Februari 2017
Kerajaan Peruntuk RM 1.45 Juta Bangunkan Bilik Server Utama USIM
NILAI, 24 Feb 2017 - Infrastruktur teknologi maklumat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditingkatkan ke tahap baharu dengan siapnya projek Bilik Server Utama yang menjadi nadi kepada keberkesanan dan kelancaran perkhidmatan berteraskan internet di dalam kampus. Bilik Server Utama ini menempatkan server dan storan bagi sistem-sistem aplikasi serta penempatan utama rangkaian dan internet USIM. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 1.45 juta melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) kepada USIM ini berjaya dilaksanakan oleh Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global Teknologi Imersif dan Jalinan Kualiti (GOAL- ITQAN) USIM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM dan kontraktor yang dilantik i-Loken Sdn. Bhd. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Dr. Zulkiple Abd Ghani mewakili Naib Canselor pada pagi tadi bertempat di Lobi Utama Bangunan GOAL-ITQAN. Bilik Server Utama yang menempatkan 17 rak server ini turut dilengkapi sistem keselamatan berteknologi tinggi, bekalan kuasa elektrik berasingan, sistem penyejukan terkini dan pengoptimuman penggunaan tenaga (cekap tenaga). Dalam majlis yang sama turut diumumkan pelaksanaan Baucer Staf 1 Notebook (BS1N) kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). “Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terbaik adalah satu keutamaan untuk kita sediakan di dalam Universiti untuk menyokong pelbagai tugasan pentadbiran dan akademik”. “Melalui baucer ini, kakitangan yang layak boleh membeli notebook sendiri dengan sebahagian kos pembelian ditanggung oleh Universiti dan lebih menarik, notebook tersebut akan menjadi hak milik kekal staf berkenaan. BS1N secara langsung membolehkan penjimatan perolehan ICT dikurangkan sebanyak 60% berbanding kaedah perolehan sedia ada termasuk kos [...]
Salam USIM – KPTN 2017 (Zon Pantai Timur)
Pusat Kebudayaan USIM lancar 4 produk seni
NILAI, 22 Februari 2017 – Album Al- Fatihah 7 Taranum, Album Selawat Kontemporari, Album Puisi Islamik Berikan Sakti dan Buku Koleksi Poket Pantun merupakan empat produk seni Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dilancarkan di Panggung Seni, Bangunan Hal Ehwal Pelajar oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad. Pelancaran album tersebut sebagai salah satu strategi untuk melebarkan kreativiti seni yang dijangka bakal memenuhi keperluan pasaran industry seni menampilkan penglibatan pelajar USIM dan beberapa penggiat seni tanah air antaranya Hafiz Hamidun, Syed Indera Syed Omar (Siso Kopratasa) dan Ahmad Fedtri Yahya. Dato’ Musa dalam ucapannya menyatakan rasa bangga dengan adanya tersebut secara tidak langsung memperkenalkan produk seni USIM kepada warga universiti dan masyarakat luar serta mampu meningkatkan pendapatan USIM. "Saya melihat penganjuran sebegini sebagai satu strategi proaktif oleh Pusat Kebudayaan USIM yang mana boleh dijadikan sebagai contoh kepada universiti lain tentang bagaimana pelaksanaan aktiviti kebudayaan dijalankan di USIM,” ucap Naib Canselor USIM. "Pusat Kebudayaan USIM merupakan satu-satunya yang berada di pesta buku, satu perkara yang amat membanggakan kerana penglibatan pelajar USIM dalam aktiviti kebudayaan begitu menggalakkan," ucap En Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan. Turut hadir adalah Datuk Mohd Hassan Mohd Nor, Penolong Ketua Pengarang Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Dato’ Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) serta penggiat seni tempatan seperti Nash dan Fauzi Marzuki. Album Al Fatihah 7 Taranum menampilkan Ikon Seni Husaini Mahmur [...]
