Mei 2019
Pusat Perumahan Pelajar USIM edar bubur lambuk percuma
NILAI, 10 Mei 2019 - Kira-kira 2500 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) yang diadakan pada setiap kali bulan Ramadan, dan ini merupakan tahun ketiga penganjurannya. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Ahmad Kamal Mustafa berkata, sudah menjadi rutin kami untuk membuat edaran bubur lambuk di awal Ramadhan dan ini boleh dikatakan menjadi acara wajib setiap kali Ramadhan sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi rezeki kepada semua pelajar USIM terutamanya. “Apa yang lebih menarik lagi ialah setiap tahun bubur lambuk dimasak sendiri oleh staf di PPP, pengurusan kolej kediaman dan Felo Penghuni dengan menggunakan enam periuk yang dimasak di perkarangan Kolej Kediaman 1,” katanya lagi. “Edaran bubur lambuk bermula seawal jam 2 petang dan ianya habis diagihkan kepada semua pelajar kolej kediaman dan juga pelajar luar kampus USIM. Kami juga turut mengedarkan kepada staf dari beberapa Jabatan yang turut hadir ke Program Kacau-Kacau Bubur Lambuk PPP,” katanya lagi. Menurut Puan Tengku Azwani Tengku Azmi, Penolong Pengurus Asrama Kanan juga selaku Pengarah Program berkata, seperti tahun-tahun lepas, kami masih menggunakan bahan masakan yang sememangnya menjadi “signature” kepada Pusat Perumahan tanpa menghilangkan rasa tradisional bubur lambuk. Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, YBhg Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani selaku perasmi berkata program sebegini dapat memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan staf, Pengetua, Felo Penghuni dan JAKSA di setiap Kolej Kediaman. “Saya melihat bahawa semangat gotong royong [...]
Pelajar Undang-Undang USIM selami dunia Forensik di HTCM
NILAI, 8 Mei 2019 - Seramai 74 orang mahasiswa Tahun 4, Program Ijazah Sarjana Muda Undang–Undang dan Syariah (SMUS), Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan utama lawatan sambil belajar berkenaan dilakukan adalah bagi mendedahkan mahasiswa yang mengambil bidang perundangan terbabit mengenai aspek Sains Forensik yang merupakan salah satu aspek penting dalam dunia perundangan moden masa kini. Munurut Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU) USIM, Dr Muzaffar Syah Mallow, lawatan sambil belajar terbabit dilakukan bagi memenuhi sebahagian daripada proses pembelajaran subjek Undang–Undang Keterangan (Law of Evidence) yang sedang diikuti oleh para pelajar perundangan berkenaan di USIM. "Seperti yang diketahui umum, proses pembuktian adalah salah satu proses yang penting bagi merungkai serta menyelesaikan sesebuah kes yang berada di dalam mahkamah terutamanya kes–kes jenayah seperti jenayah pembunuhan, jenayah serangan berbentuk seksual, jenayah keganasan rumah tangga, jenayah keganasan terhadap golongan kanak–kanak, kemalangan jalan raya, dan lain–lain. "Jadi adalah penting supaya mahasiswa yang mengambil jurusan Undang–Undang memahami isu yang berkaitan dengan Sains Forensik sebelum mereka mula melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang perundangan kelak," katanya. Aspek Forensik Sains sudah menjadi aspek penting yang perlu didedahkan dan dipelajari oleh setiap mahasiswa perundangan dalam negara kita selaras dengan perkembangan semasa pada masa kini terutamanya perkembangan teknologi moden berkaitan dengan proses siasatan jenayah. Kemudian pada pelajara berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM bagi mendengar taklimat pengurusan bahan bukti [...]
Enam penyertaan USIM di ITEX 2019 raih 3 emas dan 3 perak
Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei. Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi Global Halal Game (GHG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang, Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman, Elev8thor- Modular Lower Limb Elevation System diketuai oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Asha'ari Bain dan Produk Fast Lab: Science Educational Kit diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Dr. Muhammad Zamir Othman. Global Halal Game (GHG) merupakan produk inovasi baharu yg berkonsepkan gamifikasi islamik papan permainan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan halal dari seawal usia kanak-kanak. “Ia adalah permainan papan ilmiah yang dibangunkan secara khusus berasaskan sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah dan 'Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia' bagi menerapkan konsep didik hibur dan interaktif dalam pendidikan halal,” ujar Prof. Madya Dr Azman. Bagi produk Elev8thor ia bukan sahaja berfungsi sebagai alat sokongan yang memudahkan kerja-kerja rawatan dilakukan, tetapi boleh meringankan bebanan tugas jururawat ketika memberikan rawatan kepada pesakit. “Ia terhasil melalui pengamatan semasa merawat pesakit yang mengalami masalah patah tulang kaki, ada ketika melihat jururawat dan pembantu pegawai perubatan berhadapan dengan kesukaran semasa mengendalikan pesakit mereka,” kata Dr Asha’ari yang juga merupakan Pakar Bedah Ortopedik Hospital Ampang. Manakala produk inovasi Fast Lab: Science Educational Kit [...]
