Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2017

USIM jalin MoA dengan UTM dan MoU bersama lapan rakan industri

NILAI, 3 November 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengukuhkan hubungan kerjasama membangunkan Projek Rumah Mizan. Pada majlis yang sama, USIM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan industri yang turut menyumbang bagi menjayakan projek rumah pintar mesra tenaga tersebut. “Projek yang menelan belanja kira-kira RM 600,000 ini akan menjadi wakil tunggal negara ke pertandingan akhir Solar Dechatlon Middle East (SMDE) 2018 yang bakal diadakan di Dubai pada November tahun depan,” ucap YBhg Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad. “Setakat ini persiapan USIM ke pertandingan itu mencapai 50 peratus dan kita berharap dapat menjulang nama Malaysia. Kerjasama yang terbina antara USIM dan UTM adalah dari segi kepakaran seni bina dan reka bentuk daripada USIM manakala UTM akan membantu menyediakan pakar kejuruteraan solar bagi memantapkan fungsi Rumah Mizan,” tambahnya lagi. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail. Antara rakan industri yang menjalin kerjasama adalah MAG Builders Sdn Bhd, Ainul Rahman Architect, Inovar Resources Sdn Bhd, Neapoli Sdn Bhd, Shera Public Company Limited, United Seasons Sdn Bhd, Creative Environments dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Sri Gading. SDME dianjurkan melalui perjanjian di antara Majlis Tertinggi Tenaga Dubai, DEWA, dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dengan matlamat utama untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan mengenai inovasi perumahan yang cekap tenaga dan mampan. Ia juga menyokong Strategi Tenaga Bersih Dubai 2050, yang dilancarkan oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk mengubah Dubai sebagai hab global bagi tenaga [...]

USIM jalin kerjasama dengan Institut Wasatiyyah Malaysia anjur IC-DAIM 2017

NILAI, 1 November 2017 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan IC-DAIM 2017 yang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 1 November 2017. Ia merupakan kesinambungan bagi siri konferens yang telah dijalankan setiap dua tahun sejak tahun 2010. Melalui tema tahun ini iaitu “Wadah Kepimpinan Wasatiyyah”, konferens ini mensasarkan penyertaan yang lebih luas dari kalangan sarjana, penyelidik, penggubal polisi, para eksekutif, aktivis da’wah, para pelajar, serta semua yang berminat untuk bersama-sama terlibat dan berhubung melalui konferens ini. IC-DAIM 2017 kali ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan juga menampilkan Tan Sri Dato’ Seri Abdullah Md Zin dalam sesi plenari. Turut membentangkan dalam sesi plenari ialah PM Dr Mohd Afandi Mat Rani, Timbalan Pengarah 1 Institut Wasatiyyah Malaysia. ”Konferens seperti ini diharapkan dapat meletakkan neraca yang baik dalam pemikiran pendakwah dan pemimpin pada masa kontemporari. Di samping itu, ia diharap dapat menggabungkan kepakaran teori dan praktikal dari para akademik dan pentadbir yang terlibat dalam organisasi dan intitusi da’wah dan kepimpinan. Malah, tema ’wasatiyyah’ sangat relevan untuk mengajak masyarakat setempat terlibat dalam konferens ini,” Dr. Kalsom binti Ali, Pengarah IC-DAIM 2017. “Adalah diharapkan agar melalui Konferens IC-DAIM 2017 ini, para akademik dapat meluaskan pandangan melalui perkongsian hasil kajian penyelidikan. Manakala para pentadbir dapat diketengahkan dengan cara-cara mengelola institusi dan organisasi masing-masing dengan lebih seimbang iaitu dengan mengambil kira pelbagai dimensi kemanusiaan. Semoga konferens ini memberi platfom kepada para pemikir untuk [...]

‘Kiub Bunga Kantan’ inovasi pelajar Bioteknologi Makanan

SERDANG, 31 Oktober 2017 – Kumpulan Aroma yang dianggotai empat orang pelajar dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi berjaya menggondol gelaran Naib Juara di Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 bertempat di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan. Mempertandingkan produk kiub bunga kantan, kumpulan ini menggunakan sepenuhnya bunga kantan asli dalam menghasilkan produk inovasi untuk tujuan memudahkan penyediaan masakan tanpa mengurangkan keaslian rasa dan aroma bunga kantan. “Kumpulan Aroma berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir berentap bersama 30 kumpulan dari pelbagai institusi pendidikan di peringkat separuh akhir dan melayakkan diri bersama 10 kumpulan ke peringkat akhir yang mana setiap kumpulan perlu membuat pembentangan di hadapan semua juri,” ujar Wan Nur 'Afina Abdulah Khir, antara ahli kumpulan Aroma. Majlis penutup telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendi  dikan Tinggi yang menyampaikan menerima hadiah berupa plak dan wang tunai sebanyak RM 6,000. Ahli Kumpulan: Wan Nur ‘Afina Abdulah Khir Nuraisyah Thasniem Sharudin Nur Afini Madiha Saidi Nur Shakirah Zamzury

