Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2020

Jangan Biarkan Mereka Berjuang Berseorangan!

Perkembangan semasa menyaksikan penularan wabak Covid-19 yang menjangkiti manusia di seluruh dunia belum menampakkan penurunan dan ia semakin membimbangkan. Beberapa negara yang terjejas dengan pandemik ini terus mengambil tindakan drastik seperti melaksanakan kawalan pergerakan, lockdown, perintah darurat atau seumpamanya untuk membataskan pergerakan rakyat masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak ini secepat mungkin. Malaysia juga kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula18 Mac lalu yang sepatutnya beakhir pada 31 Mac ini tetapi dilanjutkan sehingga 14 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes jangkitan pertama mula dilaporkan berlaku di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya dan jumlah jangkitan semasa lebih 500,000 orang diseluruh dunia dengan lebih 23,000 nyawa telah terkorban angkara Covid-19. Malaysia sehingga Khamis sudah mencatat 23 kematian, 235 kes baharu dengan bilangan kes positif kini melebihi angka 2,000 orang dan ia akan dijangka terus meningkat dan ini memberi indikasi tugas barisan hadapan makin bertambah berat. Pada masa kini, 34% daripada 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 sudah digunakan. Dengan berbaki 66% katil yang masih kosong, adakah kita mahu semua ini diisi?. Di masa kita gelisah dan mati kutu di rumah melalui tempoh PKP ini, anggota kesihatan kita yang bertindak sebagai frontliners tidak pernah dapat merasa duduk diam, goyang kaki, berehat ataupun bersantai seperti kita. Kecewa penulis melihat kedegilan segelintir rakyat yang masih ingin berjalan-jalan, bersiar-siar dan bersesak-sesak di tempat awam sehingga menguji kesabaran [...]

USIM sasar sumbang 4500 pakaian PPE untuk Barisan Hadapan

NILAI, 10 April 2020 – Setelah menghasilkan produk cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan pelindung muka (face shiled) untuk barisan hadapan khususnya petugas kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menghasilkan pula pakaian perlindungan diri (PPE). Usaha murni ini diterajui dan digerakkan oleh pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM dan kakitangan Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) dengan sasaran sebanyak 4500 unit PPE dapat disiapkan menjelang akhir April ini. Projek penghasilan PPE oleh USIM yang terdiri daripada gaun, head cover dan boot cover telah bermula pada 2 April lalu secara berperingkat. Menurut Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar Pakar Oftalmologi selaku Ketua Projek ini, beliau terpanggil untuk menggerakkan usaha ini atas rasa prihatin dan ingin membantu rakan-rakannya yang bertugas di barisan hadapan menghadapi kekurangan bekalan PPE di hospital. Justeru, usaha awal dimulakan dengan mengumpul sumbangan kewangan dan membentuk pasukan sukarelawan terdiri daripada pensyarah perubatan FPSK USIM dan staf KPKU untuk menjahit PPE ini. Hasil daripada usaha awal ini, sebanyak 470 unit PPE berjaya dihasilkan dan telah disumbangkan ke Hospital Ampang. Tidak terhenti di situ, melalui sokongan yang diterima daripada Pengurusan Universiti, pasukan Projek PPE USIM ingin menghasilkan lebih banyak PPE untuk disumbangkan kepada frontliners. “Ketika ini USIM dalam penghasilan PPE untuk Kumpulan Kedua sebanyak 1000 unit dan kita bekerjasama dengan syarikat jahitan tempatan iaitu Kamoora Butik Entreprise dan Pookal Industry Sdn Bhd. Ia berjalan lancar mengikut jadual dan akan disumbangkan ke Hospital Ampang; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh; dan  Hospital Port Dickson. Ketiga-tiga hospital ini merupakan Hospital Pengajar kepada [...]

