Lima beradik dalam bidang kesihatan, graduan pergigian USIM tunai impian ibu
NILAI – Impian seorang ibu untuk melihat kesemua lima anaknya menceburi bidang perubatan dan kesihatan akhirnya menjadi kenyataan apabila anak bongsunya, Nur Faiqah Balqis Roslan, 24, berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Graduan Fakulti Pergigian kelahiran Kuala Terengganu itu melengkapkan legasi profesional keluarganya [...]









