November 2016
2,523 GRADUAN TERIMA IJAZAH DI MAJLIS KONVOKESYEN USIM KALI KE-14
NILAI, 21 Nov - Seramai 2,523 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ke-14 yang berlangsung bermula pada 19 November hingga 21 November 2016 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Pada tahun ini, sebanyak lima (5) sidang berlangsung bermula dengan Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-14 pada 19 November (Sidang 1) yang disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Majlis Konvokesyen tahun ini memperkenalkan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang merangkumi 3 elemen utama iaitu holistik, berkeusahawanan dan keseimbangan. Melalui model ini setiap mahasiswa dipandu supaya terlibat dengan berbagai aktiviti di kampus selain mengaplikasi kemahiran dan bakat diri untuk membentuk jati diri serta membina ciri-ciri graduan berkualiti untuk lebih berdaya saing dan berdaya maju di masa akan datang. Daripada jumlah 2,523 graduan yang menerima ijazah, pecahan penerima adalah 73 orang penerima Doktor Falsafah; 132 orang penerima Sarjana; 23 orang penerima Diploma dan 2,295 orang penerima Ijazah Sarjana Muda. Sempena Majlis Istiadat Pembukaan, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam kepada YBhg. Dato’ Dr Mohamed Asin bin Dollah, yang merupakan antara barisan Pengurusan Kanan terawal universiti pada awal penubuhan USIM pada tahun 2000. Penerima gelaran Profesor Emerita dianugerahkan kepada Profesor Puan Sri Datuk Dr. Hajah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim yang merupakan pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM dan juga Mantan Pengarah Kolej PERMATA Insan. Sementera [...]
PRU LAKSANA KEMBARA KASIH MERENTAS BUDAYA DI HOKKAIDO
JEPUN, 20 NOV 2016 – Seramai 15 orang peserta dan seorang pegawai pengiring dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan misi kembara Global Islamic Student Outreach (GISO) di Hokkaido, Jepun baru-baru ini. Misi selama tujuh hari itu bertemakan “Kembara Kasih Merentas Budaya” iaitu lebih menfokuskan kepada perkongsian ilmu dari segi pendidikan, mengenali lebih dekat budaya Jepun, dan melihat sendiri adat Jepun yang terkenal dengan kesopanan dan disiplinnya yang tinggi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan cara hidup Islam kepada masyarakat di Sapporo, Hokkaido. Menurut Pengarah program, Abdullah bin Azmi, giso merupakan program yang sangat baik serta berkesan untuk memberi pendedahan kepada pelajar menerokai dan belajar sesuatu yang baru. “Pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan bersama masyarakat yang berbeza latar belakang agama di Sapporo, Hokkaido antaranya Spread The love, iaitu sesi beramah mesra dengan warga Sapporo sambil mengedarkan penanda buku berkaitan kata-kata motivasi dalam tiga bahasa iaitu melayu, inggeris dan Jepun serta berkaitan keindahan Islam. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menyebarkan dakwah. Selain itu, kami turut menjalankan program Tahsin Al-Quran iaitu mengajar membaca Al-Quran dan Iqra dengan memberi penekanan kepada tajwid serta mengajar doa selepas membaca Al-Quran secara nasyid. Kemudian kami teruskan dengan sesi penyerahan sumbangan berbentuk 5 naskhah al-Quran dan cenderahati turut diberikan kepada imam Masjid Masjid Al-Noor, Otaru sebagai kenangan selepas program bersama pelajar diadakan,” katanya. Menurutnya, lawatan ke Universiti Hokkaido pada hari berikutnya sangat bermanfaat dan memberi semangat kepada pelajar malaysia untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya serta dapat [...]
USIM BERSAMA DUA RAKAN INDUSTRI PERLUAS JARINGAN KERJASAMA
NILAI, 16 NOV 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama dengan dua agensi luar dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama 3M Malaysia Sdn Bhd dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr. Musa Ahmad Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan agar Universiti Awam memperluaskan jaringan kerjasama bersama rakan industri bagi memperkasakan kurikulum yang sedia ada. Ini bermaksud kurikulum yang sedia ada dapat dilonjakkan dengan kemahiran-kemahiran amali melalui rakan industri yang berkaitan. Dalam erti kata lain, mahasiswa khususnya akan mendapat manfaat yang banyak melalui kerjasama seperti ini di mana mereka akan mempelajari teori ketika di kuliah dan mempelajari kemahiran serta teknikal bersama rakan industri. Perkara ini juga sekaligus mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui sokongan rakan-rakan industri. “USIM dengan dengan kerjasama 3M Malaysia Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam menjayakan program-program yang akan dilaksanakan khususnya oleh Fakulti Pergigian (FPg). 3M Malaysia Sdn Bhd merancang untuk menaja anugerah pelajar Fakulti Pergigian yang cemerlang dalam Majlis Konvokesyen USIM bermula pada tahun 2017 yang mana tajaannya adalah berupa Sijil, Plak dan Satu Tempat Percuma untuk menghadiri bengkel 3M di 3M Customer Innovation Centre bagi setiap anugerah Best Student Award, Best Clinical Award, Best Research Award”. “Manakala, USIM dengan kerjasama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd pula telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam melaksanakan kajian berkaitan ujian klinikal dan makmal menggunakan produk penjagaan kesihatan yang halal serta penganjuran persidangan, seminar serta bengkel berkaitan bidang [...]
