Disember 2018
Mewujudkan suasana berbahasa Arab
Sekadar pemerhatian, saya masih belum mendapati mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden mahupun tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa melayu baik di dalam kelas mahupun di luar. Saya melihat ini antara punca utama mengapa pelajar agama di Malaysia tidak cukup baik kemahiran bahasa arabnya baik dari sudut perturturan atau pendengaran. Mungkin sebahagian mereka terutamanya di pusat pengajian tradisional mampu menguasai asas tatabahasa arab secara teori seperti Nahu, Saraf, atau Balaghah dengan agak baik, namun apabila mereka ke peringkat lebih tinggi yang memerlukan pendedahan lebih meluas, ramai yang terkandas. Misalnya apabila mereka ke universiti yang menawarkan bahasa arab sebagai perantaranya terutamanya universiti di Timur Tengah baik Mesir, Arab Saudi, Jordan, Moroko dan seumpamanya, mereka seakan tidak bersedia. Kejutan Budaya Pegajian Pengalaman saya juga menyaksikan ramai sahabat yang pernah menghabiskan 3 tahun diploma mereka di institusi ternama negara seperti Darul Quran yang belum cukup bersedia apabila menyambung pengajian mereka di negara arab. Bukan kerana sistem pengajiannya tidak bagus, tetapi kerana institusi dan pelajarnya masih tidak mampu mewujudkan biah (suasana) arab yang baik sebagai persediaan. Sebahagian mereka menyangka mereka sudah mampu ke kuliah atau sudah cukup bersedia menempuh alam baru, kerana tempoh lama yang mereka telah habiskan sebelum ini bergelumang dengan pelbagai subjek bahasa arab, lalu mereka terus tergesa-gesa masuk ke kuliah tanpa melalui pusat bahasa yang disediakan oleh sebahagian universiti. Ada sebahagian universiti yang mewajibkan pelajar luar [...]
Mewujudkan suasana berbahasa Arab
Sekadar pemerhatian, saya masih belum mendapati mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden mahupun tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa melayu baik di dalam kelas mahupun di luar. Saya melihat ini antara punca utama mengapa pelajar agama di Malaysia tidak cukup baik kemahiran bahasa arabnya baik dari sudut perturturan atau pendengaran. Mungkin sebahagian mereka terutamanya di pusat pengajian tradisional mampu menguasai asas tatabahasa arab secara teori seperti Nahu, Saraf, atau Balaghah dengan agak baik, namun apabila mereka ke peringkat lebih tinggi yang memerlukan pendedahan lebih meluas, ramai yang terkandas. Misalnya apabila mereka ke universiti yang menawarkan bahasa arab sebagai perantaranya terutamanya universiti di Timur Tengah baik Mesir, Arab Saudi, Jordan, Moroko dan seumpamanya, mereka seakan tidak bersedia. Kejutan Budaya Pegajian Pengalaman saya juga menyaksikan ramai sahabat yang pernah menghabiskan 3 tahun diploma mereka di institusi ternama negara seperti Darul Quran yang belum cukup bersedia apabila menyambung pengajian mereka di negara arab. Bukan kerana sistem pengajiannya tidak bagus, tetapi kerana institusi dan pelajarnya masih tidak mampu mewujudkan biah (suasana) arab yang baik sebagai persediaan. Sebahagian mereka menyangka mereka sudah mampu ke kuliah atau sudah cukup bersedia menempuh alam baru, kerana tempoh lama yang mereka telah habiskan sebelum ini bergelumang dengan pelbagai subjek bahasa arab, lalu mereka terus tergesa-gesa masuk ke kuliah tanpa melalui pusat bahasa yang disediakan oleh sebahagian universiti. Ada sebahagian universiti yang mewajibkan pelajar luar [...]