Tuanku Canselor lawat Kampus USIM di Pandan Indah
AMPANG, 22 Feb 2017 - DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM membuat kunjungan sulung ke Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada hari ini. Kunjungan ini dibuat sempena Lawatan Kerja DYMM Tuanku Canselor dan YAM Tunku Pro Canselor untuk melihat secara dekat perkembangan Kampus USIM di Pandan Indah dari segi kemudahan fasiliti, prasarana, kemudahan pembelajaran dan pengajaran dan beramah mesra bersama para pelajarnya. Kampus USIM Pandan Indah yang menempatkan dua buah fakulti iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) mempunyai seramai 227 orang staf akademik dan pentadbiran serta seramai 641 orang pelajar. Dalam sembah taklimat perkembangan FPSK yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Nik Nasri Nik Ismail, beliau memaklumkan projek pembinaan bangunan FPSK di Nilai dijangka siap pada tahun 2019. "Projeknya akan bermula penghujung bulan Februari ini di bawah seliaan JKR Negeri Sembilan dengan tempoh pembinaan dijangka selama 30 bulan. USIM meletakkan harapan pengambilan dan pendaftaran kumpulan pelajar perubatan pada tahun 2019 nanti yang menjadi kumpulan pertama mendaftar di bangunan fakulti yang baharu ini," ucapnya. Turut dikongsikan juga rancangan masa hadapan untuk membangunkan sebuah USIM Health Complex yang akan menempatkan hospital dengan kapasiti 180-200 katil, asrama pelajar, kuarters staf, kemudahan bangunan parkir hospital berkapasiti 2500 petak, hospitel (hospital berkonsepkan hotel) dan pusat kediaman [...]
Pasukan Kolej Permata Insan USIM raih Innovate Award Di Vex Robotics Competition 2017
NILAI, 19 Feb 2017 - Kolej Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memenangi Innovate Award di Vex Robotics Competition 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga Februari 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Mereka adalah terdiri dari Pasukan A iaitu seramai 10 ahli kumpulan yang diketuai Abdul Razzak Khan Rustum Ali Khan, dan ahli lain Muhammad Harraz Iman Mazlan, Muhammad Haziq Bahtiar, Muhammad Fa'iq Firdaus Abdullah, Faisal Abdul Rahman, Ahmad Amirul Azri Rohandi, Muhammad Taqiuddin Mazlan, Ahmad Haziq Mohamed Sabri, Zahir Hariz Zahanis dan Muhammad Shukhairi Misbah. Menurut Dr. Faszly Rahim selaku Mentor, Permata Insan telah menghantar dua pasukan dan mereka hanya mendapat peluang selama 16 jam sahaja bagi merekabentuk dan membina robot-robot serta menulis program untuk automasi robot semasa sesi latihan di Robotics Learning Sdn. Bhd. di Bangsar Village II. Setelah robot direkabentuk dan disiapkan, mereka mempunyai hanya 10 hari untuk menguji robot dan menyelesaikan masalah dan kerosakan teknikal yang dihadapi. “Ini adalah kali pertama mereka membuktikan keupayaan insan Pintar dan Berbakat (GTi) dalam menginspirasikan dan menterjemah rekabentuk daripada alam untuk diaplikasikan ke atas robot yang perlu menyelesaikan masalah dalam tempoh yang agak singkat”. “Pasukan ini juga telah mengintegrasikan dalil-dalil Naqli dan Aqli dalam menginovasikan rekabentuk robot mereka. Rekabentuk tersebut telah diinspirasikan daripada Ayat 27 dan 28 Surah Fatir tentang kepelbagaian makhluk ciptaan Allah serta ayat 36 Surah Al An`am yang menuntut manusia untuk memerhatikan makhluk-makhluk yang melata serta burung-burung terbang yang sebenarnya menjalani corak [...]
Salam USIM – Majlis Ramah Mesra Bersama Alumni USIM Chapter Pantai Timur Di Kota Bharu, Kelantan
Salam USIM – Majlis Syarahan Umum Tuanku Canselor USIM 2017
Syarahan umum Tuanku Canselor bincang isu kewangan Islam dan Maqasid Shariah
NILAI, 15 Feb 2017 - Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu kewangan Islam dan maqasid shariah di peringkat global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan langkah merealitikan Majlis Syarahan Umum Tuanku Canselor bertajuk Critical Success and Failure Factors in the Islamic Finance Industry in the 21st Century: An Insider and Global Perspective yang disampaikan oleh Datuk Dr. Mohamad Daud Bakar selaku penyandang Kursi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI). Kursi ini diletakkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dalam berkongsi tenaga kerja, kepakaran serta fasiliti untuk menjalankan penyelidikan dan berhasrat memperkayakan khazanah hasil penyelidikan serta penerbitan di dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam yang dapat dimanfaatkan bagi kepentingan pembangunan negara secara amnya. Datuk Dr. Mohamad Daud Bakar yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kepakarannya, beliau sekarang merupakan teraju utama syarikat Kumpulan Amanie Sdn. Bhd. dan juga sedang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad penganjuran syarahan ini juga merupakan platform bagi mengetengahkan isi-isu semasa berkaitan ekonomi dan muamalat dan memberi penjelasan terperinci mengenai konsep ekonomi, muamalat dan maqasid syariah serta amalannya di Malaysia atau luar negara di samping berkongsi pengalaman tokoh-tokoh ilmuan dan pengamal tersohor dalam bidang ekonomi, muamalat dan maqasid syariah. Prof Dato Dr Musa Ahmad turut menyeru agar semua peringkat khususnya, pihak pengamal, ahli akademik dan institusi kewangan Islam agar memberi tumpuan untuk menyebarkan maklumat dengan hasil penyelidikan yang berkualiti kepada masyarakat tentang pengetahuan dalam kewangan [...]
