Oktober 2016
USIM JAYAKAN SYAIR ALAM NUSANTARA
KUALA LUMPUR, 23 SEPT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini melebar sayap dalam dunia syair dengan mengadakan kerjasama menjayakan persembahan Syair Alam Nusantara yang bertempat di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, disini. Program anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Seni ND LALA dengan kerjasama USIM sendiri ini membawakan tema syair rentas benua dengan penglibatan pendendang syair hebat dari negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron, dalam ucapannya berkata pemilihan syair dalam persembahan ini dibuat kerana genre ini semakin kurang diketengahkan walaupun berkembang di Nusantara sejak sekian lama. “Syair sudah sinonim dengan masyarakat kita selain terselit sindiran dan teguran secara halus dan santai,” Syair Alam Nusantara dalam hal ini katanya titik permulaan untuk melihat apa yang perlu diangkat dan diketengahkan disamping mampu menyubur rasa kemanusiaan sejagat melalui bait yang dilontarkan. Tambahnya lagi, persembahan seumpama ini mampu merapatkan hubungan antara negara melalui perkongsian sastera dan mengangkat kembali kegemilangan syair. “Persembahan ini mendapat sambutan luar jangkaan berikutan hebahan di akhbar dan media sosial,” katanya di penghujung majlis. Encik Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM berkata persembahan pembukaan beliau bersama pelajar kumpulan kesenian pusat kebudayaan USIM pada persembahan syair ini mengandungi mesej berunsur kemanusiaan dan Islam selaras dengan tema syair rentas budaya. Ujarnya lagi, persembahan ini memupuk pelajar dan generasi muda dalam mengangkat seni syair itu sendiri selaras dengan matlamat Pusat Kebudayaan USIM sebagai Peneraju Seni Berbudaya. Sementara itu, Naib Canselor USIM, [...]
MOHD AQIL IRWAN ABDUL MUTALIB YDP MPP USIM SESI 2016/2017
NILAI, 30 SEPT 2016 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan pada semalam, 29 September 2016 (Khamis) berlangsung dengan lancar di lapan buah pusat pengundian yang dibuka seawal jam 9.00 pagi dan ditutup jam 5.00 petang. Lokasi pusat pengundian ini meliputi Kampus Induk di Nilai, Negeri Sembilan; Kampus Satelit di Pandan Indah; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu; dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang. Keputusan rasmi Pemilihan MPP USIM 2016 diumumkan pada hari yang sama jam 6.30 petang oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad di hadapan kira-kira 300 mahasiswa bertempat di Dewan Kolej PERMATA Insan. Pada pemilihan kali ini, seramai 35 calon bertanding iaitu 13 calon bertanding di Kerusi Umum dan 22 calon di Kerusi Fakulti untuk mengisi sembilan Kerusi Umum dan 18 Kerusi Fakulti yang diperuntukkan Universiti. Seramai 10 orang calon diumumkan menang tanpa bertanding untuk mengisi Kerusi Fakulti manakala Mohd Aqil Irwan Abdul Mutalib, 21 dari Fakulti Sains dan Teknologi yang bertanding di Kerusi Umum berjaya meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 7,326 undian. Merupakan pelajar tahun tiga jurusan Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), beliau menggunakan slogan “Memimpin Generasi Al Qawiyul Amin” sebagai tema kempennya. Membentangkan tiga manifesto utama iaitu Memperkasa mahasiswa Islam yang berkarisma; Memberdayakan profesionalisme mahasiwa; dan Memperkukuhkan platform suara kebajikan, ia ternyata berjaya menarik sokongan kuat warga kampus kepadanya. “Restu ibu-bapa, sokongan daripada rakan-rakan dan dorongan kuat dari Pentadbiran Fakulti menjadi kekuatan saya untuk ke hadapan sebagai calon dalam pemilihan MPP ini. Pengalaman menerajui [...]
