Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2019

Pasukan USIM bawa pulang emas dan Anugerah Inovasi di NRIC 2019

PULAU PINANG, 22 April 2019 – Pasukan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang emas dan anugerah inovasi di Novel Research and Innovation Competition (NRIC) bagi produk The Flicker: Instant Secure Communication System (Kategori Information Technology and Communication) yang berlangsung di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 19 hingga 21 April lalu disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM. Bertemakan Tranversing Complexities With Global Deviation, NRIC kali ini menyaksikan USIM juga berjaya menggondol pingat gangsa bagi tiga produk lain iaitu FaST LaB : Forensic Sciences Kit (Kategori Fundamental Science), A Green Method For Extracting High-Value Biopolymers from Malaysian Agriculture Wastes using a Low-Cost Ionic Liquid (Kategori Engineering and Technology) dan satu-satunya wakil pasukan dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) mengetengahkan produk inovasi dinamakan Qalam Khat (Kategori Social Transformation and Creative Arts). Pensyarah penyelia pasukan pingat emas, Dr Azuan Ahmad berkata The Flicker adalah satu produk inovasi bagi sistem penghantaran data manggunakan komunikasi tanpa wayar sebagai medium komunikasi antara kapal berbanding teknologi terdahulu hanya bergantung kepada radio frekuensi dan kod morse yang dihantar melalui lampu sorot. “Kejayaan ini menjadi pendorong buat pasukan untuk lebih memajukan diri di dalam bidang inovasi terutamanya dalam bidang sains komputer. Kelebihan yang ada pada The Flicker adalah terjamin selamat, penghantaran data yang pantas serta menjimatkan tenaga,” ucapnya mewakili pasukan pelajar iaitu Nafisah Kamaruzzaman, Hanani Faqihah Dzulkheplay, Aina Nazirah Abdul Ghaffar, Syed Muhd Ibrahim Syed Mud Puad dan Syafiq Iskandar Sham Suri. “The Flicker [...]

OCSS USIM dampingi masyarakat, realisasi universiti untuk masyarakat

NILAI, 19 April 2019– Seramai hampir 300 penduduk sekitar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terutama di kawasan Desa Anggerik, Desa Kasia, Anggerik Court dan kawasan sekitarnya telah bersama-sama meraikan Festival Luar Kampus (OneFest) yang dianjurkan oleh Out Campus Student Secretariat (OCSS) USIM yang bertempat di padang terbuka Desa Anggerik. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, program sebegini menjadi satu penanda aras USIM untuk mempelbagaikan lebih banyak program bagi mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekitar. “Program sebegini membantu untuk membentuk peribadi pelajar USIM dan saya amat mengharapkan semua pelajar USIM dapat bersosialisasi dengan masyarakat selaras dengan konteks tema pendidikan negara tahun ini iaitu “Sekolah untuk Komuniti, Universiti untuk Masyarakat” yang mana merujuk kepada Universiti perlu lebih menjadikan masyarakat sebagai tempat pembelajaran, berkongsi ilmu, teknologi dan manfaat bahkan Universiti juga perlu belajar dengan masyarakat mengenai ilmu, warisan, hikmah dan sebagainya yang ada dalam masyarakat,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis penutup Festival Luar Kampus. Selain itu katanya, program ini juga penting kerana pelajar dan warga USIM dapat menjayakan perpaduan nasional untuk membangunkan negara dengan mendedahkan pelajar mengenai konsep dan amalan perpaduan yang ada dalam masyarakat berbilang agama, bahasa dan kaum. Di samping itu, program ini juga memupuk kepada konsep kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat untuk aspek pencegahan jenayah, kelestarian alam, sayangi alam sekitar dan sebagainya. Selain kesukarelawanan, program ini juga memupuk semangat kejiranan dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kira-kira 677 pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di USIM dan secara [...]

Persiapan diri dalam memperkasa puasa di bulan Ramadan

Kurang sebulan lagi Ramadan akan tiba. Mudah-mudahan umur kita sampai untuk mengecapi nikmat dan kemanisan penghulu segala bulan itu. Sudah tentu kita bersemangat memikirkan apakah yang perlu dilakukan supaya puasa akan datang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Bagaimana cara Rasulullah SAW mempersiapkan diri sebulan sebelum menjelang Ramadan? Menurut panduan sirah nabawiyah, ketika tiba Syaaban, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa, qiamullail, zikir dan amal soleh. Jika pada bulan-bulan sebelumnya Baginda hanya berpuasa rata-rata 11 hari, tetapi pada bulan Syaaban, Baginda berpuasa hampir penuh sebulan. Hal itu diriwayatkan Aisyah r.a., “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Usama bin Zayed r.a, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti pada bulan Syaaban?’ Baginda menjawab, “Syaaban adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, letaknya antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan itu, amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasa’i) Syaaban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunah Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh pada bulan Ramadan. Jika Rasulullah SAW mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadan dengan berpuasa minimum 11 hari di luar bulan Syaaban dan 20 hari pada bulan Syaaban, bererti untuk menyambut Ramadan Rasulullah SAW berpuasa paling kurang 130 hari atau [...]

