Januari 2019
USIM sambut baik cadangan Kementerian Kesihatan jadikan IPT kawasan larangan merokok
NILAI, 9 Januari 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam untuk memperluaskan kawasan larangan merokok ke semua institusi pengajian tinggi (IPT). Langkah Kementerian ini tidak menjadi halangan dan kekangan untuk dilaksanakan oleh USIM kerana universiti ini telah menguatkuasakan kampus larangan merokok dan vaping sejak 1 Januari 2016 lagi. Pada tahun lalu juga, USIM turut menerima penghargaan Anugerah Sijil Blue Ribbon dari Kementerian Kesihatan kerana komited dalam melakasanakan kempen Blue Ribbon yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan. Kempen Blue Ribbon adalah usaha untuk memastikan premis yang menyertai bebas asap rokok dengan di pihak USIM, pelaksanaan kempen ini diterajui oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Sebagai sebuah universiti Islam, USIM perlu selari dengan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke - 37 yang bersidang Kali Ke - 37 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai “Hukum Merokok Dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk memutuskan dengan jelas bahawa “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”. PKU USIM telah diberi mandat Pengurusan Universiti bagi melaksanakan Kempen USIM sebagai Kampus Larangan Rokok dan Vaping secara meluas di seluruh kampus sejak 2016 hingga kini. Banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi memastikan USIM sebagai Kampus Larangan Merokok dan Vaping antaranya ceramah kanser, Klinik Berhenti Merokok yang diadakan setiap Rabu,melantik pegawai penguatkuasaan dalam kalangan staf dalaman universiti, mengenakan bayaran kompaun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen kesedaran tidak merokok dan berhenti merokok dengan berkolaborasi dengan pihak yang [...]
USIM, Kedutaan Amerika anjur Bengkel Penulisan Naratif
Nilai, 8 Januari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama dari Kedutaan Amerika mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel penulisan naratif sebagai alternatif yang baharu dalam menjadikan maklumat penting menarik dibaca dan relevan. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Janet Steele dari George Washington University ini berjaya menarik minat lebih 30 peserta dari lima pusat pengajian tinggi iaitu USIM, UPM, UM, Politeknik Nilai dan UTEM yang melibatkan pensyarah dan pelajar pasca siswazah dari pelbagai bidang seperti komunikasi, pengajian bahasa Arab dan bahasa Inggeris, pengajian Islam, ekonomi dan kejuruteraan. Bengkel ini berlangsung di Jabatan Perpustakaan USIM Menurut Steele, untuk mencapai penulisan berbentuk naratif yang mempunyai makna lebih mendalam serta menarik dari segi olahan dan gaya bahasa. “Ini menjadikan penulisan bukan sekadar lebih menarik dibaca, tetapi meningkatkan kepercayaan pembaca terhadap media kerana mendapat maklumat yang berkualiti serta membuatkan pembaca tidak mahu berhenti membaca sungguhpun hasil penulisan itu lebih panjang dari berita biasa”, kata Steele. Menurutnya lagi, penulisan akademik terutamanya bagi jurnal dan buku penyelidikan tidak semestinya perlu bersifat mendatar atau di persembahkan secara kronologi mengikut tradisi penulisan saintifik. Sebaliknya pengolahan penceritaan menggunakan teknik penulisan naratif boleh menjadikan penulisan akademik lebih menarik tanpa mengurangkan nilai kesarjanaan. Dalam menghasilkan penulisan naratif ini, Steele berkongsi empat tips utama penghasilannya: Penulis perlu fikirkan “enjin” dan “maksud” penulisan yang dihasilkan. Maksud ialah makna yang ingin disampaikan dalam penulisan dan enjin pula bermaksud unsur yang boleh membuatkan pembaca tertanya-tanya, tertarik untuk membaca lagi dan mencabar sifat ingin tahu. “Banyak penulisan mempunyai makna, tetapi tidak mempunyai enjin, [...]