USIM menandatangani Ikrar Bebas Rasuah

NILAI, 31 Oktober 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada baru-baru ini. Majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh USIM disertai oleh sekitar 67 orang kakitangan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Timbalan Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Universiti. Majlis menandatangi dan ikrar IBR ini didahului oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad bertempat di Dewan Senat USIM. Majlis disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, YBhg. Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil selain turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan SPRM dan USIM. Menurut Shamsun Baharin, dengan inisiatif USIM untuk menandatangani IBR akan lebih memantapkan lagi komitmen pengurusan tertinggi USIM dalam isu tadbir urus dan integriti dan seterusnya menjadi contoh yang boleh dipatuhi oleh warga kerja USIM. “Rasuah dan salah guna kuasa merupakan ancaman yang boleh merosakkan ekonomi serta sistem pentadbiran sesebuah negara. Keputusan yang dibuat atas dasar rasuah bukanlah untuk manfaat atau faedah sesebuah organisasi, sebaliknya ianya lebih kepada untuk melayan kepentingan individu. Perlakuan rasuah yang tidak dibendung boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah organisasi sama ada di sektor awam atau swasta”. “IBR ini dengan jelas memperlihatkan kejujuran, keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang lebih kondusif dan bebas daripada sebarang anasir rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada anak bangsa,” ujarnya. Naib Canselor USIM dalam ucapannya memaklumkan di peringkat universiti, USIM telah menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) USIM pada tahun 2008 dan masih aktif sehingga kini. SPR USIM [...]

Oktober 2017

Evolusi Universiti dan wibawa Pentadbir bergerak seiring – Pendaftar USIM

Pentadbir merupakan kumpulan yang tidak dapat dinafikan sumbangan dan peranan mereka dalam menggerakkan hala tuju sesebuah universiti selain dipacu oleh ahli akademik dan mahasiswanya. Sempena Sambutan Bulan Pentadbir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada Ogos setiap tahun, ikuti wawancara khas oleh Mohd Zaini Othman, Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik bersama figura penting kepada pentadbir di USIM iaitu Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. S1 Bagaimana pentadbir dan universiti itu saling berkait? Kewujudan dan peranan pentadbir itu wujud dan berkembang selari dengan evolusi sistem pendidikan tinggi itu sendiri yang beralih dari pendidikan yang bersifat klasik kepada sebuah pendidikan kontemporari. Pada awal pendidikan tinggi wujud, ia sinonim dan bergerak sebagai sebuah pusat ilmu yang hanya berada dalam ruang lingkup ‘hubungan anak murid dan guru’ dalam menuntut ilmu semata-mata. Walaupun dikenali sebagai pusat ilmu pada masa itu, ia tidak menjadikan peranannya seperti dilihat pada masa kini. Pada waktu itu ia belum bercakap tentang elemen fizikal, ruang dan sistem yang berada disekelilingnya. Ia hanya terbatas dan fokus kepada penyampaian dan pemahaman ilmu semata-mata kerana pusat ilmu pada masa itu dikenali hanya sebagai tempat masyarakat mencari kebenaran. Universiti akhirnya turut berevolusi bersama revolusi yang melanda dunia, ia mula berubah dari sebuah pusat menyampaikan ilmu semata-mata kepada sebuah organisasi yang sistematik. Mempunyai kebitaraan (subject matter expert) tersendiri untuk dibezakan dengan pusat pendidikan lain, memiliki sistem peperiksaan dan penilaian keberhasilan terhadap proses pembelajaran dan pengajarannya di samping mewujudkan pelbagai bidang pengkhususan pengajian untuk memberi pilihan yang lebih besar. Pada ketika inilah dilihatnya keperluan [...]

