Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2018

USIM terima sijil Blue Ribbon dari KKM

NILAI, 17 Januari 2018 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mendapat Anugerah Sijil Blue Ribbon yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kesihatan KKM YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah. Turut hadir sama Menteri Kesihatan Malaysia Y.B. Dato’ S.Subramaniam Pusat Kesihatan Universiti (PKU) USIM telah diberi mandat Pengurusan Universiti bagi melaksanakan Kempen USIM sebagai Kampus Larangan Rokok dan vaping secara meluas di seluruh kampus. Banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di USIM sepanjang tahun 2016-2017 bagi memastikan USIM sebagai Kampus Larangan merokok dan vaping antaranya ceramah kanser yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang diadakan setiap Rabu di PKU USIM. Datuk Seri S.Subramaniam dalam ucapan beliau menyatakan bahawa jumlah perokok di Malaysia sekarang lebih kurang 24% ( 5 juta orang), dan 47% daripadanya adalah lelaki. Ini jumlah yang sangat besar dan membawa masalah kesihatan yang memerlukan kos yang besar. Yang lebih penting asap rokok ini juga membahayakan orang sekeliling yang bukan merokok (perokok pasif). “Kerana itu usaha mengurangi jumlah perokok baik aktif dan fasif, kerajaan telah membuat berbagai aktiviti diantaranya menaikkan harga rokok, tidak boleh menjual rokok pakej kecil, memperluas tempat-tempat larangan merokok (termasuk rumah bebas rokok) dan lain-lain. Bagaimanapun usaha ini agar mendapatkan pencapaian yang diharapkan, kerajaan tidak boleh berkerja sendiri. Usaha-usaha ini perlu mendapat sokokngan banyak pihak. Oleh itu Kempen Blue Ribbon ini menggalakkan usaha semua pihak untuk memastikan premis mereka bebas asap rokok”. “Kita ingin persekitaran dan udara yang bersih untuk semua. Untuk itu kita memerlukan [...]

Karnival Kesihatan di Kuala Pilah dapat sambutan menggalakkan

KUALA PILAH, 1 Februari 2018 – Satu karnival kesihatan yang telah diadakan di Dewan Dato’ Bahaman Samsudin Kuala Pilah bertemakan Sihat dan Seimbang dijalankan lanjutan daripada hasil kajian setempat yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian tersebut mendapati bahawa lebih kurang 37% daripada responden kajian di kalangan penduduk di Kuala Pilah menghidap penyakit darah tinggi dan juga lebih kurang 20% menghidap penyakit kencing manis. Karnival disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj. Hasan. Pengarah Program Karnival Kesihatan Sihat dan Seimbang, Prof. Madya Dr. Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, antara aktiviti yang dijalankan pada karnival ini ialah program saringan kesihatan bagi pengesanan awal penyakit darah tinggi, kencing manis, barah pangkal rahim dan barah payu dara, pemeriksaan pergigian, perkhidmatan KlipMobile iaitu perkhidmatan pakar mata bergerak USIM di samping aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan termasuk demonstrasi CPR, perundingan kesihatan serta perundingan kesihatan oral. Program ini diadakan dengan kerjasama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Pilah, YB. Dato’ Norhayati Omar. Program-program kesihatan ini mensasarkan responden kajian di DUN Pilah selain daripada golongan asnaf di Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya. Karnival ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar Kuala Pilah dimana dianggarkan lebih kurang 1000 orang yang hadir. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB. Dato' Seri Hasan Malek, Ahli Dewan Undangan Kuala Pilah, YB. Dato’ Norhayati Omar, Ahli Dewan Undangan Senaling, YB. Dato' Haji Ismail Lasim serta Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, [...]