PHTP HASRAT LAHIR EKSEKUTIF HALAL BERKEMAHIRAN TINGGI
NILAI, 10 NOV 2016 - Seiring dengan kemajuan industri halal yang semakin berkembang pesat di negara ini, seramai 31 orang peserta terdiri dari pelbagai latar belakang melibatkan pihak pemain industri, graduan universiti, penyelidik dan individu yang berminat bagi memenuhi keperluan Eksekutif Halal telah menghadiri Program Latihan Profesional Halal (PHTP) yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula pada 6 Ogos hingga 9 Oktober 2016 lalu. Penganjuran kali ke-3 sejak tahun 2014 diperkenalkan, ini merupakan julung-julung kalinya program ini diadakan pada hujung minggu bagi membolehkan lebih ramai pemain industri mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk membentuk modal insan yang komprehensif serta memenuhi keperluan industri Halal, menghasilkan graduan eksekutif halal yang kompeten, dan membantu dalam melahirkan lebih banyak syarikat pengusaha makanan yang patuh Syariah dan standard yang telah ditetapkan. Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, program ini telah direka dengan modul-modul yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang terdiri daripada empat modul yang dibangunkan oleh USIM iaitu Halal Syariah dan Perundangan, Pengurusan Halal dan Halal Sains dan Teknologi bagi Instrumentasi Analisis Halal, dan Sains Pemakanan dan Perundangan berkaitan. Pihak HDC pula terlibat dalam membangunkan modul Standard dan Pengauditan Halal dan modul Ujian Kemahiran Halal (Halal Competency Testing) pula dibangunkan oleh pihak TPM. Manakala menurut Datuk Hj. Muhamad Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pengurusan Halal di negara kita berdepan dengan cabaran dalam memastikan keseluruhan rantaian bekalan (supply chain) melaksanakan sistem patuh syariah secara menyeluruh terutama di dalam industri pemakanan bermula dari [...]
I-INOVA’16 -INSPIRING NAQLI AQLI INNOVATIONS TOWARDS UMMAH WELL BEING
NILAI, 11 Nov 2016 – Bertemakan “Inspiring Naqli Aqli Innovations Towards Ummah Well Being” selaras dengan misi USIM yang bertekad untuk memperkenalkan inovasi dalam penciptaan produk Islam disamping mempertingkatkan kesedaran tentang hak-hak pengguna dan kepentingan produk Islam dalam masyarakat setempat dan antarabangsa, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan sokongan sepenuhnya daripada pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’16) kali ke-7 pada 10 November 2016 di Dewan Tuanku Canselor. i-Inova kali ini berjaya mengumpulkan seramai 56 pempamer produk inovasi serta turut mendapatkan kerjasama dari Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Islamic Bank Berhad dan Objective Connection Sdn. Bhd. Dua ketegori telah dibahagikan dalam i-Inova’16 kali ini iaitu Kategori Prasiswazah yang terbuka kepada semua pelajar Universiti Awam dan Swasta manakala Kategori Terbuka adalah kepada staf akademik dan penyelidik dari pelbagai institusi penyelidikan, industri di Malaysia dan dari luar negara. Seramai 39 penyertaan diterima bagi kategori terbuka manakala bagi kategori prasiswazah sebanyak 17 penyertaan. Pada tahun ini, USIM telah menghantar sebanyak 25 penyertaan dan berjaya memenangi 3 anugerah emas dan 1anugerah perak bagi Kategori Prasiswazah, 1anugerah emas dan 1 anugerah perak bagi Kategori Terbuka, serta 4 anugerah gangsa bagi Kategori Prasiswazah dan Terbuka. USIM turut memenangi Anugerah Khas – Ibnu Sina dan membawa pulang RM1500 beserta piala. Menurut Pengarah i-Inova kali ini, Dr Ernie Suzana Ali, “matlamat utama penganjuran i-Inova ini ialah sebahagian daripada usaha kita mengembalikan kegemilangan ilmu Islam dalam bentuk yang diterjemahkan melalui penghasilan produk yang dapat menyelesaikan permasalahan berkaitan umat Islam”. Naib [...]
