10 September 2020 from 10 am until 10 pm using an online platform. A total of 3 categories have competed, namely, cadets aged 13 to 14 years, juniors aged 15 to 16 years, and students aged 17 to 19 years. The Beaver Computational Thinking Competition is an online competition that introduces computer science principles and analytical problem solving that need to been solved by students. It's organized by Beaver Informatic Malaysia Secretariat and supported by Malaysia Digital Economy Corporation (MdeC), an agency under the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia. This competition is a part of the International Bebras effort. Beaver tasks are structured required no previous experience to comprehend or solve, but are based on principles of informatics. It does not include programming. This competition has been held annually. One of the main objectives why Beaver competition been held is to cultivate students’ creativity, information culture, algorithmic and computational thinking. Besides, this competition encouraged students’ use of information technologies in their activities more enthusiastically from the beginning at school. Dr Siti Munirah Mohd as the student coordinator for this program said, the achievement of the year 2020 in terms of gold medals is the same as last year, but the [...]

Peningkatan Jenayah Pasca Covid-19, Masyarakat Jangan Cuai

Rakyat Malaysia tumpang gembira dengan hadiah kejutan yang diterima oleh Nur Athirah Abdul Latif, 23 iaitu sebuah motorsikal baharu sumbangan peribadi daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sebagai ganti kepada motorsikalnya yang dicuri di sebuah pasar raya di Batu Caves baru-baru ini. Motorsikal yang hilang itu baru dibelinya kira-kira tiga bulan lalu menjadi punca rezeki kepadanya untuk menyara ibu dan dua adik-beradiknya yang lain dengan hasil pendapatan sebagai penghantar barang sepenuh masa. Menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin mengharapkan sumbangan baginda ini membolehkan Nur Athirah dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga selain menitipkan harapan agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain ketika diuji dengan pelbagai dugaan kini. Kisah sedih yang menimpa Nor Hamiza Mohammad pada bulan Mei lalu juga turut tular apabila berkongsi dugaan yang menimpa beliau sekeluarga apabila kediamaan mereka di Petaling Jaya dipecah masuk semasa mereka sekeluarga ‘terkandas’ hampir dua bulan di Kelantan kerana. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hati mana yang tidak luluh apabila melangkah masuk ke dalam rumah yang dirindui, keadaanya berselerak dan bersepah akibar di pecah masuk, lebih menyedihkan apabila perompak ‘kenduri sakan’ dengan mengangkut hampir kesemua barangan elektrik. Ini adalah contoh dua kisah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dari kes-kes jenayah melibatkan rompakan dan kecurian yang berlaku semasa pelaksanaan PKP. Semasa peringkat awal pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan kadar indeks jenayah [...]

Tabung GE USIM-Ui Platinum Group bantu kebolehpasaran graduan Universiti

NILAI, 14 Disember 2020 - Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menubuhkan Tabung Amanah Kebolehpasaran Graduan USIM-UI Platinum Group dengan kerjasama Usahawan Alumni yang memiliki Syarikat UI Platinum Group yang memberikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 sebagai dana awal bagi mengisi tabung ini. Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg Prof Madya Dr Rushdan Mohamad Jailani. “Tabung Amanah Kebolehpasaran Graduan USIM-UI Platinum bermatlamat membantu membiayai program-program GE USIM dalam jangka panjang. Sumber tabung ini disalurkan oleh syarikat-syarikat swasta bagi tujuan penyediaan latihan kepada graduan USIM. Jalinan kerjasama ini memberi manfaat di mana, syarikat-syarikat ini akan diberikan pelepasan cukai pendapatan dan selain menjadikan graduan USIM yang menerima latihan melalui dana Tabung Amanah GE-UI Platinum ini sebagai kakitangan syarikat mereka,” ujar En Mohd Asri Hj Husain, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya. Tambahnya lagi, pihak Platinum Group Bhd yang juga Usahawan Alumni akan dilantik sebagai Penyelaras bagi membantu dalam mendapatkan sumbangan dana daripada pihak industri. Pusat Alumni dan Kerjaya berharap Tabung Amanah GE USIM-UI Platinum ini akan dapat direalisasikan untuk kelestarian kebolehpasaran graduan USIM pada jangka masa panjang. En Muhammad Nafis Bin Abdul Mois, Usahawan Alumni USIM berkata, UI-Platinum Group memberi fokus kepada pembangunan projek, pembangunan produk dan perniagaan, konsultansi dan pengurusan majlis. ”Sebelum ini UI-Platinum Group telah bekerjasama dengan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dan Pusat Alumni dan Kerjaya. UI-Platinum Group juga pernah menjadi platform dengan pelajar USIM yang ingin menjadi sukarelawan GISO berkhidmat sebagai tutor eksekutif kepada 300 orang pelajar di FSU dan [...]