USIM JALIN HUBUNGAN ERAT DENGAN KEDUTAAN ASING
NILAI, 5 OKT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan jalinan strategik dan hubungan baik dengan Pejabat Kedutaan Asing yang berada di Malaysia melalui majlis pertemuan dan ramah mesra khas yang diaturkan di Dewan Senat Canselori USIM baru-baru ini. Majlis kali pertama dianjurkan oleh USIM Alamiyyah ini melibatkan kehadiran Duta Republik Islam Gambia, Tuan Terutama Abubacarr Jah; Duta Republik Islam Afghanistan, Tuan Terutama Atiqullah Atifmal; Pegawai Kedutaan Republik Kenya, Puan Dorcas Rukunga dan Pegawai Kedutaan Jordan, Dr.Maen Moh'd Sodki Salem Masadeh. Perbincangan dua hala ini dipengerusikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad dengan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti antaranya Prof. Dr. Zulkifli Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof. Dr. Roshada Hashim, Pengarah USIM Alamiyyah. Melalui perbincangan dua hala ini, USIM berkongsi perkembangan terkininya terutamanya melibatkan bidang akademik yang ditawarkan dan perancangan strategik masa hadapan untuk menjadi institusi pendidikan tinggi Islam yang ulung. Manakala di pihak kedutaan, ia banyak menyentuh situasi semasa pendidikan tinggi di negara masing-masing, peluang rakyat mereka menyambung pengajian di Malaysia, penawaran biasiswa dan peluang kerjasama yang dapat diterokai oleh USIM dengan institusi pendidikan tinggi di sana. "Sesi pertemuan yang diatur pada petang amat dialukan oleh Kedutaan untuk kedua pihak lebih mengenali dan bertukar pandangan. Sistem pendidikan di Malaysia sememangnya antara yang terbaik dan ia menjadi contoh kepada kami untuk mempunyai prasarana dan kelestarian pendidikan seperti ini” ujar Duta Afghanistan. Bagi Pegawai Kedutaan Kenya, ia merupakan [...]
GLOBAL ISLAMIC VOLUNTEER USIM CURAH BAKTI DI BUMI KEMBOJA
KEMBOJA, 25 OGOS 2016 - Seramai 15 orang ahli kelab Global Islamic Volunteer (GIV), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Kemboja untuk mendekati masyarakat di sana selain memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan murid daif dari aspek sumbangan tenaga ilmu serta melaksanakan misi kesukarelawan dan pengajaran kepada masyarakat di sana baru-baru ini. Bertemakan Travelog Ilmiah Tanpa Sempadan di Kemboja, Program berlangsung selama enam hari di Kampung Chiro, Kemboja itu adalah antara usaha untuk memenuhi komponen bagi melayakkan diri untuk menerima anugerah emas program rakan perdana rakan muda yang juga merupakan salah satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan yang bertaraf antarabangsa. Menyahut juga seruan inspirasi Universiti, yang mahu melihat golongan pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang memberi kebaikan kepada kumpulan sasaran. Justeru, dengan berbekalkan semangat kesukarelawan yang ada, mereka berangkat ke Kemboja bersama seorang mentor dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak dan menjadikan travelog ilmiah tanpa sempadan di bumi Kemboja sebagai tema. Kepenatan perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam dari Lapangan Terbang Phnom Penh ke Kampung Chiro itu hilang apabila setibanya mereka ke sana, mereka disambut baik oleh orang kampung. Inisiatif kendalian Mumtaz Ahmad Najhi Mohamed berkata, program sukarelawan ini bukan sahaja mahu memberi pendedahan dan peluang untuk mahasiswa berkongsi adat dan budaya di negara berbentuk monarki konstitusianal Asia Tenggara itu, malah untuk melatih mahasiswa supaya kuasai pelbagai soft skill antaranya dari aspek kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan. “Pelbagai aktiviti kesukarelawan yang dijalankan bersama masyarakat setempat antaranya ialah construction of the toilet iaitu membina tandas kepada penduduk kampung [...]