Vaksinisasi sebagai kaedah pencegahan menurut Islam
Dalam buku “The Development of New Vaccines”, Gordon L. Ada (1994) berkata bahawa antibodi membawa maksud daya pertahanan dan satu-satunya mekanisme yang mana boleh menghalang suntikan digunakan untuk tujuan melawan agen. Vaksin yang efektif boleh membuatkan kebolehdaya tahan antibodi dalam badan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun (kebal) atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit (http://www.who.int/topics/immunization/en/). Satu istilah yang sama dengan imunisasi ialah vaksinasi. Abd Rahman (2013) mendefinisikan vaksinasi sebagai satu proses pengaktifan sistem imun buatan manusia sebagai usaha untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit. Untuk kefahaman yang mudah, antibodi merupakan kaedah semulajadi dalam badan untuk melawan penyakit. Walau bagaimanapun, apabila antibodi badan seseorang itu lemah ia boleh diaktifkan semula melalui suntikan vaksin. Suntikan vaksin pelalian atau proses imunisasi boleh mengelakkan penyakit yang mendatang. Imunisasi atau suntikan vaksin pelalian adalah bertujuan untuk menguatkan antibodi/daya tahan badan terhadap penyakit. Kaedahnya adalah melalui suntikan dengan memasukkan “sesuatu” ke dalam badan agar badan dapat bertahan dengan penyakit yang berbahaya. Suntikan satu pelalian/imunisasi hanya bertahan untuk satu jenis penyakit sahaja dan untuk mengimun diri daripada penyakit lain memerlukan suntikan pelalian yang berbeza. Contohnya, untuk penyakit HPV, Hepatatis A,dan Hepatatis B memerlukan suntikan yang berbeza dan bukanya satu dos untuk kesemuanya. Syariat Islam amat menitikberatkan kaedah pencegahan sama ada secara umum ataupun khususnya dalam perubatan. Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran yang berkaitan [...]
STAF STRACOMM SERTAI BENGKEL NLP TINGKAT KOMPETENSI DIRI
PORT DICKSON, 30 OKT 2016 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyedari bahawa program dan latihan pembangunan kakitangan perlu dilaksanakan secara berterusan untuk membantu dalam membina kompetensi dan juga kemahiran di kalangan kakitangan. Seramai 24 kakitangan StraComm menyertai Bengkel Neuro Linguistic Programmning (NLP) yang diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Menurut Timbalan Pengarah StraComm Encik Asri Husain, bengkel yang berlangsung selama 3 hari dua malam ini dirancang bagi memberi input-input baharu kepada staf mengenai potensi diri melalui kaedah NLP. Selain itu ia juga bagi mendedahkan mengenai pengurusan psikologi dan pembangunan kendiri yang dapat membantu staf berfikiran positif serta meningkatkan semangat untuk menaikkan potensi kerja dan amalan terbaik hasil dari mengahdiri kursus ini. “Dalam bengkel ini, para peserta didedahkan dengan teknik mengenal potensi dan karakter diri bagi lebih mengenali antara satu sama lain”. “Pelbagai pengisian yang telah diatur oleh enam orang fasilitator yang terlatih antaranya sesi ‘Feel the Wave’, ‘Explore the Power Within’, ‘Be Specific’, dan ‘Timeline’”, tambah Encik Asri. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
USIM-MYDIN MENANDATANGANI MOA LANCAR KAD ALUMNI
NILAI, 1 NOV 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pejabat Perhubungan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengorak langkah dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat runcit dan borong terbesar di Malaysia iaitu Mydin yang berlangsung di Pejabat Mydin Subang Jaya. Mydin Mohamed Holdings Berhad atau biasanya dikenali sebagai MYDIN berpangkalan di Lot No. 675 & 676 Persiaran Subang Permai, USJ 1, 46500 Subang Jaya, Selangor ini mempunyai 107 premis di seluruh negara. Jumlah ini termasuklah 23 pasaraya besar, 16 emporium, 3 bazar, 49 pasaraya mini, 11 kedai serbaneka dan 5 francais. Untuk tujuan majlis menandatangani MOA ini, USIM dengan kerjasama MYDIN Mohamed Holdings Berhad akan melancarkan kad Alumni USIM yang telah ditambahbaik kegunaan dan kelebihannya termasuklah tawaran harga diskaun yang akan diberikan kepada Alumni USIM yang membeli-belah di semua rangkaian pasaraya MYDIN. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad kumpulan pertama yang akan memperolehi kad Alumni ini adalah bakal graduan yang akan diijazahkan pada Majlis Konvokesyen USIM ke-14 pada 19-21 November ini sementara Alumni yang telah diijazahkan pada tahun-tahun sebelumnya, akan turut menikmati kelebihan ini melalui pengagihan kad tersebut secara berperingkat-peringkat. “Pemegang kad Alumni ini juga secara tidak langsung telah mempromosikan USIM di luar kampus dengan menggunakan kad tersebut ketika membeli-belah di MYDIN sekaligus membuka mata masyarakat tentang USIM. Tempoh perjanjian adalah selama 3 tahun dan saya amat berbesar hati sekiranya perjanjian ini akan berterusan kerana ia dilihat dapat memberikan manfaat serta impak yang besar kepada kedua-dua belah pihak, selain Memorandum Perjanjian yang dimeterai ini akan menjadi platform [...]