USIM Convo Edition : The importance of soft skills development

As many universities and colleges including Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) will be having their convocation for the graduates, one cannot stop wondering and asking a simple question do a perfect Cumulative Grade Point Average (CGPA) guarantee our student’s future and their survival in harsh reality of the outside world? Of course having a good CGPA is crucial to get the best student award from the respective learning institution or get exemption from repayment of certain study loan which allow such exemption to be given to any best student, but would it guarantee their place in this competitive world which demand more than academic excellent and qualification? Well, short answer to this is no as there are many skills which seen lacking among the graduate in order for them to face the harsh reality of the outside world. The theoretical knowledge which the student have learn in the classes and during tutorial is only a part of what’s necessary for them to land in the outside world. Nowadays, employers are becoming more and more concerned with what they call the “skills gap” in today’s graduates. They’re concerned that today’s graduates doesn’t have all of the necessary “soft skills” to succeed in today’s workplace. Although a strong background in traditional “hard skills” like writing, mathematics and science will always have its place in academic and career worlds, an increasing number of employers desire prospective employees with certain “soft skills”. Soft skills here include the ability to [...]

USIM dan REITAKU bincang halatuju hadapi Revolusi Industri 4.0

NILAI, 25 Oktober 2017 – Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM dan Pusat Peyelidikan Mizan bersama Unversiti Reitaku Jepun buat julung kali bekerjasama dalam menganjurkan konferen bertajuk ”Hubungan Malaysia – Japan di dalam Kebangkitan Revolusi Industri 4.0” yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia. Konferen anjuran wakil kedua-dua negara ini menghimpunkan 10 pakar akademik mewakili Universiti Reitaku dan USIM bagi membincangkan tentang revolusi industri yang akan mengubah cara kehidupan kita pada masa akan datang. Revolusi Industri berkembang dari revolusi enjin wap, diikuti oleh revolusi perkilangan dan pengkomputeran. Pada revolusi industri 4.0, sistem robotik akan dapat membuat keputusan dengan gabungan IOT (Internet of Things), IOS (Internet of System) dan sistem biologikal. Apabila RI 4.0 ini mula berkembang, semua industri termasuk perbankan, pendidikan, perhotelan, pengangkutan dan lain-lain akan terlibat. Secara amnya, banyak pekerjaan baru akan dicipta dan jumlah produktiviti akan bertambah tinggi. Manusia perlu mempunyai kemahiran yang kreatif dan berkeusahawanan untuk kekal relevan dan tidak boleh diganti oleh robotik. Justeru itu, pendidikan alaf revolusi industri ini memerlukan kaedah yang baru untuk memastikan guna tenaga kerja adalah mahir. Profesor Horaya Ono, Timbalan Presiden Universiti Reitaku menyatakan bahawa aspek kemanusiaan perlu ditekankan di dalam  perkembangan Revolusi Industri 4.0 untuk memastikan tahap sosial yang baik dikalangan masyarakat. Di samping itu, Profesor Lau Sim Yee (Universiti Reitaku) juga menyatakan bahawa kedatangan revolusi industri 4.0 ini perlu tidak dapat di elakkan dan perlu dihadapi dan perubahan paradigma minda perlu dilakukan di samping polisi-polisi yang mesra kepada RI 4.0. Dr. Rushdan Jailani (AKEPT) [...]

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM anjur Seminar Kesihatan Kebangsaan kali ke-6

NILAI, 24 Oktober 2017 – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM telah menganjurkan satu seminar kesihatan peringkat kebangsaan kali ke-enam atau dikenali sebagai 6th USIM National Health Seminar 2017 (6th USIM NHS 2017). 6th USIM NHS 2017 kali ini bertemakan “Nutrition in the 21st century: Are we on the right track?” Seminar ini telah diadakan di Kolej Permata Insan, USIM, Nilai, Negeri Sembilan. Para peserta yang hadir terdiri daripada golongan para pensyarah serta penyelidik, doktor perubatan, jururawat, sains kesihatan bersekutu serta pelajar. Merujuk pada tema NHS 2017, seminar kali ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan pemakanan. Isu-isu ini telah dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang pemakanan yang telah dijemput dari seluruh negara. Antara isu yang dibincangkan termasuk, keperluan dan kepentingan supplemen kesihatan, obesiti, pemakanan kanak-kanak dan orang tua serta memahami concept makanan Sunnah sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran dan Sunnah. Seminar ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa pemakanan khususnya merujuk kepada gaya hidup masyarakat sekarang di mana penyakit-penyakit berkaitan dengan memilih pemakanan yang kurang sihat seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi serta jantung semakin meningkat. Disebabkan oleh peningkatan kes penyakit-penyakit seperti ini telah wujud nya trend di mana masyarakat kini mudah terdedah dan terpengaruh untuk memilih jalan singkat seperti pengambilan ubatan diet atau supplemen yang mudah untuk diperoleh di pasaran yang masih kurang jelas akan keberkesanannya kerana kurangnya bukti secara saintifik. Melalui seminar ini, perkongsian ilmu dan kerjasama dapat di pupuk di antara para penceramah, peserta serta industri yang hadir. Disamping itu, para peserta memperoleh ilmu yang berguna berkaitan pemilihan [...]

