Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2017

Usahasama USIM dan Ahli Qatar Foundation perluas peranan Bahasa Arab

QATAR, 2 Feb 2017 – Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pertubuhan Antarabangsa Pengembangan Bahasa Arab (WORAL) yang juga ahli kepada Qatar Foundation susulan lawatan kerja oleh YB Dr Ali Ahmad Qubaisi ke USIM pada 30-31 Mei 2016 lalu memperlihatkan kecaknaan negara Qatar kepada Malaysia agar Bahasa Arab digunapakai oleh masyarakat Muslim. Kerjasama telah ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WORAL adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab di negara Asia dengan penawaran program pendidikan dan budaya di seluruh dunia. “Dalam usahasama ini USIM membawa hasrat penubuhan ruknu arabi (Arab Language Corner) yang dilihat berpotensi menjadi platform untuk meningkatkan dan menyebarkan pengetahuan Bahasa Arab secara langsung menyumbang perkembangan Bahasa Arab terutama kepada negara bukan penutur asli bahasa Arab seperti Asia Tenggara,” ucap Dato’ Musa Ahmad dalam ucapannya. Menurutnya lagi, pusat ini sebagai wadah penyebaran dan perkongsian informasi mengenai rujukan, penyelidikan, siri penerbitan, jurnal dan apa-apa penerbitan Bahasa Arab bagi faedah bersama. Malah USIM menghargai penghormatan kerjasama yang diberikan serta cuba memanfaatkan peluang yang tersedia. “Ianya dilihat bakal memberi impak positif dalam perkembangan Bahasa Arab yang boleh memberi manfaat kepada dunia Islam. Secara tidak langsung, mengukuhkan lagi hubungan antara USIM dan WORAL dan hubungan Malaysia dan Qatar,” tambahnya. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Yahya komited urus Rumah Amal bantu golongan susah

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan semasa menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendorong Yahya  Yusof untuk membantu golongan susah seperti orang miskin, anak yatim, mangsa dera dan mangsa penceraian dengan berkhidmat di sebuah organisasi Badan Amal di Janda Baik, Pahang. Beliau yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus di Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) itu turut berkongsi pengalaman apabila terpaksa mengalas perut setiap hari dengan mi segera ketika dalam pengajian dan bekerja secara sambilan membolehkan beliau menyelami perasaan penghuni rumah kebajikan yang sedang dikendalikan kini. Yahya,35 tahun, juga merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman USIM berkata, pembabitan aktif dalam kelab dan persatuan di menara gading, selain diberikan mandat membarisi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), melengkapi dirinya dengan pelbagai kemahiran insaniah cukup penting untuk menempuhi dunia kerjaya. "Menguruskan organisasi kebajikan memerlukan rangkaian kerjasama banyak pihak, justeru pengalaman dalam bidang kepemimpinan ketika menuntut di USIM amat berguna kepada saya. "Antara lain pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua MPP ketika berada dalam pengajian tahun pertama adalah suatu peluang dan penghormatan untuk saya menyumbang idea, tenaga serta khidmat kepada mahasiswa ketika itu,” katanya. Anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Yusof Adam dan Aishah Husein itu berkata, minat mendalam untuk membantu masyarakat serta golongan memerlukan, selain faktor diri berasal daripada keluarga susah, mendorong beliau terus menabur bakti melalui alam kerjaya. "Mereka yang menceburi bidang ini mestilah tahan lasak, mampu menempuhi cabaran dan dugaan, mempunyai sikap positif, optimis, berkarisma serta bijak mencari peluang kerana banyak hal tidak dijangka akan berlaku sepanjang berkhidmat. “Seperti di universiti, [...]

Program Nafas Baru : Kempen Berhenti Merokok dan Vape “Suci Ramadan Tanpa Asap”

Liputan Khas Tadarus Al-Quran dan Iftar Perdana

Laporan Khas RTM – Klinik Pakar Kesihatan USIM

Majlis Perasmian Kompleks Permata Insan

Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi apabila YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Mentor USIM manakala jawatan Timbalan Menteri Mentor digalas peranannya oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tempoh dua tahun iaitu 2016-2018 dengan pemilihan kedua-duanya sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 lalu. Di dalam surat pelantikan ini juga, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyatakan bahawa hubungan yang erat di antara Menteri dan Timbalan Menteri Mentor bersama warga Universiti Awam Malaysia akan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas selaku Menteri Mentor USIM dengan cemerlang sejak tahun 2014 telah merintis pelbagai kerjasama yang strategik di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, libatsama komuniti, sukan dan pengantarabangsaan. Antara kerjasama berimpak tingginya ialah penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM di Nilai Square, Bandar Baru Nilai dan Klinik Pakar Mata Bergerak (KlipMobile) yang memberi rawatan mata khususnya kepada warga emas di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sementara itu, pelantikan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki selaku Timbalan Menteri Mentor pertama USIM disambut baik Pengurusan dan warga Universiti bersesuaian dengan aspirasi Universiti ini sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan [...]

