Julai 2020
USIM letak sasaran jadi universiti ‘glokal’ berimpak tinggi pada 2022
NILAI, 20 Julai 2020 - Perancangan strategik dalam sesebuah organisasi merupakan satu elemen yang sangat penting. Seperti contoh bagi memastikan kemajuan dan kelestarian USIM sebagai sebuah universiti yang terunggul, usaha secara kolektif oleh setiap Pusat Tanggungjawab USIM perlu digemblengkan untuk memacu kejayaan USIM. Justeru, Bengkel Pelan Tindakan Misi USIM 2020-2022 siri 1 telah dirancang dan berlangsung pada 20 sehingga 27 Julai 2020 bertempat di Galeri Canselori yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, bagi memacu USIM dilandasan yang betul, pengurusan tertinggi USIM telah menetapkan Misi USIM 2022 untuk menjadikan USIM sebagai sebuah universiti sains islam glokal yang berimpak tinggi dimana Sains Islam didefinasikan sebagai ilmu yang berpaksikan epistemologi tauhidik demi kesejahteraan sejagat. "Glokal itu adalah istilah yang menggabungkan ‘global’ dan ‘lokal’, di mana saya ingin terjemahkan di peringkat antarabangsa, USIM akan dilihat sebagai universiti yang tersohor disamping kita masih mengekalkan jati diri dan nilai-nilai murni yang menjadi teras universiti ini". Beliau menambah, bagi memastikan Misi 2022 itu tercapai, sebanyak tujuh Annual Goals 2020 digariskan untuk dilaksanakan pada tahun ini iaitu Infaq Campaign Crowd Funding; Prospective Students and Alumni; Prosumerism Initiative Developer Enterprenuer; Da’wah and Multi-Cultural Society and Volunteerisme; Public Interest Intellectuals; Students Accomodation; dan Personal Tutelage for Teaching and Learning. Menurut Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan), untuk merealisasikan lima teras strategik Misi USIM 2022, satu pelan tindakan bagi perlaksanaannya perlu dirangka untuk membentuk halatuju gerak kerja semua pusat tanggungjawab di USIM [...]
USIM lancar kempen #USIMJagaSemua, cakna isu pasca Covid19
NILAI, 17 Julai 2020 - Covid19 telah mengakibatkan pembelian dan penggunaan PPE (personel protective equipment) seperti penutup muka meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan pembuangan PPE terpakai oleh orang awam amat membimbangkan kerana tidak mengikut cara pembuangan yang selamat seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ia dilihat dibuang secara merata-rata. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah terkehadapan dengan mengadakan pra-pelancaran Kempen #USIMJagaSemua: Program Kesedaran dan Pendidikan Impak Pembuangan Penutup Muka secara Berkesan. Kempen ini akan berlangsung selama 18 bulan iaitu sehingga bulan Disember 2020. Dijangkakan sebanyak 100 buah tong sampah akan diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab sekitar kampus USIM di Nilai dan Pandan Indah. Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, USIM bertindak proaktif dengan mewujudkan satu pasukan PPE Disposal Taskforce USIM dengan mengambil inisiatif untuk melihat kepada salah satu isu pasca COVID-19 yang terkesan secara global iaitu pembuangan PPE terpakai daripada sumber orang awam. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada PPE Disposal Taskforce USIM di bawah naungan YBhg. Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diketuai oleh Dr. Nuruliza Roslan, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam serta kumpulan penyelidik dari pelbagai bidang yang merangkumi bidang kesihatan, alam sekitar, perundangan, ekonomi dan juga Fiqh. Beliau menambah lagi, kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan dan impak pembuangan PPE yang betul perlu diamalkan dan diambil cakna oleh semua lapisan masyarakat. Inisiatif yang dijalankan melalui pendekatan secara glokal bermula dengan cadangan untuk menyediakan tong sampah berasingan bagi [...]