SYARAHAN PERDANA: ‘MENOPOS SATU REALITI KEHIDUPAN’
NILAI, 19 OKT 2016 – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Persatuan Menopos Malaysia telah menganjurkan Syarahan Perdana yang bertajuk Menopos: Satu Realiti Kehidupan disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail yang kini merupakan Pengarah Pembangunan Kompleks Kesihatan USIM. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kepakaran Obsterik & Ginekologi dan aktif dalam pelbagai jawatan, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri sangat terkenal di kalangan doktor pakar O&G kerana beliau telah mempelopori rawatan untuk wanita menopos sejak tahun 1990 dengan menubuhkan Klinik Menopos pertama di Malaysia. Seterusnya menubuhkan Persatuan Menopos Malaysia pada tahun 1997 dan beliau bergiat aktif sehingga hari ini dengan mengendalikan satu-satunya Klinik Menopos yang besar di Malaysia iaitu di Pusat Perubatan UKM. Di USIM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri dilantik menjadi Dekan Pengasas Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan . Kini, USIM telah menghasilkan enam kumpulan Doktor Perubatan. Dalam syarahan yang disampaikan oleh beliau, menopos berpunca daripada kegagalan ovari untuk mengeluarkan hormon estrogen yang memberi kesan kepada seluruh sistem tubuh wanita. Purata umur menopos wanita Malaysia ialah 50.7 tahun, dan oleh sebab jangka hayat wanita Malaysia adalah 77.2 tahun, satu pertiga hayat mereka adalah selepas menopos. “Mengikut Persatuan Menopos Antarabangsa (International Menopaus Society atau IMS), terapi dengan hormon dikira sebagai kaedah yang paling efektif untuk mengatasi gejala seperti rasa panas, berpeluh dan gejala urogenital (pundi kencing dan faraj). Terapi ini lebih bermanfaat jika digunakan sebelum umur 60 tahun atau dalam masa 10 tahun selepas menopos”. [...]
SWAN 2016 BINCANG TOLERANSI DEMI KESEJAHTERAAN UMAT
THAILAND, 5 OKT 2016 – Bertemakan ‘Toleransi Nabawi Dalam Kepelbagaian Bangsa’, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Warisan Nabawi kali ke-5 peringkat Antarabangsa buat buat julung kalinya diadakan di luar negara dengan kerjasama Universiti Fatoni, Thailand dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Seminar yang berlangsung pada 4 hingga 5 Oktober 2016 di Universiti Fatoni, Thailand ini menyaksikan seramai 70 pembentang dari pelbagai bidang dan negara membentangkan kertas kerja mereka antaranya dari Kuwait, Sudan, Indonesia, Thailand dan Malaysia dan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail. Persidangan ini bertujuan menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu berkaitan Sunnah dan fungsinya sebagai asas toleransi demi kesejahteraan umat seluruhnya. Ia turut bagi menjernihkan pandangan orang luar terhadap tohmahan yang dilempar terhadap Islam yang dikatakan menaja keganasan. Diharapkan dengan berlangsungnya seminar ini, idea-idea yang bernas serta penemuan-penemuan yang bermanfaat dapat dijana dan dibincangkan demi menzahirkan kehebatan Sunnah sebagai sumber asas toleransi dan kesejahteraan. Antara lain objektifnya adalah mengemukakan hasil kajian terbaru yang berkaitan Sunnah dan kesejahteraan, meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Sunnah, serta memartabatkan Sunnah sebagai asas kesejahteraan dan toleransi terhadap umat. “Kita sentiasa berusaha membentuk hubungan dengan pihak institusi pengajian tinggi dan institusi lain untuk sama-sama berganding ilmu, kepakaran, pengalaman dan tenaga bagi merealisasikan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mengembeling tenaga mencari solusi kepada permasalahan yang melanda umat manusia di era ini”, ucap Prof Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM. “Kami di USIM akan terus memperjuangkan keutuhan agama Allah [...]