Mac 2020
Perangi Covid-19 : USIM Hasilkan Pelindung Muka untuk Barisan Hadapan
NILAI, 25 Mac 2020 – Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka atau face shield untuk digunakan oleh anggota kesihatan barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. Projek penghasilan pelindung muka ini digerakkan oleh kumpulan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi yang di ketuai oleh Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali. Pelindung muka yang dihasilkan oleh mereka ini merupakan antara komponen penting pelindungan diri yang dipakai oleh anggota kesihatan bersama kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lain sebagai langkah perlindungan keselamatan mengelakkan terdedah secara langsung dengan virus Covid-19. Memahami situasi semasa yang dihadapi oleh anggota kesihatan barisan hadapan yang cekal berjuang dan tidak lelah dalam memerangi wabak ini dan rasa tanggungjawab untuk turut sama membantu dan memberi sokongan berterusan kepada barisan hadapan, beliau bersama rakan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi mencadangkan kepada Pengurusan USIM untuk menghasilkan alat pelindung muka bagi disumbangkan ke hospital yang memerlukan secara percuma dengan segala kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh USIM. Alatan yang dihasilkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi ini dibuat menggunakan mesin cetakan 3D yang terdapat di Fakulti Sains dan Teknologi. Pelindung muka yang dihasilkan ini akan dipakai bersama pelindung plastik pakai buang yang turut dibekalkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi bagi memudahkan para pasukan kesihatan menjalankan tugas mereka. Menurut Dr Mohd Ifwat, penghasilan pelindung muka ini telah dibuat secara berperingkat bermula Isnin lalu. “Kita mempunyai lima buah unit mesin cetakan 3D yang digunakan untuk Pembelajaran dan Pengajaran yang kita manfaatkan untuk tujuan murni ini. Setiap mesin mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 5 [...]
Kawalan pergerakan Covid-19 dan pakej rangsangan ekonomi
Perintah kawalan pergerakan telah dikeluarkan oleh kerajaan melalui satu pengumuman penting Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Februari 2020 berkuat kuasa seluruh negara. Pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat, ada yang balik kampung ada yang berbelanja untuk stok dapur beramai-ramai sehingga menimbulkan insiden berbelanja panik. Masing-masing keliru bagaimana harus bertindak balas dengan pengumuman kawalan pergerakan tersebut. Tidak kurang juga yang masih berdegil berada tempat awam tanpa tujuan khas dan masih mengekalkan aktiviti harian seperti biasa. Sehinggakan pengumuman kali kedua dilakukan oleh Perdana Menteri dengan bahasa yang mudah untuk duduk dirumah bertujuan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Ternyata kerjasama dan kefahaman masyarakat awam diperlukan segera untuk menjayakan misi mengurangkan risiko merebaknya COVID-19 dengan lebih meluas. Perkhidmatan pasukan barisan hadapan Kementerian Kesihatan dalam menangani pesakit dan prosedur rawatan wabak COVID-19 ini harus dipuji. Mereka tanpa jemu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan cekap. Tidak terkecuali pasukan keselamatan dan perkhidmatan kerajaan termasuk 25 jenis sektor yang dikecualikan dari Perintah Kawalan Pergerakan untuk memenuhi keperluan masyarakat umum. Persoalannya adakah perintah kawalan pergerakan ini adalah secara tiba-tiba oleh pihak kerajaan tanpa memikirkan kesediaan orang ramai?. Ini kerana masih ada yang ingkar arahan malah ada yang mengeluh sukar melaksanakan tugasan harian serta ianya seolah-olah arahan secara tiba-tiba yang mendesak. Ini termasuk juga keluhan peniaga-peniaga kecil dan aktiviti perniagaan yang akan terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari ini. Terkini, Polis Diraja Malaysia juga telah mengeluarkan kawalan perintah pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [...]