USIM Perkenal Borak Rakyat-Kami Peduli Secara Langsung Dalam Talian
Nilai, 16 Julai 2020 - Program bual bicara baharu Pusat Kebudayaan USIM Borak Rakyat-Kami Peduli membuka panggung dengan siri pertamanya hari ini. Borak Rakyat–Kami Peduli menampilkan Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang juga pakar sains sebagai panel dalam membicarakan topik ‘Jangan Takut Pada Sains’ yang dikendalikan oleh Dr. Hayati Ismail, Pengarah Kolej Genius Insan USIM sebagai moderator. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata ‘Borak Rakyat yang dibawakan oleh Pusat Kebudayaan USIM bersiaran selama satu jam akan memfokuskan isu-isu terkini dan tagline Kami Peduli adalah keperihatinan kita sebagai warga Universiti kepada rakyat dalam menghadapi normal baharu kini. Perkongsian bernas akan diutarakan oleh panel-panel mesra rakyat yang berkisar tentang pencerahan mengenai isu-isu yang berlegar di kalangan masyarakat kita umumnya”. Ujar beliau yang ditemui usai siri pertama berlangsungnya Borak Rakyat di Panggung Budaya, Pusat Kebudayaan USIM. Dalam pada itu Prof. Dr. Mohmed Ridza Wahiddin merakamkan ucapan tahniah kepada Pusat Kebudayaan USIM atas penganjuran Borak Rakyat-Kami Peduli yang dianggap sebagai salah satu medium penyampaian ilmu kepada masyarakat serta memperlihatkan USIM sebagai sebuah institusi yang cakna terhadap isu-isu rakyat. Disiarkan secara langsung bermula jam 2:30 petang Borak Rakyat yang dilaksanakan buat pertama kalinya berjaya mengumpulkan sejumlah 1,200 ribu tontonan, 122 tanda suka, 66 komen dan 41 perkongsian telah dicatatkan. Borak Rakyat akan berlangsung setiap dua minggu dan warga kampus serta orang awam boleh mengikuti secara langsung menerusi media sosial facebook rasmi Pusat Kebudayaan USIM. Disediakan oleh: Rozihani Mohamad Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif Pusat Kebudayaan USIM Disemak oleh: Pusat Komunikasi [...]
’Good Governance’ perlu berpegang teguh dengan prinsip Islam
NILAI, 14 Julai 2020- Dalam melaksanakan ’good governance’ sesebuah organisasi itu perlu menerapkan beberapa elemen dan nilai bagi memacu proses pemerintahan dan pentadbiran berjalan dengan cemerlang dan disegani. Dengan membawa topik bertajuk ’Good Governance within a University’, Syarahan Kepimpinan ini telah disampaikan oleh Pro Canselor USIM Tun Dato’ Seri (Dr) Zaki bin Tun Azmi bertempat di Dewan Senat Canselori. Secara ringkas mengenai latar belakang Tun Dato’ Seri (Dr) Zaki bin Tun Azmi, beliau dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn London sehingga mendapat Barrister-at-Law pada tahun 1969. Dengan pengalaman perkhidmatan yang luas selama 37 tahun dalam bidang undang-undang di sektor kerajaan dan swasta, beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2007. Pada 11 Disember 2007 beliau telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008 sehingga 11 September 2011 Dalam syarahan tersebut, beliau menyatakan bahawa governan yang terbaik adalah pentadbiran sesuatu organisasi itu menerapkan nila-nilai dan prinsip Islam yang berpandukan al quran dan sunnah. Dalam konteks ini, USIM merupakan salah sebuah Universiti Islam di Malaysia yang membawa agenda Islam serta memberi perkhidmatan berupa pendidikan kepada pemegang taruh dan juga masyarakat. ”Seorang pentadbir atau pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, Ikhlas, jujur serta berintegriti akan memberi kepercayaan kepada pemegang taruh dan masyarakat untuk menyumbang atau [...]
Hala tuju pembukaan universiti pasca COVID-19
Pembukaan semula universiti secara berperingkat telah pun bermula di seluruh Asia, namun masih banyak perkara dan isu yang tidak dapat dipastikan, termasuk pelaksanaan kelas bersemuka untuk semua pelajar. Kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 27 Mei 2020 berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 di mana semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Tuntutan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KPT, pusat perumahan pelajar telah mengarahkan pelajar melakukan pengosongan kolej sepanjang bulan Jun dan Julai sejak kebenaran merentas negeri dibenarkan oleh kerajaan pada tarikh 10 Jun 2020. Sebahagian pelajar yang menetap di rumah sewa juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak rumah sewa kerana pelajar memikirkan tanggungan kos pembiayaan rumah sewa yang perlu dibayar sehingga Disember 2020 susulan daripada pengumuman yang dikeluarkan oleh KPT. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelajar telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing sejak pengumuman pelaksanaan PKP telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 April 2020. Pihak universiti juga telah mengeluarkan takwim baru memandangkan PdP perlu dijalankan secara maya sehingga Disember 2020. Perlu diketahui bahawa walaupun kadar COVID-19 di Malaysia menunjukkan 1 hingga 2 angka kes baru setiap hari dan kes sembuh adalah 97.72%, dikemaskini pada 4 Julai 2020, namun, kadar kes COVID-19 dunia mengalami peningkatan dari hari ke hari. Seperti yang diketahui, vaksin COVID-19 masih belum ditemui dan tidak [...]