COVID-19 pemangkin perubahan dalam pendidikan

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan penyakit akibat sejenis virus. Bahaya COVID-19 ini memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan jangkitan. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan adalah mesej yang sentiasa diulang sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020. Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjarakan fizikal dan sosial untuk mengekang penyebaran virus ini tidak akan berakhir dalam masa satu dua bulan, tetapi menjangkau beberapa bulan, malah mungkin berlanjutan hingga ke setahun. Mesej yang mudah – duduk di rumah – tetapi mempunyai impak yang sangat besar dalam setiap aspek kehidupan dan amalan seharian setiap individu. Hari ini wira negara di medan perang dengan musuh halimunan ini adalah mereka yang bertugas di barisan hadapan seperti bidang kesihatan, keselamatan, pertahanan dan pembersihan. Suasana luar biasa yang berlaku kini memerlukan tindakan yang luar daripada kebiasaan – tidak ada pil, tidak ada vaksin yang akan dapat menyembuhkan penyakit ini kecuali perubahan dalam tingkah laku dan amalan seharian. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini. Kalau kebiasaannya anak-anak pergi ke sekolah dan institusi pendidikan yang lebih tinggi untuk menuntut ilmu, hari ini mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah demi memastikan nyawa mereka dan keluarga mereka tidak terancam. Sekiranya penjarakan sosial seperti yang dikatakan oleh WHO perlu berlaku dalam jangka masa lebih panjang, adakah ini bermakna sesi pembelajaran formal tidak boleh berlaku? Secara teorinya tentulah [...]

Is the number of Covid-19 related deaths in Malaysia growing exponentially?

With the total number of deaths due to the Covid-19 pandemic alarmingly approaching 100,000 people the world over, one cannot help but to ask the question ‘Is the number of such deaths in Malaysia growing exponentially?’. To put it simply exponential growth may see daily death rate double in say 24 hours. Very recently, it was reported by Anna Ziff and Robert Ziff two researchers in USA (https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2020.02.16.20023820v2) that Covid-19 related deaths in China initially grew exponentially but eventually followed by what’s called a ‘power law’ growth. This is welcoming news because without a vaccine the current Covid-19 pandemic may eventually be contained by Movement Control Order and Lockdowns together with other preventive measures. In order to understand the power law behaviour we may imagine the many domestic and international airlines routes flying in or out of airports over the map of Malaysia. Major airports like KLIA and KLIA2 have more routes than the others. In network or graph theory these major airports are hubs and the other smaller airports are called nodes. The airline routes joining the different nodes are called links. It is typical of power law networks to have a few hubs and many nodes. Network analysis and visualisation are very useful for contact tracing to alleviate a disease outbreak. In the present context each node represents a person who may either (i) be infectious (ii) have been tested and infected, (iii) tested but not infected or (iv) not tested yet. [...]

Duduk Rumah, Belanja Berhemah

Perintah Pegerakan Kawalan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, pada mulanya berkuatkuasa pada 18 Mac-31 Mac dan kemudiannya dilanjutkan tempoh selama 2 minggu lagi sehingga 14 April akibat wabak pendamik, COVID-19 di Malaysia. Malah turut juga dirasai oleh negara-negara lain di seluruh dunia. Rentetan dari itu, semua diarah bekerja di rumah dan kebanyakan sektor seperti pendidikan, pembinaan dan perlancongan yang bukan kritikan turut ditangguhkan. Namun begitu, PKP dikecualikan bagi 25 sektor kritikal yang diiktiraf oleh Kemeterian Kesihatan seperti kesihatan, farmasi, bekalan makanan, dan pertanian bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus, di samping sektor kesihatan yang berperanan untuk memastikan wabak ini dapat dikawal serta perkhidmatan rawatan kesihatan dapat diberikan dengan baik. Dalam kontek sosial, PKP dilihat sebagai halangan untuk menyekat pergerakan umum untuk bercuti, pulang ke kampung dan membeli-belah. Namun begitu, jika dilihat dari sudut kewangan peribadi, ia dapat terkesan secara positif. Tiada lagi perbelanjaan untuk bercuti bermalam di hotel, makan di luar, minyak dan tol untuk ulang alik ke tempat kerja dan untuk pulang ke kampung dan seumpamanya. Kos perbelanjaan seumpama ini dapat dikurangkan apabila kita tidak keluar rumah. Di sini lah sebenarnya dilihat sebagai peluang untuk menambah tabungan keluarga dan dana kecemasan serta kos luar jangka seperti penyelenggaraan rumah dan kereta. Namun begitu, kesan yang paling dirisaukan adalah bagi pekerja bergaji harian dan peniaga kecil-kecilan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Peniaga nasi lemak, pemandu teksi, peniaga-peniaga di pasar malam, pasar tani, flea market, car-boot dan up town dan seumpamanya hilang punca pendapatan. Mereka [...]