USIM menang Gold & Diamond for International Invention of The Year di BIS 2017

LONDON, 23 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang Gold dan Diamond dalam pertandingan inovasi antarabangsa, British Invention Show (BIS) kali ke-17 yang berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober 2017 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan USIM kali ini bagi kategori Industri mempertaruhkan produk Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino yang direka oleh Kumpulan Technolysis dianggotai oleh tiga orang pelajar tahun akhir Program Fizik Gunaan dari Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Muhammad Fathi Hj. Mohd Said, Muhammad Danish Abd Wahid dan Ainul Husna Mohd Yusoff serta dibimbing oleh pensyarah USIM iaitu Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail dalam usaha memperkemaskan lagi persembahan pembentangan kumpulan. Produk ini yang merupakan sistem penyejuk menggunakan tenaga solar yang berfungsi menyejukkan sesebuah bangunan kepada suhu yang selesa. Selain mengaplikasi konsep air sebagai ejen penyejuk, produk ini menggunapakai konsep kitar semula air untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. “Sistem penyejuk yang mesra alam ini mampu beroperasi secara automatik serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 40% dengan penggunaan tenaga solar. Keunikan bagi produk ini adalah ia menggunakan teknologi Arduino sebagai pengawal sistem yang mana belum digunakan secara meluas pada industri di Malaysia,” ucap salah seorang ahli kumpulan. Tambahnya lagi, produk ini juga adalah mudah alih kerana ia boleh dipasang mengikut keluasan bangunan selain mudah untuk dipindahkan ke satu-satu tempat. “Sistem penyejuk ini dapat beroperasi melalui dua kaedah iaitu automatik dan manual. Ia akan berfungsi secara automatik apabila pengesan suhu mengesan suhu sekitar 34 ke atas dengan mengeluarkan air di sekeliling rumah dan operasi akan berhenti apabila [...]

Kelab Debat USIM terus aktif bangunkan pengucapan awam Universiti

NILAI – Bagi meneruskan legasi kepimpinan dan pengurusan cemerlang dalam pembangunan pengucapan awam khususnya debat di dalam kampus, Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan kepada 26 orang kepimpinan baharunya. Majlis penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh Penasihat Kelab Debat USIM, Encik Mohd Zaini Othman semasa majlis penutup Kem Team Building Kelab Debat USIM 2017 pada baru-baru ini bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali Selangor. “Kelab Debat telah memainkan peranan yang amat cemerlang selama ini untuk membangunkan dan membudayakan pengucapan awam di dalam Universiti. Kita amat berterima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM kerana sentiasa memberi sokongan kuat khususnya kewangan kepada penganjuran aktiviti pengucapan awam yang dianjurkan”. “Mereka yang dilantik ini diyakini akan meneruskan kejayaan hebat para mantan kepimpinan terdahulu kerana komposisi pengurusan baharu Exco Kelab Debat sesi 2017/2018 ini terdiri daripada 14 muka lama (lantikan semula) dan 12 muka baharu,” ujar Mohd Zaini. Menurut Aiman Danial Kamarunizam, pelajar tahun tiga Fakulti Syariah dan Undang-undang yang diberi mandat kepercayaan sebagai Pengerusi Kelab Debat pada sesi ini berkata beberapa perancangan aktiviti kelab telah bergerak. “Pertandingan debat peringkat dalaman yang terdekat kita akan anjurkan ialah Pertandingan Debat Inter-Tamhidi pada Disember dan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM pada awal tahun hadapan. Selepas itu kita fokus untuk menganjurkan Ihtifal Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi ASEAN dan Pidato Nusantara. Pada masa yang sama, komuniti pendebat kita juga aktif menyertai pelbagai pertandingan debat semasa yang dianjurkan,” tambahnya Sementara itu, Kem Team Building Kelab Debat USIM selama tiga [...]

Go to Top