DR HAZMI KONGSI PANDANGAN DI PERSIDANGAN MARITIM AS
NILAI, 3 OKT – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah satu-satunya ahli akademik dari Asia yang diundang ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat yang berlangsung pada 25 hingga 27 September lalu bertempat di Kolej Bowdoin Brunwsick, Maine, Amerika Syarikat. Melalui pembentangan bertajuk ‘Protection of Vital Sea Lines of Communication: Malaysia’s Perspective’ beliau berkongsi pandangan mengenai isu penjagaan alam sekitar marin di laluan perkapalan yang sibuk seperti di Selat Melaka dan juga laluan perkapalan artik utara merentasi Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat. “Ini adalah suatu pengiktirafan besar bukan sahaja untuk saya sendiri, tetapi juga untuk USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini. Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Jepun,” ujarnya. Antara pembentang lain adalah ahli-ahli akademik dari universiti-universiti di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan badan-badan kerajaan (penguatkuasaan maritim) dari Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Chile dan Argentina. Dr Hazmi pernah berkhidmat di Timor-Leste sebagai Pensyarah Pelawat di Universidade Nacional Timor Lorosa’e pada Mei 2015 juga pernah diundang oleh kerajaan Rusia sebagai Profesor Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 2014 dan 2015. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : [...]
DEKAN FSU TERIMA ANUGERAH “UPCOMING SHARI’A SCHOLAR 2016” DI GIFA 2016
NILAI, 30 SEPT 2016 – Ahli Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang juga merupakan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Profesor Madya Dr. Zulkifli Hasan, 39, menerima "Upcoming Shari'a Scholar 2016" dalam satu majlis, 6th Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Fairmont Hotel, Jakarta, Indonesia pada 29 September. Beliau menerima penganugerahan ini di atas pencapaian cemerlang dan sumbangannya ke arah membangunkan industri perbankan dan kewangan Islam. Menurut Prof Zulkifli, penyertaannya bermula apabila beliau dicalonkan sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut pada April lalu. Selaras dengan objektif GIFA iaitu untuk mengetengahkan amalan terbaik serta meraikan kejayaaan institusi atau individu dalam industri, pelaksanaannya sebagai satu tanggungjawab sosial yang patuh syariah dan memberi komitmen tinggi kepada bidang perbankan Islam dan kewangan. Menurut Prof Zulkifli, penglibatannya secara tidak langsung apabila beliau dikehendaki menghantar dokumen berkaitan pencapaian serta pandangan berkenaan objektif pelaksanaan GIFA sepanjang berada dalam industri kewangan Islam melalui kerja-kerja penyelidikan bebas yang pernah dijalankan yang kemudian dinilai oleh Jawatankuasa GIFA. “Saya amat berbesar hati menerima pengiktirafan sebegini kerana penerima anugerah yang lepas adalah mereka yang amat saya kagumi. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang merupakan inspirasi kejayaan saya kini serta Jawatankuasa GIFA yang terlibat dalam proses penilaian. Adalah menjadi harapan saya supaya industri kewangan Islam akan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baru serta mampu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi semasa dengan berorientasikan pendekatan secara holistik,” ujarnya. Melalui GIFA, pengiktirafan yang diberikan adalah sebagai satu landasan terbaik bagi memperkenalkan individu-individu serta institusi yang telah mempamerkan pencapaian cemerlang serta aktif berkongsi buah pikiran kepada [...]
PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Mentor USIM manakala jawatan Timbalan Menteri Mentor digalas peranannya oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tempoh dua tahun iaitu 2016-2018 dengan pemilihan kedua-duanya sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 lalu. Di dalam surat pelantikan ini juga, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyatakan bahawa hubungan yang erat di antara Menteri dan Timbalan Menteri Mentor bersama warga Universiti Awam Malaysia akan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas selaku Menteri Mentor USIM dengan cemerlang sejak tahun 2014 telah merintis pelbagai kerjasama yang strategik di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, libatsama komuniti, sukan dan pengantarabangsaan. Antara kerjasama berimpak tingginya ialah penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM di Nilai Square, Bandar Baru Nilai dan Klinik Pakar Mata Bergerak (KlipMobile) yang memberi rawatan mata khususnya kepada warga emas di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sementara itu, pelantikan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi [...]
PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Mentor USIM manakala jawatan Timbalan Menteri Mentor digalas peranannya oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelantikan kedua-dua tokoh ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tempoh dua tahun iaitu 2016-2018 dengan pemilihan kedua-duanya sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2016 lalu. Di dalam surat pelantikan ini juga, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyatakan bahawa hubungan yang erat di antara Menteri dan Timbalan Menteri Mentor bersama warga Universiti Awam Malaysia akan meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas selaku Menteri Mentor USIM dengan cemerlang sejak tahun 2014 telah merintis pelbagai kerjasama yang strategik di antara Universiti dan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, libatsama komuniti, sukan dan pengantarabangsaan. Antara kerjasama berimpak tingginya ialah penubuhan Klinik Pakar Kesihatan USIM di Nilai Square, Bandar Baru Nilai dan Klinik Pakar Mata Bergerak (KlipMobile) yang memberi rawatan mata khususnya kepada warga emas di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sementara itu, pelantikan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi [...]
254 KAKITANGAN TERIMA ANUGERAH DI AKI 2015
NILAI, 9 SEPT 2016 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi atau singkatannya AKI merupakan antara majlis tahunan yang ditunggu-tunggu. Majlis yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej PERMATA Insan dengan tema “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa”. Majlis ini merupakan satu medan pengiktirafan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap warganya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada Universiti sepanjang tahun 2015 lalu. Objektif majlis ini adalah manifestasi usaha USIM untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada para kakitangan yang secara berterusan mengangkat martabat keilmuan dan pentadbiran universiti yang berlandaskan ilmu Naqli dan Aqli ini. AKI 2015 kali ini menyaksikan seramai 254 orang penerima anugerah yang terdiri daripada 122 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 96 penerima Anugerah Khas dan 3 orang kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa (APCI). Daripada 122 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 47 orang penerima terdiri daripada Kumpulan Akademik dengan peratus 38.52% dan 75 orang penerima daripada Kumpulan Pentadbiran dengan peratus 61.48%. Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional jumlah penerima 19 orang dengan peratus 15.57%. Manakala bagi Kumpulan Pelaksana, jumlah penerima 56 orang dengan peratus 45.90%. “Majlis ini merupakan platform yang terbaik bagi USIM menghargai pengorbanan dan usaha kakitangannya yang sentiasa meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. Ia juga satu langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM, ucap Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya. Pada masa yang sama, Mantan Naib Canselor Kedua USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda menerima [...]
September 2016
NURZUHAIRAH LAMBANG INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI
Siapa sangka, pelajar kedoktoran turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran yang kebiasannya didominasi oleh pelajar aliran agama. Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pelajar tahun lima Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Norzuhairah Rusmani berjaya membuktikan kemampuan dalam menghafaz al-Quran apabila mengungguli Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2014. Dengan bacaan yang lancar dan fasih mengikut hukum tajwid serta alunan suara dan persembahan yang kemas, beliau berjaya menambat hati juri dengan merangkul gelaran johan bagi kategori juzuk 1-30 (perempuan). Sebagai pelajar dibidang perubatan, Norzuhairah boleh diangkat menjadi antara lambang integrasi ilmu Naqli dan Aqli di USIM yang berupaya mengoptimumkan kedua-dua ilmu yang dipelajari malah memanfaatkan silibus dan medium pembelajaran yang disediakan di USIM sebaiknya. Kursus pembelajaran dalam bidang perubatan yang disediakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan seperti kelas Usul Fiqh membolehkan beliau dan rakan-rakan memahami ilmu logik/anatomi dan ilmu agama yang saling lengkap-melengkapi. Tambahnya, pembelajaran semasa kuliah menekankan aspek menjaga adab dan akhlak semasa menguruskan pesakit yang merupakan salah satu elemen penting untuk menampilkan diri sebagai pakar perubatan Islam. Kecenderungan beliau mendalami ilmu hafazan yang dianggap berbeza dengan bidang perubatan oleh segelintir masyarakat adalah atas keinginannya untuk menjadi lebih terkehadapan. Beliau berpendapat golongan hafiz dan hafizah seperti pelajar tahfiz lebih banyak kelebihan berbandingnya yang tiada kesempatan mendampingi al-Quran sepanjang masa samada semasa kuliah mahupun di rumah. Atas dasar itu, beliau tekad berazam untuk memanfaatkan masa terluang bagi melorongkan niat murninya dengan membaca al-Quran mengikut keupayaan beliau. Beliau akui akan kehebatan membaca dan menghafaz al-Quran turut berpandangan adalah jauh lebih penting menterjemahkan [...]