USIM terima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad

NILAI, 19 April 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada 18 April, semalam. Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, berkata USIM sedang menuju hasrat bagi menjuarai bidang wakaf dan zakat dalam kalangan institusi awam. Justeru, kerjasama strategik dengan BIMB dilihat salah satu strategi yang mampu menjamin kelestarian ummah serta pembangunan pelajar. "Sumbangan zakat yang diterima ini secara tidak langsung dapat meringankan beban staf dan pelajar-pelajar USIM yang dalam kategori B40. Diharapkan agar akan ada program hiliran lain yang boleh diadakan bersama seperti baru-baru ini yang dianjurkan di USIM iaitu Majlis Graduasi Pensijilan BIMB-USIM. Selain itu, galakan juga diberikan kepada pusat tanggungjawab (PTj) USIM untuk melaksanakan program CSR bersama mana-mana rakan strategik dalam usaha menyantuni komuniti," ucapnya. "Di USIM, kita sentiasa mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan serta menawarkan khidmat bantuan dan sumbangan dalam bentuk tenaga, masa pada masa yang sama akan membawa kepada pembangunan USIM. Sehingga kini USIM telah menerima sumbangan daripada BIMB sebanyak RM 175ribu," tambahnya lagi. Wakil daripada BIMB, En Mohamed Zaki Atip, Regional Deposit Business Manager dalam ucapannya berkata BIMB juga mengambil berat serta menitikberatkan kemajuan ummah kepada masyarakat. Justeru, kerjasama dengan USIM boleh menyokong usaha bersama dalam menyantuni komuniti asnaf dan masyarakat. Menurut Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Dr Mushaddad Hasbullah, sumbangan zakat korporat sebanyak RM 25,000 melalui PWZ kepada USIM untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Tambahnya, PWZ sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumbangan zakat, wakaf dan infaq daripada pihak [...]

USIM beri penghargaan kepada penggiat seni melayu, Roslan Madun

NILAI, 18 April – Pelantun lagu rakyat popular ‘Lemak Manis’ dan ‘Menghilir di Sungai Pahang’ iaitu Roslan Madun menerima pengiktirafan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas sumbangan besarnya dalam mengangkat seni budaya tanah air. Anak kelahiran Pahang ini dikenali dan dihormati penggiat seni atas kesungguhannya memperjuangkan irama syair sehingga terkenal di nusantara dan diberi gelaran ‘Raja Syair Nusantara’ selain turut mencipta nama melalui karya lagu-lagu rakyatnya yang dekat dihati masyarakat. Penghargaan USIM kepada Roslan Madun disampaikan sendiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad semasa program Sembang Pohon Keranji 4.0 yang diadakan pada semalam, Rabu (17 April) bertempat di kediaman Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed, Roslan Madum telah memanfaatkan bakat seni suaranya untuk kelangsungan seni warisan dan budaya tradisional Melayu dalam bentuk lagu syair dan gurindam. “Kepakarannya turut dimanfaatkan oleh Pusat Kebudayaan untuk berkolaborasi dalam pelbagai program sebelum ini antaranya Program Syair Alam Melayu Nusantara, rakaman rujukan syair bagi pertandingan syair peringkat kebangsaan anjuran USIM dan Jabatan Warisan Negara dan dipilih sebagai pesona figura”. “Sebagai penghargaan atas bakat seninya kami di Pusat Kebudayaan turut menghasilkan dua buah klip video lagu syair beliau iaitu Syair Setia Kawan dan Syair Budiman yang masing-masing dilagukan dengan irama Siti Zubaidah dan irama Perantau” ujarnya. Sementara itu, program Sembang Pohon Keranji 4.0 yang dicetuskan oleh Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi berjaya menghimpunkan lebih 50 orang karyawan, aktivis, pendokong dan penggiat sastera tanah air sejak mula dianjurkan secara tahunan pada 2016. Program [...]