Kidz Corner antara tarikan utama aktiviti Ramadan, mudahkan ibubapa tunai solat terawih
NILAI, 3 Mei 2019 – Kidz Corner dan ’Belaian Urut Diraja’ antara 11 aktiviti dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena bulan Ramadan kali ini dengan menjangkakan tarikan warga USIM dan sekitarnya untuk sertai aktiviti untuk beriadah sambil beribadah di Kompleks Islam Tunku Muhriz (KITM). Menurut Pengarah Pusat Islam, Encik Mohd Aizuddin Abdul Aziz berkata kebanyakan aktiviti yang dirancang ini adalah kali pertama dianjurkan di Pusat Islam dan jangkaan program Belaian Urut Diraja serta Kidz Corner ini yang akan menjadi tarikan utama. “Aktiviti Belaian Urut Diraja ini adalah demonstrasi urut yang berkonsepkan urutan orang Melayu zaman dahulu untuk mengekalkan kesegaran sepanjang Ramadan,” katanya ketika ditemubual. Tambahnya, aktiviti urutan ini akan diketuai oleh En Azlan Ghani, Karyawan Tamu di Pusat Pengajian Teras. Manakala, Kidz Corner menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 9 tahun yang akan diadakan di Bilik Serbaguna KITM. “Cadangan untuk menganjurkan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang hadir menunaikan ibadah solat tarawih dengan sempurna dan tenang. Ia selaras dengan tema kami iaitu “Nikmatilah Ibadah, Anak Anda Kami Endah”, di mana anak-anak yang dibawa akan dijaga oleh fasilitator yang dilantik dengan menyertai pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti mewarna, bercerita, tahsin bacaan surah di dalam solat dan sebagainya,” katanya. Dengan adanya kehadiran kanak-kanak ini ke KITM secara tidak langsung dapat mendidik dan memupuk anak kecil untuk cintakan masjid dan membina kesungguhan untuk mempelajari solat dan bacaan surah al-Quran. Di samping itu, Pusat Islam juga menyediakan tazkirah Ramadan dan Quote [...]
Majikan jangan pilih kasih serta lakukan diskriminasi terhadap pekerja
Setiap majikan dalam negara kita perlu melaksanakan segala tanggungjawab mereka sebagai ketua di sesebuah tempat kerja dengan profesional dan adil. Pihak majikan tidak boleh mengambil sikap pilih kasih ataupun melakukan amalan diskriminasi terhadap pekerja mereka sendiri. Sikap pilih kasih serta amalan diskriminasi bukan sahaja akan merosakkan suasana dan keharmonian ditempat kerja malah turut akan menjejaskan reputasi tempat kerja berkenaan di mata masyarakat umum. Pihak majikan harus tahu menilai tahap kebolehan serta sumbangan setiap pekerja mereka. Pihak majikan perlu memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pekerja mereka yang berjaya melaksanakan sesuatu jenis tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Pada masa yang sama juga pihak majikan tidak boleh memandang rendah terhadap mana-mana pekerja mereka yang tidak berjaya memenuhi tugasan yang telah ditetapkan. Pihak majikan perlu rajin untuk duduk berbincang dengan mana-mana pekerja mereka yang tidak memenuhi syarat tugasan pekerjaan yang telah ditetapkan serta mendengar dan memahami dengan baik punca yang menyebabkan pekerja mereka gagal melakukan sesuatu jenis tugasan dengan baik. Setiap luahan hati pekerja perlu didengari dengan baik serta diberi penuh perhatian oleh setiap majikan. Pihak majikan perlu memberi pendedahan serta latihan kemahiran yang secukupnya kepada setiap pekerja mereka supaya pekerja mereka dapat melaksanakan segala tugasan dengan baik dan sempurna. Bagi mengelakkan pihak majikan dalam negara ini mengambil sikap pilih kasih ataupun melakukan amalan diskriminasi terhadap pekerja mereka, sudah sampai masanya pihak kerajaan menerima pakai cadangan untuk mewujudkan satu akta khusus bagi tangani masalah pilih kasih ataupun diskriminasi ditempat-tempat kerja dalam negara kita. Cadangan akta khusus mengenai perkara [...]