Islamic Science Camp hubung pelajar Thailand dan KPI USIM
NILAI, 12 Feb 2017 – Seramai 64 pelajar berumur 15 hingga 17 tahun dari Islamic Studies Demonstration School (ISDS), Prince of Songkla University (PSU) berkampung di Kolej Permata Insan (KPI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjayakan program Islamic Science Camp (ISC) 2017. Program yang berlangsung selama seminggu bermula 5 hingga 12 Februari 2017 itu mendapat sambutan yang baik apabila semua aktiviti Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Silang Budaya, Projek Filem Pendek, Stem, Rewang dan aktiviti riadah. Selain itu, setiap pelajar turut dibahagikan kepada buddy masing-masing. Menurut Pengarah KPI Dr. Hajjah Nik Salida Suhaila Nik Saleh, antara objektif program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar Islamic Studies Demonstration School, Prince of Songkla University mengenai teknik dan strategi pembelajaran yang berkesan termasuk pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi menggunakan kaedah pembezaan pembelajaran (differentiated learning). Selain itu, ia juga membantu guru-guru Islamic Studies Demonstration School, Prince of Songkla University memahami ciri-ciri pelajar pintar berbakat dan cara pengajaran yang berkesan serta bersesuaian untuk mereka serta mengadakan perkongsian idea dan jaringan ilmu dalam kalangan pelajar. “Penyediaan prasarana yang disediakan di KPI membolehkan pelajar mendapat pembelajaran yang lebih terkehadapan serta mencabar aras kesukaran yang sesuai dengan kemampuan mental pelajar. Kaedah pembelajaran yang berbentuk tumpuan pelajar, pembelajaran yang dipacu, ”experimental learing” dan ”problem based learning” membolehkan pelajar menjadi lebih kreatif, inovatif dan aktif serta mempunyai daya inkuiri yang tinggi dengan rangsangan minda untuk menerapkan eleman teknologi dalam pemikiran bercorak futuristik”, tambah [...]
Alumni boleh main peranan membantu universiti melalui wakaf
KOTA BHARU, 12 Feb 2017 - Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kini berjumlah lebih 14,000 boleh membantu Universiti melalui pendekatan wakaf samada berbentuk kewangan, pemindahan ilmu dan perkongsian pengalaman seperti dalam bidang keusahawanan kepada mahasiswa. USIM yang kini merupakan satu-satunya Universiti Awam yang mendapat status Mutawali dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membolehkan ia mengutip dan mengurusan dana wakaf, justeru ia membuka ruang yang baik kepada alumni untuk terus menyumbang dalam bentuk pendanaan kewangan khususnya bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan di dalam kampus. Perkara ini dinyatakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad semasa bertemu dengan kira-kira 100 alumni USIM dalam Majlis Ramah Mesra Naib Canselor bersama Alumni KUIM/USIM Pantai Timur di Kelantan Trade Center, Kota Bharu Kelantan pada semalam petang (Sabtu). "Sejak kumpulan pertama alumni kita dilahirkan pada 2003, para alumni kita kini berada dalam pelbagai sektor. Kita menyedari bahawa alumni memiliki kemampuan untuk terus menyumbang kepada pembangunan Universiti walaupun tidak lagi berada di dalam kampus dan wakaf adalah salah-satu darinya". "Atas rasa itu, Universiti ingin terus membina hubungan langsung yang lebih erat bersama para alumninya. Bagi memujudkan gagasan yang strategik dan sinergi yang berterusan antara alumni dan universiti, USIM mengambil inisiatif melancarkan program Jelajah Alumni ke seluruh negara mengikut zon. Kita anjurkan siri jelajah ini secara berperingkat dan Pantai Timur dipilih lokasi sulung untuk pelancarannya siri jelajah ini" ujar Naib Canselor. "Saban tahun kita menerima permohonan dan kemasukan ke USIM yang amat tinggi daripada pelajar Kelantan dan Terengganu. Berdasarkan pemerhatian, pelajar sekolah agama di [...]