Prof Madya Dr Mohd Rushdan Staff USIM Pertama dilantik Timbalan Naib Canselor (HEPA)
NILAI, 6 Januari 2019 - Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2021. Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang telah tamat tempoh pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 31 Disember 2018 yang lalu. Rushdan, mencatat sejarah apabila beliau menjadi staff USIM yang pertama dilantik sebagai TNC (HEPA) di USIM. Beliau yang memiliki ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti of Exeter, United Kingdom ini dilantik sebagai TNC HEPA selepas tokoh kepimpinan beliau terserlah apabila beliau telah melaksanakan pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran dengan cemerlang. Menerusi temubual bersama beliau, Rushdan berhasrat ingin memacu kecemerlangan mahasiswa dan alumni USIM untuk bersama-sama menaikkan imej USIM di dalam dan luar negara. Kita sedia maklum bahawa mahasiswa dan alumni USIM yang berpengaruh dan berjaya di luar menjadi penanda aras kehebatan sesebuah institusi pendidikan. Ini kerana dalam konteks Universiti, alumni menjadi salah satu pemegang taruh yang penting untuk menaikkan imej Universiti. Selain itu, saya juga berhasrat ingin mewujudkan budaya menyumbang kembali kepada universiti sama ada melalui endowmen, kepakaran, pembangunan akademik, program sahsiah pelajar, jalinan kerjasama, promosi dan sebagainya, katanya lagi. Selain itu, beliau juga ingin memberi fokus kepada keberhasilan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) di USIM dan ingin memperkukuhkan kompetensi mahasiswa dalam tiga aspek utama iaitu holistik, seimbang dan berkeusahawanan. Matlamat ini akan berjalan seiring dengan agenda [...]
Pensyarah Komunikasi USIM Bantu MDN Tingkat Kefahaman Tangani Krisis Umat Islam
NILAI, 2 Jan 2019 - Kumpulan akademik dari Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bantu Majlis Dakwah Negara (MDN) untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang krisis yang dihadapi oleh umat Islam di dalam dan luar negara melalui penulisan di media. Menurut Pengerusi MDN, Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, menyebarkan fakta yang benar di media adalah perlu untuk meningkatkan pemahaman dan bacaan dalam kalangan masyarakat. Apa yang lebih penting ialah mengenalpasti golongan yang mencetuskan konflik dan krisis dalam kalangan umat Islam, melalui kes-kes yang viral di media. “Dengan adanya pengaruh media ini secara tidak langsung dapat meningkatkan fungsi MDN dan umat Islam dapat merasakan kewujudan MDN untuk mereka mendapatkan maklumat berkaitan isu umat Islam,” katanya lagi. Menurut beliau lagi, MDN mengambil inisiatif pertama untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan krisis umat Islam dalam dan luar negara berikutan ada pihak yang mempersoalkan mengapa MDN mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen terhadap isu-isu yang berlaku berkaitan umat Islam akhir-akhir ini. Selain itu, Prof Madya Dr Mohd Irwan Subri dari USIM mencadangkan dalam usaha untuk menangani krisis umat Islam di dunia gelombang Islam perlu ditingkatkan dengan mengadakan pelan tindakan seperti mengumpulkan semua pertubuhan Islam dan NGO di dalam dan luar negara dan menjadi wakil untuk bercakap di peringkat antarabangsa. “Kita perlu menyenaraikan isu-isu berkaitan umat Islam di seluruh Asia dan melihat pendirian negara masing-masing terutama Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang kolektif agar lebih cepat memberi maklum balas terhadap isu berkaitan orang Islam dan gerakan Islam di [...]
Apa Azam Tahun Baru 2019?
Muncul tahun baru, kita sering membuat resolusi seperti aku nak kurus tahun ni, aku nak bersenam 20 minit sehari, aku nak simpan wang simpanan, aku nak panjat Gunung Everest dan sebagainya. Azam baru di tahun baru sudah menjadi kebiasaan. Yang menjadi kebiasaan juga adalah bila azam hanya tinggal azam sahaja. Tiada tindakan yang kita benar-benar lakukan. Cuba kita muhasabah adakah kita telah mencapai azam kita yang dibuat awal tahun lepas? Adakah ianya tercapai? Apa yang menyebabnya tidak tercapai? Apa yag patut kita lakukan agar kita dapat capai azam tersebut? Saya ingin bertanyakan suatu soalan yang penting sempena azam tahun baru ini. Kita boleh berazam dengan sebanyak mana pun azam. Cuma saya hendak tanya secara peribadi adakah kita ada buat belanjawan kewangan tahun baru? Ada tidak kita buat belanjawan kita setiap tahun? Jika ada, adakah kita buat belanjawan bersama keluarga? Ada tidak kita libatkan isteri dan anak-anak dalam perancangan bajet kita? Kalau tak pernah, apa yang patut anda buat? Kalau pernah adakah anda buat setiap tahun tanpa gagal? Kalau belum, bila nak mula buat? Kalau alasannya sebab saya belum berumahtangga, cukuplah buat untuk perancangan individu sahaja. Jadi, amatlah penting untuk kita meluangkan sedikit masa setiap tahun bersama keluarga untuk membuat belanjawan kewangan. Mungkin kita perlu satu hari, mungkin hanya separuh hari dan mungkin hanya perlukan sejam sahaja. Ini bergantung kepada kesesuaian anda. Adalah lebih baik daripada tidak buat langsung belanjawan tahunan. Apa sebab kita perlu libatkan keluarga semasa buat belanjawan? Apakah peranan ahli keluarga di dalam [...]