April 2019
StraComm anjur Bengkel Penulisan Berita di Media Sosial untuk Staf dan Pelajar
NILAI, 29 April 2019 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasakan satu keperluan bagi memberi pendedahan teknik penulisan dan seni fotografi kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di USIM bagi menyalurkan maklumat program fakulti, jabatan dan info terkini kepada masyarakat dan pengguna di laman sosial. Seramai 57 peserta dari kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), wakil persatuan pelajar serta staf USIM menyertai Bengkel Penulisan Berita Media Sosial yang dianjurkan oleh StraComm bertempat Galeri Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini. Media sosial adalah salah satu platform yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta kandungan meliputi blog, rangkaian sosial, dan forum kepada masyarakat di seluruh dunia. Menurut Pengarah StraComm Dr Hayati Ismail, bengkel ini sangat signifikan memandangkan penyebaran maklumat di media sosial yang begitu pantas dicapai oleh semua pengguna yang mempunyai akaun seperti facebook dan instagram. ”Dengan penganjuran bengkel ini peserta diberi panduan dan teknik berkaitan penulisan ringkas di media sosial, dan teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Saya berharap dengan pendedahan ini para peserta yang terpilih ini akan menggunakan peluang yang ada untuk menyalurkan perkembangan aktiviti yang dijalankan untuk penyiaran berita USIM dan media massa dan elektronik untuk dikongsikan kepada komuniti di luar sana”, jelas Dr Hayati. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini disampaikan oleh penceramah dari agensi media Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Sibermedia Encik Ainol Amriz Ismail, yang bertajuk ’Penulisan Kreatif’, Encik Saiful Abd Samad Timbalan Pengarah Goal-Itqan dengan tajuk ’Pengurusan Media Sosial Rasmi USIM’, En Zaini Othman Ketua [...]
Nilai Istimewa USIM dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan pada Invetebrata Taman Negeri Kenaboi
USIM, 18 April 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini telah mengorak langkah berani untuk menerbitkan buku mewah ilmiah berdasarkan penyelidikan dan pengamatan ke atas haiwan invetebrata dan serangga yang jarang dipeduli di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan, hasil kerjasama penyelidikan dan penerbitan dengan Jabatan Perhutanan Negeri. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) ini julung kali diadakan USIM dengan melibatkan kepakaran pensyarah USIM dan sumbangan kepakaran universiti lain dalam menerbitkan buku mewah ilmiah berkonsepkan kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli. Ini kerana setiap makhluk yang dipaparkan dalam buku tersebut dengan kualiti makrofotografi profesional turut disertai dengan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan penciptaan haiwan tersebut untuk ditadabbur bersama oleh pembaca. “Saya rasa buku ini akan berpotensi untuk dikembangkan di peringkat antarabangsa kerana buku ini ditulis dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut. Dato’ Musa juga berharap agar buku yang bakal dihasilkan ini akan berjaya memenangi Anugerah Buku Negara kerana kualiti penyelidikan yang dihasilkan dalam buku tersebut. Buku yang bakal diterbitkan pada Julai atau Ogos tahun ini, sememangnya menjadi satu penanda aras baharu USIM untuk lebih berkecimpung dalam aspek penyelidikan berkait sumber semulajadi khazanah alam kurniaan Allah yang sangat kaya di negara kita. “Projek ini juga sebenarnya boleh mengubah perspesi masyarakat bahawa proses pembelajaran boleh berlaku dengan mengenali flora dan fauna di hutan dan sekaligus boleh mendidik generasi akan datang untuk cintakan kepelbagaian bio, warisan sumber alam semulajadi negara demi kelestarian,” katanya lagi. Tuan Hj [...]
USIM rai golongan kelainan upaya, anjur Hari Menyantuni OKU
NILAI, 24 April 2019 – Menyedari betapa pentingnya membina generasi Rabbani dalam kalangan komuniti OKU dan sebagai inisiatif dalam memenuhi tuntutan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk hidup dalam suasana agama secara kondusif, mahasiswa tahun tiga Program Pengajian Quran dengan Multimedia dan mahasiswa Program Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat menganjurkan Hari Menyantuni OKU (HMO) yang berlangsung pada 24 April 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama. Bertemakan ‘Leave No One Behind’, pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pameran, UMMI Open Mic dan Fun Learning Games berkaitan OKU. Pengarah program Muhammad Azzim Azrai Ibrahim berkata tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang kesedaran akan kepentingan menyantuni komuniti OKU seiring dengan tema untuk tidak meninggalkan mereka apatah lagi tidak ambil peduli terhadap golongan istimewa ini. Selain untuk memupuk dan menerapkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap mahasiswa dan masyarakat sekeliling terhadap golongan ini supaya penerimaan prinsip bahawa komuniti OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat kita. “Kita juga ada sediakan beberapa permainan antaranya ’Titian Siratulmustaqim’ untuk memberi pengalaman kepada peserta merasai orang buta berjalan, ‘Blind Whisper’ menguji peserta berkomunikasi dengan menutup mata mereka. Juga ‘Hear With Soul’ dimana peserta diajar tentang asas bahasa isyarat kemudian diuji untuk meneka bahasa isyarat yang ditunjukkan”, jelas Azzim. Sempena HMO, juga diadakan Simposium Khidmat Quran Sunnah bagi OKU (SiQaH 2019) dengan tema "Disability is Ability". Majlis ini menampilkan panel Dato’ Mah Hassan, Pengarah Urusan KL Braille Resources yang merupakan OKU penglihatan, Kaunselor Azlina Mohamed Isa, Pensyarah di OUM yang [...]