Izzati ‘Hasilkan’ Canselori USIM ubat rindu pada Universiti

NILAI, 14 Disember 2020 - “Rindu untuk kembali belajar di kampus seperti biasa”, itu luahan jujur Nur Izzati Mohamad Azizi, 22, pelajar jurusan Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu, beliau dan rakan sepengajian yang lain mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian di rumah sehingga kini. Mengubat kerinduan pada kampus kerana belum berpeluang kembali ke universiti, beliau meluahkannya dengan menghasilkan miniatur replika bangunan Canselori USIM. Mengakui menghasilkan miniatur Canselori ini amat mencabar kerana ini merupakan miniatur pertamanya yang berkonsepkan replika bangunan, Izzati mengambil masa selama lima hari untuk menyiapkan. Menurutnya, bangunan Canselori menjadi pilihannya ‘mengubat rindu’ kerana bangunan ini sememangnya amat sinonim dengan USIM selain ia juga mempunyai reka bentuk yang menarik. Minat Izzati terhadap seni menghasilkan miniatur menggunakan tanah liat polimer (polymer clay) ini timbul semasa di sekolah menengah dan mula mempelajari teknik dan kemahiran seni kreatif ini menerusi video di Youtube sahaja. “Selepas tamat tingkatan lima, saya kumpul duit dari bekerja sambilan untuk membeli bahan-bahan bagi menghasilkan miniatur ini. Bahan utamanya iaitu polymer clay tidak terlalu mahal harganya sekitar RM30-50 mengikut saiz”. “Diperingkat awal saya mulakan dulu dengan membuat miniatur berbentuk makanan dan figura karakter kartun dan kongsikan hasilnya di laman Instagram. Tidak sangka ramai yang berminat dan ingin menempahnya untuk dijadikan barang hiasan dan keychain”. Anak keempat dari lapan orang adik beradik mengakui keterbatasan masa kerana komitmen sebagai pelajar universiti membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak menerima tempahan atau menjadikan miniatur [...]

Universiti ‘Ladang’ Menyemai Benih Sukarelawanan

Beberapa hari yang lalu seluruh dunia meraikan Hari Sukarelawan Antarabangsa atau lebih tepat lagi pada 5 Disember setiap tahun. Semuanya bermula pada 17 Disember 1985 apabila Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan resolusi 40/212 yang telah menetapkan dan mengisytiharkan 5 Disember setiap tahun disambut sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day). Hari Sukarelawan Antarabangsa ini disambut sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh semua sukarelawan dalam menjayakan pelbagai program dan bantuan kemasyarakatan di seluruh dunia Hari Sukarelawan Antarabangsa telah memberi peluang kepada sukarelawan, masyarakat umum, pihak kerajaan dan agensi kerajaan serta pihak swasta bekerjasama bagi mencapai sesuatu tujuan berasaskan semangat kesukarelaan. Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa ini membolehkan semua negara mempromosikan sikap tanggungjawab, disiplin, semangat kerjasama, cinta negara dan sifat prihatin rakyat mereka kepada dunia. Kita boleh melihat masyarakat yang berada di sekeliling kita, sememangnya wujud insan-insan yang begitu sebati hidupnya dengan aktiviti kesukarelawanan. Ada yang tidak pernah lelah menghulur tangan dalam pelbagai bentuk misi kemanusiaan, berjuang untuk pemiliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tekun mendidik anak bangsa untuk menghargai warisan budaya serta ada kumpulan yang bahagia menyebarkan kasih-sayang tanpa dibataskan pada kaum dan agama dengan pelbagai cara. Ini adalah sekadar contoh kecil lapangan kesukarelawanan yang biasa kita lihat, tetapi sebenarnya bidang kesukarelawanan ini besar dan pelbagai kerana ada yang bergerak secara individu atau berkumpulan melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan. Semasa kita berjuang melawan COVID-19 ini, terserlah sikap kesukarelawanan rakyat Malaysia seperti membantu barisan hadapan dengan menyediakan alat pelindungan diri (PPE), makanan dan minuman serta lain-lain [...]

101 terima pelantikan dan penghargaan Jawatan Khas Pentadbiran sesi 2021/2022

NILAI, 3 Disember 2020 -  Bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada barisan kepimpinan jawatan khas pentadbiran yang di sandang oleh barisan ahli akdemik, satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan dan Penghargaan Jawatan khas Pentadbiran sesi 2021/2022 telah diadakan di Eksekutif Lounge Aras 6 Canselori. Watikah pelantikan dan surat penghargaan disampaikan oleh YBhg. Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor. Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Jawatan Khas Pentadbiran yang telah dipengerusikan oleh Naib Canselor bertarikh 2 November 2020 telah melantik seramai 76 ahli akademik bagi menyandang jawatan khas pentadbiran bagi jawatan CIO, Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi sesi 2021/2022. Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan PdP dilaksanakan secara dalam talian. “Perumpamaan yang saya ingin kongsikan adalah sesebuah organisasi ini umpama pelayaran untuk membawa universiti berkembang maju, sekiranya pengemudi tidak bersepakat dan tidak mempunyai arah, maka tidak akan sampailah destinasi yang ingin dituju. Semua ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, dimana kelemahan itu ditampung oleh yang lain begitu juga sebaliknya. Jika tiada kerjasama dalam satu kumpulan itu maka tempang lah ia”, ujar Prof Ridza. “Terima kasih diucapkan kepada barisan pimpinan sebelum ini atas cabaran, halangan, dan peluang yang telah diberikan dalam menggerakkan agenda universiti”. Prof Ridza turut berharap dengan pelantikan ini mereka akan dapat mengadakan perhubungan dan komunikasi dua hala, saling bertukar [...]

Go to Top