Januari 2018

Siswa USIM isi cuti semester dengan menyantuni Komuniti Islam Sri Lanka

NILAI, 30 Januari 2018 – Ketika rakan sepengajian Universiti Awam menikmati cuti panjang pertengahan semester, sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memilih untuk mengisi cuti mereka untuk berkunjung ke Sri Lanka bagi bertemu masyarakat Islam. Seramai 15 orang siswa USIM berada selama seminggu di Sri Lanka bermula 25 hingga 30 Januari di bawah program Global Islamic Student Outreach (GISO) dengan pengisian khidmat komuniti dan pertukaran ilmu bersama masyarakat Islam di sana. Mereka merupakan ahli Kelab Debat USIM yang terdiri daripada pengurusan dan pendebat universiti. Misi para siswa ini turut disertai Pegawai Pengiring, Encik Mohd Zaini Othman yang merupakan Penasihat Kelab Debat USIM. Mempunyai penduduk seramai 21.2 juta, penganut agama terbesar di Sri Lanka ialah Buddha iaitu kira-kira 70.19 peratus, diikuti Hindu sebanyak 12.6 peratus, Islam dengan 9.7 peratus dan selebihnya adalah Kristian. “Hari pertama kita tiba di Sri Lanka ini, siswa USIM amat bersemangat untuk menyantuni komuniti Islam di sana, mereka bertemu pendidik dan pelajar Kal Eliya Muslim Ladies Arabic College dan Aysha Siddeqa Arabic College. Pada hari yang lain, kita mengadakan kunjungan muhibah ke Persatuan Mahasiswa Islam Peradeniya University dan program motivasi bersama anak-anak kecil Madrasah Hira Pre School. Lokasi setiap institusi pendidikan yang kita kunjungi ini adalah jauh antara satu-sama lain”. “Sepanjang di sini, kita juga akan menziarahi komuniti minoriti Islam di beberapa daerah di Sri Lanka iaitu di Pasyala, Mawanella, Nuwara Eliya, Pinnawala dan berpeluang menunaikan Solat Jumaat bersama masyarakat Islam di salah sebuah masjid yang terletak di daerah Gampola.. Lokasi paling jauh kita pergi ialah [...]

Pelajar PERMATA Insan terima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa

NILAI, 29 Januari 2018 - Kolej PERMATA Insan terus mengukir kecemerlangan apabila seramai 45 pelajar Tahap 1 berusia 15 dan 16 tahun ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa dalam satu Majlis Pertauliahan yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia. Hadir sama Naib Canselor USIM Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dato Dr Zulkiple Abd Ghani, Prof Dr Che Husna Azhari Pengarah Kolej PERMATA Insan USIM dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Azura Haji Sarbin. The Duke of Edigburgh International Award atau Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini melibatkan semua orang yang berumur 14-24 tahun dan merupakan anugerah pencapaian belia terkemuka di dunia. Anugerah Remaja Perdana ini telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Anugerah ini diambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Program ini merupakan satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja didalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Anugerah ini telah dilaksanakan di 144 buah negara di seluruh dunia. Menurut YB Senator Datuk Chong Sin Woon dalam ucapannya menyatakan bahawa Anugerah ini secara tidak langsung membantu remaja mengenali diri sendiri, kualiti peribadi serta mampu merancang dan mengatur untuk hidup dan bekerja. Tidak semua pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Remaja memerlukan pengalaman di luar bilik darjah untuk menjadi warga dunia yang komited, bertanggunjawab dan memenuhi tuntutan keperluan semasa. Prof Dato Dr [...]

GAG bantu tingkat penguasaan berbahasa Arab

NILAI - Melihat kepada kepentingan mewujudkan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai subjek bahasa Arab, penyelidik USIM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Azman Ab. Rahman bersama rakan penyelidik mengambil inisiatif menghasilkan produk alat bantu mengajar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menguasai kemahiran berbahasa Arab yang dinamakan Gamifikasi Arabic Game (GAG). Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang berkata, GAG merupakan sebuah permainan papan ilmiah yang bertemakan bahasa Arab yang berfungsi sebagai permainan interaktif dengan menerapkan sistem pembelajaran meliputi silibus KSSR, KSSM dan KBD. Elemen pembelajaran tersebut di guna pakai pada soalan-soalan di dalam permainan GAG yang bertujuan menguji tahap kefahaman dan penguasaan pelajar berbahasa Arab. “Selain itu, GAG tersedia dalam tiga aras soalan IQ mengikut tahap kesukaran yang mana peserta akan bermain untuk menguji tahap penguasaan semasa permainan. GAG juga menampilkan pemenang yang boleh ditentukan berdasarkan kepada markah terkumpul sepanjang permainan”. Tambahnya, walaupun menghadapi cabaran dari segi sumber kewangan namun, ianya mampu di atasi. Dalam usaha menghasilkan GAG, perbelanjaan dilaburkan untuk membeli buku-buku teks bahasa Arab yang menjadi rujukan utama kepada ahli penyelidik untuk membina soalan dan konsep permainan. Tambahnya lagi, pembinaan prototaip, reka bentuk dan uji kaji produk juga melibatkan kos yang tinggi. “Produk GAG ini berbeza dari segi kandungannya dengan GZG yang khusus direka bagi pendidikan zakat. Berbanding dengan GAG, landasan GAG dilukis seperti piramid iaitu simbolik kepada negara Arab, Mesir dan tidak lagi berbentuk empat segi yang melalui proses permainan secara berulang-ulang seperti monopoli”. “Pemenang akan dinilai apabila pemain yang pertama berjaya sampai ke puncak [...]