Pentaksiran Holistik Melalui Poster Infografik
Penularan pandemik COVID19 merupakan satu bencana umat manusia yang telah mengakibatkan kesan yang besar bukan sahaja kepada kesihatan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dunia dan norma kehidupan berkomuniti, tetapi juga pengajaran dan pendidikan. Pada saat artikel ini ditulis, murid Tingkatan 5 telah pun hadir dan menjalani sesi pembelajaran di sekolah dengan norma sesi pembelajaran yang 100% berbeza daripada sebelum penularan pandemik ini berlaku. Sesi pembelajaran di sekolah pada masa kini perlu mengikuti garis panduan prosedur standard operasi (SOP) yang sangat ketat. Hinggakan tiada aktiviti makan dibenarkan di kantin semasa waktu rehat. Ini memberikan gambaran bahawa sesi persekolahan pasca COVID19 sama sekali berubah daripada apa yang kita praktikkan sebelum bencana ini berlaku. Melihat daripada sudut pandang positif kesan penularan pandemik ini, ia seakan memberi rahmat dalam kekalutan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Siapa sangka, pembelajaran atas talian menjadi wadah penting bagi pendidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan platform pembelajaran bersemuka atas talian seperti Zoom, Microsoft Team, Google Classroom menjadi popular lantaran digunakan pendidik bagi menyampaikan ilmu kepada murid. Tidak terkecuali pembelajaran secara tidak bersemuka melalui aplikasi chatting seperti WhatsApp dan Telegram menjadi pilihan alternatif tetapi berkesan kepada pendidik dan murid yang mempunyai capaian internet sederhana. Apa yang menjadi persoalannya kini, apakah bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dijalankan? Perlu diingat, pengajaran dan pembelajaran atas talian hanya memerlukan pendidik dan murid bersemuka di hadapan skrin paparan gajet sahaja. Pendidik tidak dapat bersemuka secara langsung apatah lagi melihat tingkahlaku pelajar seharian seperti [...]
Pentaksiran Holistik Melalui Poster Infografik
Penularan pandemik COVID19 merupakan satu bencana umat manusia yang telah mengakibatkan kesan yang besar bukan sahaja kepada kesihatan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dunia dan norma kehidupan berkomuniti, tetapi juga pengajaran dan pendidikan. Pada saat artikel ini ditulis, murid Tingkatan 5 telah pun hadir dan menjalani sesi pembelajaran di sekolah dengan norma sesi pembelajaran yang 100% berbeza daripada sebelum penularan pandemik ini berlaku. Sesi pembelajaran di sekolah pada masa kini perlu mengikuti garis panduan prosedur standard operasi (SOP) yang sangat ketat. Hinggakan tiada aktiviti makan dibenarkan di kantin semasa waktu rehat. Ini memberikan gambaran bahawa sesi persekolahan pasca COVID19 sama sekali berubah daripada apa yang kita praktikkan sebelum bencana ini berlaku. Melihat daripada sudut pandang positif kesan penularan pandemik ini, ia seakan memberi rahmat dalam kekalutan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Siapa sangka, pembelajaran atas talian menjadi wadah penting bagi pendidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan platform pembelajaran bersemuka atas talian seperti Zoom, Microsoft Team, Google Classroom menjadi popular lantaran digunakan pendidik bagi menyampaikan ilmu kepada murid. Tidak terkecuali pembelajaran secara tidak bersemuka melalui aplikasi chatting seperti WhatsApp dan Telegram menjadi pilihan alternatif tetapi berkesan kepada pendidik dan murid yang mempunyai capaian internet sederhana. Apa yang menjadi persoalannya kini, apakah bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dijalankan? Perlu diingat, pengajaran dan pembelajaran atas talian hanya memerlukan pendidik dan murid bersemuka di hadapan skrin paparan gajet sahaja. Pendidik tidak dapat bersemuka secara langsung apatah lagi melihat tingkahlaku pelajar seharian seperti [...]
USIM tersenarai sebagai finalis bagi International Green Gown Awards 2020
NILAI, 14 Julai 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diumumkan sebagai finalis pada 3 Jun 2020 di International Green Gown Awards 2020 (IGGA) menerusi program yang dikendalikan iaitu LIGHT: Leadership for Social Empowerment Program bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). LIGHT dianjurkan bersama oleh USIM, UIAM dan dengan sokongan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) diilhamkan oleh Felo CEO@Faculty Programme 2.0 Cycle 2 (CFP2.0) iaitu Dr. Muhammad Nizam Awang, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dan Profesor Madya Dr. Khalilah Zakariya (UIAM) sebagai Ketua Projek. “LIGHT bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada peranan mereka sebagai anggota masyarakat dan industri, serta untuk mengasah pengembangan diri, kerja berpasukan, kepemimpinan dan mempertajamkan kemahiran menyelesaikan masalah,” ujar Dr. Muhammad Nizam Awang. LIGHT merupakan sebahagian daripada hasil projek mereka yang menjalani sangkutan di PNB bermula September 2018 sehingga Februari 2019 di bawah Academia Industry Talent Exchange Programe (AIxCHANGE) yang dinaungi Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Dalam perkembangan lain, LIGHT telah merangkul anugerah 'People's Choice Award' bagi Local Project Challenge yang diumumkan pada “10th World Urban Forum 10” Center for Sustainable Urban Development, Columbia University, New York dan Federal University, Rio de Janeiro di Abu Dhabi pada Februari 2020 lalu. Penyertaan LIGHT adalah bersama 110 projek daripada 39 negara. Program CFP2.0 dengan tema “Coached by Pros” merupakan salah satu sub-inisiatif di bawah AI-xCHANGE yang melibatkan penyertaan pensyarah bawah umur 40 tahun dari 20 universiti awam di Malaysia yang ditugaskan menjalani sangkutan di pelbagai syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) selama enam [...]