Didik diri berdikari, tidak mahu beban keluarga -Konvo16 USIM
NILAI, 29 November 2018 - Kong Lingxi, 23, dari Guangzhou menjadikan USIM pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian tidak sia-sia kerana berjaya menamatkan pengajian dalam program Pentadbiran Muamalat pada Majlis Konvokosyen ke 16 USIM baru-baru ini. Anak bongsu dari dua beradik ini berminat dalam pengajian agama, abang beliau pula sambung pengajian di Universiti Madinah dalam pengajian Dakwah. Sebelum ini mendapat pendidikan di High School Liwan Foreign Languange, Guangzhou dan selepas itu mendapat tawaran Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM, namun kerana tidak fasih berbahasa Arab beliau tidak berputus asa untuk untuk memohon pertukaran program kepada program Pentadbiran Muamalat dengan bantuan dari Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat ketika itu Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin. ”Saya dah empat tahun menetap di Malaysia, dan saya suka dengan persekitaran di USIM kerana jauh dari kesibukan bandaraya”, tambah Lingxi. ______________________________________________________________ Nur Adnin Bin Abdul Razak,25, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) menjadikan ilmu yang diperolehi di dewan kuliah, berpersatuan dan khidmat masyarakat yang dijalankan semasa pengajian di USIM sebagai titik tolak untuk beliau meneruskan kerja mulia ini apabila sekarang beliau berkhidmat di NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Bahagian Aduan Asnaf. Anak kepada Abdul Razak Bin Othman, 64, merupakan bekas pekerja pelabuhan Pasir Gudang, manakala ibunya, Mariam bt. Md. Ali,57, seorang suri rumah sepenuh masa, suka untuk berdikari dengan mencari duit poket sendiri untuk meringankan tanggungan Mak dan Ayah. Sejak di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Melaka lagi beliau telah bekerja sambilan katering selama 5 tahun, manakala semasa pengajian di USIM beliau melakukan pelbagai kerja sambilan [...]
Adakah salah menabung dengan permainan ’kutu’?
Mutakhir ini, permainan kutu semakin bergiat aktif di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Permainan kutu ini didefinisikan sebagai satu permainan yang menggunakan wang untuk menabung secara berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan perlu membuat undian untuk menentukan giliran mereka mendapatkan wang. Setiap permainan kutu yang dijalankan diketuai oleh seorang ketua yang digelar sebagai “ibu kutu”. Ibu kutu dipertanggungjawabkan untuk mengutip dan menyimpan wang daripada ahli kumpulan mengikut masa yang ditetapkan. Kemudian, ibu kutu perlu mengagihkan wang yang terkumpul kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan. Dalam meniti arus kemodenan ini, permainan kutu disalahgunakan oleh segelintir ibu kutu dengan membawa lari wang ahli kumpulan. Hal ini kebiasaannya terjadi di dalam sesebuah organisasi besar yang menjalankan skim wang kutu. Justeru itu, ibu kutu yang melarikan wang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 iaitu “Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.” Hukum main kutu mengikut Islam Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri berkata harus bermain kutu menurut mazhab Maliki yang membenarkan berhutang dari wakaf dan konsep kerjasama kesepakatan dan persetujuan diantara ahli peserta kutu, (bukannya hubungan antara dua pihak) tanpa melibatkan bayaran riba atau apa-apa skim pelaburan. Berdasarkan kata-kata Mufti Wilayah Persekutuan tentang main kutu harus menurut [...]
Apakah status forex menurut islam?
Pada zaman era ICT ini, ramai pengguna masa kini menceburi pelaburan melalui sistem online terutamanya dalam pelaburan forex. Apakah itu forex? Forex pada dasarnya merupakan gabungan dari dua kata dalam bahasa inggeris iaitu “foreign” dan “exchange”. Foreign bermakna “asing” atau “luar negeri” sedangkan Exchange bermakna sebagai “pertukaran”, dalam hal ini yang dimaksudkan adalah pertukaran mata wang. Dan ketika digabungkan forex atau foreign exchange dapat diertikan sebagai sebuah kegiatan pertukaran mata wang asing. Maka apa hukum kegiatan pertukaran mata wang asing ini. Jual beli pertukaran matawang ini disebut sebagai Bay’ al-Sarf. Hukum melakukannya adalah harus berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Ubadah bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai.’ (Hadis riwayat Imam Muslim (no. 1587)) Penggunaan matawang kertas pada zaman ini mengambil tempat matawang emas dan perak kerana illahnya adalah sama yakni pada thamaniyyah (nilai matawang). Namun begitu, amatlah penting untuk dipastikan jual beli ini dilakukan berdasar syarat-syaratnya yang khusus. Jika tidak menepati syarat, maka transaksi itu menjadi batil dan terlibat dengan riba yang diharamkan. Apakah solusi yang terbaik dalam menjalankan jual beli pertukaran matawang asing ini? Pertama sekali, tiada unsur riba’ dalam jual beli. Ini kerana riba adalah salah satu dosa besar [...]