15 siswa USIM tiba di Sri Lanka untuk jayakan misi bersama komuniti Islam

COLOMBO, 25 Januari 2018 – Sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 15 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Sri Lanka kira-kira jam 9.30 pagi (waktu tempatan) selepas menempuh empat jam penerbangan dari Kuala Lumpur sebentar tadi. Mereka merupakan ahli Kelab Debat USIM yang terdiri daripada pengurusan dan pendebat universiti akan berada di Sri Lanka bermula hari ini sehingga Selasa hadapan. Keberadaan mereka selama seminggu bagi menjayakan misi Global Islamic Student Outreach (GISO) untuk menyantuni dan melaksanakan khidmat komuniti dan pertukaran ilmu bersama masyarakat Islam di sana. Misi para siswa ini turut disertai Pegawai Pengiring, Encik Mohd Zaini Othman yang merupakan Penasihat Kelab Debat USIM. “Hari pertama kita tiba di Sri Lanka ini, kita terus mulakan pengisian GISO berbentuk akademik bersama para pelajar di dua buah institusi pendidikan iaitu Kal Eliya Muslim Ladies Arabic College dan Aysha Siddeqa Arabic College. Pada hari yang lain, kita akan mengadakan kunjungan muhibah ke Peradeniya University dan Madrasah Hira Pre School. Lokasi setiap institusi ini adalah jauh antara satu-sama lain”. “Sepanjang di sini, kita juga akan menziarahi komuniti minoriti Islam di beberapa daerah di Sri Lanka iaitu di Pasyala, Mawanella, Nuwara Eliya dan Pinnawala. Kita mendapat bantuan NGO Islam di sini iaitu Muslim Foundation For Culture and Developement. Lokasi paling jauh kita akan pergi ialah bertemu masyarakat Islam di Kandy yang terletak di Wilayah Tengah Sri Lanka.”. “Untuk tiba di sana, ia memerlukan perjalanan darat sekitar empat jam dari ibu kota Colombo. Di Kandy ini nanti, kita akan serahkan bantuan keperluan [...]

Entrepreneurship ecosystem towards the Ummah development

In conjunction with the Global Entrepreneurship Community (GEC) Summit 2017, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) has received the Best Industry Engagement Award Public Private Research Network (PPRN) which took home a trophy and a prize of RM 50,000 from the Ministry of Higher Education (MOHE) presented by Prime Minister of Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak as accompanied by YB Dato’ Seri Idris Jusoh, the Higher Education Minister. USIM is amongst the 26 Higher Education Institutions who participated in solving industrial problems. The main role has carried out by USIM through the Centre of Student Entrepreneurship Development (PPKS) that was organised by a PPRN workshop which gathered entrepreneurs who faced technical and technological problems in their business operations. The following interview with the Director of PPKS, Dr Ummi Salwa Ahmad Bustamam, talked about the achievement as well as on the overview of the efforts undertaken by Centre of Student Entrepreneurship Development (PPKS). S1 Congratulations Centre of Student Entrepreneurship Development (PPKS) on behalf of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) for winning the Best Industry Engagement Award Public Private Research Network (PPRN) in conjunction with the Global Entrepreneurship Community (GEC) Summit 2017. What is the significance of this award and what do you attribute this win to? This award is a huge recognition from Ministry of Higher Education (MOHE) with regards to the Public Private Research Network (PPRN). It has escalated our confident and motivation to organize upcoming PPRN workshops for industries who are having technical and technological problems [...]

