Dua beradik genggam Ijazah pada hari sama

NILAI – Detik graduasi menjadi lebih istimewa buat dua beradik dari Ketereh, Kelantan apabila Nik Qurratu Ain Nabilah Nik Zaid, 23, dan adiknya, Nik Muhammad Nabil Asyraf Nik Zaid, 22, sama-sama menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 3 November 2026. Qurratu Ain Nabilah merupakan graduan Sarjana Muda Matematik Kewangan [...]

By |2026-11-05T17:35:24+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kekurangan bukan penghalang, graduan USIM genggam Anugerah Pelajaran Diraja

NILAI – Kekurangan bukan alasan untuk berhenti mengejar impian apabila Ahmad Jazmi Samsuddin, 27, membuktikan kecekalan dalam menuntut ilmu dengan meraih Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), itu berasal dari Selangor [...]

By |2026-11-05T16:20:36+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kahwin sebelum tamat pengajian, pasangan suami isteri rai kejayaan bersama di USIM

NILAI – Membina rumah tangga sebelum menamatkan pengajian bukan penghalang buat pasangan suami isteri, Muhammad Faisal Kharudin, 24, dan Nur Hidayah Hanizat, 24, apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian dalam program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pasangan ini diraikan bersama [...]

By |2026-11-05T21:26:02+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Sarat hamil tujuh bulan bukan penghalang, bekas pensyarah USIM cekal raih PhD

NILAI – Sarat mengandung tujuh bulan bukan penghalang buat bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Rani A/P Sagaran, 36, untuk menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), meskipun terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pengajian separuh masa selama enam tahun. Dr. Rani yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Anatomi di Quest International University, Ipoh, [...]

By |2026-11-04T17:18:35+08:00November 4th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Sehari sebelum konvokesyen, ibu bapa graduan USIM terlibat kemalangan

NILAI – Hasrat seorang graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), untuk meraikan hari bersejarah bersama ibu bapanya hampir bertukar menjadi detik cemas apabila kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor, semalam. Ketika kejadian, Nur Badzlina Abdul Muis, 25, yang sedang dalam perjalanan dari Kelantan bersama suaminya, [...]

By |2026-11-04T17:08:01+08:00November 4th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM raikan 3,363 graduan pada konvokesyen ke-24

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan seramai 3,363 graduan sempena Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 6 November 2026 di Dewan Tuanku Canselor, USIM hari ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,709 merupakan graduan peringkat sarjana muda, manakala 654 graduan terdiri daripada peringkat siswazah melibatkan program diploma lepasan ijazah, sarjana dan [...]

By |2026-11-04T16:27:37+08:00November 3rd, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Graduan OKU pendengaran USIM raih sarjana, terima Anugerah Khas Yayasan Faqeh

NILAI – Keterbatasan pendengaran tidak menghalang Syaza Athirah Sailan @ Sazali, 27, dari Muar, Johor, untuk menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam tempoh tiga tahun, malah kejayaan itu turut melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Yayasan FAQEH sempena Majlis Konvokesyen ke-24 USIM hari ini. Anak keenam daripada [...]

By |2026-11-03T16:59:09+08:00November 3rd, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Pro-Canselor USIM buka tirai Olek Godang dengan persembahan istimewa

NILAI – Buat julung kalinya dalam sejarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kedua-dua Pro-Canselor universiti bergabung di atas pentas menerusi persembahan istimewa sempena Majlis Perasmian Pembukaan Olek Godang@USIM 2026 yang berlangsung di Khemah Utama Olek Godang, Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM, malam tadi, 2 November 2026. Persembahan istimewa itu menampilkan YAM Tunku Panglima Besar Tunku [...]

By |2026-11-02T17:15:40+08:00November 2nd, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top