USIM jalin kerjasama dengan tiga NGO, perkasa pendidikan Al-Quran dalam kalangan OKU

NILAI, 17 April 2019 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), melalui peneraju program iaitu Institut Sains Islam (ISI) USIM melebarkan skop tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama tiga buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu RumahNgaji Negeri Sembilan, AQ Wise Sdn Bhd dan KL Braille Resouces dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 17 April 2019. Objektif kerjasama ini adalah pembudayaan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat dan pemerkasaan program dan aktiviti berkaitan al-Quran oleh pihak USIM dan RumahNgaji Negeri Sembilan. Selain itu, kerjasama USIM dan AQ Wise Sdn Bhd pula memfokuskan kepada pembangunan Tadabbur al-Quran Tematik melalui multimedia dan konsultasi kandungan daripada pihak USIM agar kandungannya mampu dicapai oleh komuniti OKU, manakala kerjasama USIM dan KL Braille Resources pula meningkatkan kadar literasi dan ruang ilmu kepada komuniti OKU Penglihatan dan mereka yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang Pendidikan Khas (Penglihatan) amnya. Melalui usahasama ini, pihak USIM akan menawarkan konsultansi dan kepakaran berkaitan Pendidikan dan Agama kepada golongan OKU. Usaha murni ini membuka ruang USIM bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan dalam meningkatkan bahan-bahan rujukan ke arah merealisasi revolusi industri 4.0 yang menggabungkan dunia biologikal, fizikal, digital dan menghasilkan pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri. ”USIM kini sedang berusaha untuk menggerakkan dan mengaktifkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara agar perkongsian kepakaran yang sedia ada mampu digerakkan seterusnya menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang yang mempunyai sikap yang positif terhadap kekuatan dan kelainan komuniti OKU dengan menawarkan persekitaran yang inklusif. [...]

Program santunan PWZ USIM 2019, anjur pengisian petrol percuma

NILAI, 17 April 2019- Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dengan menzahirkan santunan kepada golongan yang memerlukan menerusi Program Pengisian Petrol Percuma di Stesen Petronas Bandar Baru Nilai petang semalam. Dengan tema “Sumbangan Anda, Untuk Mereka”, program ini mendapat kerjasama dari Petronas Bandar Baru Nilai, pelajar USIM dan sekitar penduduk Nilai yang tidak melepaskan peluang apabila lebih 300 penunggang motosikal memenuhi ruang Stesen minyak pada petang itu. ”Petrol merupakan satu barangan keperluan asas dalam kehidupan manusia pada masa kini. Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dan PWZ dapat menyempurnakan hasrat para penyumbang dalam membantu masyarakat”. “Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun bagi menyempurnakan hasrat penyumbang-penyumbang di PWZ dan dapat memotivasi lebih banyak organisasi atau individu menyumbang kepada PWZ bagi membantu kesusahan dan meringankan beban pelajar dan kakitangan USIM dan tidak lupa juga masyarakat setempat. Hasrat PWZ agar lebih banyak organisasi dan individu yang menyumbang pada USIM melalui PWZ supaya lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu”, ujar Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM. Manakala pengusaha Stesen minyak Petronas Puan Mariani Bt Basri berkata, kerjasama program sebegini sangat bagus dan pihak pengurusan sangat berbesar hati kerana terpilih dalam projek CSR serta dapat menjalin kerjasama ini dengan PWZ USIM, dan turut merancang pelbagai program lagi untuk kerjasama lain yang dapat memberi manfaat kepada pelajar USIM. ”Saya dapat tahu program ini dari kawan dan saya berterima kasih kepada penganjur dan berharap dapat anjurkan program seperti ini pada [...]

Selebriti Kampus di mata Dr Nik Salida

Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila, pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan penceramah bebas dan turut diundang dalam rancangan-rancangan agama di beberapa stesen televisyen seperti Tanyalah Ustazah TV9, Al-Kulliyyah TV3 dan Soal Wanita TV Al-Hijrah. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM sejak tahun 2016 sehingga kini. Lantikan ini berdasarkan kepakaran dan kredibiliti beliau dalam bidang hak asasi manusia, khususnya hak wanita dan permasalahan masyarakat. Komitmen beliau dalam bidang ini banyak dirakamkan menerusi aktiviti penyelidikan, penerbitan, forum dan perbincangan. Ikuti temubual tentang topik Selebriti Kampus dari sudut pandangan beliau. Q1 Apa yang dimaksudkan dengan Selebriti Kampus dari Kaca Mata Dr?   Menurut laman web pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa dan pusaka, selebriti  ditakrifkan sebagai orang yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam bidang hiburan, seperti penyanyi dan pelakon, di kampus universiti, yang suasananya berbeza dengan tempat lain disebabkan nilai akademiknya, tentunya makna selebriti di sini juga berbeza. Dalam bidang akademik, seseorang yang sepatutnya digelar selebriti ialah per­sonaliti yang amat dikenali dan patut diraikan kerana ketinggian ilmunya dan kesarjanaannya dalam bidang-bidang tertentu mereka inilah yang patut dipopularkan dalam kampus universiti supaya menjadi ikon kepada mahasiswa dalam penyelidikan, penga­jaran dan pembelajaran serta sahsiahnya. Q2 Mahasiswa sebagai Penyampai Dakwah Pertamanya, mahasiswa perlu menjadi 'da'i' (pemimpin) dalam konteks yang tersendiri. Pertama, mereka perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri melalui sikap berdisiplin, bertakwa dan berhemah tinggi. Kedua, mereka perlu memimpin orang lain, terutama dalam lingkungan persekitaran, ahli keluarga, masyarakat luar dan sebagainya. [...]

Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 22

Kaedah nombor 6 - Menilai Di dalam siri lepas, saya telah membuka topik perbincangan mengenai pelaburan, Falsafah ini perlu digunakan oleh pelabur-pelabur yang saya kupas pada siri yang akan datang. Apabila anda menjadi pelabur, anda mesti belajar dengan cepat untuk menilai risiko dan ganjaran. Ayah kaya (Robert's Mentor) menggunakan contoh sebuah anak saudara membina sebuah tempat burger. "Jika anda mempunyai anak saudara dengan idea untuk berdiri burger dan dia memerlukan $25,000, adakah itu menjadi pelaburan yang baik?" "Tidak," jawab Robert. "Terdapat terlalu banyak risiko untuk ganjaran terlalu kecil." "Sangat baik," kata ayah kaya, tetapi bagaimana jika saya memberitahu anda bahawa anak saudara ini telah bekerja untuk rantaian burger utama selama 15 tahun yang lalu, telah menjadi naib presiden setiap aspek penting dalam perniagaan, dan siap untuk keluar sendiri dan membina rantaian burger di seluruh dunia? Dan bagaimana jika anda boleh membeli 5 peratus daripada syarikat dengan $ 25,000? Adakah itu menarik minat anda? " "Ya," kata Robert. "Pasti kerana ada lebih banyak ganjaran untuk jumlah risiko yang sama." Sama ada pelaburan dalam stok sebuah syarikat atau pembelian hartanah, sentiasa menganalisis penyata kewangan. Anda boleh menentukan betapa menguntungkan perniagaan dengan melihat penyata kewangannya dan menghitung nisbah kewangan. Berkaitan: Kiyosaki 10 Peraturan Terbaik untuk Kejayaan Untuk pelaburan harta tanah, anda mengira apa yang tunai-tunai, berdasarkan jumlah wang tunai yang anda perlu belanjakan untuk bayaran pendahuluan.

Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 21

Di dalam siri lepas, saya telah membuka topik perbincangan mengenai pemilihan pelaburan perlu dilakukan dengan baik berdasarkan risiko yang sanggup kita hadapi dan juga berapa pulangan yang kita mahukan. Di dalam keadaan yang biasa, kadar risiko adalah berkadar terus dengan pulangan yang kita jangkakan. Iaitu semakin tinggi jangkaan pulangan, semakin tinggi risiko yang kita perlu hadapi. Sebagai contohnya, ramai yang telah cuba melabur di dalam wang kripto seperti bitcoin, etherum dan hampir lebih 2500 wang kripto yang didagangkan dan boleh dibeli di atas talian. Pada bulan Disember tahun 2017, harga bitcoin mencecah lebih USD19,000 bagi setiap satu dan ianya telah menjadi kripto mania. Ramai yang berseloroh, menjual rumah, menjual kereta dan lain-lain untuk mendapatkan Bitcoin kerana menjangkakan harga akan meningkat kepada USD50,000. Hampir setahun selepas kenaikan tertinggi, harga Bitcoin pada 8/12/2018 adalah bersamaan USD3260 iaitu mengalami penurunan sebanyak lebih dari 80%. Ini adalah contoh salah satu wang kripto yang paling popular diantara 2000 jenis wang kripto yang tersenarai. Ianya memberi kesan yang amat mendalam kepada pembeli wang kripto dan ini dapat dilihat dari forum wang kripto global dimana ada yang kehilangan segala-galanya. Inilah risiko yang telah dihadapi oleh pelabur wang kripto berkenaan. Ini yang dinamakan risiko di dalam pelaburan. Baru-baru ini, hibah Tabung Haji telah diumumkan dan kadar yang diberikan adalah yang terendah pernah diumumkan. Secara purata adar hibah yang diberikan kepada penyimpan adalah di antara 6% hingga 9%. Pemberian hibah yang agak rendah ini menimbulkan kegusaran kepada penyimpan dana. Secara umumnya, penyimpan dana di [...]

Go to Top