USIM supplies media practitioners with hand sanitizers

NILAI, April 8, 2020 – Media practitioners play a key role throughout  the implementation of the Movement Control Order (MCO) as a front-line force to report to the public on the MCO and COVID-19. With the task of covering news at various locations, media practitioners are no exception to being exposed to the Covid-19 infection. As an initiative to provide additional hygiene to media personnel, the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) donated 60 bottles of hand sanitizer to media personnel in Negeri Sembilan. The hand sanitizer is produced by the Faculty Science and Technology Laboratory in a Box (FaST LaB) was presented by the Dean of the Faculty of Science and Technology Professor Dr. Rosalina Abdul Salam, of the Negeri Sembilan Media Club (MANIS) represented by Chairman Arfi Ahmad at USIM today. The initiative highlights how academic laboratories continue to expand their role beyond research and into practical community support. Behind every successful formulation, however, lies a steady supply of specialised resources and raw components. Laboratories require a wide range of materials to maintain consistent production standards, from sterilisation agents and testing reagents to essential compounds like peptide structures that support formulation stability and effectiveness. Reliable sourcing remains crucial, and research teams often turn to trusted suppliers at https://fitaminos.com to ensure quality peptide materials are available without interrupting ongoing laboratory work. Such collaborations between academic institutions and supply networks reinforce the importance of preparation, precision, and dependable resources in sustaining laboratory-driven innovations for public benefit. “This contribution is a tribute [...]

Doktor Pakar USIM berganding bahu siapkan PPE untuk Barisan Hadapan

NILAI, 8 April 2020 - Semangat berpasukan dan sifat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Doktor Pakar Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) wajar dijadikan contoh dan teladan. Berbekalkan dana yang dikumpul oleh pasukan projek yang terlibat, mereka telah menggerakkan operasi menjahit PPE untuk dibekalkan di hospital-hospital dan klinik yang memerlukan. Idea ini tercetuskan pada 1 April lalu, dan gerak kerja telah dimulakan pada esoknya 2 April 2020. Sehingga kini, pasukan ini telah berjaya menghasilkan 299 set PPE bagi fasa pertama dan telah diserahkan kepada hospital Ampang semalam. Menurut Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar Pakar Oftalmologi selaku Ketua Projek, beliau mendengar keluhan rakan-rakan setugas yang tidak mempunyai bekalan PPE yang mencukupi di Hospital Ampang, serta mempunyai bahan kain non-woven tetapi tidak mempunyai tenaga pekerja mencukupi untuk menjahit peralatan PPE, ini terus membakar semangat kami untuk terus menggerakkan projek bantuan ini dalam masa 24 jam idea tercetus dengan berbekalkan bahan kain yang diterima dari Hospital Ampang untuk fasa ini. “Kutipan dana dilancarkan oleh Profesor Madya Dr Maizatul Azma Masri dan Dr Nor Eyzawiah Hassan dikalangan sahabat-sahabat dan saudara mara terdekat bagi membeli bahan-bahan jahitan lain.” “Kami bersyukur ketua jahitan adalah dari pakar forensik USIM yang memang berbakat dalam cara-cara membuat pola dan jahitan, yang menariknya, dengan tutorial yang dijalankan secara online kami memulakan jahitan dengan dibantu oleh ahli keluarga masing-masing sehingga hujung minggu untuk siapkan jahitan pada fasa pertama ini”, jelas DR Azlina lagi. “Fasa kedua projek mensasarkan sebanyak 1000 unit dengan kerjasama [...]

Majlis Dato’- Dato’ Kurnia Negeri Sembilan (MDDKNS) hargai inisiatif USIM bantu Barisan Hadapan

NILAI, 7 April 2020 – Inisiatif dan usaha pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membantu anggota kesihatan barisan hadapan dengan menghasilkan pelindung muka (face shield) bagi kegunaan mereka dihargai pelbagai pihak. Penghasilan pelindung muka yang diketuai oleh Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali adalah menggunakan teknologi Mesin Cetakan 3 Dimensi (3D). Menghargai usaha yang diterajui oleh USIM dalam melindungi keselamatan dan memudahkan anggota kesihatan barisan hadapan menjalankan tugas mencabar memerangi COVID-19, Majlis Dato’- Dato’ Kurnia Negeri Sembilan (MDDKNS) berbesar hati menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM8,000.00 kepada Jemaah Profesor USIM (JPU). Sumbangan yang diberikan ini bertujuan untuk pembelian tiga unit Mesin Cetakan 3D baharu sebagai tambahan kepada lima unit Mesin Cetakan 3D yang dimiliki USIM kini. Penyampaian sumbangan oleh MDDKNS kepada JPU yang diadakan pada baru-baru ini disempurnakan Setiausaha MDDKNS, Dato’ Amiruddin Radzi kepada wakil JPU, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Taufik Mohd Nor dan Dr. Mohd Ifwat dengan disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh Che Mat selaku Yang Dipertua MDDKNS. Menurut Dr. Mohd Ifwat, beliau dan pasukannya amat menghargai sumbangan kewangan yang diberikan ini kerana dengan tambahan unit Mesin Cetakan 3D yang akan diterima nanti, ia sekaligus dapat meningkatkan kuantiti pelindung muka yang dapat disiapkan dalam sehari. “Permintaan dan keperluan kepada pelindung muka amat tinggi  di hospital dan klinik kesihatan pada masa kini dan USIM cuba penuhi dan membantu menyediakannya sebagai satu tanggungjawab sosial universiti. Justeru, kita kini beroperasi 24 jam di Tapak Penyelidikan Rumah Mizan USIM menggunakan Mesin Cetakan 3D sedia-ada dengan purata setiap [...]