SeIPTI2018 jalin kerjasama strategik dengan 4 Universiti Islam Asia Tenggara
NILAI, 25 November 2018 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi tuan rumah bagi Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SeIPTI) 2018 kali yang ke lima yang bermula 25 hingga 26 November 2018 bertempat di Dewan Senat Canselori USIM. Sebanyak 110 kertas kerja dibentangkan pada program yang berlangsung selama dua hari itu. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Zulkefly Mohamad Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan. ”Saya juga memuji USIM yang tidak pernah ketinggalan dalam kolaborasi serantau. Sesuai dengan fungsi sebagai sebuah universiti Islam, pada wal 2013 USIM diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju Konsortium Institusi Pengajian Tinggi Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan atau dikenali sebagai i-IQRA’. Konsortium ini menjadi harapan negara untuk memperkasakan program akademik dan pengajian Islam yang bukan hanya bermanfaat kepada institusi pendidikan dalam negara tetapi turut melangkaui batas geografi iaitu rakan-rakan OIC di peringkat serantau”. ”Saya mengharapkan agar USIM akan terus memperkasakan kerjasama serantau ini dengan cuba melihat insentif yang bersesuaian agar usaha murni USIM dapat dimantapkan lagi pada masa akan datang. Kerjasama serantau seperti SeIPTI ini penting bagi Kementerian Pendidikan kerana ia merupakan kerjasama strategik yang akan dapat melonjakkan kecemerlangan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi” tambah YB Tuan Zulkefly dalam ucapannya. SeIPTI merupakan program seminar yang dikoordinasikan oleh empat Universiti Islam di Asia Tenggara iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Malaysia, Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor Indonesia, Universitas Islam Sultan Syarif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam dan Universiti Fatoni, Thailand. Pada tahun ini SeIPTI2018 mengangkat tema seminar iaitu Merintis Kampus Barakah dalam Institusi Pengajian Islam [...]
Kenali & Cintai Ilmu Hadis!
Antara cabaran utama para pelajar yang berminat untuk menerokai ilmu hadis ialah bahasa arab yang sangat penting untuk menguasai ilmu hadis baik dari sudut riwayah (periwayatan sanad) atau dirayah (kefahaman teks). Ini kerana hadis sendiri berasal dari bahasa arab, dan rujukan-rujukan medan ini juga dalam bahasa arab. Saya beranggapan kebanyakan orang awam masih kurang menguasai bahasa al-Quran ini dengan baik. Maka saya syorkan mulailah dengan membaca penulisan dalam bahasa yang kita fahami disamping mengasah kemahiran bahasa arab kita kerana kebanyakan penulisan yang baik dan utama masih belum diterjemahkan. Sebelum kita memulakan langkah mendalami ilmu hadis, kita perlu jelas apakah jenis cabang ilmu hadis ilmu hadis yang kita minati, adakah ianya berkaitan fiqh hadis? Atau sains hadis? Atau keduanya? Realiti ramai penuntut ilmu hadis yang minat mereka lebih cenderung kepada salah satu cabang tersebut sahaja. Ramai yang hanya berminat kepada fiqh hadis yang lebih tertumpu pada makna-makna hadis, sedikit pula yang meminati sains hadis yang lebih fokus pada penilaian status hadis. Tidak dinafikan, kedua-duanya sangat penting. Jika kita cenderung untuk menerokai bidang fiqh hadis, tidak dinafikan penguasaan bahasa arab perlu dipertingkatkan kerana ia melibatkan banyak perbincangan mengenai kefahaman hadis dan perincian bagi setiap lafaz hadis. Jika bidang sains hadis yang lebih diminati, maka keperluan terhadap bahasa arab juga tinggi kerana ia melibatkan banyak perihal perawi dan rujukan, sedangkan hampir kesemua rujukan ini dalam bahasa arab. Setelah mengetahui hala tuju kita, teguhkan cabang-cabang ilmu yang boleh diumpamakan sebagai tiang asas yang menguatkan binaan. Bermula dengan rujukan yang mudah, lalu mendapatkan bimbingan pembimbing baik yang mampu memandu kita menerokai ilmu hadis. Ketahui siapa para guru yang ahli dalam bidang tersebut dan berkelapangan untuk bersama kita. Lazimi mereka dan masukilah ilmu yang kita kehendaki melalui pintu yang betul. Jangan jemu dan goyah dengan kesukaran [...]