Januari 2017

Ikon sihat USIM : Dato’ Musa tunai hak badan beriadah sebagai ibadah

Kejayaan menawan Puncak Gunung Rinjani oleh YBhg Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor bersama seramai 12 orang Pegawai PALAPES USIM membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang baginya untuk kekal cergas. Pernah menawan sebanyak tiga kali Gunung Kinabalu, kejayaan menawan puncak Gunung Rinjani memberi kenangan dan kepuasaan berbeza baginya. Misi Kembara Muhibah Menyelurusi Khazanah Bumi Lombok pada Oktober tahun lalu bagi beliau adalah peluang untuk menjalani aktiviti riadah mendaki gunung yang lebih mencabar. Rinjani dengan ketinggian 3.726 meter di atas permukaan laut merupakan gunung kedua tertinggi di Indonesia dan tersenarai antara gunung berapi tercantik di dunia. Walaupun mengakui aktiviti mendaki sesuatu yang mencabar, namun ia bukanlah satu alasan untuknya tidak menunaikan hak badan disamping menikmati keindahan alam Sang Pencipta. Sepanjang menempuh 3 hari pendakian, semestinya ekspedisi tersebut memberi pengalaman menakjubkan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata." Perspektif Riadah dan Ibadah “Alhamdulillah, misi pendakian yang direncanakan sekian lama telah selesai dengan baik dan usaha membawa kumpulan pelajar ini mendaki gunung turut mendapat pujian Kementerian. Kalau tengok rakan-rakan lain sesusia saya memang tiada yang masih memanjat gunung dan sebagainya yang memerlukan stamina seperti ini. Saya diberikan kekuatan, kudrat dan keupayaan tubuh badan untuk masih mampu melakukan aktiviti seperti ini dan kerana itulah saya mempunyai persepsi yang berbeza mengenai riadah, kecerdasan diri dan sebagainya”. “Saya lebih suka menggunakan perkataan riadah dari perkataan konvensional seperti sukan atau bersenam kerana perkataan riadah di dalam bahasa Arab berkait rapat kepada ibadah”. “Riadah ini merupakan satu tuntutan pada kita untuk menunaikan hak kepada tubuh. Diri kita ini mempunyai [...]

Fasya hasrat perluas perniagaan

Fasya Mansor, graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Atas prinsip inilah, Alumni USIM ini mengambil keputusan yang berani apabila meneroka bidang perniagaan sebagai kerjaya beliau dengan membuka sebuah Kafeteria. Kejayaan beliau menapak dalam dunia perniagaan pada hari ini merupakan satu contoh bahawa graduan Universiti perlu berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan selepas menamatkan pengajian mereka kelak. Ilmu keusahawanan semasa di Universiti berjaya diaplikasikan oleh Fasya Mansor dengan menceburi diri dalam bidang perniagaan ini. Menceritakan pengalamannya dalam bidang perniagaan ini, Fasya Mansor menjelaskan bahawa selepas menamatkan pengajian dari USIM pada tahun 2008, beliau telah bekerja di beberapa buah Firma Kewangan terkemuka bersesuaian dengan bidang pengajian beliau iaitu Program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (ASRM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Namun selepas bekerja makan gaji hampir empat tahun, Fasya Mansor menyedari bahawa kerjaya ini bukan yang sesuai dengan beliau. Minat beliau pada bidang masakan dan menyedari peluang kerjaya yang terhad di Utara Tanahair telah mendorong beliau membuka perniagaan yang dinamakan sebagai Hannahs Cookies di Kangar, Perlis yang merupakan negeri kelahiran beliau. “Saya berharap graduan Universiti pada hari ini bersikap pro aktif dan tidak terlalu bergantung dengan kerja makan gaji semata-mata. Sebaliknya, sekiranya mereka berminat dengan bidang perniagaan seperti beliau, maka boleh teruskan niat tersebut. Namun begitu, graduan perlulah mempunyai ilmu keusahawan dan juga bimbingan daripada pihak yang sepatutnya,”ujarnya lagi. Pada peringkat awalnya banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau bagi memajukan perniagaan Hannahs Cookies ini. Antara [...]

Go to Top