USIM Lancar Ops Bantuan kepada Pelajar Kolej Kediaman
NILAI, 20 Mac 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan proaktif dengan melancarkan Ops Bantuan Agihan Makanan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Usaha ini dijalankan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM dengan kerjasama Pusat Perumahan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar serta JAKSA dengan mengagihkan kepada seramai 2518 pelajar telah pun bermula semalam 19 Mac 2020. Tidak ketinggalan, bagi pelajar yang menetap di luar kampus atau di rumah sewa inisiatif tersebut diteruskan melalui pemberian bahan makanan asas seperti beras, sardin, telur sepapan serta lain-lain keperluan yang dianggarkan sebanyak 200 bungkus. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, perkembangan semasa USIM dalam tempoh perintah kawalan pergerakan adalah menyediakan Bilik Gerakan Covid-19 bertempat di Pusat Kesihatan Universiti (PKU USIM) dan Kolej-kolej Kediaman Pelajar yang dibuka beroperasi pada jam 9 pagi hingga 9 malam untuk membantu dan menyelaraskan pergerakan dan maklumat kepada pelajar. Ujarnya lagi, pemeriksaan dan saringan kesihatan awal kepada semua pelajar di setiap Kolej-kolej Kediaman USIM dibuat dan turut direkodkan bagi pelajar yang membuat pilihan untuk pulang ke kampung halaman. "Pihak USIM menyediakan ‘hand sanitizer’ dan ‘face mask’ kepada pelajar yang berurusan di kaunter setiap Kolej Kediaman. ‘Mini hand sanitizer’ yang dihasilkan sendiri oleh pasukan penyelidikan FastLAB Fakulti Sains dan Teknologi USIM telah dibekalkan kepada pelajar-pelajar yang membuat pilihan untuk pulang dengan menggunakan perkhidmatan bas catar. Bas tersebut dipastikan telah dinyahkuman terlebih dahulu. Kemudahan penginapan disediakan kepada pelajar-pelajar yang ingin menetap di Kolej Kediaman termasuk pelajar antarabangsa," ujarnya. Sementara itu, Mohamad [...]
Integriti, tegas, adil dan berhemah – Amanat Ketua Polis Negeri Sembilan
NILAI, 11 Mac 2020 - Majlis Amanat dan Sesi Dialog Kor Suksis USIM dan UiTM Seremban 3 telah disampaikan oleh YDH. DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop, Ketua Polis Negeri Sembilan buat julung kalinya dengan kehadiran pegawai-pegawai Kehormat Kor Suksis dan tetamu Kehormat yang lain. Turut hadir sama Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Komandan Kor Suksis USIM, Tuan Samad Yahya, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Negeri Sembilan, Tuan Nor Marzukee Besar, Ketua Polis Daerah Nilai, Tuan Hisham Sabri Timbalan Komandan Kor Suksis USIM, Prof Madya Dr Abdul Manan Ismail, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM. YDH. DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop dalam ucapan amanat beliau berkata, generasi muda mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam pembangunan negara ke arah pembentukan insan yang berilmu dan berintegriti. PDRM telah mengorak langkah dengan mewujudkan Kor Suksis di setiap Universiti Awam (UA) di seluruh negara dengan hasrt melahirkan graduan cemerlang yang memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran berdaya saing, berdisplin dan berketerampilan serta dilengkapi dengan nilai-nilai murni yang tinggi. “Saya amat yakin, dengan pengetahuan dan kemahiran kepolisan yang diberikan melalui latihan secara berterusan oleh pihak PDRM, pelatih Suksis dapat membantu pihak university dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di dalam kampus masing-masing, dan secara tidak langsung membantu pihak polis menangani masalah jenayah, penyalahgunaan dadah mahupun gejala sosial”. “Besarlah harapan say ajika anda semua mampu bersama-sama membantu menjayakan misi dan visi PDRM dan dapat menggerakkan komuniti setempat supaya bersama-sama untuk mencegah jenayah dari [...]
Doa hadapi musibah
Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan. Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153). Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW apabila baginda diajukan suatu masalah maka baginda akan segera menunaikan solat. (HR. Abu Daud dan Ahmad daripada Hudzaifah bin Yaman RA). Sabar dalam hal ini boleh ditumpukan kepada dua keadaan, iaitu sabar dalam rangka meninggalkan berbagai perkara haram serta dosa dan bersabar dalam menjalankan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT. Kata sebahagian ulama, ini bermakna bersabar dalam bentuk yang kedua adalah lebih banyak pahalanya dan itulah sabar yang lebih dekat kepada keredaan Allah iaitu untuk mendapatkan kemudahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia juga boleh menjauhkan bala bencana dan wabak penyakit. Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: “Sabar ada dua bentuk: bersabar untuk Allah dengan menjalankan apa yang Dia cintai walaupun berat bagi jiwa dan tubuh badan. Dan bersabar kerana Allah dari segala yang Dia benci walaupun keinginan nafsu menentangnya. Sesiapa yang keadaannya seperti ini, maka dia termasuk daripada golongan orang yang sabar yang akan selamat.” Antara beberapa doa untuk mendapatkan [...]