Malam Cinta Rasul 2.0 USIM terbitan sulung GoTVee Pusat Kebudayaan

NEGERI SEMBILAN 10 Jan. - Malam Cinta Rasul (MCR 2.0) yang memasuki edisi kedua penganjurannya bakal diterbitkan dalam siaran GoTVee yang merupakan laman sosial video terbaharu Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh dicapai melalui Youtube. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkara, inisiatif tersebut adalah sebagai usaha untuk membawa elemen seni berbudaya yang digerakkan oleh pihaknya kepada medium yan lebih interaktif dan bersifat kontemporari. "MCR 2.0 ini sendiri adalah satu program kerohanian yang kami jalankan bersama pelajar dan alumni Urus Setia Kesenian Pelajar. Ia sedikit berbeza dengan edisi lepas kerana MCR 2.0 kali ini dirakam khas dan akan disiarkan di GoTVee "Pembaharuan ini juga seiring dengan penaiktarafan fasiliti Pusat Kebudayaan USIM sendiri seperti Panggung Budaya, Panggung Seni dan Panggung Rakaman," katanya ketika ditemui selepas majlis rakaman MCR 2.0, di sini hari ini. Turut hadir menyaksikan MCR 2.0, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dato’ Dr.  Hassan Basri Awang Mat Dahan, penggiat seni tanah air Shahruddin Thamby, Roslee Mansor, Syed Indera Syed Omar dan komposer terkenal Fauzi Marzuki serta beberapa  lagi karyawan tanah air. Pengisian MCR 2.0 juga menampilkan kelainan dengan mengetengahkan dua segmen utama iaitu persembahan seperti nasyid, qasidah, dikir selawat serta segmen bual bicara Islam ' Lets Talk' yang dikendalikan oleh Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Dr. Irwan Mohd Subri. Tambah Ismail, GoTVee juga bakal berfungsi sebagai laman sosial video rasmi Pusat Kebudayaan yang memaparkan segala perkembangan serta aktiviti seni budaya. Di tanya berkaitan tarikh penerbitannya, Ismail memberitahu GoTVee [...]

USIM diiktiraf Universiti Terbaik dalam kebudayaan, julang Anugerah Gong Kencana MAKUM

PERAK, 20 Januari 2018 -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul hadiah utama iaitu Anugerah Gong Kencana dalam Malam Anugerah Seni 2017 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung pada Sabtu lalu. Majlis anugerah gilang gemilang ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Anugerah Gong Kencana yang menjadi idaman semua Universiti Awam ini diberikan kepada Universiti yang cemerlang dan terbaik dalam penganjuran aktiviti kebudayaan berasaskan kecemerlangan pencapaian dan program seni budaya. Anugerah ini telah diterima oleh Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed. “Pusat Kebudayaan dan USIM amat berbangga dan gembira dengan kejayaan menerima anugerah utama ini. Kita secara kreatif dan inovatif telah menampilkan program yang berimpak tinggi seperti USIM Street Dakwah, Konsert Munajat Untuk Rohingya, Teater Perang Uhud dan beberapa lagi program yang mempunyai nilai kesedaran dan menyumbang kepada komuniti masyarakat”. “Pusat Kebudayaan menerapkan Seni Berbudaya dalam setiap penganjuran program dan pelajar adalah penggerak kepada elemen-elemen yang kita ingin bangunkan. Malahan kita dari semasa ke semasa membina jaringan dengan rakan-rakan strategik khususnya dengan penggiat seni tanah air supaya pengisian kebudayaan yang kita bawa berjalan selari dengan kehendak pasaran dan keperluan USIM” ujar Ismail Ahmed. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam reaksinya mengucapkan tahniah kepada Pusat Kebudayaan untuk pencapaian ini. “Syukur Alhamdulillah, walaupun kita belum menawarkan program akademik dalam bidang seni dan kebudayaan, namun USIM mendominasi universiti tersohor tempatan dalam Anugerah Seni MAKUM dengan memenangi anugerah utamanya. Ia malahan satu pengiktirafan kepada usaha USIM yang menjadi peneraju dalam 'Seni Berbudaya' dan mempunyai [...]

Go to Top