USIM meterai MoU dengan MTA inisiatif memperkasa modal insan
NILAI, 13 Julai 2020 - Jalinan kerjasama melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) kali ini di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Malaysian Takaful Association (MTA) mencapai kata sepakat antaranya bagi sama-sama memperkasakan modal insan melalui program pertukaran kakitangan dan pelajar antara kedua-dua institusi. Majlis MoU bertempat di Galeri USIM menyaksikan USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Ridza Wahiddin dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam manakala MTA diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan MTA, En. Muhammad Fikri Mohamad Rawi dengan disaksikan oleh En Azli Munani, Ketua Pegawai Eksekutif MTA. “USIM ke arah prosumerisme dan ianya telah menjadi salah satu daripada Teras Strategik USIM bagi merealisasikan hasrat USIM menjadi Universiti Sain s Islam Glokal berimpak tinggi menjelang tahun 2022. USIM mengharapkan agar pihak industri seperti MTA menyokong dan bersama-sama USIM menjadi sebahagian daripada usaha ini,” ucap Prof. Ridza Wahiddin. Bentuk kerjasama lain yang dirancang adalah sesi perkongsian maklumat terkini berkaitan bidang tadbir urus kewangan dan takaful melalui siri-siri taklimat, seminar dan forum. Di USIM sendiri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) adalah antara fakulti yang telah memulakan kerjasama dengan MTA secara tele conferencing melalui aplikasi Webinar pada 22 Mei 2020 yang lalu. Seminar adalah Takaful Industry: Resilience during Crisis telah memberi ruang kepada kakitangan dan pelajar untuk mengisi ruang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dengan aktiviti yang bermanfaat. Sesi ini juga dapat memberi pendedahan kepada realiti dunia korporat secara first hand daripada pemain industri sendiri. USIM sebelum ini pernah memeterai MoU dengan MTA yang [...]
Pelajar Bioteknologi Makanan hasilkan kapal terbang dari bahan buangan
NILAI, 15 Julai 2020 - RAMAI melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghadkan pergerakan dan daya kreativiti kerana perlu ‘berkurung’ di dalam rumah ketika ia mula diperkenalkan Mac lalu oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan pendemik Covid-19. Ramai memilih untuk hanya berehat hingga terbit rasa bosan. Itu antara keluhan yang biasa didengar ketika tempoh perlaksanaan PKP. Namun tidak bagi Muhammad Haikal Moktar, 22 tahun, yang mana dia dan abangnya melihat perintah berkurung itu sebagai ‘masa terbaik’ untuk mereka mengasah minat dengan bentuk beberapa buah kapal terbang kawalan jauh. Apa yang menarik minatnya itu membuahkan hasil apabila melihat kapal terbang mininya berjaya terbang tinggi di udara. Berkongsi minatnya dalam reka bentuk dan kejuruteraan udara, pelajar tahun tiga dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Bioteknologi Makanan itu berkata, sejak di sekolah lagi dia banyak membuat rekaan reka bentuk bot dan kereta menggunakan Polypoam Board. Namun, ketika itu dia hanya mampu mereka tanpa mampu menggerakkannya. Minat dan rekaan reka bentuk itu tumbuh seiring dengan minat abang sulungnya, Muhammad Aliff Asyraf. “Bila banyak masa terluang ketika PKP itu, saya bersama Along mula mereka kapal terbang kawalan jauh ini. Along banyak gunakan bahan-bahan terbuang seperti botol dan plastik sementara saya lebih sukakan polyfoam board sebab lebih senang nak design dan potong ikut rekaan kita suka. “Untuk enjinnya pula, bagaimana mahu menerbangannya, saya banyak membaca dan melihat cara rekaan enjin dihasilkan melalui Youtube dan Along juga banyak membantu sebab dia pandai dalam kejuruteraan. “Apa yang diperlukan untuk buat kapal terbang kawalan jauh ini tak susah. Kosnya [...]