‘Semaian Kasih Siswa’ Erat Silaturahim FPBU, Orang Asli
MANTIN, 9 MAC – Program Semaian Kasih Siswa bersama Orang Asli anjuran Exco Kebajikan dan Kesukarelawanan Nadi Thaqafah berjaya mengeratkan silaturahim antara mahasiswa Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dengan masyarakat di Perkampungan Orang Asli Kampung Belihoi, Mantin. Menurut pengarah program, Habib Rafiqi Halim, 21, Exco Kebajikan Dan Kesukarelawanan Nadi Thaqafah menganjurkan program ini bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah antara mahasiswa dengan orang asli Kampung Belihoi, memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa serta mendedahkan kepentingan bahasa kepada orang Asli. “Sebagai mahasiswa fakulti bahasa, program ini diadakan bagi mengaplikasi dan mendedahkan kepentingan bahasa khususnya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris buat masyarakat di sini. “Program ini bukan hanya sekadar dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara mahasiswa dan orang asli malah ia juga dapat membuka minda mahasiswa dalam dunia kesukarelawanan,” ujarnya. Sementara itu, wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Muhammad Azhari Radi@Rahadi, 28, menyuarakan pendapatnya agar aktiviti sukarelawanan seperti ini boleh diperbanyakkan lagi untuk masa yang akan datang. “Saya juga berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi oleh mahasiswa jika ada masa yang terluang untuk memberi didikan kepada masyarakat orang asli,” tambah beliau lagi. Tok Batin Kampung Belihoi, Minah Ujang turut berkata bahawa beliau sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar universiti untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat orang asli dan berharap silaturahim melalui program ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Program ini memberi impak positif kepada mahasiswa FPBU kerana dapat menambah pengalaman berkaitan kesukarelawanan dan menimba ilmu kemasyarakatan serta pengukuhan jati diri. Seramai 28 orang mahasiswa FPBU dan 30 orang penduduk kampung orang asli [...]
Thirteen out of 42 First Batch Students of Kolej Genius Insan Scored 11As
NILAI, March 5, 2020- - Time management and being respectful towards his parents and lecturers are key to Irfan Hafiz Qusyairi Mohd Munif's success, USIM Genius Insan (KGI), who scored 11A in the Sijil Pelajaran Malaysia examination(SPM) announced last Thursday. The eldest of five siblings is among seven who took part in the acceleration program of students who sit for SPM exam at the age of 16. Born in Shah Alam, he was accompanied by his parents Mohd Munif Yahaya, 42, and Salsiah Mohd Ali, 42, when the SPM decision was announced. Salsiah's mother expressed her joy happiness and was touched by her son's achievements. She also said Irfan was a young boy who was easy to care for and she did not promise a gift for Irfan to succeed. It is his own effort and interest to score in his SPM this time of year. The couple also regularly visits Irfan in the hostel to ensure he is given the attention and support needed, and has never put under pressure to achieve anything. Asked about his future plans, Irfan plans to continue his studies in engineering at UEM. For the siblings Abdullah Fawwaz's Khairul Nahar, and his younger brother Abdullah Muaz Khairul Nahar, both of them scored 11A, also expressing their gratitude for the success. These children of Khairul Nahar, 50, and Rosmiah Abdul Kahar, 50, from Batu Pahat, responded to his father's challenge to compete when Muaz who joined the SPM acceleration program with his elder brother Fawwaz. [...]
EYDFC 4.0 Perkasa Peranan Belia dalam Membanteras Dadah
KUALA PILAH, 5 Mac 2020 - Dadah merupakan masalah global yang masih lagi merupakan musuh utama dan boleh menggugat keamanan dan keselamatan kepada setiap negara. Cabaran yang dihadapi dunia dan manusia khususnya ancaman penyalahgunaan dan pengedaran dadah sangat membimbangkan dan memberi kesan buruk bukan hanya kepada penagih dadah, bahkan kepada seluruh ahli keluarga, masyarakat dan negara. Bertemakan “Mendayaupaya Belia Ke Arah Komuniti Bebas Dadah”, program Empowering Youth for Drug Free Community (EYDFC 4.0) anjuran Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan kali ini berlangsung di D’ Kok Eco Camp Kampung Talang, Kuala Pilah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Madya Dr. Rushdan Mohd Jailani. Pelbagai program dan aktiviti yang dirancang sepanjang 3 hari bermula 3 hingga 5 Mac 2020, antaranya taklimat dan seminar yang disampaikan oleh wakil dari AADK Negeri Sembilan, JAKIM, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Bicara Santai dan aktiviti Outreach di rumah keluarga OKP. Program kali ini turut mendapat penyertaan dari pelajar SMK Tuanku Muhammad, SMK Senaling, Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan dan Pusat Giatmara Negeri Sembilan. Menurut Pengarah program Puan Nor Asniah Mohd Nor, program Mendayaupaya Belia ke arah Komuniti Bebas Dadah 2020 (Empowering Youth for Drug-Free Community 2020) (EYDFC 4.0 2020) merupakan inisiatif ACREDA USIM dalam usaha mengupayakan belia bagi meningkatkan tahap kesediaan komuniti terhadap program pencegahan dadah ke arah komuniti bebas dadah khususnya di Negeri Sembilan. ”Ia [...]