Rakyat Malaysia, elakkan ‘Gatal-Gatal’ dalam tempoh genting ini

Pagi ini terima satu lagi khidmat pesanan ringkas dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tertera ‘Patuhi arahan PKP. Terus kekal di rumah, tempoh dua minggu ini amat penting untuk kita semua memutuskan rantaian jangkitan COVID-19;. Ringkas dan jelas maksudnya dan ini merupakan salah satu ‘tazkirah’ harian yang MKN hantar kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai satu ingatan dan nasihat. Tetapi dalam musim PKP Fasa 2 ini, masih ada segelintir yang tidak mahu duduk diam-diam di rumah, ada sahaja ‘sakit’ gatal yang dialami oleh segelintir rakyat kita. Jika dibiarkan ia tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini malah menjadikan keadaan lebih buruk. Gatal yang pertama ialah gatal kaki tak tertahan mahu keluar rumah melihat dunia. Walaupun tidak tergolong dalam kategori ‘Essential Services’ atau punyai urusan penting, masih mahu keluar untuk bersosial atau beriadah. Mungkin golongan gatal kaki ini merasakan terperuk dalam rumah lebih sukar dan mencabar berbanding pihak berkuasa yang berhujan berpanas membuat sekatan di jalan raya atau petugas kesihatan yang ‘berperang’ dengan COVID-19 di hospital. Misalnya di Mahkamah Majistret Selayang, sembilan lelaki termasuk dua warga emas mengaku bersalah ingkar PKP kerana dengan sengaja berada dalam kawasan tempatan jangkitan tanpa alasan munasabah dan berhimpun bagi maksud sosial. Jika tiada ‘sakit’ gatal kaki, ada pula yang gatal mulutnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat apabila disoal pihak berkuasa apa tujuan berada di jalan raya. Ada yang terlebih gatal mulut dengan yakinnya memuat naik rakaman video memperlekehkan pihak berkuasa dan petugas kesihatan dengan kata-kata yang jelik. Sebab itu orang tua [...]

Menteri Pengajian Tinggi puji usaha USIM perangi COVID-19

NILAI, 4 April 2020– Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa dua jam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Jumaat petang (3 April 2020) untuk melihat secara dekat pengurusan dan kesiapsiagaan USIM dalam memerangi wabak Covid-19.  Beliau yang tiba di Kampus USIM pada jam 4.00 petang disambut oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin bersama Pengurusan Universiti , Pegawai Kanan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Beliau di bawa dahulu ke Bilik Gerakan Agensi (BGA) di Pusat Kesihatan Universiti untuk diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa pengurusan Covid-19 diperingkat universiti. BGA yang ditubuhkan oleh USIM berfungsi sebagai bilik gerakan utama universiti yang melaksanakan segala gerak kerja pengurusan, pemantauan dan pengumpulan informasi berkenaan Covid-19 dalam kalangan warga kampus. Beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam, para petugas yang ditempatkan di BGA merupakan terdiri daripada Pegawai Bersekutu dan Pegawai Kehormat Badan Beruniform di USIM yang berpengalaman. Menerusi taklimat ini, USIM telah berkongsi dengan Menteri Pengajian Tinggi pemantauan dilakukan melibatkan empat lokasi utama yang menempatkan warga USIM iaitu di Kampus Induk Nilai, Negeri Sembilan; Kampus USIM Pandan Indah, Selangor; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor; dan pelajar perubatan di Temerloh, Pahang. Sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sebanyak 12 kluster operasi yang diterajui oleh jabatan tertentu telah dikenalpasti oleh BGA sebagai kritikal dan penting untuk terus beroperasi di USIM sepanjang PKP ini. USIM juga telah melaksanakan 30 inisiatif gerak balas bencana dalam mendepani Covid-19 bersama tiga inisiatif khas iaitu penghasilan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer); pelindung [...]

Go to Top