Disember 2018
Mahasiswa Pupuk Cinta Terhadap Bahasa Arab
NILAI, 16 Disember 2018– Seramai 94 orang pelajar hadir ke program One Whole Day on Developing Arabic Writing dan Comrehensive bertempat di Dewan Kuliah Sederhana 1.2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Program perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Dr Ismael Y.A Abujarad dan Dr Malek berkenaan cara penulisan dan pemahaman dalam Bahasa Arab. Hal ini sedikit sebanyak membuka mata mahasiswa dan mahasiswi USIM tentang pentingnya Bahasa Arab. Melalui Bahasa Arab juga, kita boleh mengenali budaya Bangsa Arab yang gemar bernasyid dan bersajak. Di dalam program ini, para peserta diperdengarkan alunan sajak dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya. Oleh itu, peserta dapat mempelajari tentang bait-bait dalam sajak Bahasa Arab berbanding Bahasa English dan mendapati bahawa pembacaan sajak dalam Bahasa Arab terdapat caranya yang tersendiri. Secara tidak langsung, peserta dapat memahami bait sajak tersebut dengan mudah. Selain daripada itu, pelajar juga diajak untuk bersama-sama mendalami dan menghafal hadis Rasulullah s.a.w di dalam program ini. “Cara penyampaian yang santai, tetapi sampai tujuan program. Ini adalah satu peluang yang amat berharga untuk pelajar untuk meningkatkan kefahaman dalam Bahasa Arab sekali gus memperbaiki kemahiran dalam penulisan Bahasa Arab, dengan harapan mahasiswa USIM lebih memperaktikkan ilmu yang telah dipelajari bersama” ulas Musyirah, Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun 1 . Disediakan oleh: Musyirah, Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032 [...]
KPI 2019 perlu dirangka secara bijak, elak pekerja stres
Tahun baru 2019 akan menjelang tiba. Sudah pasti semua pengurusan organisasi dan tempat kerja khususnya pihak majikan kini sedang sibuk merangka sasaran kerja masing-masing melalui sistem Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI) bagi memenuhi sasaran kerja sepanjang tahun 2019 yang akan datang. KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan dapat membantu sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan ditempat kerja. Penggunaan KPI adalah penting pada masa kini. Banyak organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam negara kita sudah pun mula mengamalkan penggunaan KPI berkenaan dalam merangka perjalanan rancangan, aktiviti serta program yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa tertentu. Buat sekian lama, pihak kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi atau tempat kerja perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan atau golongan sasar dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi atau tempat kerja secara keseluruhannya. Penggunaan KPI di sektor awam ini kemudiannya telah diterima pakai di kebanyakan organisasi dan tempat kerja di sektor swasta kerana manfaat yang dibawa melalui penggunaannya khusus dalam merangka aspek perjalanan pekerjaan serta aspek penilaian tahap keuntungan yang ingin diperolehi. Secara umumnya, penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi sesebuah organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju [...]
“Keberkatan doa ibu adalah kekuatan saya ”- Dr. Ahmad Kamil Jamilin
Petikan ucapannya selaku wakil graduan dalam Majlis Konvokesyen ke-16 USIM pada November lalu tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat. Intipati ucapan Dr. Ahmad Kamil Jamilin, 33 tahun yang menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hadis menceritakan mengenai keyakinan tinggi yang beliau sandarkan pada doa seorang insan bergelar ibu hingga menjadi azimatnya menamatkan pengajian dalam bidang yang dianggap sukar dengan cemerlang. Sedang berkhidmat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM kini, Dr. Ahmad Kamil Jamilin mencipta kejayaan yang hebat apabila tesis beliau berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan malahan lulus tanpa sebarang pembetulan. ‘Berkat doa ibu’ bukan sahaja menghadirkan kejayaan luar biasa semasa pengajian PhD beliau, tetapi turut memberi kesan yang besar kepada bapa tiga orang cahaya mata ini di sepanjang hidupnya. Dari seorang anak yang nakal dan lemah dalam pelajaran, kekuatan doa dari kedua ibu-bapanya merubah dirinya 360 darjah. Ikuti kisah beliau yang sungguh memberi inspirasi, tauladan dan pengajaran yang amat bermakna. S1 Kerap bertukar sekolah kerana memberontak Saya merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur. Saya memulakan pengajian awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Taman Keramat dari darjah satu sehingga darjah tiga. Kemudian di usia 9 tahun saya dih antar ke Pusat Tahfiz Al-Imam International Institute, Kubang Kerian Kelantan. Namun pada usia 10 tahun pula saya ditukarkan ke Pusat Tahfiz Janda Baik, Pahang hampir setengah tahun sebelum kembali semula ke Al-Imam Kelantan. Pada usia 11 tahun saya berpindah lagi ke Sekolah Ad-Din Malim Nawar Perak selama [...]