Kakitangan USIM lakar kemenangan di festival silat di Belanda
NETHERLANDS, 8 Mac 2020 – Saudara Yusri Shamsudin, kakitangan Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menang kategori solo kreatif dalam Excellent Achievement Awards dalam satu Festival Silat Antabangsa & Simposium Warisan Melayu Dunia penganjuran pada 7 dan 8 Mac lalu. Beliau bertanding mewakili Malaysia dalam pertandingan yang berlangsung pada 7 dan 9 Mac 2020 bertempat di HET Forum, Roermond, Belanda bersama beberapa pasukan lain yang turut mewakili Malaysia bagi kategori berbeza. Saudara Yusri menyatakan rasa terharu apabila berjaya membuat persembahan di Festival Silat Antarabangsa yang merupakan julung-julung kali dan pengalaman pertama beliau menyertai festival yang bertaraf antarabangsa sebegini. “Perasaan bangga dan bersyukur saya ucapkan kerana dapat membawa pulang kejayaan baru buat Malaysia. Pengalaman ini sesuatu yang bermakna kepada saya apabila dapat beraksi di pentas antrabangsa pada masa yang sama meningkatkan skil dan keyakinan diri untuk mempamer teknik yang lebih tangkas,” ujarnya. Selain acara pertandingan silat, turut berlangsung acara senaman tua yang diasaskan oleh Mahaguru Azlan Ghanie yang pernah menjadi Karyawan Tamu USIM 2019. Pengarah Kejohanan, Mr Rob Brandt berpendapat acara kali ini agak meriah kerana pertambahan penyertaan dari pelbagai negara dan kategori yang disertai oleh pelajar-pelajar kolej dan sekolah khususnya di Belanda. Penasihat kejohanan, Profesor Mahaguru Dr Azlan Ghanie juga bersependapat kejohanan seperti ini mempunyai elemen tersendiri kerana penggabungan dari pelbagai negara dalam usaha memartabatkan seni silat Melayu di Eropah. YB Dato Sri Shahaniza (Exco Kerajaan Negeri Pahang) merasmikan festival yang mempertandingkan sebanyak tujuh sesi kategori pencak silat, silat seni, silat pulut, rebut selempang, seminar, [...]
Program komuniti pintar Alumni USIM-Kolaborasi universiti, industri dan komuniti
IPOH, 7 Mac 2020 - Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dan Syarikat Al-Ikhsan Sport telah menganjurkan program Komuniti Pintar Alumni USIM-Al IKhsan@ Sekolah Agama Negeri Perak bertempat di Sekolah Izuddin Shah (SIS) dan juga di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh,Perak. Program ini merupakan salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) kepada sekolah-sekolah terutama di sekolah agama. Objektif program ini adalah membantu meningkatkan mutu pendidikan pelajar sekolah terutamanya dalam bidang sains, teknologi, matematik, perakauanan dan sebagainya. Selain itu, USR ini dapat menjalinkan kolaborasi Universiti, Industri dan Komuniti. Antara pihak industri yang terlibat dalam program ini ialah Syarikat Al Ikhsan Sports dan Firma Guaman SKM Associates. Program ini telah berjaya menghimpunkan seramai 700 orang peserta dari tujuh buah sekolah agama di Negeri Perak iaitu Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang, Sekolah Menengah Tahfiz Kerian, Sekolah Menengah Tahfiz Manjung, Sekolah Menengah Tahfiz Lenggong, dan Maahad Tahfiz Addin, Malim Nawar. Peserta terdiri daripada pelajar aliran sains, perakaunan, syariah dan undang-undang dari tingkatan tiga, lima dan enam. Ini merupakan program kerjasama kali kedua bersama syarikat berkenaan selepas program di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jertih, Trengganu. “Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Komuniti Pintar Alumni USIM-Al Ikhsan ini ialah Program Motivasi Bersama Al Ikhsan yang disampaikan oleh En Muhammad Ariff Yaaziz. Dalam slot ini, beliau telah memberikan ceramah berkaitan dengan kepentingan aspek penjagaan diri melalui sukan di samping menerangkan prospek kerjaya dalam bidang keusahawanan dengan menjadikan tokoh Syarikat Al [...]