Insentif khas jadi pemangkin untuk terus bergiat dalam sukan
NILAI, 24 April 2019 – Pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi rangkul gelaran olahragawan dan olahragawati sempena Majlis Anugerah Sukan Usim 2018 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Muhriz USIM, petang semalam. Saudara Abdul Muiz Jaafar telah dinobatkan sebagai olahragawan USIM dan Saudari Fedzla Hannani Mustapa pula dinobatkan olahragawati USIM. Kedua – duanya telah membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai sebanyak RM 300. Manakala anugerah olahragawan staf dimenangi oleh Muhammad Hidayat Zainuddin dan olahragawati pula dimenangi oleh Dr. Faezah Rokhani. Antara pencapaian sukan yang telah di perolehi awal tahun 2018 ialah memperolehi 2 pingat emas dalam acara boling padang, 1 pingat perak dalam acara memanah dan 2 pingat gangsa dalam acara silat dan taekwando semasa Kejohanan Sukan Ipt (SUKIPT) 2018 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pasukan USIM juga telah membawa pula 1 pingat emas dan 4 gangsa masing – masing dalam acara taekwando, pencak silat dan olahraga di kejohanan MASUM di UNIMAP dan UMK. “Sebagai Naib Canselor bersama – sama Timbalan Naib Canselor amat menyokong anda untuk terlibat dengan aktiviti sukan kerana dapat menhilangkan tekanan semasa belajar di samping menyihatkan badan” ucap Prof Dato’ Dr Musa Ahmad. Ini merupakan program tahunan bagi menghargai sumbangan jasa para atlet, pegawai dan penggiat sukan yang telah banyak mengharumkan nama universiti, tambah beliau. Disamping itu, diumumkan juga insentif yang telah dipersetujui di mesyuarat jawatankuasa tertinggi universiti iaitu, atlet yang cemerlang layak mendapat pengecualian dan pengurangan yuran semester mengikut kategori. Untuk pencapaian di peringkat MASUM dan penganjuran KPM, pengecualian yuran pengajian untuk [...]
‘Program Borak Tokoh’ semarakkan sambutan Karnival Hari Buku Sedunia
NILAI, 25 April 2019 - Bersempena Karnival Hari Buku Sedunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Perpustakaan USIM membawakan Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof, seorang tokoh yang terlibat dalam Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) bagi berkongsi pengalaman beliau dalam sesi perkongsian pengalaman, ‘Program Borak Tokoh’ yang memfokuskan kepada penggiatan budaya Iqra’. “Tabiat membaca ini perlu diterapkan seawal yang mungkin bermulanya dari rumah kerana apabila disemai budaya membaca ia akan memberi kesan ke arah kecemerlangan diri serta negara,” katanya. Beliau juga berkata kejayaan seseorang itu bermula dari bahan bacaan kerana apabila setiap individu mencintai buku ia mampu memperkukuh dan meningkatkan pengetahuan yang tinggi dalam diri masing-masing. Sementara itu, Pengarah Program, Pn Rozana Kamdani mengharapkan program seperti ini boleh menggiatkan budaya membaca dalam setiap lapisan masyarakat. Di samping menonjolkan peranan universiti, Perpustakaan USIM sebagai gedung ilmu sentiasa komited menjalankan aktiviti dalam melahirkan masyarakat celik pengetahuan,” ujarnya. Menariknya, pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang minggu bermula 22 April sehingga 26 April antaranya Wacana Biblioterapi Perubatan, Pertandingan Biar Buku Bicara, Pertandingan Berbalas Pantun dan Pertandingan Bijak Eja. “Pertandingan Bijak Eja merupakan antara program yang mendapat sambutan iaitu seramai 48 penyertaan pelajar sekolah telah diterima merangkumi 16 buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya,” ucap Pn Azah Momin, Pemangku Ketua Pustakawan USIM. Karnival Hari Buku Sedunia diadakan bagi merangsang minat aktiviti membaca serta menyuntik kesedaran budaya membaca dikalangan pelajar dan kakitangan. Selain itu, ia mampu memberikan impak kepada komuniti akademik dalam melestarikan keintelektualan dan kebijaksanaan. Penganjuran program di peringkat universiti adalah selari dengan [...]