Mahasiwa USIM FPQS Cakna OKU, Anjur Khidmat Ummah
NILAI, 11 November 2018 – Seramai 40 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 4 bersama 8 pensyarah daripada Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) telah bersama-sama menjalankan program khidmat ummah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kuala Terengganu pada 9 November hingga 11 November 2018. Bertemakan “We Care We Love” pelaksanaan program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi peluang untuk merasa tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa USIM yang cakna dalam menimba pengalaman sekaligus dapat meningkatkan kesedaran nilai-nilai empati terhadap pelajar yang mengalami cacat penglihatan dan kurang pendengaran disekolah tersebut. Antara aktiviti yang terlaksana di SKPK Kuala Terengganu pada hari tersebut adalah terapi wudhu, terapi rukyah, tahfiz akhyar, tadabbur surah, dan bahasa isyarat akidah, manakala di PERTIS Kuala Terengganu, mereka mengajar bagaimana cara untuk menyantuni OKU penglihatan, melawat cara pembelajaran mereka dan juga mengadakan slot perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nur Adzam bin Rasdi pensyarah USIM, dalam membezakan antara kaedah penulisan Quran braille dengan penulisan Quran braille Resam Uthmani Pengarah Program, Saudara Ahmad Zakuan Bin Ahmad Azizi melahirkan rasa bangga dan teruja dengan terlaksananya program khidmat ummah ini kerana dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada mereka sebagai sukarelawan dalam menjayakan program khidmat ummah bersama anak-anak istimewa ini mengikut cara mereka tersendiri. Ia juga adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran dengan lebih dekat. “Selain itu, kami juga turut mengadakan aktiviti solat dhuha berjemaah bersama kanak-kanak istimewa ini sejurus itu sambil mengajar [...]
Persidangan Akademik: Projek Wacana Malaysia-Jepun 2018
NILAI, 4 Disember 2018 - Seramai lebih kurang 130 peserta hadir ke persidangan akademik Malaysia-Japan Historical Relation: From History to a New Kizuna yang diadakan di Le Meridien Hotel Putrajaya. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sebagai penganjur utama mengambil langkah proaktif sebagai peneraju gandingan usahasama 8 entiti lain menyediakan platform untuk dialog intelek di pelbagai peringkat lapisan masyarakat untuk bersama dalam memberikan input dimensi baru dalam Dasar Pandang ke Timur yang akan diketengahkan semula oleh kerajaan kini. Turut mendapat kerjasama dari institusi dan organisasi lain, iaitu Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya (AAJ, UM) , Pusat Bahasa Teikyo Malaysia (PBT), Japan Associates Degree, Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP), Malaysia Japanese Language Instructors Society (MAJLIS), Alumni of Look East Policy Society (ALEPS), Omoiyari Institute (OI), Keiken Talk (KT), Katana Circle (KC) dan Cakap Jepun, Michi Global Resource (CJ). Negara Jepun meraikan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik Jepun-Malaysia pada 2017. Perdana Menteri ke-7 Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membuat kenyataan bahawa beliau akan melihat semula dan memperkukuhkan Dasar Pandang ke Timur sedia ada untuk memberi manfaat sebaiknya kepada kedua negara. Keputusan ini telah menarik perhatian ramai pihak. Persidangan akademik ini menghimpunkan kepelbagaian ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan hubungan Malaysia-Jepun; dari sudut sejarah, masa kini dan masa hadapan dan ia merupakan program daripada Siri ke-4 yang direncanakan melalui Projek Wacana Malaysia-Jepun 2018. Program Siri/1 telah diadakan untuk memupuk pemahaman berkaitan budaya dan nilai masyarakat Jepun. Siri ini disasarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, sebagai platform permulaan dalam [...]
USIM anjur program Khatan Perdana, rai 34 kanak-kanak
NILAI, 1 Disember 2018 - Musim cuti sekolah telah bermula, Pusat Islam dengan kerjasama Klinik Pakar USIM dan Pusat Kesihatan Universiti mengambil inisiatif menganjurkan program Khatan Perdana yang diadakan di Klinik Pakar USIM yang terletak di Nilai Square hari ini. Dengan tema 'from zero to hero' program disertai seramai 34 kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun ini turut meraikan anak-anak asnaf seramai 15 orang dari sekitar Nilai yang diberi perkhidmatan berkhatan secara percuma dengan menggunakan tabung Tabarruq USIM. Majlis dimulakan dengan sesi motivasi kesihatan kepada kanak-kanak ini telah disampaikan oleh Dr Nik Shafikudin Md Tajuddin sebelum majlis bersiram dimulakan dengan anggota bomba Nilai dan rombongan berkhatan dibawa dengan menaiki bas USIM ke Klinik Pakar. Seramai 4 pegawai perubatan USIM yang terdiri dari Prof Madya Dr Affirul Chairil Ariffin, Dr Nurul Nadia Jamaluddin, Dr Arief Hamid dan Dr Mohamad Farhan Mohamad Yusoff mewakafkan kepakaran mereka untuk kanak-kanak yang dirai hari ini. Menurut Prof Madya Dr Affirul Chairil Ariffin, kanak-kanak ini merasa gembira dan tidak gentar kerana masing-masing bersama kawan-kawan lain untuk berkhatan sama". "Semoga program ini dapat diadakan secara berterusan dan sumbangan dari orang awam dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan", ujar Dr Affirul. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032