Muhammad Mujahid Yusup diangkat sebagai Tokoh AKSIS 17/18
NILAI,12 Disember 2018 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 17/18 disambut gilang gemilang bagi meraikan dan menghargai para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dan pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan. Majlis yang berlangsung baru-baru ini di Dewan Tuanku Canselor ini merupakan penganjuran kali ke-10 sejak julung kali dianjurkan pada tahun 2009 . Mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu dari 62 pencalonan bagi merebut 15 anugerah melalui dua (2) kategori iaitu Kepimpinan dan Kesukarelawanan. Hasil daripada saringan yang telah dijalankan itu, sejumlah 14 calon individu telah terpilih untuk melalui peringkat temuduga dan main peranan (role play) sebagai persediaan ke Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 yang akan diadakan tidak lama lagi. AKSIS 17/18 mengangkat Muhammad Mujahid Yusup, 24, dari Fakulti Quran dan Sunnah Darul Quran sebagai Tokoh AKSIS yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM1000. Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kesukarelawanan dan Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka). Anak ketiga dari enam beradik ini menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pemimpin masyarakat, ingin mengikut jejak langkah Nabi SAW sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, lembut sesama saudara dan ringan tulang membantu sesiapa sahaja. ”Matlamat saya adalah menggabungkan aspek Naqli dan Aqli dalam setiap aspek kehidupan baik dalam bidang kepimpnan, ekonomi, dan kehidupan bermasyarakat dengan memperkukuhkan institusi tahfiz dengan pengurusan berwibawa dan kurikulum Al-Quran dan akademik yang bersepadu”. ”Saya harap mampu untuk memandu masyarakat, seterusnya negara ke arah kehidupan harmoni dalam setiap peringkat dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah Saba' sebagai negeri yang baik, aman dan makmur” ujar Mujahid. [...]
Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara 2018
NILAI, 19 Disember 2018 - Bagi meraikan mahasiswa/i yang yang telah menjalani kursus khas cakna tentang orang kurang upaya (OKU) terutamanya cacat pendengaran melalui Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) tahap 1 dan 2, satu Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara telah diadakan pada 19 Disember 2018 baru-baru ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4, USIM. Seramai 117 orang peserta KDTS telah berjaya bergelar graduan Kursus Dakwah Tanpa Suara iaitu 36 orang daripada KDTS 1(2017/2018), 25 orang daripada KDTS 2 (2017/2018) dan 56 orang daripada KDTS 1(2018/2019). Para graduan KDTS ini terdiri daripada mahasiswa/i USIM, UKM, UniKL, UIA dan juga orang awam. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid tanpa suara yang melibatkan mahasiswa/i KDTS sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar kursus ini. Kursus ini merupakan anjuran Kelab Sukarelawan Dakwah OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH (SaF@USIM) dan turut memberi kerjasama dalam menjayakan program ini adalah Yayasan FAQEH, Ibnu Ummi Maktum Research Centre (UMMI) dan FAQEH Training and Consultancy (FTC). Ini menggambarkan bahawa mahasiswa/i USIM diberi pendedahan, pengetahuan dan juga kesedaran terhadap OKU. Majlis Graduasi ini merupakan salah satu inisiatif Sekretariat Sahabat Faqeh (SaF@USIM) untuk memberi penganugerahan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Seterusnya secara tidak langsung dapat memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan mahasiswa/i USIM bagi melahirkan generasi yang mempunyai sikap bertimbang rasa di samping menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri mereka. Majlis ini juga diadakan bagi melahirkan mahasiswa/i yang bebas daripada nilai-nilai kapitalis dan membuka minda mahasiswa/i USIM berkaitan OKU cacat pendengaran serta bersama-sama menebarkan ilmu berlandaskan aqli [...]









